Memaparkan catatan dengan label Bisnes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bisnes. Papar semua catatan

7 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Bisnes Terutama Pemasaran Online


Sejak dunia internet bertambah pesat, ramai usahawan berebut nak berniaga online. Memanglah inspired bila terbaca success stories usahawan yang berjaya bergelar jutawan, tetapi ada juga cerita usahawan yang rugi teruk selepas melabur sangat banyak untuk pemasaran online.

Pengasas syarikat SifuFBads Sdn Bhd, Jamaludian Bahari atau lebih terkenal dengan julukan SifuFBads, berpengalaman selama 8 tahun dalam arena internet marketing dan mentor dalam pemasaran pengiklanan Facebook di Malaysia, menjelaskan kenapa ada sesetengah usahawan susah sangat hendak berjaya?

Berikut 7 sebab kenapa anda gagal dalam bisnes terutama pemasaran online :

1. Tunggu kejayaan datang bergolek

Orang yang gagal itu adalah kerana seluruh hidupnya sentiasa menunggu. Buatlah tindakan! Usah berharap untuk jadi jutawan Facebook, jika mahu bermimpi pun tidak berani. Untuk berjaya dalam dunia bisnes internet anda perlu berani bermimpi, berfikiran besar dan mahu berjaya lebih dari orang lain. Bekerjalah sehingga idola anda sendiri menjadi rival anda. Buktikan anda juga boleh pergi jauh dan letakkan cita-cita besar anda sekarang, jangan tunggu hari esok! Dan buang istilah putus asa dalam kamus hidup.

2. Takut menjadi luar biasa

Takut untuk menjadi luar biasa, itulah penyakit orang kita. Terlalu selesa dengan apa yang dimiliki membuatkan masih ramai di antara kita kian lena diulit mimpi dan terus berserah menunggu takdir. Cabaran ekonomi hari ini bukanlah saat untuk kita membutakan mata dan hati. Cipta kesedaran dan percayalah hanya dengan berniaga anda bisa mengubah segalanya.

3. Ragu-ragu nak berniaga online

Memberikan keyakinan buat mereka yang masih ragu-ragu untuk berjinak-jinak terhadap perniagaan secara online mahupun offline bukanlah mudah, di Fbads kami sentiasa berusaha membangkit motivasi buat semua peserta.

Pertama, lihat mereka yang telah berjaya dalam bisnes selepas menggunakan pemasaran Fbads. Kedua banyakkan bacaan dengan membaca bahan berkaitan pemasaran Facebook dan ketiga cuba jadi pelanggan di Facebook. Cara ini akan membuatkan anda sendiri merasai pengalaman bagaimana menjadi pelanggan.

4. Tak fokus dan asyik nak tiru orang lain

Yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran. Apabila anda melabelkan diri anda sebagai seorang usahawan, perkara utama yang perlu anda terapkan ialah menjadi fokus. Faham apa produk anda, siapa lapangan pelanggan anda dan tidak perlu terlalu mengikut apa yang orang lain lakukan. Kenali diri anda terlebih dahulu dan buatlah perniagaan yang anda benar-benar minat dan boleh mendatangkan keuntungan.

Dalam bisnes internet, pelbagai peluang akan muncul dan menjanjikan pulangan yang besar sekaligus membuatkan anda kabur untuk memilih. Apabila melihat orang menjual tudung, anda pun mahu menjual tudung, orang membuka restoran, anda pun turut mahu membuka restoran. Apa yang terjadi, bila kurangnya pengalaman juga ilmu membuatkan perniagaan tadi lingkup disebabkan persaingan yang semakin sengit.

5. Terjangkit virus putus asa

Saya juga sering didatangi mereka yang gagal dalam berniaga dan mereka mahukan suatu anjakan baru apabila masuk ke seminar saya, namun apa yang mendukacitakan setelah beberapa kali bersama mencari ilmu, mereka masih tidak menjumpai jalan keluar dan menyalahkan kami. Sikap putus asa seperti ini juga adalah virus yang harus usahawan elakkan. Mudah mengalah adalah pembunuh nombor satu kejayaan.

Ada juga yang menganggap ilmu yang kami sampaikan di Sifufbads terlalu teknikal dan menyukarkan mereka. Anda tidak akan gagal selagi tidak berhenti mencuba, buat sehingga jadi! Jika masih juga gagal, anggap anda masih ada peluang selagi punya keyakinan dan anda perlu tahu apa kelemahan yang harus diatasi. Apa strategi yang perlu anda lakukan dan cari jalan keluar.

6. Letak sasaran yang tak realistik

Selain itu sasaran anda juga harus relevan dan bersesuaian dengan kredibiliti juga perniagaan anda. Jangan letakkan sasaran yang terlalu tinggi kelak anda yang akan berasa cepat mengalah. Buat secara berperingkat agar ianya nampak mudah untuk dicapai. Mendapatkan semangat selepas terasa diri ini tewas juga saya galakkan anda dengan membaca semula kisah-kisah mereka yang berjaya. Fahami resipi kejayaan dan jadikan mereka sebagai inspirasi untuk memajukan perniagaan.

Ingatlah, orang yang gagal adalah orang yang tiada perancangan dalam hidupnya. Mereka tergapai-gapai mencari hala tuju yang dia sendiri tidak pasti. Rancanglah perjalanan hidup anda, ketahui ke mana anda 10 tahun akan datang. Jangan persiakan waktu muda dengan perkara sia-sia, luangkan seketika untuk berfikir perkara yang bakal anda lalui satu ketika nanti.

7. Tidak mendalami ilmu marketing

Biar modal anda setinggi Gunung Fuji, tanpa ilmu perniagaan anda mungkin akan mengalami kerugian. Dalam pengiklanan Facebook, anda perlu berhati-hati memilihnya kerana ia sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa. Pastikan setiap pengiklanan yang anda lakukan tidak sia-sia dan meninggalkan kesan kepada pembeli. Oleh itu anda juga harus mengetahui apakah formula penting dalam menjalani kempen pemasaran yang berkesan.

Untuk melakukan satu kempen yang berkesan anda harus detil dalam melakukan formula M.A.P iaitu formula mengenai Market, Audience dan Product. Anda juga harus membuat analisis SWOT iaitu analisis bagi mengetahui prestasi pesaing juga ancaman dalam perniagaan, ini penting bagi membantu anda mengetahui kemampuan produk juga pasaran semasa perniagaan anda. Fahami kekuatan, kelemahan juga peluang yang ada dan jangan gentar pada risiko persaingan.

      Baca : 10 Tip Bagaimana Mahu Jadi Insan Bahagia

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Apa yang paling penting ialah mindset. Ramai usahawan gagal bukan kerana mereka tidak pandai, cuma paling banyak masalah pada MINDSET mereka. Jadi, kalau nak berjaya, anda kena ubah mindset terlebih dulu. Selagi tidak diubah, anda buatlah bisnes apa pun confirm tidak berjaya!

- Daku Amat

6 Cara Mengembangkan Duit Di Dalam Bisnes


Setiap perniagaan yang diusahakan pastinya kita ingin melihat ianya terus berkembang dan maju. Mungkin kita mahu ianya dikenali hingga ke luar negara. Langkah yang besar semestinya bermula dengan titik permulaan yang kecil.

Berikut 6 cara mengembangkan duit dalam bisnes :

1. Kenal pasti niche bisnes

Kenal pasti niche bisnes anda. Contohnya, sama ada bakeri, dobi, printing atau sebagainya.

2. Kenal pasti aktiviti utama bisnes

Sebagai contoh, anda terlibat dalam perniagaan bakeri dan menjual kek dan roti. Aktiviti utama perniagaan anda menjual roti dan kek.

3. Cipta lebih banyak aktiviti bisnes

Katakan, dalam masa yang sama anda pandai membuat roti dan kek. Adakan kelas mengajar kek dan roti. Mulakan dengan skala yang kecil dahulu. Asalkan bermula.

4. Kembangkan aktiviti jualan

Jika sekarang anda menjual roti dan kek kepada pelanggan akhir. Selepas ini, anda besarkan lagi jualan anda kepada channel-channel sekolah sebagai contohnya.

5. Jaga cashflow

Selepas duit masuk, penting untuk jaga aliran tunai atau cashflow.

5. Bayar gaji kepada diri sendiri

Setiap penghujung bulan, bayar gaji kepada diri sendiri. Masukkan siap-siap gaji anda di dalam kos overhead.

      Baca : 5 Sikap Yang Hanya Ada Pada Pekerja Cemerlang

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Sebab utama anda perlu mencipta banyak aktiviti bisnes adalah untuk membuat lebih banyak duit bagi bisnes anda. Dan tujuan utama untuk anda membayar gaji kepada diri sendiri, supaya anda dapat penuhkan "Tabung Kekayaan" secepat mungkin. Mudah-mudahan target 3 atau 4 tahun untuk tabung tersebut penuh menjadi 1 juta menjadi kenyataan.

- Daku Amat

5 Sikap Yang Hanya Ada Pada Pekerja Cemerlang


Ramai orang kadang-kadang mudah hendak "judge" orang lain. Tidak boleh nak lari daripada sikap negatif ini. Sebenarnya amatlah tidak adil untuk menghukum seseorang berdasarkan penampilan dia. Begitu juga tidak adil senang-senang hendak "judge" seseorang berdasarkan kualiti kerja dia.

Siapa yang tidak mahu jadi pekerja cemerlang? Boleh cepat naik pangkat dan cepat naik gaji. Dalam hati itu teringin nak pakai kereta mewah dan duduk rumah besar. Tetapi, bukan senang hendak jadi pekerja cemerlang. Perlu ada kreditibiliti yang tiada pada orang lain. Macam mana hendak tahu sama ada kita pekerja cemerlang atau tidak?

Berikut 5 sikap yang hanya ada pada seorang pekerja cemerlang :

1. Mereka mahu lebih

Mereka tidak puas hati dengan hanya mencapai tahap minima, mereka mahu lebih lagi. Tidak kiralah disebabkan cita-cita ataupun mahu kepuasan diri, mereka hanya akan berpuas hati apabila mereka lakukan lebih daripada yang mereka jangkakan.

2. Mereka sering bertanyakan soalan

Sikap mereka yang ingin tahu membuak-buak dalam diri. Mereka tidak boleh sekadar mengangguk dan menerima bulat-bulat sahaja. Jika ada sebarang kekeliruan dan keraguan, mereka akan terus ajukan soalan untuk dapatkan kepastian. Mereka mahu mengetahui lebih lanjut dan memahami proses secara terperinci. Sebenarnya sikap sebegini membenarkan mereka untuk pergi lebih jauh.

3. Mereka bersemangat tinggi

Mereka prihatin mengenai prestasi kerja mereka. Mereka inilah pekerja contoh yang mana mata mereka akan bersinar-sinar apabila diberikan sesuatu tanggungjawab baru. Mereka juga adalah jenis pekerja yang akan defend habis-habisan idea dan rancangan mereka jika mereka rasakan yang ianya adalah satu idea yang bernas.

4. Mereka sedikit pelik

Jika diperhatikan pekerja yang cemerlang, mereka ini ada kecenderungan untuk bersifat sedikit pelik. Inilah yang membuatkan mereka lain dan unik daripada orang lain. Sikap pelik sebegini menunjukkan yang mereka ini kreatif dan berfikiran jauh kehadapan.

5. Suka membuktikan idea mereka bernas

Mereka ini bersemangat waja untuk jadi yang betul. Jika mereka ada idea yang gila-gila namun bernas, pasti ada orang lain yang berfikiran biasa akan membantah. Namun mereka ini akan buktikan pada orang lain yang mereka itu silap sehinggalah dia berjaya membuktikan. Mereka akan cari jalan untuk menguruskannya dan akhirnya membuktikan pada orang lain yang idea itu bernas dan menguntungkan syarikat.

      Baca : 4 Amalan Kukuhkan Pengurusan Kewangan Perniagaan Anda

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Pekerja cemerlang merupakan aset penting kepada syarikat. Kesilapan yang sering dilakukan majikan adalah mengambil pekerja yang mempunyai gaya pemikiran, minat dan tahap pengetahuan yang sama. Ini menyebabkan syarikat tidak mampu berkembang. Sepatutnya majikan perlu mengaji pekerja yang lebih berpengetahuan, mempunyai skill berbeza dan idea bernas. Inilah kualiti yang hanya dimiliki oleh pekerja cemerlang.

- Daku Amat

4 Amalan Kukuhkan Pengurusan Kewangan Perniagaan Anda

Menguruskan kewangan perniagaan kadang-kadang menjadi amat sukar kerana anda sering terlepas pandang beberapa faktor kecil yang bakal menyebabkan perniagaan anda cepat rugi. Sebagai peniaga anda perlu menguruskan aliran kewangan perniagaan syarikat anda dengan betul, walaupun dengan cara paling asas dan minimum.

Bila sebut aliran ertinya macam sebuah sungai yang mengalir. Ada punca di mana air masuk dan ada juga bukaan di mana air keluar. Selagi jumlah air yang masuk melebihi jumlah air yang keluar, sungai akan tetap mengalir dan tidak akan kering. Air yang mengalir juga membuatkan sungai tak jadi busuk dan mendap.

Aliran kewangan perniagaan anda juga serupa seperti keadaan sungai yang mengalir tadi. Bezanya adalah air dalam sungai digantikan dengan duit dalam perniagaan anda. Jika jumlah duit yang masuk melebihi jumlah duit yang keluar dalam syarikat, anda boleh pastikan perniagaan atau syarikat anda insya Allah akan terus hidup. Duit yang mengalir juga penting agar perniagaan tidak jadi lembab dan busuk seperti air tadi.


Dari aliran kewangan syarikat juga anda boleh tentukan titik pulangan modal perniagaan. Seterusnya dari situ, buat strategi bagaimana hendak pastikan anda sentiasa berada di paras selamat. Dari aliran kewangan syarikat juga anda boleh buat berbagai perancangan lain dalam membawa hala tuju perniagaan agar terus relevan seiring dengan masa dan keadaan. Lagi lengkap maklumat aliran kewangan perniagaan anda, lagi mudah untuk anda mengatur strategi perniagaan.

Berikut 4 amalan untuk mengukuhkan pengurusan kewangan perniagaan anda :

1. Pastikan penyata kewangan bulanan disediakan setiap bulan

Penyata kewangan terdiri dari Penyata Pendapatan, Penyata Kedudukan Kewangan dan Penyata Aliran Tunai. Ini akan membolehkan usahawan untuk mengetahui untung rugi perniagaan, harta dan tanggungan serta aliran masuk dan keluar tunai.

Jika ini bukan amalan anda, anda mungkin seolah-olah memandu kereta dengan kesemua petunjuk had laju dan minyak yang rosak. Semuanya main agak dan ikut perasaan sahaja.

2. Analisa dari mana keuntungan perniagaan anda

Maklumat ini didapati melalui analisa terperinci jualan dan kos jualan. Barangan mana menghasilkan jualan tertinggi dan yang mana menghasilkan keuntungan tertinggi.

Keduanya tidak sama kerana setiap barangan atau perkhidmatan mempunyai keuntungan kasar (jualan tolak kos jualan) yang berbeza. Sekiranya jualan tertinggi anda adalah produk yang keuntungan kasarnya rendah, anda kena selidiki mengapa ini terjadi.

3. Siapakah 10 pelanggan tertinggi anda

Siapakah 10 pelanggan tertinggi anda dan berapakah sumbangan mereka kepada jualan bulanan? Ini akan memberi gambaran siapakah yang penting kepada perniagaan anda.

Perlu juga dikira keuntungan dari setiap pelanggan ini kerana mungkin ada pelanggan yang jualan kepada mereka tidak begitu tinggi tetapi keuntungan dari mereka di antara yang terbagus kerana mereka melanggan barangan yang tinggi keuntungan kasarnya.

Cuba buat unjuran jualan kepada mereka untuk bulan-bulan yang seterusnya supaya anda dapat memahami corak pasaran di masa kehadapan. Adakah anda mempunyai barangan yang jualannya amat rendah (low sales turnover)?

Ini amat perlu diketahui kerana barangan yang tidak laku merugikan anda di dalam beberapa cara:

Pertama, modal pusingan menjadi beku kerana barang yang tidak dijual tidak akan menyebabkan aliran tunai.

Kedua, barangan lama akan ada rosotnilai, harganya lama-kelamaan akan bertambah murah dan akan ada yang rosak. Inilah mengapa pasaraya membuat jualan murah agar modal dapat digunakan kepada barangan yang lebih laju jualannya.

4. Adakah mana-mana kos operasi yang meningkat mendadak?

Analisa bulanan kos operasi akan memberi maklumat berkenaan corak perubahan kos. Jika semuanya berubah seperti yang anda jangkakan, maknanya semuanya di dalam kawalan.

Jika ada perubahan mendadak seperti kos pembaikpulih jentera yang tinggi, ianya mungkin disebabkan jentera yang sudah usang dan perlu ditukar. Jika jentera rosak, kosnya bukan sahaja kos pembaikan tetapi kos melepas kerana pengeluaran tidak dapat dipenuhi dan mungkin juga ada pelanggan yang marah.

      Baca : 6 Keajaiban Otak Bayi Yang Ditemui Pakar Saraf

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Usahawan akan hanya dapat melakukan analisa perniagaan yang bermakna jika kesemua data dan maklumat yang digunakan adalah tepat.

Inilah sebabnya perlu ada pegawai kewangan yang berkelayakan dan boleh menyediakan laporan dengan tepat dan cepat. Seboleh-bolehnya di minggu pertama setiap bulan yang baru. Ini juga memerlukan disiplin yang baik ketika merekod transaksi perniagaan.

Ada banyak sistem perakaunan dan kewangan yang boleh membantu. Walau bagaimanapun kena ingat “garbage in, garbage out”. Jika rekod perniagaan disimpan secara tidak tersusun dan tidak berdisiplin, laporan-laporan yang disediakan tidak akan banyak membantu.

- Daku Amat

8 Ilmu Berguna Bagi Model Bisnes Menggunakan Sistem Agen


Dalam model bisnes menggunakan sistem agen banyak syarikat yang tikam agen dari belakang. Bisnes kita jangan begitu. Headquarters atau HQ boleh merosakkan sistem agen jika zalim dalam memberikan diskaun kepada agen dan pembeli. Itu sebab 'ethical branding' asas menjaga kepercayaan. Kepercayaan agen kepada HQ.

Berikut 8 ilmu bisnes yang menggunakan sistem agen :

1. Model bisnes

Setiap model bisnes mempunyai ciri-cirinya sendiri. Ia juga mempunyai kelebihan dan kekurangannya sendiri. Apa yang penting kita mesti tahu model bisnes apa yang digunakan. Dengan itu kita tahu kekurangan model itu, dan kita dapat menerima kekurangan tersebut sebagai unsur yang perlu dihadapi sebagai 'ciri natural' dalam bisnes kita.

2. Sistem agen

Sebagai contoh, apabila kita memilih model bisnes yang menggunakan sistem agen, majoriti agen itu tidak mempunyai motivasi yang tinggi untuk mencapai volume jualan yang tinggi. Daripada 100 orang agen, tidak sampai 20 orang yang prestasi jualannya tinggi. Angka begini memang natural dalam sistem agen.

3. Sekadar mahu pendapatan tambahan

Majoriti individu yang menjadi agen tidak mempunyai motivasi kerja yang datang dari cita-cita mahu menjadi jutawan. Mereka itu cuma mahu mencari pendapatan tambahan sahaja. Sudah dapat duit tambahan, mereka pun puas hati. Inilah yang menyebabkan prestasi jualan majoriti agen adalah sangat rendah.

4. Hukum angka

Prinsip Pareto memang mudah dilihat berlaku dalam sistem agen. Daripada 100 orang agen, 20 orang agen menghasilkan 80% jualan. Jadi, jangan kita membakar tenaga cuba menaikkan semangat 80 orang agen yang prestasi jualannya rendah.

Gunakan tenaga kita bagi merekrut sebanyak-banyak agen baru. Dalam sistem ini kita bermain dengan 'hukum angka'. Bagi mendapatkan 100 orang agen yang bagus, kita perlu merekut 500 orang agen.

5. Kesilapan peniaga amatur

Kesilapan yang selalu dilakukan oleh peniaga amatur, kita berfikir sampai sakit-sakit kepala mencari jalan hendak memotivasi agen-agen yang jualannya rendah supaya mereka itu menaikkan angka jualan mereka.

Macam-macam usaha dijalankan bagi menyuntik semangat agen-agen itu supaya tingkatkan usaha menjual, tapi hasilnya macam itu juga. Lama-lama kita sendiri patah semangat. Kita berasa kita yang gagal menjalankan tugas kita.

6. Rekrut agen

Tidak boleh kita berhenti merekrut agen-agen baru. Ini kerja yang mesti terus menerus dijalankan. Bakar tenaga kita bagi mendapatkan 20 orang agen yang jualannya tinggi. Berikan sokongan kepada kumpulan ini supaya mudah bagi mereka menaikkan jualan masing-masing. Abaikan 80 orang agen yang jualannya rendah.

7. Program pembangunan agen

Apabila mahu mendorong agen-agen kita supaya mereka berusaha lebih gigih menjual, lakukan ini :

● Kenalpasti agen-agen yang memang mempunyai motivasi dalaman yang tinggi. Mereka itu mampu mendorong diri mereka sendiri.

● Sediakan program pembangunan agents yang khusus untuk mereka.

● Sediakan formula insentif khusus untuk mereka. Mereka itulah yang menjadi 20% agen yang mampu menghasilkan 80% jualan.

8. Rekrut yang mindset sama dengan produk

Golongan yang sanggup menjadi agen menjual barang orang lain tidak semuanya mempunyai mindset yang serupa. Macam-macam orang bekerja menjadi agen, masing-masing dengan mindset masing-masing.

Kita perlu merekrut agen yang mindsetnya sesuai dengan barang kita. Jika barang kita mudah dijual tetapi marginnya kecil, janganlah kita memburu agen yang mindsetnya hendakkan margin besar.

      Baca : 7 Perkara Suami Boleh Tolong Isteri Yang Sedang Mabuk Mengandung

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Sistem dropship adalah sistem agent. Barang mesti laku, baru agen dapat menjualnya. Terima realiti bahawa 80% agen kita takkan bersungguh-sungguh menjual barang kita. Buat barang yang laku, yang mudah dijual. Kemudian barulah dilantik agen-agen.

Agen hanya dapat menjual barang yang marketingnya dijalankan bertalu-talu. Andai kita sendiri tidak mampu nak jual barang kita, jangan sangka agen boleh jual.

- Daku Amat

10 Tip Strategi Bisnes Dapatkan RM Satu Juta Dengan Cepat


Anda berangan hendak jadi jutawan? Strategi untuk mendapat duit RM1 juta untuk mereka yang hendak dapat untung cepat. Untung mestilah sekurang-kurangnya RM50 atau RM100. Kenapa RM50 atau Rm100? Sebab, kalau anda dapat jual 100 produk maka untung RM50 sudah dapat RM5000.

Kalau anda jual barang yang untung 50 sen, memerlukan 2,000,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM1, memerlukan 1,000,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM5, memerlukan 200,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM10, memerlukan 100,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM20, memerlukan 50,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM30, memerlukan 33,333 jualan.

Kalau anda jual barang yang untung RM40, memerlukan 25,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM50, memerlukan 20,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM100, memerlukan 10,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM1000, memerlukan 1000 jualan.

Bandingkan jika anda hanya bekerja makan gaji sahaja. Berapa lama anda hendak mengumpul sebanyak RM1 juta?

Sekiranya anda bergaji sebulan RM1000 anda memerlukan bekerja selama 83 tahun 3 bulan. Sekiranya anda bergaji sebulan RM2000 anda memerlukan bekerja selama 41 tahun 7 bulan. Sekiranya anda bergaji sebulan RM3000 anda memerlukan bekerja selama 27 tahun 8 bulan. Sekiranya anda bergaji sebulan RM5000 anda memerlukan bekerja selama 16 tahun 6 bulan. Sekiranya anda bergaji sebulan RM10,000 anda memerlukan bekerja selama 8 tahun 3 bulan.

Langkah pertama ingin menjadi jutawan

Hendak senang mesti ada usaha keras bukan setakat nak senang tetapi tak nak buat apa-apa, hanya goyang kaki sahaja. Nak senang mesti otak berjalan, otak mesti kreatif, mesti ada STRATEGI. Tiada guna perah sehabis tenaga tanpa strategi.

Berikut 10 strategi bisnes dapatkan RM satu juta dengan cepat :

1. Cari produk atau servis yang orang selalu beli

Tidak kisahlah, barang itu harganya murah atau mahal. Apa yang penting ada orang nak beli. Contoh yang untung sedikit seperti jual nasi lemak, kuih muih, sayur di pasar, barang makanan, rempah, sup bunjut dan lain-lain lagi. Contoh yang untung besar seperti jual kereta, lori, bas dan yang seumpamanya.

2. Senaraikan sekurang-kurangnya 10 produk

Daripada senarai itu, anda tengok produk mana yang anda boleh buat sendiri. Pastikan ada sekurang-kurangnya satu produk! Melalui bisnes itu nanti, kita akan mula dapat keuntungan sedikit demi sedikit. Lama-lama menjadi jutawan.

3. Target pertama anda mesti buat super sale

Ok! sekarang, jalankan bisnes tadi. Jika sales anda tidak menjadi kenalah cari usaha bagaimana hendak naikkan sales. Bila dapat untung, setengah anda ambil buat belanja dan setengah lagi anda guna buat modal. Modal itu untuk kegunaan seperti bahan mentah, flyer, iklan dan sebagainya.

4. Mesti tahu selok belok perniagaan

Untuk menjadi jutawan anda perlu melalui dulu proses no 1,2,3. Jika anda tidak bermula dengan yang kecil mana mungkin anda boleh bergelar jutawan. Bila anda bergelar jutawan mesti perlu tahu selok belok perniagaan jika tidak nanti duit yang banyak itu akan lesap begitu sahaja.

Selok belok perniagaan hanya boleh diperolehi melalui pengalaman berniaga. Setiap jutawan mesti ada strategi macam mana nak buat sale. Jika anda berangan hendak jadi jutawan tetapi tidak ada strategi hendak buat sale maka setakat berangan sahajalah.

5. Buat flyer dan pasang banner iklan

Jika anda jual barang untung bawah RM50 dan tidak ada kedai. Contohnya, anda pandai buat dodol maka anda buat dulu dodoh satu kuali. Pek dan jual. Jual di taman perumahan atau dengan kawan-kawan dahulu. Jika sales tidak banyak, buat pula flyer tabur saja di mana-mana atau buat banner pasang saja di mana-mana, gantung di tiang, pokok dan sebagainya. Jika anda tidak sanggup buat macam ini memang sales anda tidak menjadi.

Jika anda ada kedai juga buat perkara yang sama. Tengok strategi along pinjam wang. Walau pun kita tahu bahaya tetapi ramai juga orang meminjam along. Jika anda buat produk makanan seperti tempe, cili giling, kerepek dan sebagainya mestilah ada seorang kakitangan yang kerjanya hantar produk anda di kedai. Jika tidak buat macam itu tidak adalah orang nak beli produk anda.

6. Jumpa orang dan pandai bercakap

Jika anda jual barang untung RM50 ke atas. Target 100 jualan dalam sebulan, anda sudah dapat RM5000. Keluar rumah mesti jumpa orang, mulut mesti manis, mesti pandai cakap, mesti pandai pilih target pembeli, mesti ada flyer kecil bagi kat orang. Jika tidak mampu buat sendiri kena gaji orang lain tolong buatkan.

7. Memperkenalkan produk kepada orang

Bila anda sudah perkenalkan produk kepada orang lain nanti akan ada pemborong yang akan berminat memborong barang anda. Bila pemborong sudah ambil dari anda, barulah sales anda akan meningkat dan perniagaan akan mula stabil.

8. Bisnes untuk orang sibuk

Cari bisnes yang orang lain boleh uruskan. Contohnya penghantaran produk, pembungkusan produk, restock produk atau customer service yang mana orang lain boleh uruskan. Kita ciuma buat SOP saja.

9. Cari bisnes yang tak perlu cakap banyak

Kerja-kerja berkaitan produk dibelakang tabir sudah ada yang menguruskan. Namun, kerja 'front line' atau barisan depan seperti Marketing atau promosi, kita kena turun padang. Nak gajikan orang buat pun tak mengapa, tetapi kita tetap kena turun padang.

Pernah makan di restoran yang tuan kedai baik tetapi bila lain waktu kita makan di kedai itu dan tokeh kedai tiada pada masa itu, tengok pekerja dia buat macam mana pada kita. Layan macam ayam saja. Kita tak mahu bisnes kita jadi macam itu. Depan kita, baik tetapi bila kita tak ada semua out. Masalah ini boleh diatasi dengan SOP.

OK, kenapa tidak perlu cakap banyak? Sebab, kalau bisnes yang kena banyak cakap ini, susah nak buat marketing secara online atau guna flyers.

10. Manfaatkan teknologi automasi

Gunakan teknologi untuk kerja-kerja yang boleh dilakukan automatik. Contohnya untuk follow up pelanggan melalui email, guna autoresponder. Brand awareness dekat FB, guna FB Ads. Sistem SMS auto reply. Sistem affiliate untuk agen promosikan produk kita dan lain-lain.

Kesimpulan

Ramai orang hendak buat bisnes, tetapi bukan semua orang tahu buat bisnes berjaya. Masalahnya, bila tidak tahu, buat-buat tahu atau tidak mahu ambil tahu. Akhirnya bisnes jadi macam "tauhu" - habis kena makan.

9 Tip Untuk Berjaya Dalam Bisnes Online

Sekarang tidak susah hendak berniaga. Tiada kedai pun boleh berniaga. Apa yang anda hanya perlu ada hanyalah komputer laptop dan telefon bimbit untuk melakukan bisnes online. Selain daripada itu beberapa tip di bawah ini wajar diketahui untuk menjadi usahawan bisnes online yang berjaya.

Berikut 9 tip hendak berjaya dalam bisnes online :

1. Nama perniagaan

Cari nama perniagaan yang mudah diingat, mudah ditaip dan sependek mungkin agar mudah ditaip dan diingati. Anda juga boleh memilih nama perniagaan anda berdasarkan nama produk yang anda mahu jual.

2. Bermula secara kecil-kecilan

Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga ribuan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai.


3. Mempunyai strategi yang berkesan

Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, anda juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan.

4. Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan anda yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan anda sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu.

5. Jangan hilang fokus terhadap apa yang diusahakan

Setiap perniagaan yang baru ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya. Oleh itu, anda haruslah mengelak daripada menjalankan beberapa perniagaan serentak di dalam satu-satu masa.

Anda jangan sesekali terpengaruh dengan peluang yang boleh mengalih fokus bisnes anda ketika itu. Sebenarnya itu salah satu cabaran dan dugaan terhadap usahawan baru seperti anda. Fokus kepada perniagaan anda sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang anda sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.

6. Pemasaran adalah nadi perniagaan

Pemasaran adalah nadi perniagaan yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemilik bisnes kerana ia akan menentukan kejayaan perniagaan anda dalam jangka masa pendek. Tiada cara lain untuk anda bersaing di dalam perniagaan sekarang melainkan dengan mengukuhkan cara dan teknik anda melakukan pemasaran.

Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal. Oleh itu, anda perlu sentiasa belajar ilmu dan teknik pemasaran yang terkini agar dapat diadaptasi dalam menggerakkan perniagaan anda.

7. Rajin belajar

Belajar di sini adalah menerusi pembacaan, menonton video tutorial dan rajin dalam membuat kajian tentang teknik ataupun cara yang betul melakukan perniagaan internet.

8. Survival

Perniagaan Internet tidaklah semudah yang disangka. Hanya mereka yang betul-betul fokus dan berusaha keras akan berjaya. Praktikkan setiap tip yang diperolehi daripada mentor. Belajar untuk bertindak sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya. Kelak, sifat 'survive' inilah yang bakal membantu anda dikemudian hari.

9. Tiada jalan singkat

Apa yang penting dalam melakukan perniagaan online adalah kesabaran. Tiada jalan mudah untuk bertahan lama dan berjaya dalam perniagaan internet jika kita mempunyai sikap mahu cepat kaya. Buang sifat negatif itu serta mula belajar sedikit demi sedikit ilmu perniagaan Internet. Practice makes perfect!

Kesimpulan

Semakin ramai orang yang terlibat menjalankan bisnes online sekarang ini sebagai sumber pendapatan. Namun kerana tidak mengambil berat soal ilmu bisnes online yang betul menyebabkan ada antara mereka menemui kegagalan. Semoga tip di atas dapat dipratikkan dan seterusnya bisnes online anda semakin berkembang maju.

3 Kebaikkan Seorang Pelajar Buat Bisnes Part Time


Berbeza dengan bekerja makan gaji, bisnes memerlukan komitmen yang lebih tinggi. Salah satu daripada sebabnya adalah kita sendiri yang mengawal aliran tunai setiap bulan. Memulakan bisnes sendiri adalah tindakan yang berisiko bagi para pelajar.

Namun, berniaga adalah cara yang terbaik untuk pelajar memahami keperitan dan keindahan yang dialami oleh para usahawan jutawan yang berjaya di luar sana.

Berikut 3 kebaikkan seorang pelajar buat bisnes part time :

1. Menguruskan masa dengan lebih efektif

Pengurusan masa seorang pelajar yang berniaga adalah lebih ketat berbanding mereka yang bekerja secara part time. Ini kerana peniaga yang menetapkan masa kerja mereka sendiri dan tidak menurut mana-mana pihak atasan.

Apabila kita berniaga secara part time dan tidak mengambil endah terhadap pengurusan masa, situasi yang kritikal akan berlaku dan memberikan kesan terhadap prestasi pelajaran kita di kolej dan sebagainya.

2. Bebas kewangan lebih awal

Pelajar yang belajar selok belok perniagaan di peringkat awal mempunyai potensi untuk mencapai matlamat bebas wang lebih awal. Ia akan mematangkan minda seorang pelajar dengan lebih pantas mengenai realiti perniagaan dan kehidupan.

Situasi ini berlaku terhadap seorang usahawan wanita yang berjaya. Beliau cuma berusia 23 tahun, tetapi empayar perniagaannya sudah menembusi pasaran luar negara. Nasihat beliau untuk para pelajar yang ingin memulakan perniagaan adalah;

"Mula berniaga sekarang. Kerana lebih banyak kita buat dan belajar, maka lebih cepat untuk kita berjaya.”
3. Potensi pendapatan tidak terhad

Realiti bahawa 9/10 rezeki datang daripada perniagaan! Apabila berniaga, pelajar itu sendiri menetapkan potensi pendapatan yang ingin diperoleh. Semuanya tertakluk pada misi, kepercayaan dan tindakan kita.

Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan semasa di kolej misalnya lebih mudah untuk mencapai kekayaan dalam tempoh antara 3 hingga 5 tahun.

Kesimpulan

Pandai akademik tidak semestinya lulus ujian kehidupan yang sebenar. Apabila seorang pelajar memiliki bisnes, dia akan dapati orang yang 'bijak akademik' tidak sama dengan orang yang 'bijak berniaga'.

Mempunyai bisnes ini juga mampu meningkatkan keyakinan seorang pelajar di sekolah. "Untuk berjaya tidak semestinya kita perlu bijak dalam akademik tetapi ilmu supaya bijak dalam kehidupan itu jauh lebih penting."

10 Tip Berguna Untuk Bergelar Usahawan Berjaya


Prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu bergelar jutawan. Fakta telah membuktikan bahawa majoriti jutawan adalah lahir daripada golongan para peniaga. Hatta peniaga kecil yang menjalankan perniagaan mengikut startegi yang betul juga sebenarnya mampu untuk bergelar jutawan.

Berikut 10 tip berguna untuk anda bergelar usahawan berjaya :

1. Tahu tentang produk dan industri diceburi

Apakah yang anda hendak jual? Anda perlu lakukan research ke atas produk anda sendiri dan ke atas produk pesaing-pesaing anda. Serta jalankan penyelidikan industri secara keseluruhan.

2. Kenal pelanggan atau target market

Sebelum memulakan perniagaan, anda perlu mempunyai fokus atau tumpuan khusus kepada jenis pelanggan anda.

3. Cari partner sesuai dan betul-betul 'ngam'

Kita pastinya tidak mahir atau pandai dalam semua aspek. Jadi, carilah partner yang dapat membantu anda dan boleh dipercayai. Contohnya dalam urusan kewangan dan pengurusan.

4. Bentuk pasukan yang hebat

Bukan senang hendak membentuk satu pasukan yang dinamik. Sepanjang berniaga, mesti ramai orang datang dan pergi. Ianya mengambil masa yang lama untuk mencari orang yang betul-betul tepat dan ia sangat sukar.

Selepas membentuk pasukan, anda perlu melatih pasukan anda dan jadikan mereka ketua. Wujudkan ketua dalam setiap pasukan yang akan membantu anda setiap hari dalam menentukan hala tuju syarikat. Dari sini, karier mereka juga akan berkembang.

5. Bijak mengurus masa

Anda perlu betul-betul membahagikan masa di antara kerja dan keluarga. Anda kena buang istilah 'buang masa' dalam hidup. Setiap jam mesti dipenuhi dengan pelbagai urusan bermanfaat. Hidup yang begitu sibuk sebenarnya lebih produktif. Sebab kalau anda ada banyak masa, mungkin masa itu akan disia-siakan begitu saja.

6. Delegasi dan komunikasi

Adalah sangat penting bekerja secara berpasukan. Delegasikan atau bahagikan kerja-kerja kepada ketua dan para pekerja anda agar segalanya berjalan lancar, teratur dan cepat. Tetapi apa yang lebih penting ialah komunikasi.

Anda perlu berkomunikasi dengan pekerja anda tentang masalah yang timbul dan bincangkan cara atau jalan penyelesaiannya. Anda juga perlu follow up dan paling penting anda mesti kena turun padang, tak kiralah sama ada ke pejabat ataupun ke majlis.

7. Cari kritikan bukan pujian

Kritikan amat membantu untuk kita menambah kualiti produk atau servis kita. Walaupun ada masanya pahit dan sukar untuk anda terima, kritikan-kritikan inilah yang menujukkan tentang kelemahan jenama anda.

Anda perlu ingat bahawa anda tidak mungkin akan dapat memuaskan hati semua pihak. Jadi, mesti akan ada kritikan yang perlu anda hadapi. 'Just take it positively, improve and move forward'.

8. Gunakan sepenuhnya media sosial

Produk atau jenama anda perlu sentiasa relevan dan up to date, tidak kiralah jenis perniagaan apa pun yang anda ceburi. Cuba maksimumkan penggunaan media sosial sebaik mungkin dan ambil kesempatan melaluinya. Media sosial memang sangat penting untuk menjadikan jenama anda lebih dikenali ramai.

9. Dapatkan sokongan yang baik

Ramai orang terlupakan perkara ini. Dalam perniagaan, anda perlu berhadapan dengan pelbagai jenis cabaran dan kritikan. Perkara-perkara tidak boleh dikawal inilah yang akan menjatuhkan anda kalau anda tidak kuat. Anda akan rasa demotivated, putus asa dan tidak bersemangat lagi untuk teruskan perjuangan. Jadi, kalau anda tiada sokongan yang baik, siapa yang akan bangkitkan semula semangat anda ketika anda sedang jatuh?

Itulah sebabnya sistem sokongan seperti ibu bapa, ahli keluarga, suami atau isteri, anak-anak dan sahabat karib, mereka ini adalah orang-orang yang amat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka, pasti kita tak akan mampu melangkah jauh. Oleh itu, jagalah hubungan baik dengan orang-orang tersayang.

10. Sentiasa percaya kepada Tuhan

Allah adalah perancang segala sesuatu. Kalau Dia kata ia akan berlaku, maka berlakulah ia. Rezeki itu di tangan Allah dan Dia telah menentukan rezeki bagi setiap makhluk-Nya di muka bumi ini. Sepayah mana pun liku hidup anda, Allah boleh mengubahnya dalam sekelip mata. Dan semewah mana pun hidup anda, Allah boleh menarik segala-galanya dalam sekelip mata.

Kesimpulan

Banyak lagi sebenarnya cara-cara dan tip yang boleh dilakukan oleh peniaga untuk memastikan perniagaan menjadi lebih berjaya. Walau bagaimanapun, percayalah anda mampu untuk bergelar usahawan berjaya sekiranya 10 tip di atas diamalkan dengan baik. Teruskan berusaha kerana perniagaan merupakan satu perintis untuk seseorang itu menjadi jutawan.

Akhir sekali, fahami kata-kata berikut; “..elakkan diri daripada bersikap tikam belakang dan jangan mencari musuh. Jangan sesekali membuat helah kerana tidak ada jalan pintas untuk berjaya, kerja keras dan selalu berminat dengan apa yang kamu kerjakan.”

Semoga berjaya!

3 Langkah Mudah Untuk Mulakan Bisnes Online


Ramai yang ingin memulakan bisnes online sendiri tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula dan daripada mana. Ilmu pengetahuan bisnes online tiada, begitu juga dengan pengalaman. Namun, anda jangan khuatir kerana terdapat formula yang dikongsikan oleh Irfan Khairi bagi mereka yang mahu memulakan bisnes online. Formula tersebut dinamakan Langkah 3P.

Berikut 3 langkah mudah untuk mulakan bisnes online anda sendiri :

1. PRODUK

P yang pertama semestinya adalah produk atau perkhidmatan yang kita nak jual. Kalau tiada produk, macam mana nak buat bisnes kan? Jadi, untuk perniagaan sambilan, anda digalakkan cari satu produk berdasarkan minat atau pun hobi anda.

Bila kita jual sesuatu yang kita minati, yang kita ada passion, biasanya kita akan lebih bersemangat dan seronok. Jangan terlalu mudah terikut-ikut dengan bisnes yang orang lain buat.

Contoh, kita nampak orang jual simkad macam seronok dan senang saja dia dapat 'income' beratus-ratus atau beribu-ribu sebulan. Itu dia! Kita belum tentu.

Lagi satu cabaran kalau jual produk yang kita tak minat dan kadang-kadang tak pernah cuba pun adalah kita akan mudah putus asa bila gagal dapatkan jualan. Ramai peniaga begini pernah hadapi masalah yang sama bisnes tutup tak sampai 3 bulan.

2. PLATFORM

Bila anda sudah tentukan apa produk atau perkhidmatan yang anda hendak jual, sekarang tibalah masa untuk anda pilih apa platform yang anda nak guna. Contoh platform ataupun bahasa lainnya channel pemasaran adalah seperti; Facebook, Instagram, Twitter, Blog, Email, Minisite dan banyak lagi.

Anda dinasihatkan supaya memulakan dengan platform yang anda sudah biasa guna. Contohnya kalau kita sudah memang 'familiar' dengan Facebook dan Instagram maka guna sajalah 2 platform tersebut dulu.

Tak perlu bazir masa nak cuba buat website, blog, shopping segala bagai yang kita memang tak pernah cuba pun sebelum ini. Bila sudah maju dan nak berkembang, barulah kita 'explore' platform-platform lain yang dirasakan sesuai untuk bisnes kita.

3. PEMASARAN

Produk sudah ada dan platform juga anda sudah pilih. Sekarang masanya untuk anda mula mempromosikan produk anda. Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.

Cara promosi di Facebook tidak sama dengan cara di Instagram. Kalau guna Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial lain. Jadi, pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik secara semberono.

Jadi, dari masa ke semasa anda perlu menambah ilmu pengetahuan mengenai bisnes online yang anda ceburi. Untuk itu anda perlu banyakkan membaca buku atau artikel secara online dan menambah kenalan dalam bidang berkaitan. Selamat mencuba!

8 Tip Untuk Menjadi Dropship Berjaya


Ramai orang nak meniaga untuk menampung kehidupan sekarang ini. Tetapi masalah terbesarnya ialah modal perniagaan. Namun ada cara meniaga tak guna ataupun hanya keluar sedikit sahaja modal iaitu dengan cara dropship.

Dropship ialah bisnes di mana individu yang mempromosikan dan menjual barangan dari pembekal (seller) tanpa menyimpan produk tersebut. Ini kerana, semua produk berada dalam simpanan pembekal.

Tugas anda hanya mempromosikan produk melalui gambar produk kepada orang ramai. Sekiranya barangan tersebut terjual, pihak pembekal akan mengirimkan produk tersebut terus kepada pembeli atas nama individu yang mempromosi atau yang menjual produk tersebut sebagai pengirim.

Tidak memerlukan apa-apa modal, hanya perlu mempromosikan produk-produk dari pembekal. Sekiranya terjual, dropshipper akan memperolehi komisyen dari setiap produk yang mereka jual. Untuk berjaya dalam bisnes ini, anda perlu mengetahui rahsia seperti mana yang digunakan oleh dropshipper yang telah berjaya.

Berikut 8 tip untuk menjadi dropshipper berjaya :

1. Cari produk popular atau viral

Penting untuk anda mencari produk popular yang dijual oleh seller kerana produk popular mempunyai kebarangkalian untuk dibeli pelanggan adalah tinggi. Anda mesti peka kepada trend masyarakat di negara ini.

2. Mengenali Seller atau pembekal berpotensi

Mencari pembekal yang berpotensi dan sangat boleh dipercayai amat penting dalam bisnes dropship. Pembekal yang berpotensi memiliki ciri-ciri seperti; memiliki kedai atau syarikat sendiri dan menyimpan stok barangan yang banyak.

Memperolehi harga yang murah atau harga kilang dari pihak pembekal membuatkan seorang dropshiper berpotensi memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.

3. Tumpukan hanya satu produk dan pembekal

Sebagai permulaan, promosikan satu produk sahaja dan satu pembekal untuk membolehkan anda mampu menguruskan bisnes dropship anda. Ini kerana jika anda mempunyai banyak produk dan pembekal, anda akan menghadapi kesukaran untuk menguruskannya. Penumpuan kepada satu produk membolehkan anda mengenali potensi pembeli anda dengan lebih jelas.

4. Produk mesti anda cuba dahulu

Pastikan produk tersebut harus anda cuba dahulu untuk mengetahui tahap kualiti produk tersebut. Sekiranya produk tersebut berkualiti, barulah produk tersebut anda jual kepada pembeli di internet untuk mengelakkan timbulnya masalah dengan pembeli.

Harus mengetahui secara detail mengenai produk tersebut kerana pelanggan akan bertanya bermacam-macam soalan mengenai produk tersebut.

5. Memiliki ramai teman di laman sosial

Memiliki ramai rakan di sekeliling dan juga melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Facebook mengizinkan semua pengguna boleh menambah rakan sehingga 5,000 orang. Jumlah tersebut adalah cukup ramai.

Jika anda mempromosi produk anda melalui Facebook anda, produk anda akan mudah terjual. Tetapi pastikan anda meletakkan gambar sebenar di profile Facebook, nama sebenar anda, alamat tempat tinggal dan nombor telefon yang boleh dihubungi. Hal ini adalah sebagai syarat yang menjamin keyakinan rakan Facebook anda untuk membeli barangan anda.

Sekiranya anda tidak mempamerkan identiti anda dengan lengkap, misalnya, gambar profile bukan gambar sebenar anda serta menggunakan nama samaran, hal ini akan menurunkan kepercayaan pembeli kepada anda. Perkara yang sama juga boleh dilakukan melalui laman sosial yang lain seperti Twitter, MySpace, Tagg dan lain-lain.

6. Buka page sendiri di Instragram

Melakukan promosi produk anda melalui Instagram, Wechat, Whatsapps, Link dan lain-lain media sosial, sebagai cara anda untuk memperoleh pembeli. Instagram amat berpotensi untuk mendapatkan pembeli kerana anda boleh mendapatkan berpuluh ribu rakan dengan masa yang singkat.

7. Buka Fanpage di Facebook

Membuka fanpage mengenai produk anda di Facebook akan menjamin pembeli baru untuk melakukan pembelian produk anda. Jika anda telah memiliki rakan Facebook seramai 5,000 orang, 'request' rakan-rakan anda untuk 'like' fanpage anda dan anda juga boleh mengeluarkan sedikit modal dengan melakukan pembayaran melalui Facebook Ads untuk mendapatkan lebih banyak 'like' fanpage anda.

8. Usaha gigih untuk berjaya

Ukuran kejayaan anda dalam bisnes dropship ini adalah bergantung kepada sejauh mana usaha gigih anda untuk mendapatkan pembeli.

8 Strategi Mengembangkan Perniagaan Anda


Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberikan pulangan lumayan, khusus bagi mereka yang serius dalam menjalankan bisnes yang diceburi. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu bergelar jutawan.

Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam lapangan perniagaan, anda mestilah bijak mengambil peluang yang ada dalam dunia perniagaan yang mana peluang-peluang tersebut dapat membantu untuk meningkatkan lagi kejayaan perniagaan tersebut. Peniaga yang bijak akan memerhatikan keperluan semasa masyarakat sekeliling.

Misalnya, sekiranya di sesuatu kawasan penempatan tidak ada menyediakan perkhidmatan dobi, maka peniaga yang bijak akan menggunakan peluang tersebut dengan membuka sebuah kedai dobi dan mungkin boleh bermula secara kecil-kecilan. Inilah yang dikatakan pandai mencuri peluang dalam perniagaan.

Berikut 8 strategi mengembangkan perniagaan anda :

1. Membuat catatan kewangan (cash flow)

Penting sekali kerana didalamnya terdapat pengiraan modal dan perbelanjaan segala perbelanjaan operasi Selain itu, ia dapat digunakan untuk memohon pinjaman.

2. Menentukan harga jual yang tepat

Jangan sampai salah menentukan harga jualan. Semua harga kalau boleh sudah dihitung jumlah keuntungan selepas ditolak dengan harga kos.

3. Mengendalikan sumber manusia dengan baik

Jumlah pekerja harus disesuaikan dengan keperluan bisnes. Hak dan kewajiban juga harus jelas dan diketahui oleh pekerja sejak awal bekerja.

4. Mengasingkan keuntungan

Hasil keuntungan diasingkan antara lain untuk persediaan mengganti kelengkapan perniagaan yang rosak atau menurun fungsinya dan untuk pengembangan perniagaan.

5. Layanan yang profesional

Layanan profesional antara lainnya, tidak membiarkan pelanggan menunggu terlalu lama, mendahulukan pelanggan yang tiba lebih dahulu dan bersikap ramah.

6. Membuka cawangan

Membuka cawangan adalah salah satu ciri perniagaan berkembang. Ia memberikan beberapa kelebihan, antaranya produk kita akan lebih dikenali oleh masyarakat setempat.

7. Menjaga kebersihan dan kekemasan

Semua faktor dari tempat perniagaan, pekerja, kelengkapan tidak boleh luput dari kebersihan. Termasuk juga pakaian seragam pekerja.

8. Kerja keras, bijak dan kreatif

Gabungkan ketiga perkara di atas, maka semua perkara dalam urusan perniagaan anda akan dapat diselesaikan dengan mudah.

5 Penyebab Yang Selalu Gagalkan 95% Usahawan


Ramai kalangan kita yang mampu menjadi usahawan namun untuk menjadi usahawan yang berjaya itu yang tidak mudah. Pelbagai liku dalam perniagaan terpaksa dihadapi contohnya, risiko kerugian, persaingan, kebolehjualan produk dan paling teruk ialah risiko bankrup.

Berikut 5 penyebab utama yang selalu gagalkan 95% usahawan :

1. Wang syarikat jadi wang peribadi

Fahaman yang mengatakan bahawa wang syarikat adalah wang peribadi adalah salah sama sekali. Tindakan ini ibarat seperti anda mencuri wang syarikat sendiri. Syarikat dan individu merupakan dua entiti yang berbeza. Oleh itu, tindakan menggunakan wang syarikat untuk kepentingan peribadi mampu melumpuhkan perniagaan anda.

Terdapat sesetengah usahawan berpendapat bahawa wang yang masuk ke dalam akaun syarikat adalah keuntungan dan sebagai pemilik syarikat, mereka bebas membelanjakan wang tersebut untuk apa sahaja termasuk untuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.

Kesan daripada tindakan ini dapat dilihat apabila di saat syarikat memerlukan bajet tambahan dan ketika itu duit yang ada tidak mencukupi kerana sudah habis dibelanjakan untuk kepentingan peribadi.

2. Mulakan perniagaan dengan wang pinjaman

Memang terdapat banyak jalan pintas untuk mencari modal bagi memulakan perniagaan. Ini termasuklah pinjaman daripada bank dan sebagainya. Seeloknya, elakkan daripada memulakan perniagaan anda dengan menggunakan wang pinjaman kerana hal ini akan meletakkan anda di dalam situasi tertekan.

Fokus anda untuk mengembangkan perniagaan akan terganggu kerana sibuk memikirkan tentang beban hutang yang tidak tertanggung kerana hasil keuntungan tidak seberapa. Pinjaman bank seeloknya digunakan apabila perniagaan sudah stabil, bukan ketika anda hendak memulakan perniagaan itu sendiri.

3. Gagal merancang

Mereka yang gagal merancang sebenarnya merancang untuk gagal. Mungkin ada yang sudah merancang, tetapi rancangan yang dibuat tidak jelas dan spesifik.

Sebagai contoh; Encik A mensasarkan untuk mencapai keuntungan di hujung tahun. Namun, dapat dilihat beliau tidak meletakkan sasaran keuntungan yang ingin dicapai, malah cara untuk merealisasikan sasarannya juga tidak diperincikan dengan betul. Sasarannya hanya terawang-awang di atas kepala dan tidak dikaji, ditapis dan dipersembahkan dahulu di atas kertas.

4. Kurang ilmu perniagaan

Para usahawan seharusnya rajin untuk menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa agar tidak mudah ditipu. Semakin kurang ilmu seseorang itu, semakin mudah untuk dia diperdaya. Ramai para usahawan yang sanggup mengeluarkan modal berpuluh ribu ringgit tetapi perniagaannya tetap tidak berjaya.

Dalam berniaga, terdapat banyak perkara yang perlu diambil kira seperti strategi pemasaran, pemilihan lokasi dan sebagainya. Ilmu perniagaan ini bukan sahaja boleh didapati dengan menghadiri seminar atau kursus tetapi boleh juga diperolehi daripada buku-buku perniagaan yang ditulis oleh pakar-pakar industri.

5. Sikap negatif usahawan itu sendiri

Terdapat segelintir usahawan yang mempunyai sikap negatif seperti tamak, hasad dengki dan sebagainya. Harus diingat, apabila tamak dan hasad dengki mula menguasai diri, anda mula tersasar jauh dari landasan yang benar. Perkara ini bukan sahaja mampu menggoyahkan perniagaan anda, malah boleh menjadikan perniagaan anda bertemu dengan kegagalan.

Ada juga para usahawan yang mengambil mudah aspek persaingan dan terlalu yakin dengan kelebihan diri sendiri. Mereka bukan sahaja tidak berdaya saing malah tidak berusaha dalam meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan mereka.

5 Persediaan Sebelum Anda Letak Jawatan Untuk Berniaga Sepenuh Masa


Tips yang dikongsikan oleh individu yang mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) selama 11 tahun sebelum berhenti kerja untuk menjalankan bisnes sepenuh masa wajar diikuti. Sebelum berhenti, beliau telah mengusahakan bisnes sendiri secara separuh masa selama 3 tahun.

Berikut 5 persediaan sebelum anda letak jawatan untuk berniaga sepenuh masa :

1. Tabung simpanan selama 6 bulan

Senaraikan dan kira jumlah perbelanjaan setiap bulan. Jika komitmen peribadi kita sebanyak RM 2,000 sebulan, kita mesti mempunyai simpanan sebanyak RM 12,000 di dalam akaun bank. Duit itu adalah duit tabung khas untuk komitmen peribadi, bukannya komitmen bisnes.

Perbelanjaan operasi bisnes mesti dibayar daripada hasil bisnes yang dijalankan sekarang. Ada 2 sumber untuk memenuhkan tabung ini :

● Guna sebahagian duit gaji yang diterima daripada hasil keuntungan bisnes.
● Guna gaji bulanan daripada majikan tempat bekerja.

2. Pendapatan bisnes menyamai gaji

Pendapatan bulanan daripada hasil keuntungan bisnes sekurang-kurangnya menyamai gaji di tempat kerja. Ini membolehkan kita mengatur perbelanjaan peribadi sama dengan kita mengatur perbelanjaan ketika kita masih bekerja.

Konsistensi pendapatan bisnes pula tidak boleh diukur dengan pencapaian sebulan pertama. Itu belum cukup untuk menjamin pendapatan yang sama pada bulan seterusnya. Ia harus dicapai sekurang-kurangnya 6 bulan berturut-turut.

3. Mempunyai perancangan bisnes yang rapi

Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. Seterusnya, senaraikan pelan tindakan yang perlu diambil oleh diri dan ahli pasukan untuk capai matlamat tersebut. Matlamat jangka pendek merangkumi apa yang perlu dicapai dalam fasa 3 bulan hingga 6 bulan pertama bisnes diusahakan secara sepenuh masa.

Sudah tentu ia berbeza dengan pelan tindakan ketika kita mengusahakan bisnes secara separuh masa. Taat kepada pelan tindakan tersebut. Maksudnya diri sendiri dan ahli pasukan sanggup memberikan komitmen untuk melaksanakannya.

Paling mudah, rujuk mentor bisnes dan minta nasihat daripada mereka terlebih dahulu. Ia mengurangkan risiko untuk melakukan kesilapan mudah di dalam menguruskan bisnes.

4. Sanggup bekerja 12 jam hingga 14 jam sehari

Pada peringkat permulaan bisnes dijalankan sepenuh masa, pengorbanan yang harus dilakukan ialah kesanggupan untuk bekerja lebih masa daripada jumlah masa ketika bekerja makan gaji. Bekerja lebih masa ini hanya sementara sahaja sebelum kita serahkan sebahagian kerja kepada ahli pasukan yang lain.

Apabila sepenuh masa, disiplin datang dari dalam diri kita. Tiada lagi undang-undang yang mengawal kita. Segelintir pemilik bisnes ketika menjalankan bisnes separuh masa, bisnes berjalan dengan baik. Apabila sepenuh masa, bisnes jatuh. Lazimnya, ia ada kaitan dengan masalah disiplin diri.

5. Restu ibu bapa

Dari sudut kerohanian pula, minta restu ibu bapa dan mohon doa daripada mereka. Kejayaan lebih mudah dicapai apabila kita menjaga hubungan baik dengan ibu bapa, isteri, anak-anak dan keluarga terdekat.

Seorang mentor kami pernah berkata; “Di saat ibu bapa menitiskan air mata mendoakan kesejahteraan dan kejayaan kita, Insya Allah rezeki kita tidak akan putus.”

7 Idea Hebat Berniaga Tanpa Modal


Sebenarnya tanggapan bahawa semua perniagaan memerlukan modal adalah tanggapan lapuk yang patut kita tinggalkan kerana sebenarnya sangat banyak kaedah untuk kita berniaga tanpa modal.

Di sini dikongsikan idea hebat bagaimana anda membina legasi dengan tanpa modal. Cuma, apabila nama pun berniaga tanpa modal maka usaha pun mestilah seperti perniagaan tanpa modal. Apa yang anda perlukan hanya laptop dan usaha yang gigih.

Berikut 7 idea hebat berniaga tanpa memerlukan modal :

1. Ambil upah menulis sesuatu di internet

Tahukah anda di internet mempunyai banyak blog dan laman facebook yang mahukan kontennya di kemaskini 5 hingga 7 kali sehari. Contohnya anda boleh menulis blog bagi laman blog gosip terkenal.

kaedahnya mudah hanya perlu buka blog lain dan tulis semula cerita yang sama dengan ayat dan cara penyampaian yang berlainan. Bolehlah setakat nak dapat dalam dua tiga ribu ringgit sebulan. Begitu juga kini terkenal dengan laman blog bisnes dan lain-lain.

2. Perniagaan servis menulis ayat jualan

Perniagaan jenis ini sangat terkenal di luar negara dan baru sahaja meningkat naik di Malaysia setahun dua ini, Anda tidak perlukan modal duit untuk perniagaan jenis ini.

tetapi anda perlu belajar bagaimana menulis surat jualan yang hebat yang dapat memuaskan hati pelanggan anda. Bolehlah dapat dalam RM150-RM1200 (atau lebih) bagi setiap kerja yang dilakukan.

3. Mengambil upah menjawab survey online

Terdapat banyak laman web luar negara yang menawarkan servis menjawab survey bagi syarikat-syarikat besar ini. Sesetengahnya memerlukan anda memasukkan modal atau duit deposit, namun terdapat juga pilihan laman web yang mengenakan yuran murah dan percuma ini anda patut utama kan!

Namun anda perlu berhati hati dengan penipuan sila pastikan syarikatnya boleh dipercayai. Boleh dapat sehingga RM5000 jika kena gayanya!

4. Perniagaan cetak baju

Anda boleh buat rekabentuk baju yang sangat mengancam dan sangat menarik perhatian pembeli itu yang utama kerana fokus kita menjual bukan kehendak peribadi. Kemudian anda promosikan design tersebut habis-habisan cari beberapa medium iklan yang percuma dan buka sistem agen.

Setelah mendapat tempahan minimum yang dikehendaki oleh kilang terus kilangkan! Namun perlu hati-hati. Anda perlu dapatkan jumlah order minimum dengan cepat untuk mengelakkan pembeli menunggu terlalu lama sebelum baju siap dan sampai kepada mereka.

5. Dropship

Dropship adalah satu teknik perniagaan yang sangat mudah dan menguntungkan ianya adalah sistem agen yang mana anda hanya mempromosikan sesuatu barang dengan harga anda sendiri apabila pembeli membayar kepada anda. Kemudian anda hanya order kepada penjual barang tersebut dan masukkan alamat pembeli anda tadi.

Anda tak perlu langsung uruskan penghantaran dan anda langsung tak sentuh produk tersebut. Senang cerita sistem orang tengah tetapi secara online. Maka carilah produk yang sangat best untuk dijual harga tinggi.

6. Affiliate online

Sistem affiliate online ini ramai yang terkeliru dengan dropship kerana ianya lebih kurang, tetapi affiliate lebih kepada pemberian komisen. Dimana anda menjual produk dengan harga yang sama dengan penjual tadi produk tersebut tetapi selepas anda berjaya menjualnya sistem affiliate akan merekod penjualan anda untuk dibayar komisennya selalunya dibar setiap bulan.

Sistem affiliate ini selalunya mempunyai sistem laman web khas yang merekodkan jualan anda secara automatik. Sistem ini akan merekod IP atau alamat komputer pembeli yang anda promosikan dan merekodkan pembelian mereka masukkan komisen ke akaun sistem anda.

7. Tulis ebook!

Yang ini anda tak perlukan modal dan pendapatannya mengancam! Dan ianya boleh membantu orang ramai menjadi kaya! Anda hanya perlu tulis ebook yang mempunyai ilmu yang power dan berbaloi untuk dijual maka juallah sebanyaknya!

7 Kelebihan Pemasaran WhatsApp Yang Anda Perlu Tahu


WhatsApp? Bukan ini aplikasi chatting ke? Memang betul, tetapi ramai yang tidak tahu ia juga mempunyai kelebihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan jualan bisnes anda. Pemasaran WhatsApp atau WhatsApp Marketing merupakan satu teknik pemasaran yang terbaru yang kini semakin popular.

Berikut 7 kelebihan pemasaran melalui WhatsApp yang anda perlu tahu :

1. Kos Percuma

Sebelum WhatsApp, SMS merupakan satu medium pemasaran dan sehingga kini masih digunakan. Tetapi dengan WhatsApp tiada kos penghantaran. Cuma perlu WiFi atau 3G dan anda boleh ‘broadcast’ mesej pemasaran anda dengan mudah.

2. Belajar Profil Pelanggan

Setelah anda ‘save’ nombor pelanggan anda, anda boleh melihat profil pelanggan anda jika pelanggan telah muatnaik gambarnya. Dalam status WhatsApp pelanggan, anda boleh mengetahui apa ‘mood’ atau perasaan pelanggan anda pada masa tersebut.

Dengan ini anda boleh membuat catitan tentang ‘demographic’ pelanggan iaitu anggaran usia, jantina, berkeluarga dan sebagainya. Dari sini, anda boleh menghantar mesej pemasaran berdasarkan produk yang anda ingin pasarkan.

Sebagai contoh, dari profil gambar anda boleh mengetahui samada pelanggan ini lelaki atau perempuan. Jika anda ingin pasarkan produk khas untuk wanita, daripada membazir masa hantar mesej kepada semua, anda boleh broadcast kepada pelanggan wanita anda sahaja. Ini dipanggil ‘targeted marketing’.

3. Hubungan Mesra Pelanggan dengan Mudah

Apabila pelanggan mengetahui anda boleh dihubungi dengan WhatsApp, mereka lebih cendurung untuk memberi pesanan atau menanya soalan kerana penghantaran mesej adalah percuma.

Dari sini, anda boleh membina hubungan dengan pelanggan anda dengan lebih mesra. Saya akan utarakan hasil teknik saya dengan menggunakan cara ini di bawah.

4. Hantar Mesej Motivasi

WhatsApp tidak hanya untuk menghantar mesej promosi sahaja. Pelanggan akan menjadi bosan. Gunakanlah peluang ini untuk menghantar tip-tip menarik tentang produk anda, mesej motivasi. Bagi beragama Islam, boleh hantar hadis atau coretan daripada buku-buka agama dan sebagainya.

Dengan ini pelanggan akan mudah terbuka dengan mengetahui anda bukan anda mementingkan duit tetapi juga perhubungan pelanggan. Adalah penting bagi anda untuk membina hubungan jangka panjang atau ‘long term relationship’ dengan pelanggan anda. Anda lebih mudah untuk mendapatkan jualan dari pelanggan tetap berbanding mencari pelanggan baru.

5. Status Anda

Anda juga boleh mempromosikan pelbagai aktitivi atau produk anda dengan menukar status pada WhatsApp anda. Walaupun mungkin menukar status tidak memberi impak yang besar tetapi dengan meletakkan URL website anda, itu merupakan satu promosi tetap bagi pelanggan anda apabila merujuk kepada chat profil anda.

6. WhatsApp Group

MarketingWhatsApp group telah menjadi popular sekarang dan merupakan suatu medium penting dalam komunikasi bagi individu-individu yang mempunyai matlamat atau minat bersama. Di sini anda juga boleh mewujudkan satu ‘support’ group untuk perniagaan anda, di mana pelanggan utama atau ‘VIP customer’ dapat berada dalam WhatsApp Group perniagaan anda.

Disini pelbagai kaedah dapat digunakan dengan memberi ‘priority’ utama dalam khidmat servis pelanggan bagi mereka dalam group, atau keutamaan dalam mendapatkan produk beta anda, atau menggunakan mereka untuk memberi ‘feedback’ bagi produk anda atau pelbagai cara lagi. Yang penting, pelanggan anda merasa diri mereka penting kerana dipilih berada dalam group tersebut.

7. Media

Kelebihan WhatsApp ini adalah anda boleh menghantar pelbagai media termasuk video, gambar dan audio. Anda dapat menggunakan kemudahan ini dengan ‘broadcast’ gambar produk anda, mesej motivasi bergambar, video testimoni pelanggan anda, infographic atau pun ucapan ‘Selamat Hari Raya’. Anda perlu kreatif dalam menggunakan kemudahan ini untuk sentiasa berhubung dengan pelanggan anda.
You might like these as well: