Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lelaki. Papar semua catatan

9 Ciri-Ciri Suami Yang Awesome


Semua wanita ingin menikah dengan lelaki yang tepat. Lelaki yang akan menjadi suami 'awesome' dan menjadi ayah yang baik. Tetapi bagaimana melihat potensi itu pada kebanyakan lelaki disekitar anda? Ada ramai lelaki dengan sifat dan karakter yang berbeza, siapa di antara mereka yang paling berpotensi menjadikan anda wanita hebat?

Berikut 9 ciri-ciri suami yang 'awesome' :

1. Imam solat


Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adaah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suami mampu memimpin isteri dan ahli keluarganya kejalan yang lebih baik dalam agama. Inilah cara menjadi suami yang hebat di dunia dan akhirat. Isteri akan lebih menghormati suaminya kerana mampu menjadi pemimpin keluarga.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama


Seorang isteri hanya inginkan kebahagiaan bersama lelaki yang menjadi suaminya. Bukanlah harta yang diimpikan tetapi ilmu-ilmu agama yang dimahukan. Apatah lagi apabila mempunyai anak, ilmu agama sangat penting bagi menjamin keluarga bahagia. Jika tidak pandai hal agama, maka berusahlah mencari guru-guru agama untuk belajar.

3. Suami yang matang


Suami perlu matang dalam berfikir dan membuat keputusan. Ini kerana isteri akan sentiasa meminta nasihat ataupun memerlukan anda untuk melakukan keputusan. Jika jiwa anda masih keanak-anakan, cuba ubah sikap supaya menjadi lelaki yang lebih matang, isteri akan lebih senang meluahkan perasaan seandainya anda lebih serius mendengar dan memberi pandangan.

4. Pandai memasak


Walaupun dikatakan masak di dapur adalah tanggungjawab seorang isteri, tetapi suami juga harus rajin menolong isteri di dapur. Barulah ikatan suami isteri terjalin lebih mesra.

5. Suami yang 'independent'


Suami yang pandai menguruskan diri adalah seorang suami yang sangat romantik. Mana tidaknya, segala persiapa dilakukam sendiri. Dari membasuh baju, melipat baju dan seterika baju. Bukanlah si isteri pemalas, tetapi ringan-ringankanlah tulang untuk membantu isteri, barulah nampak romantikkan?

6. Mempunyai prinsip dan pendirian


Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut sahaja pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah dalam keluarganya. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah pembuat keputusan kepada masalah keluarga anda sendiri.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri


Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulung.

Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga dua kali ganda selepas melahirkan anak. Sepatutnya tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kehausan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.

8. Suami serba tahu


Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat terasa kagum apabila suami mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok perniagaan, rumah tangga, utiliti, ekonomi dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sahaja disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.

9. Mencintai isteri luar dan dalam


Wajah anda boleh saja cantik ketika ini, tetapi anda tidak selamanya cantik, akan sampai masanya wajah anda dipenuhi kedut. Maka lihatlah lelaki itu, apakah dia mencintai anda kerana penampilan luaran yang cantik saja atau dia sudah dapat melihat hati dan sifat dalaman anda yang cantik? Suami yang hebat selalu dapat melihat potensi dari dalam isterinya, tidak hanya penampilan luaran saja.

      Baca : 6 Ucapan Ini Jika Dilontarkan Ketika Marah Akan Buat Anak Benci

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Mungkin dia tidak setampan bintang filem, tetapi seorang lelaki seharusnya percaya diri dengan potensi dalam dirinya. Mempunyai keperibadian yang menyenangkan dan percaya diri akan membuatnya mudah melalui berbagai hambatan apapun dalam hidupnya. Ketika dia ada di sisi anda, dia selesa menjadi dirinya sendiri, itu lebih bagus daripada meniru artis lelaki yang anda sukai demi menarik perhatian anda.

- Daku Amat

Tags : relationship ciri-ciri suami hebat lelaki wanita lelaki yang tepat jodoh karakter lelaki lelaki idaman wanita imam solat

15 Tanda Anda Telah Memiliki Isteri Atau Teman Wanita Terbaik Buat Anda


Sekiranya anda sedang bercinta ataupun masih tercari-cari wanita idaman, artikel ini sangat bertepatan untuk anda. Kalau si dia memenuhi tanda-tanda dalam senarai ini, pegang hati dia kuat-kuat dan jangan lepaskan sampai bila-bila! Tak dapat penuhi kesemua 15 ciri pun, dapat yang ada 4-5 ciri pun sudah bersyukur, Alhamdulillah.

Bagi mereka yang sudah berkahwin pun masih ada manfaat yang boleh anda perolehi menerusi artikel ini. Sekurang-kurang anda akan lebih menghargai isteri anda sekiranya ada beberapa tanda di bawah ini dimiliki oleh isteri anda.

Berikut 15 tanda anda telah memiliki isteri atau teman wanita terbaik :

1. Dia meminati perkara yang sama


Susah nak jumpa wanita yang meminati perkara yang sama seperti lelaki, apatah lagi kalau wanita itu jenis 'gegirl' yang amat. Cukuplah sekadar berkongsi hobi yang sama seperti suka menonton wayang, berjogging atau jalan-jalan cari makan.

Tetapi kalau anda berjumpa wanita 'rare' yang ambil tahu pasal ranking EPL, bermain game MMO, suka baca komik, tonton cerita sains fiksyen atau action, layan lagu genre yang anda minati, pakar pasal dunia motor atau kereta seperti anda dan pada masa yang sama tahu masak makanan kegemaran anda, maka anda mungkin sudah berjumpa dengan soulmate sejati. Jaga si dia baik-baik!

2. Dia tak pernah ganggu kerja anda


Sekiranya teman wanita anda benar-benar memahami jadual harian anda, si dia tak akan sibuk-sibuk mesej atau cuba menelefon anda setiap 5 minit. Itu tanda-tanda teman wanita yang clingy dan asyik nak berkepit dengan anda.

Adakalanya anda perlu bekerja sehingga lewat malam kerana inginkan kenaikan pangkat yang telah ditunggu sekian lama. Jika pasangan anda tidak cemburu, tidak syak wasangka bukan-bukan terhadap anda kerana pulang lewat dan sentiasa menyokong usaha gigih anda di tempat kerja, maka si dialah wanita dunia akhirat buat anda.

3. Dia sentiasa beritahu kenapa dia bad mood


Kebiasaannya wanita suka menyimpan perasaan taknak luahkan kepada pasangan. Mereka fikir orang lelaki ini mempunyai kuasa psikik boleh membaca apa yang ada dalam kepala mereka. Tahu-tahu saja sudah tarik muka masam dan tak mahu balas mesej. Buat orang lelaki jadi tak faham dan pening kepala.

Anda sangat bertuah sekiranya mendapat pasangan yang boleh memberitahu dengan jujur kenapa dia bersikap dingin ataupun kenapa dia berasa marah dengan anda. Inilah yang dikatakan komunikasi paling berkesan.

4. Dia menerima anda seadanya


Ada sesetengah wanita yang mengejar rupa, harta, pangkat dan tahap populariti dalam memilih pasangan. Namun, tiada satu pun nilai yang dikejar ini dapat berkekalan sampai bila-bila. Sampai masa pasti semuanya akan pudar atau berakhir.

Jika si dia boleh menerima segala baik dan buruk anda, sanggup susah dan senang bersama-sama anda, insyaAllah anda akan kekal bahagia bersamanya. Orang putih kata; "through thick and thin."

5. Dia tidak cuba mengubah anda


Mungkin memang ada sesetengah perkara boleh diperbaiki dalam diri anda, maklumlah tiada manusia biasa yang sempurna dalam dunia ini. Tetapi kalau si dia kerapkali mencuba mengubah anda menjadi Mr. Perfect di matanya dan menyebabkan anda tidak selesa, maka mungkin dia bukanlah calon sesuai untuk anda.

Wanita yang terbaik adalah mereka yang boleh menyesuaikan diri dengan ketidaksempurnaan atau perubahan diri anda. Mungkin anda ingin menyimpan sedikit jambang atau membiar janggut tumbuh di dagu ataupun telah 'tertambah' sedikit berat badan, namun si dia masih tetap menyayangi anda seadanya.

6. Dia yakin dengan tubuh badan sendiri


Ramai wanita yang merungut mahu diet dan kuruskan badan seumpama seorang supermodel. Setiap kali tahun baru, mereka pun memasang azam untuk mengurangkan berat badan. Masuk tahun ini, mungkin sudah 8 tahun azam itu masih belum tercapai. Carilah pasangan yang confident, selesa dengan diri sendiri dan tidak obses untuk berdiet sehingga makan nasi saja setiap hari.

7. Dia seorang pendengar setia


Kadangkala ada sesetengah orang perempuan lebih suka bercakap daripada mendengar. Asyik cerita pasal diri sendiri sahaja. Letihlah, penatlah, mengantuklah. Tak pernah tanya langsung pun pasal anda.

Kalau anda mempunyai pasangan yang sanggup bertanya, mendengar cerita dan keluh-kesah anda, maka anda seorang yang bertuah. Dia juga tidak pandai-pandai 'mengajar' anda dan hanya akan memberi nasihat kalau anda minta. Awesome kalau dapat wanita macam ini!

      Baca : 10 Cara Supaya Almari Kekal Kemas Tidak Bersepah

ADVERTISEMENT

8. Dia sangat 'click' dengan anda


Apabila anda bersembang dengannya, anda berdua sering mempunyai pandangan dan penilaian yang sama terhadap perkara-perkara umum dalam kehidupan. Misalnya anda berkongsi pendapat yang sama tentang kepentingan pendidikan sivik dalam masyarakat dan pandangan mengenai adab perhubungan dengan orang lain.

Pendek kata, sembanglah apa-apa topik sekalipun, hatta bidang politik, ekonomi, sosial ataupun kerohanian, anda berdua mempunyai wavelength yang sama. Bayangkanlah betapa harmoninya hidup berdua sehingga ke akhir hayat.

9. Dia bersikap terbuka tentang dirinya


Anda perlu jaga baik-baik teman wanita yang tidak berahsia dengan anda. Anda tahu latar belakang keluarga dan cerita zaman kanak-kanaknya, anda tahu segala masalah hidupnya, anda tahu setiap perkara yang merisaukannya dan anda juga tahu setiap obsesi dirinya sepanjang kehidupan.

Dia menceritakan segala-galanya kerana dia menginginkan anda menyayangi dirinya seadanya. Bukan ibarat muka berjerawat tetapi dilindungi oleh bedak setebal 4 inci. Itu dusta namanya. Jika dari awal perhubungan lagi si dia bersikap terbuka tentang setiap perkara, insyaAllah hubungan anda berdua boleh kekal lama.

10. Anda sentiasa terhibur dan seronok bersamanya


Anda sentiasa terhibur dan have fun apabila bersama dengannya. Anda juga menghargai setiap lawak bodohnya, meme atau video lucu yang dikongsi dan boleh ketawa berdekah-dekah tentang perkara kelakar yang sama.

11. Dia tidak tanya soalan 'membunuh'


Ada sesetengah wanita suka bertanya soalan 'membunuh' seperti "Saya gemuk tak?" ataupun "Nak pakai baju yang ini ataupun yang ini?" Kadangkala anda berasa tersepit tidak tahu nak jawab apa. Maklumlah, orang perempuan ini agak unpredictable. Kalau jawab A salah, jawab B pun salah.

Pokok pangkalnya, ini berbalik kepada poin no.6. Wanita yang yakin dengan diri sendiri sebenarnya tidak perlukan pendapat anda pun tentang apa yang dipakai. Malah, dia yang akan bantu pilihkan padanan baju dan kasut yang sesuai untuk anda. Kalau dapat wanita begini, "she's a keeper, dude!"

12. Dia tidak clingy dan sibuk nak jadi belangkas


Dipendekkan cerita, dia tak merungut kalau anda busy dan perlu siapkan banyak perkara. Dia membiarkan sahaja anda punya waktu peribadi dan tak kuat cemburu buta.

13. Dia suka berjumpa ahli keluarga dan rakan anda


Dia tak kisah ikut giliran balik beraya ke kampung anda kerana dia faham tanggungjawab anda sebagai anak lelaki. Wanita yang cool juga boleh menerima rakan-rakan anda dan lebih cool jika boleh turut serta melepak minum teh tarik bersama anda dan rakan-rakan.

14. Dia pandai buat surprise untuk anda


Kebiasaannya kaum wanita sahaja yang selalu mengharapkan lelaki nak buat kejutan romantik untuk mereka. Nak bunga di pejabat, nak cincin dalam cawan, nak surprise party, nak kunci kereta dalam kasut. Namun, kalau anda dapat isteri atau girlfriend yang suka beri kejutan kepada anda dan tahu jenis hadiah kejutan yang anda minati, si dia boleh mengelakkan kebosanan dalam perhubungan.

Contohnya, isteri tiba-tiba ajak anda keluar makan nasi kandar tengah malam buta, ataupun si dia dalam diam kumpul duit belikan sport rim yang anda idam-idamkan selama 3 tahun. Haa, bertuah kan?

15. Dia tak kuat membebel


Perkara terakhir ini selalunya yang paling ditakuti dan digeruni oleh orang lelaki. Pasangan wanita yang awesome adalah mereka yang tidak suka mencari kesalahan, boleh mengabaikan benda remeh-temeh dan tak kuat berleter. Kalau dapat kahwin dengan perempuan macam ini, alangkah bahagianya hidup.

      Baca : 15 Kesalahan Membasuh Kerap Dilakukan Yang Merosakkan Pakaian

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Kadang-kala kita begitu mencintai seseorang, hingga hidup terasa kosong tanpa kehadiran orang tersebut. Kita akan bertanya-tanya apa yang kita lakukan dengan hidup kita di masa lalu, ketika orang tersebut belum ada dalam hidup kita. Kita akan bertanya-tanya apa saja hal-hal hebat yang dapat kita lakukan di masa depan, ketika orang tersebut selalu hadir di samping kita.

Kadang-kala kita begitu mencintai seseorang sampai kita tidak mengerti apa sebabnya. Sebenarnya anda tidak perlu sebab atau alasan untuk mencintainya. Jika anda mencintai dia sebesar itu, boleh jadi dia juga mencintai anda sama dalamnya. Jangan lepaskan dia!

- Daku Amat

Tags : isteri paling cool girlfriend awesome perempuan perhubungan pasangan hidup isteri teman wanita percintaan rumah tangga pengetahuan tips lelaki

16 Kualiti Lelaki Yang Wanita Idamkan Jadi Suami


Sebenarnya, tidak terdapat fakta akurat yang boleh menentukan seorang lelaki itu adalah suami yang sempurna. Namun, terdapat beberapa ciri semulajadi atau traits yang boleh dijadikan sandaran kepada wanita di luar sana untuk mencari suami yang sempurna. Juga kepada lelaki yang ingin menjadi suami yang sempurna untuk isteri mereka.

Berikut 16 kualiti lelaki yang wanita idamkan jadi suami :

1. Lelaki yang mesra dengan semua orang tak kira darjat

Ciri lelaki yang patut ada adalah bagaimana cara dia melayan semua orang tanpa mengenal pangkat dan kuasa menentukan cara lelaki itu melayan pasangannya dan keluarganya kelak.

2. Lelaki yang ingat perkara dan tarikh penting

Kadang-kadang walaupun lelaki itu diakui tidak ambil kisah dengan semua perkara namun seeloknya lelaki ini menggunakan teknologi untuk mengingati tarikh lahir pasangannya, tarikh ulangtahun dan tarikh penting lain agar tidak lupa. Zaman sekarang sudah ada kalendar, reminder dan juga personal assistant seperti aplikasi Siri.

3. Pendengar setia walau dalam hal yang tidak dipersetujui

Tak semestinya lelaki itu perlu bersetuju akan semua perkara yang disampaikan oleh pasangannya namun lelaki itu harus tahu pasangannya itu meluahkan perasaan mereka kepada anda kerana mereka selesa dengan anda.

4. Lelaki yang sanggup tonjolkan kelemahan sendiri

Di dalam setiap diri seorang lelaki, ada satu sisi lemah yang jarang ditonjolkan kerana ego lelaki itu kuat. Wanita tahu perkara ini dan mereka ingin tahu yang anda sanggup tolak ego anda kerana mereka.

5. Lelaki kuat dan mampu menjaga mereka

Lelaki perlu tampil kuat apabila pasangannya memerlukannya. Contohnya, ketika wanita meminta anda membuka tudung sos prego sebab ketat sangat.

6. Suka berkasih sayang dan tidak memaksa

Wanita suka akan lelaki yang romantik dan boleh menghiburkan hatinya. Tidaklah lelaki yang berwajah garang, susah nampak tersenyum, tidak boleh diajak bersenda gurau dan sentiasa serius 24 jam kerana ia membosankan mereka.

7. Lelaki yang menjadi sumber inspirasi

Sebagai ketua keluarga, lelaki harus tahu cara yang boleh memberi inspirasi kepada pasangan anda untuk dia berjaya.

8. Seorang lelaki yang menjaga tutur katanya

Kata-kata dan adab lelaki ketika bercakap akan menyerlahkan lagi sikapnya kepada pasangannya kerana wanita inginkan pasangan yang memberi contoh kepada dirinya dan anak-anak yang akan dilahirkan.

9. Lelaki yang menghargai kecantikannya dan selalu memuji

Diakui ramai wanita itu suka dipuji. Jadi, kepada lelaki, silalah puji pasangan anda kerana mereka hanya ada anda.

10. Lelaki yang bekerja keras untuk mencari wang

Terus terang, hampir kebanyakkan benda di dunia ini perlukan duit dan sebagai ketua keluarga, suami wajib keluar berkerja dan menyara hidup pasangan anda dan anak-anak anda. Tunjukkan contoh yang baik kepada mereka.

11. Lelaki yang sanggup akui kesilapan

Tidak hilang macho seorang lelaki kalau meminta maaf di atas kesilapan anda. Lelaki yang diidamkan akan berkata,"Sayang, Abang minta maaf di atas kejadian tadi".

12. Lelaki yang pemaaf dan boleh menerima kelemahan

Lelaki juga perlu mudah memaafkan pasangan di atas kesalahan atau kegagalan mereka dalam membuat sesuatu perkara. Nilaikan segala perkara itu dengan teliti dan jadi contoh atau 'role model' kepada pasangan anda.

13. Lelaki yang benar-benar mahu berkongsi hidup

Lelaki yang serius dalam perhubungannya akan berkongsi segala benda dengan pasangannya dan tidak takut untuk meluahkan perkara sensitif kerana wanita juga akan serius dengan perhubungan itu kerana sikap anda.

14. Lelaki yang protective

Ditakdirkan lelaki adalah makhluk yang kuat berbanding manusia. Sebagai pasangan, wanita menginginkan lelaki yang berada di sisi mereka ketika mereka di dalam keadaan yang memerlukan.

15. Lelaki yang berdikari dan berwawasan

Lelaki yang bertanggungjawab akan mencorak kisah hidupnya dan pasangannya dan kemanakah hala tuju hidupnya dan perkara ini membuatkan wanita itu teruja untuk melayari hidupnya dengan pasangannya.

16. Lelaki beriman yang taat beribadah dan dapat membimbing

Inilah ciri utama yang perlu ada dalam diri seorang lelaki yang menjadi idaman wanita yang berakal sempurna. Inilah juga ciri yang paling penting 'wajib' ada dalam diri seorang lelaki yang sesuai dijadikan suami. Sebab apa? Sudah tentu wanita akan mengimpikan seorang lelaki yang boleh menjadi pendorong iman mereka suatu hari nanti.

Selain itu, lelaki seperti ini boleh membimbing wanita ke arah kebaikan iaitu ke jalan yang diredhai Allah s.w.t. Orang yang cukup pegangan agamanya tidak mudah untuk berbohong dalam perhubungan dan mereka sering jujur dalam semua hal. Insya Allah. Sebagai ketua keluarga lelaki perlulah beriman, istiqamah dalam ibadah dan mampu membimbing. Kalau tidak, bagaimana dia nak mendidik isteri dan anak anak nanti.

      Baca : 10 Maklumat Dan Tanda Penagihan Syabu Yang Anda Perlu Tahu

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Sebagai seorang wanita anda harus berhati-hati dalam memilih lelaki untuk dijadikan pasangan hidup. Ramai wanita yang beranggapan bahawa lelaki sejati dan berkualiti itu adalah lelaki yang tampan dan memiliki banyak wang, padahal tidak semestinya.

- Daku Amat

9 Jenis Wanita Di Malaysia Yang Lelaki Perlu Kenali


Lelaki di luar sana yang sedang mencari jodoh, anda perlu mengenali dan tahu jenis-jenis wanita yang ada di Malaysia ini. Jangan harapkan rupa saja cantik tetapi perangai tak cantik! Wanita sekarang tidak sama dengan wanita zaman dahulu. Memang berbeza sangat. Jadi, apa sebenarnya jenis-jenis wanita di Malaysia yang lelaki perlu kenali?

Berikut 7 jenis wanita di Malaysia yang lelaki perlu kenali :

1. Jenis kaki shopping

Wanita jenis macam ini adalah yang paling ditakuti oleh lelaki, lebih-lebih lagi lelaki yang bergaji di bawah RM3,000 kerana lelaki yang bergaji bawah RM3,000 di Kuala Lumpur ditaksir sebagai golongan miskin.

Perempuan jenis ini memang sangat up-to-date dengan berita terkini tentang produk import yang akan dipasarkan di Malaysia. Mereka juga mempunyai maklumat terperinci tentang sales di shopping complex, bila mula dan bila berakhir kempen sales tersebut.

Jenis teman lelaki pilihan perempuan kaki shopping adalah lelaki yang memandu kereta import yang bernilai RM100,000 ke atas. Namun pilihan paling utama ialah lelaki dari golongan anak Dato', anak Tan Sri atau anak ahli politik tanpa mengira apa parti si ayah.

Kalau gaji kamu jenis cukup makan, lupakanlah niat untuk mendapatkan teman wanita seperti ini. Kelak kamu terpaksa menggadaikan tanah pusaka dan menjadi anak derhaka selepas berkahwin dengan si dia nanti.

2. Jenis gedik tak kira waktu

Gedik dan manja merupakan dua definasi yang berbeza. Manja biasanya mempunyai sifat yang lebih terpimpin berbanding gedik. Perempuan gedik biasanya mempunyai sifat manja tahap melampau sehinggakan mereka tidak mampu berdikari dan menimbulkan perasaan annoying di hati orang lain.

Selain itu, perempuan gedik sukakan perhatian dari orang lain atau attention whore. Profile picture mereka di laman sosial biasanya merupakan gambar yang diambil mereka sendiri di dalam bilik tidur atau di dalam bilik air sambil sebelah tangan membuat tanda "peace" dan mulut membuat "duck face".

Mereka suka mencairkan hati lelaki, tidak kiralah siapa pun lelaki tersebut sama ada teman lelaki, kawan satu office ataupun pak guard. Nada lenggok suara yang manja dan sedikit mengada-ngada adalah senjata utama untuk mencairkan hati lelaki. Selain itu, mereka juga sering rasa mereka hot stuff. Mereka sangat peka dengan perkembangan fesyen dan sering mengenakan fesyen terkini sehingga kekadang menjadi fashion victim.

Perempuan gedik juga sentiasa happy-go-lucky dan jarang bersedih. Kalau sedih pun, mereka akan menterjemahkan kepada kegedikan. Kebanyakan lelaki memandang sinis kepada perempuan gedik. Namun, perempuan gedik adalah perempuan yang paling memahami lelaki, sangat caring kepada suami dan anak-anak dan setia kepada suami selepas berkahwin.

3. Jenis perempuan lasak

Jenis perempuan lasak mempunyai tahap fizikal yang kuat, berhati keras dan mempunyai sedikit kelakuan menyerupai lelaki. Dan kadang-kala tingkah laku mereka juga keras seperti seorang lelaki. Perempuan lasak biasanya aktif bersukan dan sekurang-kurangnya pernah mewakili sekolah dalam acara sukan. Aktiviti panjat gunung, bercamping, wall climbing dan berfutsal adalah aktiviti kegemaran mereka.

Biasanya perempuan lasak mempunyai gaya percakapan dan tingkah laku seperti seorang lelaki. Setakat duduk sambil letak kaki atas meja adalah fenomena biasa bagi mereka. Tetapi, sekeras-keras mereka, mereka masih seorang wanita. Dalam hati mereka masih mempunyai sifat kewanitaan yang mengharap layanan romantik dari seorang lelaki. Sekeras kerak nasi, kena air lembutlah jugak kan?

Ada dua jenis lelaki yang menjadi pilihan perempuan lasak. Pertama, lelaki yang sama-sama lasak dan aktif sepertinya. Ini kerana mereka mempunyai minat yang sama dan boleh menjalankan aktiviti yang sama. Tempat mereka berdating bukan terhad di shopping complex, tetapi juga di tasik untuk berjogging dan juga gym. Jangan terkejut kalau mendengar mereka berbual perkara romantik sambil wall climbing.

Jenis kedua pula ialah lelaki yang pasif ataupun lelaki golongan nerd. Kenapa sangat kontra lelaki pilihan mereka? Mungkin mereka cuba mencari kelainan dan tidak mahu perasaan seperti bercinta dengan diri sendiri.

4. Jenis pakai tudung labuh

Perempuan tudung labuh atau berpurdah, mereka biasanya dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai pegangan agama yang kuat. Pandai mengaji dan hebat ilmu agamanya. Memang sangat susah untuk mendengar suara mereka kerana mereka jarang bercakap. Mereka hanya bercakap bila perlu. Kalau berbual dengan kawan perempuan mereka pun, mereka berbual dengan nada yang perlahan.

Muzik pilihan hati mereka ialah muzik Nasyid. Artis kegemaran mereka ialah Raihan, Rabbani, Hijjaz, In-Team, Mirwarna dan Maher Zain. Tetapi jangan terkejut kalau ada di antara mereka juga meminati K-Pop. Well, girls will be girls.

Hendak menambat hati perempuan mereka bukannya mudah. Kalau setakat baca doa qunut pun merangkak, jangan mimpilah. Sila jangan samakan awek-awek hijabster atau hijabnista dengan perempuan tudung labuh. Perempuan tudung labuh akan berkata yang tudung yang dipakai oleh awek-awek hijabster atau hijabnista tidak memenuhi syariat dan tidak sama dengan mereka.

5. Jenis perempuan Melayu terakhir

Macam permata! Ini adalah jenis wanita yang dicari-cari oleh para lelaki Melayu, sama ada lelaki Melayu yang baik budi pekertinya, tinggi amalnya dan tidak pernah tinggal sembahyang, sehinggalah lelaki perangai jahat mengalahkan syaitonirrojim. Biasalah, sejahat-jahat orang mesti dia inginkan pasangan yang baikkan?

Perempuan jenis ini biasanya baik budi pekertinya, sopan santun, lembut pertuturan, lemah gemalai pergerakan badan, hebat dalam membuat kerja-kerja rumah, pandai memasak dan sentiasa ayu memakai baju kurung. Baju kurung adalah pakaian wajib bagi mereka. Beruntung lelaki yang berjaya memikat hati wanita dalam golongan ini.

Tetapi, mana mahu jumpa perempuan seperti ini lagi? Ada lagi ke perempuan yang menjadikan baju kurung pakaian harian mereka? Setakat pergi kerja pakai baju kurung, itu tak dikira. Kena pakai baju kurung tersebut dengan hati yang ikhlas. Memang susah nak jumpa perempuan jenis ini. Kalau kamu jumpa, jagalah baik-baik. This type of girl is kind a good catch.

6. Jenis ratu air mata

Perempuan jenis "Ratu air mata" ialah perempuan yang mudah berlinangan air mata. Mereka mudah dipengaruhi emosi dalam apa jua keadaan. Mereka akan menangis bila menonton filem Hindustan atau drama Korea. Mereka akan menangis kalau mendapat result yang baik dalam peperiksaan ataupun result yang teruk yang biasanya akan disusuli dengan tangisan ibu bapa mereka sekali.

Mereka akan menitiskan air mata jika teman lelaki membuat benda-benda romantik kepada mereka. Dan jumlah air mata akan meningkat tiga kali ganda isipadunya bila teman lelaki mereka meninggalkan mereka. Mereka juga boleh menangis jika mendengar lawak yang kelakar.

Perempuan seperti ini biasanya mempunyai hati tisu dan jiwa yang sensitif. Lelaki perlu ekstra sensitif supaya tidak sesekali melakukan perbuatan yang boleh menumpahkan air mata perempuan tersebut. Sekali perempuan jenis ini sudah menangis, memang sukar untuk menghentikan tangisan tersebut.

7. Jenis valley girl

Valley Girl adalah cara hidup yang berasal dari California dan wujud pada sekitar tahun 80'an. Valley Girl adalah jenis perempuan stereotype yang biasanya bercakap dalam bahasa Inggeris, sama ada fluent, broken atau campur dengan bahasa Melayu, bercakap dengan slanga orang putih, metarealistik, egosentrik (mementingkan keperluan sendiri tanpa mengendahkan keperluan orang lain), lebih mudah bergaul dengan orang dan senang didekati tapi kadang-kadang ada yang bersifat jinak-jinak merpati.

Satu lagi sifat Valley Girl, mereka ialah Mall Rat. Mall Rat ialah orang yang suka melepak di shopping complex, bukan untuk bershopping tetapi hanya window shopping. Melainkan mereka berjaya mendapatkan lelaki kaya, barulah mereka bershopping tak ingat dunia dan menambah status mereka kepada jenis perempuan kaki shopping.

Valley Girl juga mempunyai bahasa atau slanga tersendiri. Ayat-ayat atau perkataan yang biasa mereka gunakan ialah; as if, bitchin', whatever!, fer shur, totally, seriously, are you serious? dan yang paling popular dan sering digunakan sekarang, OMG! Biasanya mereka akan menyebut perkataan-perkataan tersebut berserta ekspresi muka, lenggok badan dan nada yang tertentu untuk menyampai maksud perkataan tersebut.

Lelaki yang mempunyai teman wanita bersifat Valley Girl memang mencabar. Lelaki perlulah bersabar dengan sikap Valley Girl yang memang mengada-ada dan suka mengikut perasaan sendiri tanpa mengendahkan perasaan orang lain. Nama lain bagi gelaran Valley Girl ialah Val Gal, D4 (Ireland), Rózsadomb dan Pasarét (Hungary) dan Freha di Israel. Ya, jangan sangka tiada Valley Girl versi yahudi.

8. Jenis diva!

Apa beza perempuan Diva dengan Valley Girl? Diva biasanya lebih kejam dari Valley Girl (Val Gal). Satu perbezaan nyata antara Diva dan Val Gal ialah biasanya perempuan Diva lebih sombong dan jenis tak layan orang sangat. Mereka sukar bergaul dengan orang lain berbanding Val Gal yang mudah bergaul. Perempuan jenis Diva biasanya hanya akan bergaul dengan perempuan yang mempunyai kelas ekonomi yang sama dengan mereka.

Mereka biasanya duduk dalam kumpulan. Diva tak akan wujud jika berseorangan. Val Gal boleh wujud dengan seorang individu sahaja. Dalam sekumpulan Diva, pasti ada seorang ketua. Ketua tersebut bertindak sebagai perencana rancangan dan juga trend setter dalam kumpulan tersebut. Tugas anak buah dalam kumpulan tersebut adalah sentiasa memuji si ketua Diva untuk ego boost beliau.

Perempuan Diva biasanya perempuan yang datang dari keluarga yang berada. Teman lelaki idaman mereka ialah lelaki yang paling kacak dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka. Seperti juga Val Gal, mereka juga bersifat materealistik. Produk dari Uptown Shah Alam atau kedai Bundle adalah sesuatu yang hina bagi mereka.

Perempuan Diva bisanya memandang rendah dan suka membuli perempuan lemah, yang biasanya perempuan dalam golongan nerd dan geek (Val Gal tak membuli orang lain). Perempuan Diva biasanya merasakan diri mereka yang paling hebat, cantik dan hot di sekolah, kolej, universiti atau tempat kerja mereka. Mereka akan rasa tercabar dengan perempuan lain yang lebih hot dari mereka. Mereka juga tidak suka berkawan dengan perempuan yang lebih hot dari mereka. Mereka akan menunjukkan rasa benci dan permusuhan secara terang-terangan kepada perempuan yang lebih hot dari mereka itu.

9. Jenis perasan Korea

Trend ini bermula pada awal era 2000 apabila drama Korean Winter Sonata menerjah kaca televisyen rakyat Malaysia. Maka, mulalah demam drama, filem dan lagu-lagu jiwang Korea bermula. Dan pada tahun 2009 bermulalah pula era demam K-Pop.

Kebanyakan para perempuan yang taksub dengan K-Pop. Mereka mula mendengar lagu-lagu K-Pop yang bergenre dance dan sanggup belajar bahasa Korea sampai fasih walaupun bahasa Korea tiada dalam silibus pelajaran dan bahasa Inggeris pula semuanya gagal melantun. Selepas menghafal lirik lagu dan belajar bahasa Korea, mereka mula belajar pula dance step kumpulan K-Pop ini.

Mereka juga mengimpikan lelaki yang mempunyai rambut berwarna-warni dan rambut tersebut mestilah menutup sebelah mata, berkulit putih, bermuka jambu dan kelihatan seperti seorang wanita sehingga kita sendiri keliru sama ada itu lelaki atau perempuan.

      Baca : 7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Kewangan Dengan Bijak

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Demikianlah jenis-jenis wanita di Malaysia yang mungkin anda sendiri sebagai lelaki pernah berjumpa dengan salah satu di antaranya. Mungkin juga selain dari jenis di atas terdapat lagi beberapa jenis lain yang tidak disenaraikan. Apapun wanita tetap wanita walau jenis apapun dia. Jika betul didikan anda sebagai suaminya kelak, insya Allah kekal bahagia sehingga ke jannah jua.

- Daku Amat

6 Sifat Lelaki Yang Wanita Perlu Tahu Jika Ingin Menambat Hatinya


Wanita yang ingin mendalami hati budi seorang insan bernama lelaki itu haruslah mengetahui beberapa sifat umum yang terdapat pada seorang lelaki selain daripada segi fizikal. Pengetahuan ini berguna sebagai panduan untuk perempuan mendampingi, mengenali hati budi, malah ini boleh dianggap sebagai tip untuk perempuan di luar sana menambat hati lelaki yang menjadi pujaan hatinya.

Berikut 6 sifat lelaki yang wanita perlu tahu jika ingin menambat hatinya :

1. Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

2. Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan dengan wanita. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada yang dimaksudkannya. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

3. Lelaki lebih suka menyembunyikan

Wanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti, tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

4. Kehendak lelaki adalah mudah

Jika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya dan lain-lain, wanita harus percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya kehendak lelaki adalah mudah.

5. Jangan desak lelaki dedahkan perasaannya

Bila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan lelaki, matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.

6. Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang tinggi.

      Baca : 9 Perubahan Perwatakan Lelaki Disebabkan Faktor Peredaran Usia

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Sebenarnya lelaki tidak mencari wanita yang cantik tetapi yang dicari lelaki adalah wanita yang sejuk mata dan hati apabila memandangnya. Apabila dia selalu meminta wanita berdandan, bukan kerana dia mata keranjang tetapi kerana dia ingin wanita terlihat mempesona pada pandangan matanya. Walau lelaki egois, keras dan kuat tetapi lelaki adalah makhluk yang lemah. Lelaki sangat benci dikhianati!

- Daku Amat

9 Perubahan Perwatakan Lelaki Disebabkan Faktor Peredaran Usia


Setiap kali lelaki melangkau usia, pasti ada sesuatu bermain di benak mindanya. Entah apa yang difikirkan, terselit nakal yang sukar diramalkan. Semakin jauh usia ditinggalkan semakin tinggi keinginan yang dihajatkan. Jadi, kenali perilaku lelaki mengikut peredaran usia mereka.

Berikut 9 perubahan perwatakan lelaki disebabkan faktor peredaran usia :

1. Kerap memikirkan tentang Wanita dan seksual

USIA 20-AN

Usia 20-an adalah fasa permulaan seseorang lelaki itu mengenali dunia secara rawak. Inilah saat baru berjinak-jinak dan bertindak liar mengikut keinginan. Berseronok adalah segalanya. Terdapat satu fakta mengatakan remaja lelaki akan memikirkan perihal seksual setiap empat saat dalam mindanya, disebabkan itulah bimbingan keluarga sangat penting sekitar usia ini.

2. Memberontak adalah perkara biasa di usia remaja

Pelbagai perkara ingin dicuba, jika ia tidak terlaksana maka jiwa mula memberontak demi mendapatkan apa yang dimahukan. Semakin ia ditegah semakin itu mereka cuba lakukan, di dalam lingkungan umur ini mereka ingin melakukan sesuatu yang tidak terjangkau dan segala-galanya dibuat mengikut emosi tanpa memikirkan natijahnya.

3. Sukar lekat di rumah

Lihat sahaja rakan-rakan lelaki kamu, adakah mereka kerap berada di rumah ataupun lebih memilih untuk keluar melepak bersama teman-teman. Di usia ini, remaja lelaki tidak suka dipaksa untuk lekat tinggal di rumah kerana baginya inilah ruang buat mereka mengenali dunia dan mengecap erti kebebasan.

4. Matang memilih pasangan

USIA 30-AN

Jika di usia 20-an lelaki asyik mencari sesuatu yang berbentuk hiburan, tiba di fasa 30-an lelaki mula berubah menjadi seorang yang sangat matang terutama dalam perihal hubungan. Inilah peringkat awal mereka mencari arah membentuk peribadi diri serta menetapkan pasangan sebagai peneman hidup abadi selamanya.

5. Mantapkan kestabilan ekonomi

Peringkat usia ini juga digunakan jejaka untuk bekerja lebih keras bagi menjamin kestabilan ekonomi dirinya. Impian dan cita-cita untuk memiliki sesuatu yang diimpikan sejak usia muda diluahkan sebaiknya, bagi mereka inilah masa untuknya mengukuhkan kedudukan kewangan serta mengumpul aset sebanyak yang mungkin agar masa mendatang hanya senyuman bakal diukir.

6. Arif perihal politik dan dunia

Lingkungan uia ini juga melihat lelaki lebih bijak dalam menyusun masa hadapan dengan cemerlang. Oleh itu perihal dunia dan politik mula menjadi topik perbualan harian, tiada lagi kisah dingeng kosong untuk diperbincangkan. Segala-galanya perlu fakta agar agar tidak ketinggalan dek masa dan angan-angan.

7. Ingin dihormati

USIA 40-AN

Apabila seseorang lelaki itu mencecah usia 40-an, kebiasaannya kehidupan mereka lebih stabil dan ingin dirinya dihormati setimpal dengan kedudukan ketika itu. Selain mahu dikagumi, mereka sedaya upaya membentuk diri agar menjadi ikon untuk keluarga mahupun masyarakat.

8. Semakin hebat dalam bergaya

Orang cakap, semakin tua semakin tinggi saham mereka. Memang benar, apabila seseorang lelaki itu berada di lingkungan usia ini, mereka ibarat muda terkena simptom 'gatal'. Ada juga yang mula perasan muda dengan bergaya sakan kerana enggan dilabel tua dan sebagai teknik mencuri perhatian sang pasangan.

9. Tidak suka perkara remeh

Di usia begini, tahukah kamu lelaki lebih bersifat sensitif dan tidak gemar diperlakukan seperti budak-budak serta dambakan privasi. Jauhkan diri kamu dengan perihal remeh yang mungkin boleh menimbulkan kemarahannya, usah timbulkan persoalan pelik dan berbicara perkara tidak rasional sewaktu mula berbicara.

      Baca : 4 Mentaliti Seorang Penagih Bahan Pornografi

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Semua orang sama ada lelaki atau wanita akan melalui detik perubahan dalam hidup. Namun, bagaimana kamu menangani perubahan itu yang akan mempengaruhi hidup kamu. Ada lelaki berjaya mengharunginya dengan baik. Pastikan kamu selalu berada dalam persekitaran positif.

- Daku Amat

13 Cara Membuat Bekas Kekasih Cemburu

Tidak kisah apa pun alasan disebalik putusnya sebuah hubungan cinta dan siapa yang memutuskan terlebih dahulu, tentu ada masa di mana anda masih mengingati dirinya. Ya, bekas kekasih yang pernah berkongsi hati dan emosi bersamamu.

Jika motivasi di sebalik itu adalah satu dendam, ini adalah keadaan yang bahaya. Namun jika rasa tersebut muncul kerana ingin mengait hubungan kembali kerana dalam hati masih ada cinta, ada banyak caranya. Salah satunya adalah dengan membuat si dia jadi cemburu. Ada rasa kepuasan tersendiri ketika membuat bekas kekasih jadi cemburu.


Rasa cemburu yang ditunjukkan oleh bekas kekasih boleh menjadi isyarat bahawa dia masih menyimpan perasaan terhadap kamu. Ini merupakan petanda yang positif, sebuah petunjuk bahawa peluang untuk kembali dengannya masih terbuka lebar. Bagaimana caranya agar bekas kekasih boleh cemburu?

Berikut 13 cara membuat bekas kekasih cemburu :

1. Jangan menghubungi

Peraturan pertama adalah dengan memberi rehat kira-kira 2 minggu hingga 1 bulan sebelum memutuskan untuk melakukan kontak dengannya. Jika anda menghubungi dia seawal mungkin, maka akan meninggalkan kesan bahawa andalah yang sebenarnya masih mahukan dia.

Selain itu, terlalu cepat melakukan kontak dengan bekas boleh membuat anda kehilangan kesempatan untuk dirindukan. Ini kerana sama sekali dia tidak merasakan kehilangan dirimu.

2. Jangan mengangkat telefon

Untuk minggu-minggu awal selepas putus cinta, sebaiknya tidak mengangkat telefon atau membalas chat darinya. Mungkin dia menghubungi anda beberapa hari selang putus cinta sebagai usaha untuk mencari justifikasi dan membantu mengurangkan rasa sakit yang dirasakannya.

Namun jika anda ingin dia benar-benar merindukan dirimu, maka panjangkanlah tempoh menunggu baginya sehingga perasaan nostalgia itu boleh terbentuk dengan lebih kuat.

3. Percutian

Cara membuat bekas cemburu selanjutnya adalah dengan pergi bercuti ke tempat yang jauh. Satu perkara yang secara automatik juga akan memutuskan hubungan.

Ini membantu untuk menghindarkan anda dari keadaan pertemuan yang tidak disengajakan. Di sisi lain, percutian juga boleh memberi anda masa untuk berehat dan menenangkan fikiran.

Muatnaik foto-foto percutian anda di instagram atau sosial media. Dengan begitu teman-teman dan bekas kekasih tahu bahawa anda memang menikmati keadaan anda yang sekarang.

4. Luangkan masa

Alasan utama mengapa anda perlu memutuskan semua kontak dengannya adalah agar anda mempunyai masa untuk memulihkan diri. Tubuh dan fikiran anda tentu menjadi kacau selepas mengakhiri hubungan cinta.

Oleh itu, luangkan masa anda untuk menilai kesalahan-kesalahan yang pernah dibuat, khususnya jika anda memang mempunyai niat untuk kembali dengannya. Nikmati masa anda di luar rumah dan lakukanlah kegiatan yang anda sukai, baik sendirian atau bersama rakan-rakan.

Nikmatilah kembali hidup anda sebagai seorang bujang yang bebas. Pada ketika anda menjadi lebih sihat dan bahagia, dengan sendirinya bekas kekasih akan rasa cemburu dan semakin merindukan kehadiran anda.

5. Jangan menunjukkan kesedihan

Cara membuat bekas cemburu yang juga patut anda cuba adalah dengan tidak menunjukkan kesedihan, terutama di media sosial. Jika boleh, jangan membincangkan perihal cinta di media sosial sama sekali.

Sebabnya, ini akan membuat anda kelihatan sangat kasihan, sehingga bekas kekasih anda berada pada kedudukan yang lebih tinggi. Sebaliknya, jika anda kelihatan lebih ceria, maka dia akan semakin merindukan anda. Besar kemungkinan dia cemburu dengan kehidupan anda yang ternyata menjadi lebih baik setelah berpisah dengannya.

      Baca : 7 Tip Jaga Solat Bagi Ibu Ada Anak Kecil

ADVERTISEMENT

6. Jangan mengekori

Jika kamu terus menerus mengekori dirinya, itu ertinya anda tidak memberikan ruang yang dia perlukan. Semakin parah jika dia tahu, anda akan dilihat sebagai seorang yang desperate, dan ini akan merosakkan citra anda.

Besar kemungkinan kebiasaan dan ugutan bekas akan mendorong dirinya semakin jauh, berlawanan dengan tujuan utama anda untuk membuatnya cemburu dan rindu. Ugutan yang dimaksud berlaku di dunia nyata seperti muncul di depan rumahnya atapun di dunia maya seperti taksub dengan foto-foto yang dimuatnaik di media sosial.

7. Cari rakan-rakan baru

Teman-teman yang baru sangat membantu anda agar boleh rasa lebih kuat dan percaya diri, serta memberikan ruang bagi diri anda untuk boleh berkembang dan berubah ke arah yang lebih baik.

Di sisi lain, bekas kekasih akan melihat anda sebagai seorang yang mampu mencipta kehidupan sosial baru sekalipun tanpa kehadiran dirinya. Jika persekitaran sosial yang anda miliki masih didominasi oleh teman-teman lama yang juga masih teman dari bekas kekasih anda, besar kemungkinan dia akan melaporkan segala kesedihan yang anda tunjukkan.

8. Membuka hati

Membuka hati untuk cinta yang baru adalah cara membuat bekas kekasih cemburu yang sangat berkesan. Ingat, ketika ini anda mempunyai hak untuk menjalin hubungan dengan siapa pun, jadi bukalah hati anda.

Bayangkan jika anda sedang menjalin hubungan dengan orang yang baru dan maklumat tersebut sampai di telinga bekas kekasih, tentu akan membuatnya sangat cemburu. Sangat besar kemungkinan dia akan tersedar bahawa dia sangat merindukan kehadiran anda.

9. Hobi baru

Pada masa ini, anda harus rasa bahagia untuk menjalani kehidupan sebagai seorang bujang. Semakin anda rasa bahagia, akan semakin menarik kesan yang hadir. Apabila bekas kekasih boleh melihat anda menjalani kehidupan seperti ini, terutama ketika melakukan hal-hal baru, besar kemungkinan dia akan semakin merindukan anda.

Teknik seperti ini akan membuat bekas kekasih rasa cemburu melihat kenyataan bahawa anda masih boleh bersenang-senang walaupun dengan tanpa kehadirannya.

10. Cuba penampilan baru

Anda tidak perlu merubah penampilan, hanya dengan melakukan perubahan kecil seperti potong rambut atau mengenakan model pakaian berbeza dari yang biasa anda kenakan.

Penampilan yang baru dijamin akan membuat bekas kekasih cemburu, di samping membuat anda rasa lebih percaya diri. Kuncinya adalah jangan merubah penampilan secara berlebihan, kerana mengisyaratkan bahawa anda sedang putus asa dan tidak mempunyai pegangan lagi.

11. Menunjukkan sikap sopan

Cara membuat bekas cemburu ini wajib anda lakukan ketika dipertemukan kembali. Cuba untuk senyum dan bercakap dengan bersemangat.

Hal seperti ini akan membuat dirinya teringat akan sisi diri anda yang terbaik sekaligus menunjukkan bahawa putus cinta ternyata tidak menjejaskan kehidupan peribadi anda. Pada akhirnya, dia akan menyedari betapa tergesa-gesa dirinya meninggalkan anda.

12. Menjadi diri yang lama

Ketika bertemu kembali, mungkin tanpa sedar anda akan menunjukkan sikap yang berbeza seperti ketika masih menjalin hubungan dengannya. Sebaiknya, cubalah menjadi diri anda seperti dulu, seperti ketika anda mampu membuatnya jatuh cinta.

Dalam erti kata lain, cubalah untuk memercikkan isyarat-isyarat cinta dengan menunjukkan siapa diri anda yang sebenarnya. Biarkan dia cemburu dan menyedari bahawa sikap ceria dan menyeronokkan yang anda miliki itu tidak hilang hanya kerana putus cinta.

13. Jangan mengemis perhatian

Rasa cemburu memang boleh memberikan keuntungan jika anda melakukannya secara benar. Tetapi biasanya, usaha untuk membuatnya cemburu kelihatan sangat jelas sehingga tidak memberikan kesan apa-apa baginya.

Apabila anda melakukan sesuatu hanya agar dia dapat melihat diri anda, besar kemungkinan anda akan meninggalkan kesan yang menyedihkan. Misalnya, jangan cuba mendekati temannya hanya untuk membuatnya rasa cemburu.

      Baca : 10 Perbuatan Ibu Bapa Yang Meninggalkan Kesan Panjang Dalam Ingatan Anak

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Tidak salah merindukan kembali hubungan yang sudah kandas, asalkan dalam hati msih ada rasa cinta padanya. Ini kerana besar kemungkinan anda boleh belajar dan memperbaiki diri masing-masing sehingga boleh mendapatkan pelajaran yang berharga untuk ke hadapan.

Semoga cara membuat bekas cemburu di atas boleh membantu anda untuk kembali mendapat perhatian darinya, sehingga peluang untuk kembali tetap terbuka. Selamat mencuba!

- Daku Amat

5 Tanda Anda Jatuh Cinta Pada Orang Yang Salah


Tidak ada satu pun yang melarang seseorang untuk jatuh cinta. Jatuh cinta memang boleh membuat seseorang lupa akan segalanya. Namun seseorang tidak pernah memperhatikan kepada siapa dirinya jatuh cinta. Kekadang ramai orang yang jatuh cinta kepada orang yang salah hingga pada akhirnya mereka merasakan sakit hati sendiri.

Oleh itu kamu harus lebih berhati–hati lagi ketika ingin jatuh cinta. Jatuh cinta kepada orang yang salah ini memiliki sejumlah tanda yang dapat diperhatikan.

Berikut 5 petanda anda jatuh cinta pada orang yang salah :

1. Terlalu sering bertengkar

Bertengkar itu normal malahan menyihatkan bagi setiap perhubungan agar tidak terlalu memendam rasa sekian lama yang memudaratkan jiwa. Tetapi kalau sudah selalu sangat bergaduh dengan pasangan, fikir-fikirkanlah sihat celah mana kalau macam itu? Bertambah stress adalah.

2. Merasa rendah diri

Kerap merasa rendah diri dalam hubungan yang kamu jalani? Rasa diri terlalu didominasi oleh pasangan? Hubungan yang sihat seharusnya tidak akan membuat kamu rasa semacam itu. Salah satu keistimewaan mempunyai pasangan hidup adalah memiliki seseorang yang boleh membuat kita rasa percaya diri.

3. Tidak boleh menjadi diri sendiri

Asyik kamu sahaja yang harus menjadi seperti apa yang si dia mahu. Dalam keadaan begitu sampai bila kamu boleh bertahan berpura–pura menjadi orang lain semata-mata mahu menyenangkan hati dia?

Kalau macam inilah keadaannya, confirm kamu sudah jatuh hati pada orang yang salah. Sebab dia tidak boleh terima kamu dengan seadanya dan membuat kamu rasa selesa untuk jadi diri kamu yang sebenar.

4. Merasa tidak dicintai

Apa lagi yang hendak dipertahankan kalau kamu rasa sudah tidak dicintai? Cinta seharusnya tidak bersyarat. Tetapi yakinkah kamu mahu terus bertahan dalam sebuah perhubungan yang tidak pernah buat kamu rasa diperlukan?

Mungkin bagi mereka yang sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan keluarga serta anak-anak sudah tentu bukan soal perasaan saja yang menjadi pertimbangan utama. Jadi, terpaksalah korbankan perasaan demi anak-anak. Namun kena usahakan juga macam-macam cara untuk wujudkan semula rasa cinta seperti dahulu.

5. Tiada rancangan masa depan

Sampai bila hendak bercinta tanpa hala tuju? Sampai tua kerepot tunggu nak mereput? Memang tidaklah kan? kalau si dia serius pasti dia tidak sabar untuk hidup bersama kamu.Tetapi kalau setiap kali bila ajak jumpa mak ayah selalu bagi macam-macam alasan, lebih baik kamu fikir dalam-dalam dan matang ke mana hala tuju cinta kamu itu?

      Baca : 5 Cara Mencegah Tumbuhnya Jerawat

Kesimpulan

Seseorang yang menyintai kamu belum tentu baik buat kamu, ketika sifatnya tidak sesuai seperti yang diharapkan, lama-kelamaan hal itu akan merosak sebuah hubungan. Namun, seseorang yang tegar dan kuat akan mampu menerima kekurangan kamu dan tetap sabar menghadapi sikap kamu. Perlahan ketegarannya dapat membuat kamu menjadi lebih baik. Caranya yang sabar adalah bukti dia adalah yang terbaik untukmu.

- Daku Amat

10 Sebab Kenapa Lelaki Untung Kahwini Jururawat


Untunglah jika lelaki memiliki isteri yang bekerjaya, cantik, rajin, lemah lembut dan tidak berkira. Pasti si suami senyum lebar kerana banyak benda yang isteri boleh buat atau dalam bahasa Inggerisnya 'multitasking'.

Tidak dinafikan seorang jururawat atau staff nurse memang kebanyakannya boleh buat banyak kerja dalam satu-satu masa. Dapat isteri cantik, rajin, tidak berkira dan staff nurse sudah semestinya satu bonus buat si suami.

Berikut 10 sebab kenapa lelaki untung mengahwini jururawat :

1. Pandai mengemas katil

Lepas bangun pagi, katil anda mesti sudah siap dikemaskan. Maklumlah sudah biasa buat bedmaking patient sampai 30 katil sehari. Jadi, setakat katil di rumah itu apalah sangat. Bukan ada sampai 5 katil pun.

2. Sudah biasa berasa jijik

Mereka tiada rasa jijik hendak cuci pampers anak. Golongan ini berhadapan dengan kerja kotor hampir setiap hari. Kalau setakat cuci lampin anak, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan apa yang dihadapi di wad.

3. Sistematik

Cuba bayangkan jururawat memasak, mesti bahan-bahan masakan diorganize seperti ubat-ubatan pesakit. Kalau setakat bawang putih 3 ulas campur 100gm ikan bilis, apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan katil 1 Pt A, T Metoprolol 50mg BD, T Simvastatin 40mg ON, IV Ceftriaxone 1g OD. Itu baru satu patient.

4. Pandai bab dobi

Anda banyak baju putih? Mesti dapat basuh sekali dengan uniform mereka dan jururawat selalunya tahu combination sabun apa hendak bagi baju putih. Maklumlah daripada time study sudah pakai baju putih.

5. Mereka ini sado-sado

Maklumlah reposition patient 2 hourly, pusing sana-sini, transfer patient katil ke kerusi, kerusi ke kerusi roda. Jimat duit hendak pergi gym.

6. Klinikal sampai ke rumah

Kalau mereka cuci rumah, mereka tidak pakai sabun pencuci lantai tetapi chlorrhexidine dengan alcohol (terbukti secara klinikal).

7. Susah hendak marah

Hendak buat mereka marah? Susah gila. Sebab hari-hari berhadapan dengan masyarakat yang entah apa-apa. Tetapi kalau sudah marah, patient GCS 3 terus improve jadi 20/15.

8. Senang hendak rindu

Mereka boleh bagi anda masa untuk rindu serindunya. Ini kerana jururawat kerja tidak menentu mengikut pada syif. Kadang-kadang sampai 2-3 hari tidak berjumpa walaupun duduk serumah.

9. Pandai ubati luka

Anda terluka kaki akibat terjatuh? Jangankan luka kaki, bedsore kategori 4 pun mereka boleh cucikan. Termasuk juga luka di hati.

10. Pengalaman baru setiap hari

Hari-hari mereka akan cerita pengalaman baru kepada anda. Maklumlah pesakit bertukar-tukar setiap hari.

Kesimpulan

Setelah mengikuti kesemua sebab di atas ternyata pada mata kasarnya memang berbaloi mana-mana lelaki memperisterikan seorang jururawat. Jadi, semoga bertemu jodoh!

16 Punca Kenapa Wanita Tawar Hati Dengan Lelaki


Wanita kalau dia sudah sayang seorang lelaki itu, dia akan sayang seorang sajalah. Tiada kedua atau ketiga dan dia akan setia pada seorang. Tetapi bila dia sudah tawar hati, jangan terkejut jika dia meninggalkan anda secara tiba-tiba.

Pada masa itu, anda sendiri akan tertanya-tanya apa kesalahan yang telah anda lakukan terhadap dia. Mungkin anda merasakan dia kejam tetapi anda tidak tahu bahawa dia sudah lama makan hati kerana sifat anda itu.

Berikut 16 punca kenapa wanita tawar hati dengan lelaki :

1. Sering ditipu

Semua orang tidak suka ditipu, baik lelaki mahupun wanita. Tetapi jika di awal perkenalan pun anda sudah menipu dan cuba menutup penipuan tersebut dengan penipuan-penipuan lain dan akhirnya terbongkar. Selepas terbongkar anda diberi kemaafkan tetapi masih terus menipu.

Layakkah seumur hidup untuk terus hidup dengan si penipu? Kadang-kadang kita tahu bahawa orang itu sedang menipu dan berharap dia berterus-terang tetapi malangnya masih bagi alasan yang indah khabar dari rupa.

Ingat! Orang yang suka berkata jujur mendapat tiga perkara, iaitu; kepercayaan, cinta dan rasa hormat. Sepanjang zaman, kejujuran tetap relevan dalam kehidupan manusia.

2. Tidak mengambil berat

Perempuan perlukan perhatian tetapi jika kamu langsung tidak mahu ambil tahu tentang dirinya akan menyebabkan dia jauh hati. Contohnya, masa bersama kawan, bermain games, anda ada masa tetapi untuk setakat nak tanya khabar buah hati anda beri alasan tidak ada masa.

Kadang-kadang what apps online tetapi langsung tak reply mesej buah hati walaupun sudah baca mesej. Konon anda ingat dia sudah jadi awek atau tunang anda, jadi tak perlu nak take care sangat sebab rasa sudah 'memiliki' dan 'zon selesa'. Tidak seperti macam zaman nak tackle dulu.

Sikap begitu adalah silap besar. Ini kerana semakin hubungan rapat semakin kena ambil berat. Habis itu kalau sudah nikah nanti anda boleh tinggal-tinggalkan isteri anda macam itu sajakah sebab sudah 'memiliki keseluruhan'nya?

3. Curang

Curang ini banyak kategori tetapi kalau bertepuk sebelah tangan memang tidak akan berbunyi melainkan anda tepuk dahi sendiri. Contoh, mamat ini sudah ada tunang, jadi memanglah tunang dia ini untuk dinikahi tetapi sesaja cari keseronokan luar untuk suka-suka. Curang ke tidak itu?

Lepas itu terkantoi mesej mesra dengan wanita lain. Alasan saja suka-suka tetapi tetap setia pada yang satu. Kalau benar setia tidak adanya spare-spare stock suka-suka.

4. Panas baran

Paling wanita tidak suka adalah lelaki sikap panas baran. Bila ada masalah mesti nak mengamuk. Macam manalah kalau lepas nikah nanti. Api tidak boleh lawan api. Kena carilah penyejuk.

5. Suka maki hamun

Asal bergaduh saja semua perkataan kesat keluar. Wanita akan fikir, jika sebelum nikah sudah pandai memaki hamun, mesti lepas nikah sekali kaki tangan naik.

6. Terlalu ego

Lelaki memang ego tetapi kalau sampai tidak boleh bertolak-ansur dan tidak boleh fikir positif-negatif payah jugakan. Jenis ikut kepala otak sendiri saja yang betul.

7. Tidak pandai pujuk

Nampak remeh tetapi punyai impak besar tahu! Kalau bergaduh buat hal sendiri. Masing-masing diamkan diri. Wanita memang suka merajuk tetapi jika rajuk tidak dipujuk maka terpaksalah pujuk diri sendiri. Lama-lama memang hati makin keraslah. Bak kata orang, "antibiotik dah tak berfungsi dah". Jadi, fikir-fikirlah sendiri.

8. Tidak serius dalam hubungan

Konon hubungan sudah lama tetapi tanda-tanda serius itu tidak ada. Nak ajak bertunang pun tidak, inikan pula nak ajak kahwin. Tetapi ada pula yang berjanji manis bagai gula tapi habuk pun tak ada. Don’t trust words, trust actions.

9. Tidak tetap pendirian

Hari ini cakap macam ini, esok cakap macam itu pula. Bak kata orang, "jenis tak boleh pakai punya orang!". Anda sendiri tidak pasti dengan apa yang anda lakukan dan sering bertukar-tukar keputusan.

10. Kurang memahami

Kesefahaman berdua itu penting tetapi jika anda sahaja ingin dirinya memahami anda tapi sebaliknya anda langsung tidak mahu memahami si dia. Adilkah?

11. Suka kongkong dan memaksa

Kongkong boleh tetapi ada batasnya, jangan cemburu buta. Anda suka dia jadi orang macam yang anda mahukan, bukan kamu terima dia seada dirinya.

12. Tidak percaya

Semua benda nak siasat. Nak wanita percaya anda tapi anda langsung tidak percaya pada wanita itu. Apabila berlaku krisis sikit, mulalah tuduh macam-macam. Serkap jarang sana sini.

13. Kedekut dan berkira

Kalau apa-apa perkara kamu sangat kedekut dan berkira tidak kira tenaga atau wang. Siapa boleh tahan?

14. Suka pinjam wang perempuan

Makin bagi muka makin naik lemak, lastly pijak kepala. Kalau sudah wanita kena tanggung anda, baik jangan jadi lelaki. Kalau lelaki itu bermaruah dia tidak akan pinjam duit wanita untuk kepentingan diri sendiri. Tambah-tambah lagi lelaki yang jenis buat wanita macam mesin ATM.

15. Tidak ikhlas

Niat asal anda untuk memulakan hubungan dengan perempuan tersebut ada 'udang di sebalik batu'. Mungkin sebab wanita tersebut berduit, berpangkat tinggi atau apa-apa kepentingan untuk kamu gunakan.

Jika wanita itu bijak dan perasan niat anda yang cuma nak jadi parasit sahaja lebih baik dia cepat-cepat cantas 'parasit' tersebut. Kerana tidak perlu hendak tanggung 'biawak hidup' yang memang menyusahkan.

16. Diabaikan

Orang lelaki masa mula-mula hendak mengorat wanita bukan main lagi bersungguh. Bagi ayat manis tahap 'diabetes'. Tiap-tiap hari mesej dan call pujuk rayu itu dan ini. Tetapi bila sudah dapat, hati wanita itu anda buat tidak tahu pula.

Kesimpulan

Sejujurnya, wanita tidak suka diabaikan. Bila dia commit dengan anda maknanya memang dia gilakan perhatian anda. Jadi, hargailah orang yang masih bersama dengan kita semasa susah atau senang.

5 Bahasa Cinta Yang Anda Perlu Tahu


Alahai, romantisnya apabila bercerita tentang cinta. Cara otak manusia mentafsirkan cinta sebenarnya berbeza-beza. Menurut kajian, ada 5 cara otak manusia mentafsirkan cinta. Teruja nak tahu? Sila ikuti selanjutnya.

Berikut 5 bahasa cinta yang anda perlu tahu :

1. Words of Affirmation

Ada orang, dia suka bila pasangannya memuji dia cantik, pandai masak, wangi, rajin dan seumpamanya. Bila dipuji otak dia akan tafsir yang dia sedang dicintai.

2. Physical Touch

Ada orang dia suka dibelai, dimanja, diusap-usap macam kucing Parsi. Bila disentuh otak dia akan tafsir yang dia sedang dicintai.

3. Receiving Gift

Ada juga jenis yang suka bila orang bagi hadiah atau surprise. Bila dapat cincin emas atau Iphone 7. Otak dia akan tafsir yang dia sedang dicintai.

4. Quality Time

Ada pula yang jenis perlukan perhatian dan masa. Dengar luahan perasaan dia, duduk spend masa dengan dia. Otak dia akan kata, "kamu sedang dicintai."

5. Acts of Service

Akhir sekali, jenis suka bila orang tolong dia buat kerja, tolong masak, tolong kemas rumah, sidai kain dan lain-lain. Bila orang buat macam itu, otak dia akan kata, "Waaa, aku sedang dicintai."

Kesimpulan

Masalahnya sekarang, kita tidak tahu macam mana cara otak pasangan kita mentafsirkan cinta. Bila tidak tahu, apa yang berlaku? Kita cuba sampaikan cinta cara otak kita fikir. Bukan cara otak dia fikir.

Boleh jadi juga kesemua kategori di atas terdapat pada diri kita. Tapi tak kisah pun, asalkan ada 'sesuatu yang baru'. Tidak semestinya satu cara saja nak melahirkan perasaan cinta kepada pasangan kita kan?

Sebelum tidur apa kata ucap sikit pada suami atau isteri anda, "Good night sayang, i love you."

Soalan kepada anda - Otak anda tafsir cinta cara mana?

8 Perkara Lelaki Yang Matang Tidak Akan Lakukan Dalam Sebuah Hubungan

Ada sesetengah lelaki akan matang bila umur mereka mencecah 15 atau 16 tahun, ada juga lelaki yang tidak pernah matang walaupun mereka telah mencecah umur 30-an.

Lelaki yang matang mempunyai karakter dan emosi tersendiri berbanding lelaki yang tidak matang. Berikut kami kongsikan 8 karakter yang membezakan mereka. Percayalah, umur tiada kena mengena dengan faktor kematangan seseorang.

Berikut 8 perkara lelaki yang matang tidak akan lakukan dalam sebuah hubungan :

1. Tidak mengkritik penampilan anda

"Kenapa pakai tudung macam ni?, "kalau boleh saya nak tengok awak slim sikit!" Seorang lelaki yang anda cintai tidak akan bercakap tentang penampilan anda dengan cara begitu.

Ini kerana dia sedar perbuatan itu akan menjatuhkan keyakinan diri anda dan hanya akan menjauhkan diri anda daripada dia. Seorang lelaki yang matang tidak akan menjatuhkan diri anda semata-mata untuk memuaskan diri sendiri.

2. Tidak akan kacau ruang peribadi anda

Jika anda mempunyai hubungan yang baik bersama rakan-rakan yang lain, dia akan faham dan menghormati nilai persahabatan anda itu.

Dia juga tidak akan cuba untuk meminta telefon anda untuk siasat dengan siapa anda berkawan. Jika dia berbuat demikian, dia sebenarnya menunjukkan seorang yang ragu-ragu terhadap anda dan tidak menghormati anda.

3. Dia tidak akan lari dari masalah

Dulu ketika masih remaja, apabila hadapi masalah, salah satu cara untuk kita selesaikannya adalah dengan lari daripadanya. Lelaki yang matang, dia tahu cara yang terbaik untuk selesaikannya, tidak kiralah sama ada masalah peribadi, keluarga mahupun masalah kerja, dia tidak akan lari daripadanya.

Namun, ini tidak bermakna dia suka cari masalah untuk diselesaikan. Dia tahu, bila perlu dia selesaikan masalah dan bila perlu dia lari daripada menimbulkan masalah.

4. Tidak beranggapan emosi itu satu kelemahan

Seorang lelaki yang matang, tidak bermakna dia seorang yang sentiasa bersabar atau seorang yang tabah dalam segalanya. Dia tidak takut untuk terima sebarang kritikan apabila dia menunjukkan sudut dirinya yang berlemah lembut dan romantik terhadap seseorang yang dicintainya.

Dia tahu dengan berbuat demikian tidak menjejaskan sedikitpun reputasi terhadap dirinya, malah dia tahu dengan berbuat demikian akan lebih menguatkan lagi hubungan.


5. Dia bukan seorang berfikiran pendek

Sesetengah lelaki dengan mudahnya akan membelanjakan duit yang ada untuk apa sahaja yang dia suka tanpa fikir akibatnya pada masa depan.

Mereka yang matang akan berfikiran jauh dalam setiap tindakan yang dia lakukan. Bagaimanapun, ini tidak bermakna hidup mereka sangat bosan dan tidak spontan.

6. Tidak akan buat anda rasa terabai disamping rakannya

Setiap lelaki juga perlukan ruang untuk mereka meluang masa bersama rakannya. Namun, lelaki yang bijak tidak akan abaikan wanita yang dicintainya demi rakan yang lain.

Lelaki yang sentiasa mendengar kata-kata daripada rakannya berbanding menerima kata daripada wanita yang dicintainya mungkin mempunyai masalah psikologi. Kerana, mereka yang berbuat demikian menunjukkan sikap terlalu kebudakan dan tidak matang.

7. Dia sangat akrab dengan ibunya

Lelaki yang matang akan sentiasa luangkan masa untuk kedua-dua insan yang tersayang, ibu bapanya. Dia tahu, dengan menjaga orang yang pernah menjaga dia ketika kecil dahulu adalah sangat penting. Itulah satu cara baginya untuk menunjukkan penghargaan kepada mereka.

8. Dia menghormati dan tidak akan sentuh anda

Ini termasuk bukan sahaja dalam bentuk fizikal tetapi juga psikologi anda. Jika dia pernah melakukan apa-apa jenis keganasan terhadap anda, jadi berhentilah beralasan yang dia adalah satu-satu lelaki yang anda nantikan.

Dia tidak akan berubah. Ini kerana lelaki yang matang tidak akan melakukan keganasan terhadap wanita atau sesiapa pun tidak kira sejauh mana tahap kemarahannya.

Kesimpulan

Cara seseorang lelaki melayan wanita tidak hanya bergantung pada personaliti dirinya tetapi juga mengambil kira tingkah laku wanita itu sendiri. Hubungan yang baik perlukan kerjasama kedua-dua belah pihak. Pihak wanita juga perlu mengelakkan kesilapan tertentu untuk hidup bahagia bersama pasangannya.

5 Sebab Kenapa Lelaki Suka Sangat Tengok Wanita Natural Beauty


kebanyakan lelaki sememangnya suka melihat wanita tanpa mekap. Nampak natural beauty, kata mereka. Tetapi sejauh mana istilah 'natural beauty' bagi kaum Adam?

Berikut 5 sebab kenapa lelaki suka sangat tengok wanita 'natural beauty' :

1. Nampak wanita lebih yakin

Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Kalau anda berani keluar tanpa secalit mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

2. Tak suka wanita terlalu over!

Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Hendak keluar ke kedai mamak pun, anda ambil masa yang lama mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga tidak boleh hidup tanpanya.

3. Suka tengok wajah 'seksi' macam bangun tidur

Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

4. Tidak suka menunggu

Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluar dengannya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

5. Kena cantik luar dan dalam

Awal-awal kenal memang pilih yang cantik luaran tetapi lama-kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, akhirnya si dia akan bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

Kesimpulan

Macam mana, adakah anda masih suka bersolek tebal? Terpulang pada diri sendiri dan ikutlah selera pasangan. Apa yang penting cinta suami isteri tetap selari dengan kecantikan yang dibawa oleh setiap orang.
You might like these as well: