Anda berangan hendak jadi jutawan? Strategi untuk mendapat duit RM1 juta untuk mereka yang hendak dapat untung cepat. Untung mestilah sekurang-kurangnya RM50 atau RM100. Kenapa RM50 atau Rm100? Sebab, kalau anda dapat jual 100 produk maka untung RM50 sudah dapat RM5000.
Kalau anda jual barang yang untung 50 sen, memerlukan 2,000,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM1, memerlukan 1,000,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM5, memerlukan 200,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM10, memerlukan 100,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM20, memerlukan 50,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM30, memerlukan 33,333 jualan.
Kalau anda jual barang yang untung RM40, memerlukan 25,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM50, memerlukan 20,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM100, memerlukan 10,000 jualan. Kalau anda jual barang yang untung RM1000, memerlukan 1000 jualan.
Bandingkan jika anda hanya bekerja makan gaji sahaja. Berapa lama anda hendak mengumpul sebanyak RM1 juta?
Sekiranya anda bergaji sebulan RM1000 anda memerlukan bekerja selama 83 tahun 3 bulan. Sekiranya anda bergaji sebulan RM2000 anda memerlukan bekerja selama 41 tahun 7 bulan. Sekiranya anda bergaji sebulan RM3000 anda memerlukan bekerja selama 27 tahun 8 bulan. Sekiranya anda bergaji sebulan RM5000 anda memerlukan bekerja selama 16 tahun 6 bulan. Sekiranya anda bergaji sebulan RM10,000 anda memerlukan bekerja selama 8 tahun 3 bulan.
Langkah pertama ingin menjadi jutawan
Hendak senang mesti ada usaha keras bukan setakat nak senang tetapi tak nak buat apa-apa, hanya goyang kaki sahaja. Nak senang mesti otak berjalan, otak mesti kreatif, mesti ada STRATEGI. Tiada guna perah sehabis tenaga tanpa strategi.
Berikut 10 strategi bisnes dapatkan RM satu juta dengan cepat :
1. Cari produk atau servis yang orang selalu beli
Tidak kisahlah, barang itu harganya murah atau mahal. Apa yang penting ada orang nak beli. Contoh yang untung sedikit seperti jual nasi lemak, kuih muih, sayur di pasar, barang makanan, rempah, sup bunjut dan lain-lain lagi. Contoh yang untung besar seperti jual kereta, lori, bas dan yang seumpamanya.
2. Senaraikan sekurang-kurangnya 10 produk
Daripada senarai itu, anda tengok produk mana yang anda boleh buat sendiri. Pastikan ada sekurang-kurangnya satu produk! Melalui bisnes itu nanti, kita akan mula dapat keuntungan sedikit demi sedikit. Lama-lama menjadi jutawan.
3. Target pertama anda mesti buat super sale
Ok! sekarang, jalankan bisnes tadi. Jika sales anda tidak menjadi kenalah cari usaha bagaimana hendak naikkan sales. Bila dapat untung, setengah anda ambil buat belanja dan setengah lagi anda guna buat modal. Modal itu untuk kegunaan seperti bahan mentah, flyer, iklan dan sebagainya.
4. Mesti tahu selok belok perniagaan
Untuk menjadi jutawan anda perlu melalui dulu proses no 1,2,3. Jika anda tidak bermula dengan yang kecil mana mungkin anda boleh bergelar jutawan. Bila anda bergelar jutawan mesti perlu tahu selok belok perniagaan jika tidak nanti duit yang banyak itu akan lesap begitu sahaja.
Selok belok perniagaan hanya boleh diperolehi melalui pengalaman berniaga. Setiap jutawan mesti ada strategi macam mana nak buat sale. Jika anda berangan hendak jadi jutawan tetapi tidak ada strategi hendak buat sale maka setakat berangan sahajalah.
5. Buat flyer dan pasang banner iklan
Jika anda jual barang untung bawah RM50 dan tidak ada kedai. Contohnya, anda pandai buat dodol maka anda buat dulu dodoh satu kuali. Pek dan jual. Jual di taman perumahan atau dengan kawan-kawan dahulu. Jika sales tidak banyak, buat pula flyer tabur saja di mana-mana atau buat banner pasang saja di mana-mana, gantung di tiang, pokok dan sebagainya. Jika anda tidak sanggup buat macam ini memang sales anda tidak menjadi.
Jika anda ada kedai juga buat perkara yang sama. Tengok strategi along pinjam wang. Walau pun kita tahu bahaya tetapi ramai juga orang meminjam along. Jika anda buat produk makanan seperti tempe, cili giling, kerepek dan sebagainya mestilah ada seorang kakitangan yang kerjanya hantar produk anda di kedai. Jika tidak buat macam itu tidak adalah orang nak beli produk anda.
6. Jumpa orang dan pandai bercakap
Jika anda jual barang untung RM50 ke atas. Target 100 jualan dalam sebulan, anda sudah dapat RM5000. Keluar rumah mesti jumpa orang, mulut mesti manis, mesti pandai cakap, mesti pandai pilih target pembeli, mesti ada flyer kecil bagi kat orang. Jika tidak mampu buat sendiri kena gaji orang lain tolong buatkan.
7. Memperkenalkan produk kepada orang
Bila anda sudah perkenalkan produk kepada orang lain nanti akan ada pemborong yang akan berminat memborong barang anda. Bila pemborong sudah ambil dari anda, barulah sales anda akan meningkat dan perniagaan akan mula stabil.
8. Bisnes untuk orang sibuk
Cari bisnes yang orang lain boleh uruskan. Contohnya penghantaran produk, pembungkusan produk, restock produk atau customer service yang mana orang lain boleh uruskan. Kita ciuma buat SOP saja.
9. Cari bisnes yang tak perlu cakap banyak
Kerja-kerja berkaitan produk dibelakang tabir sudah ada yang menguruskan. Namun, kerja 'front line' atau barisan depan seperti Marketing atau promosi, kita kena turun padang. Nak gajikan orang buat pun tak mengapa, tetapi kita tetap kena turun padang.
Pernah makan di restoran yang tuan kedai baik tetapi bila lain waktu kita makan di kedai itu dan tokeh kedai tiada pada masa itu, tengok pekerja dia buat macam mana pada kita. Layan macam ayam saja. Kita tak mahu bisnes kita jadi macam itu. Depan kita, baik tetapi bila kita tak ada semua out. Masalah ini boleh diatasi dengan SOP.
OK, kenapa tidak perlu cakap banyak? Sebab, kalau bisnes yang kena banyak cakap ini, susah nak buat marketing secara online atau guna flyers.
10. Manfaatkan teknologi automasi
Gunakan teknologi untuk kerja-kerja yang boleh dilakukan automatik. Contohnya untuk follow up pelanggan melalui email, guna autoresponder. Brand awareness dekat FB, guna FB Ads. Sistem SMS auto reply. Sistem affiliate untuk agen promosikan produk kita dan lain-lain.
Ramai orang hendak buat bisnes, tetapi bukan semua orang tahu buat bisnes berjaya. Masalahnya, bila tidak tahu, buat-buat tahu atau tidak mahu ambil tahu. Akhirnya bisnes jadi macam "tauhu" - habis kena makan.