Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Pegangan Hidup Yang Baik - Usah Bergaduh


Dewasa ini amatlah banyak yang kita temui orang yang mengalami masalah stress atau depressi. Banyaknya orang yang tidak mencapai target yang diinginkan sehingga membuat mereka jatuh. Hingga hilangnya keyakinan pada diri sendiri dan pegangan hidupnya yang menyebabkan batin mereka semakin menderita.

Problem semacam ini sekarang banyak kita jumpai di dalam masyarakat, keluarga mahupun di dalam diri peribadi seseorang. Bagi mereka, yang mengalami goncangan batin ini, harus mencari solusi agar problem itu tidak semakin parah.

Berikut ini 22 pegangan hidup yang baik untuk kita amalkan :

1. Apabila kita bergaduh dengan pelanggan, walaupun kita menang, pelanggan tetap akan lari.

2. Apabila kita bergaduh dengan rakan sekerja, walaupun kita menang, tiada lagi semangat bekerja dalam satu kumpulan.

3. Apabila kita bergaduh dengan boss, walaupun kita menang, tiada lagi masa hadapan di tempat itu.

4. Apabila kita bergaduh dengan keluarga, walaupun kita menang, hubungan kekeluargaan akan renggang.

5. Apabila kita bergaduh dengan guru, walaupun kita menang, keberkatan menuntut ilmu dan kemesraan itu akan hilang.

6. Apabila kita bergaduh dengan kawan, walaupun kita menang, yang pasti kita akan kekurangan kawan.

7. Apabila kita bergaduh dengan pasangan, walaupun kita menang, perasaan sayang pasti akan terguris.

8. Apabila kita bergaduh dengan sesiapapun, walaupun kita menang namun hakikatnya kita tetap kalah. Yang menang adalah cuma ego diri sendiri. Paling sukar adalah mengalahkan ego diri sendiri.

9. Apabila kita menerima teguran, kesilapan dan kesalahan usahlah terus melenting dan marah tetapi bersyukurlah kerana masih ada orang yang mahu menegur kesilapan kita.

10. Apabila mendengar isteri membebel di rumah, bererti kita masih punya keluarga. Dia ambil berat tentang kita.

11. Apabila mendengar suami atau masih berdengkur di sebelah, bererti kita masih punya suami dan isteri.

12. Apabila mendengar ayah dan bonda menegur dengan tegas, bererti kita masih punya ibu bapa. Itu kurnian Tuhan yang hebat.

13. Apabila merasa letih dan jemu menasihati anak yang nakal, bererti kita masih punya anak untuk mendoakan kita dapat saham akhirat nanti.

14. Apabila merasa letih setiap petang selepas penat bekerja, bererti kita mampu bekerja keras.

15. Apabila membersihkan pinggan dan cawan kotor setelah menerima tamu di rumah, itu bererti kita punya teman yang sudi datang bertandang.

16. Apabila pakaian terasa agak sempit, itu bererti kita makan cukup.

17. Apabila mencuci, melipat dan menggosok timbunan baju, itu bererti kita memiliki pakaian.

18. Apabila membersihkan halaman rumah, mop lantai, itu bererti kita memiliki tempat tinggal.

19. Apabila ada banyak tugasan, itu bererti kita dipercayai dapat melakukannya dengan baik dan sentiasa menyudahkan kerja.

20. Apabila mendengar bunyi mercun, ekzos dan hon dan anak jiran bising, itu bererti kita masih boleh mendengar.

21. Apabila melihat anak-anak bermain riang, itu bererti kita masih boleh melihat dengan terang.

22. Apabila masih bernafas, itu bererti kita masih diberi peluang oleh ALLAH pencipta yang agung untuk bertaubat dan beribadah kepada-Nya.

      Baca : 13 Pesawat Tempur Tercanggih Dan Terhebat Dunia Pada 2017

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Selalulah sebut Alhamdulillah bersyukur kerana kita diberi kehidupan yang baik pada masa ini dan akan datang.

- Daku Amat

Tags : pedoman pegangan hidup usah bergaduh muhasabah diri

7 Langkah Tingkatkan Tahap Kecerdasan Emosi Atau Emotional Intelligence (EQ)


Secara umumnya ramai orang kebiasaannya lebih fokus kepada IQ iaitu kecerdasan otak, namun agak jarang kita dengar tentang EQ iaitu kecerdasan emosi. Mungkinkah masyarakat kita lebih berorientasikan kecemerlangan akademik disebabkan itu, kita kurang menekankan perihal kecerdasan emosi dan sahsiah diri?

Adakah kita sememangnya menganggap kejayaan seseorang hanya bergantung kepada kepintaran? Tetapi, tahukah anda bahawa 90% orang berjaya di dunia kebanyakannya memiliki EQ yang tinggi dan tidak bergantung kepada IQ semata-mata!

Apa itu EQ?

Menurut Psychology Today, Emotional Intelligence (EI atau EQ) ditakrifkan sebagai kebolehan mengenalpasti dan menguruskan emosi diri sendiri serta orang lain. Ia melibatkan tiga kemahiran utama seperti berikut:

1. Keupayaan menganalisis emosi dalaman dan perasaan orang di sekeliling.
2. Keupayaan menggunakan emosi dalam setiap tugasan.
3. Keupayaan mengawal emosi.

Contoh situasi yang menggunakan EQ

1. Pengurus restoran yang bercakap dengan tenang dan yakin kepada pelanggan yang sedang memaki-hamun.
2. Kawan anda yang paling tenang dan boleh diharap untuk memberi nasihat atau membantu anda dalam kesusahan.
3. Ahli pasukan penyelamat yang membantu mangsa selepas berlakunya bencana alam.
4. Pasangan hidup yang jarang marah, sedia memaafkan dan mengaku kesilapan sendiri.

Kelebihan orang dengan EQ tinggi

Banyak kajian mendapati mereka dengan EQ yang tinggi mempunyai kehidupan yang lebih gembira berbanding orang lain. Tak kisahlah sama ada dalam bidang sosial ataupun profesional, mereka akan sentiasa bahagia. Orang ber-EQ tinggi juga kurang mengalami masalah kesihatan mental termasuklah kemurungan dan kebimbangan.

Selain itu, orang dengan EQ tinggi juga bahagia dalam kehidupan berpasangan dan berjaya dalam kerjaya kerana kemampuan mereka yang melebihi jangkauan. Pendek kata, mereka ini manusia yang berjaya dalam segala aspek.

Anda mahu jadi orang yang tinggi EQ?

Walaupun EQ akan meningkat secara semulajadi mengikut usia seseorang, tetapi anda sebenarnya masih boleh meningkatkan tahap kecerdasan emosi anda. Mudah saja. Amalkan beberapa perkara di bawah ini.


Berikut 7 langkah tingkatkan tahap kecerdasan emosi (EQ) :

1. Tidak berfikir perihal negatif tentang diri sendiri


Ada segelintir orang memang sudah sebati dengan pernyataan pesimistik dalam diri seperti "Saya ini seorang yang gagal", "Saya tak mampu buat lebih baik", atau "Saya tak cantik macam orang lain."

Namun, bagi orang yang tinggi EQ pula, mereka berkeupayaan untuk mengawal buah fikiran yang pesimis atau sinis dan bergantung kepada fakta sahaja sebelum membuat sebarang kesimpulan. Bagi mereka, fikiran negatif ini hanyalah 'fikiran' dan pendirian mereka tidak boleh dimanipulasi dengan mudah. Mereka mampu mengimbangi setiap perasaan yang lahir dengan realiti dan logik.

Orang dengan EQ tinggi tidak menggunakan faktor seperti kekayaan, kekuasaan, status dan populariti sebagai pendorong untuk berjaya. Mereka hanya berpegang kepada keinginan dan matlamat peribadi sahaja. Selain itu, orang dengan emosi yang cerdas tidak takut untuk keluar dari zon selesa sekiranya ingin mencapai sesuatu.

2. Tidak terlibat dengan kisah drama orang lain


Salah satu ciri orang ber-EQ tinggi ialah memiliki daya empati. Walaupun empati bermakna keupayaan menyelami perasaan dan emosi orang lain, anda perlu faham bahawa terdapat perbezaan ketara antara menunjukkan empati kepada orang tersayang dan membiarkan emosi marah atau sedih orang lain mempengaruhi diri sendiri.

Anda boleh lihat kini dalam media sosial selebriti-selebriti terkenal di mana para pengikut dan netizen bergaduh sesama sendiri walaupun perkara yang berlaku itu tidak ada kena-mengena langsung dalam hidup mereka. Ini membuktikan mereka mempunyai EQ yang amat rendah kerana membiarkan emosi orang lain mempengaruhi cara mereka berfikir malahan tindakan mereka.

3. Tidak kuat mengeluh dan merungut


Apabila seseorang mengeluh, ia membawa dua makna iaitu; pertama, dia merupakan seorang mangsa dan kedua, tiada jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

Orang dengan EQ tinggi tidak akan pernah merasa seperti dijadikan mangsa, apatah lagi merasakan seperti tidak ada jalan penyelesaian bagi sesuatu masalah. Mereka tidak akan menyalahkan orang lain, sebaliknya mereka akan berfikir secara membina untuk menangani keadaan.

Mereka sedar bahawa rungutan mereka boleh mempengaruhi tindakbalas orang di sekeliling. Jadi, mereka akan mencari cara lain untuk melepaskan emosi seperti bersolat, berdoa, membuat senaman atau beriadah.

4. Tidak kata “ya” pada semua orang, diri sendiri atau setiap situasi


Selain empati, individu dengan jati diri emosi yang kuat mempunyai kawalan diri dan tahap keyakinan yang tinggi. Contoh situasi adalah seperti;

ketika Fitri keluar minum kopi bersama rakan-rakan. Malam sudah larut dan Fitri ingin beransur pulang. Namun, rakan-rakan memujuk supaya Fitri melepak dengan lebih lama. Ada yang menawarkan diri untuk belanja Fitri makan. Walaupun tawaran makanan percuma itu bunyinya sangat menarik, Fitri masih tetap dengan pendiriannya untuk pulang kerana dia perlu bangun awal keesokan paginya.

Fitri tidak kisah dikutuk rakan-rakan kerana dia mempunyai EQ tinggi dan berasa sangat muktamad dengan keputusan yang dibuat. Dia tidak akan sesekali berkata; "mungkin boleh lepak setengah jam lagi kot," ataupun "Mungkin boleh bangun lewat sikit kot."

5. Tidak bergantung pada orang lain untuk berasa gembira dan yakin


Orang yang cerdas emosi kebiasaannya mampu mengurus diri dalam semua aspek kehidupan, termasuklah kepuasan diri dan ketenangan jiwa. Mereka tidak bergantung dengan orang lain untuk memberikan mereka kebahagiaan kerana ia hanya meningkatkan risiko untuk berasa kecewa.

Mereka mengawal emosi dan perasaan sendiri dengan mencari hobi yang digemari, berusaha mencapai kejayaan untuk memuaskan hati sendiri dan menyelami perasaan sendiri untuk mencari kasih sayang serta penerimaan.

6. Tidak terlalu memikirkan masa silam


Individu yang gemar memikirkan kisah silam dan masih tidak boleh move on lebih cenderung untuk mengalami masalah gangguan emosi akibat berasa menyesal dan masih berpegang kepada nostalgia. Ini berlawanan dengan individu ber-EQ tinggi yang hanya mengingati kisah silam sebagai satu penghormatan.

Ya, sudah semestinya mereka masih ingat orang yang pernah disayangi, kesalahan yang pernah dilakukan dan peluang yang mereka lepaskan. Namun, mereka hanya mengambil pengajaran daripada semua yang berlaku dan meneruskan kehidupan dalam masa kini sambil merancang masa hadapan.

7. Tidak bergosip


Sebagaimana individu yang cerdas emosi sedaya-upaya menjauhi drama, begitu jugalah mereka akan jauhi gosip. Mereka sedar bahawa gosip amat berbahaya, tidak mendatangkan apa-apa manfaat dan boleh merosakkan.

Orang dengan EQ yang tinggi lebih gemarkan perbualan yang deep dan bermakna. Mereka tidak akan sesekali menyentuh perkara-perkara remeh yang boleh mencetekkan minda. Bagi mereka, perbuatan ini hanya membuang masa dan tenaga.

      Baca : 15 Tanda Anda Telah Memiliki Isteri Terbaik Buat Anda

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Masyarakat kita rata-ratanya hanya berbangga kerana mempunyai IQ yang tinggi tetapi tidak sedar bahawa tahap EQ masing-masing adalah sangat mengecewakan? Tepuk dada, tanya diri masing-masing. Tiada guna IQ setinggi gunung kalau emosi diri sendiri pun tak pandai nak kawal. Moga kita bersama-sama berubah menjadi individu yang lebih cerdik.

- Daku Amat

Tags : intelligence quotient iq emotional intelligence eq kuat gosip kecerdasan otak jaga tepi kain orang kecerdasan emosi drama sangat pengetahuan sukses motivasi

8 Cara Sederhana Untuk Memotivasi Diri Sendiri


Memotivasi diri sendiri sangat penting dilakukan untuk menjaga semangat kita agar tetap berkobar untuk menjalani kehidupan seharian. Tanpa motivasi diri, hidup akan terasa malas, hampa, serasa tidak memiliki tujuan. Memang terkadang ada ketikanya dimana kita merasa down dalam menjalani kehidupan seharian. Namun jika perkara itu dibiarkan maka kita tidak memiliki semangat untuk tujuan hidup yang lebih baik.

Jadi, bagaimanakah cara untuk memotivasi dan memberikan semangat kepada diri sendiri untuk melakukan hal-hal yang terbaik dalam kehidupan seharian kita ini?

Berikut 8 tip dan cara sederhana memotivasi diri sendiri :

1. Membuat kesepakatan dengan diri sendiri

Putuskan dan fikirkan dengan baik-baik apa akibat ketika anda tidak termotivasi? Berilah beberapa contoh akibatnya, ketika anda sudah menjawab kepada diri anda dampak yang mungkin terjadi ketika anda tidak termotivasi lalu buatlah keputusan dan segera ambil tindakan. Apa yang anda perolehi hari ini adalah hasil daripada apa yang anda rancangkan dan anda lakukan dimasa lampau.

2. Senaraikan aktiviti akan dilakukan sebelum tidur

Secara psikologi ketika anda telah memiliki gambaran-gambaran tentang apa yang anda fikirkan sebelum tidur akan mempengaruhi apa yang anda fikirkan ketika anda bangun tidur. Sebagai contoh, ketika anda memikirkan dan memiliki rencana bahawa esok anda harus bangun pagi dan melakukan olahraga pagi maka otak anda akan menyimpan memori dalam sistem otak anda dan anda akan terbangun pagi tanpa harus menyalakan alarm. Buatlah senarai kegiatan ketika anda akan pergi tidur maka ketika anda bangun nanti, anda memiliki motivasi apa yang harus anda kerjakan ketika bangun di pagi hari.

3. Selalu memikirkan hal-hal positif

Memotivasi diri untuk melakukan hal-hal yang baik tentu memerlukan fikiran yang positif juga. Apa yang anda fikirkan akan berpengaruh terhadap apa yang anda lakukan. Ketika anda boleh berfikir secara positif maka aktiviti atau kegiatan-kegiatan yang anda lakukan pun akan 'beraura' positif.

4. Menetapkan tujuan besar dan spesifik

Satu hal yang sangat efektif yang boleh membangkitkan semangat dan motivasi dalam hidup anda iaitu memiliki tujuan atau target. Ketika anda memiliki tujuan atau target yang ingin anda capai maka secara automatik anda tentu akan memiliki rencana-rencana yang harus anda lakukan untuk mencapai tujuan ataupun target anda itu. Hal ini akan membangkitkan motivasi dan semangat pada diri anda.

5. Lakukan hari ini tanpa menundanya

Dapat menyelesaikan tugas ataupun aktiviti walaupun itu adalah hal yang kecil akan menghasilkan kebanggaan terhadap diri anda. Hindari untuk menunda-nunda atau menangguh perancangan apa pun yang akan anda kerjakan. Selesaikan hari ini juga dan anda akan merasakan semangat dan motivasi dalam diri anda ketika anda dapat menyelesaikan perancangan yang anda buat itu.

6. Hargai dan ingat kejayaan anda

Ketika anda berupaya menghargai dan mengingati kembali kejayaan-kejayaan anda, hal ini cukup ampuh untuk memotivasi diri anda. Kejayaan dan keberhasilan apapun, catat ia dalam buku catatan peribadi anda. Ketika anda merasa down dan menyerah maka buka semula buku catatan kejayaan itu, dan lihat semula apa yang sudah anda capai. hal ini akan membangkitkan kembali motivasi dan semangat anda.

7. Keluar dari zon selesa anda

Menghadapi cabaran untuk mendapatkan dorongan nyata motivasi. Ketika anda keluar dari zon selesa dengan melakukan hal-hal bermanfaat lain yang dapat anda lakukan, hal ini akan cukup efektif untuk memotivasi diri anda.

8. Jangan takut gagal

Ketika anda takut gagal maka anda akan lebih jauh dari kata semangat kerana anda memikirkan hasil buruk yang mungkin terjadi walaupun anda belum lagi mencuba atau mengusahakannya. Sebaliknya dengan sikap berani mencuba setelah melakukan segala perancangan dengan teliti, ia merupakan bahagian alami dari kehidupan yang sukses.

      Baca : 8 Perkara Utama Yang Mesti Diajar Kepada Anak Lelaki

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Bila anda mengalami kesulitan dalam memotivasi diri sendiri, cubalah cari cara apa yang boleh membuat anda menjadi semangat kembali. Apakah kerana kedua ibu bapa, kerana impian atau mungkin kerana cinta. Bila anda sudah menemukan cara tersebut dengan baik, maka mudahlah anda dapat mengembalikan semangat yang hampir hilang. Jadikan mereka yang menyayangi anda sebagai alasan terkuat mengapa anda mesti sukses. Dengan begitu anda akan lebih semangat dan termotivasi dalam mencapai kesuksesan.

- Daku Amat

10 Tip Bagaimana Mahu Jadi Insan Bahagia


Tidak dapat dinafikan, bahawa semua orang pernah melalui fasa di mana setiap hari sedih dan kecewa kerana pelbagai sebab. Namun, ujian dan pengalaman hidup seharian sebenarnya banyak mengajar kita untuk sampai ke tahap di mana kita berada sekarang.

Fasa untuk redha dan berasa gembira setelah melalui fasa sedih. Bagaimana kita boleh mendapatkan kekuatan untuk melalui fasa kesedihan itu? So here we want to share few tips on how to be a happy single, happy childless couple or happy person.

Berikut 10 tip bagaimana mahu jadi insan bahagia :

1. Bersyukur dengan apa yang kita ada

Fokus pada apa yang kita ada. Jangan fikir pasal benda yang kita tidak ada. Bersyukur ada kerja yang baik, ada kenderaan untuk kemudahan kita bergerak, bersyukur masih dapat bernafas, ada mak ayah, ada kawan-kawan, bersyukur cukup anggota badan, bersyukur dapat makan. Every single thing yang kita ada adalah kurniaan dari Allah. Belajar bersyukur walau di mana situasi Allah letakkan kita.

Single, berkahwin, lambat dikurniakan cahaya mata, bercerai atau sebagainya. Dalam apa jua keadaan, sama ada dapat nikmat atau diuji derita, bersyukurlah! Tanamkan dalam hati kita bahawa setiap perkara baik atau perkara buruk yang datang kepada kita semuanya datang dari Allah. Jadi, kepada Allah jualah kita serahkan segala urusan kita. Dan Allah adalah sebaik-baik yang mengatur segala urusan makhluk ciptaan-Nya, termasuklah kita.

Untuk pasangan yang lambat dikurniakan anak, silalah lebih prihatin dengan perasaan orang yang lambat bertemu jodoh atau belum berkahwin. Kalau kamu asyik merungut sedih atau kecewa sebab tiada anak, bayangkan pula perasan mereka di luar sana yang tidak ada pasangan langsung!

2. Jangan letakkan kebahagian kita pada manusia

Do not define your happiness base on other human. Happiness is inside you. You need to find it yourself. Kebahagian tidak datang dari seorang manusia bernama lelaki, wanita, suami, isteri atau sebagainya. Kalau bahagia itu datang dari manusia, tidak adalah kes suami isteri turun naik mahkamah, kes bercerai-berai dan lain-lain. Ada juga pasangan yang dikurniakan anak tetapi tidak bahagia juga dan akhirnya bercerai. Jadi, adakah anak punca kebahagian? Tidak semestinya.

3. Abaikan manusia bermulut tempayan

Jangan pedulikan apa orang kata. Jangan biarkan apa yang orang kata pada kita menganggu perasaan kita. We are in control of our emotions and reactions. Yang penting kita tahu kita bahagia atau happy. Apa orang nak cakap atau kata tentang kita, itu adalah hal mereka. Tidak ada kena mengena dengan kita. Kita boleh kawal akhlak dan perangai diri sendiri tetapi kita tidak boleh kawal akhlak dan perangai orang lain. Jadi, abaikan sahaja apa yang diluar penguasaan kita.

4. Stop comparing your life to other people’s life

Simple!. Hidup orang, lain manakala hidup kita, lain. Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Untuk orang yang tidak ada anak lagi, tidak payah "gatal" tengok gambar kawan kamu yang ada lapan orang anak ke apa. Memang kamu sengaja cari masalah sendiri. Kalau kamu tengok pun please be genuinely happy for them bukan lepas tengok kamu masuk tandas nangis. Not cool bro. Not cool sis. Senang cerita hadkan masa kamu dengan media sosial di mana kamu akan nampak orang upload gambar budak, gambar pregnancy test, gambar perut boyot. Apabila kamu tidak nampak benda-benda ini, maka kuranglah rasa sedih kamu. Ignorance is bliss!

Kepada mereka yang single pula, sama juga. Asyik tengok gambar kawan kahwin rasa sweet. Lebih-lebih pula tengok video-video yang mereka buat supaya nampak macam sweet sangat tahap diabetes. Lepas itu, kamu pun tersedu-sedu masa nak tidur sebab memikirkan nasib diri sendiri yang bakal jadi andartu. Please guys. Wake up! Do yourself a favour by stopping yourself from indulging in self pity. Kalau nak tengok video bagus tengok video pelarian Syria ke, nasib muslim Rohingya ke supaya kamu belajar erti bersyukur dengan kehidupan kamu sekarang. Faham?

Bagi mereka yang sudah bercerai pun sama, tidak perlu tengok gambar pasangan yang tengah bahagia. Hati manusia ini selalu nak benda yang dia tak ada. Benda yang dia ada, dia tak nampak. Itulah kelemahan manusia, mudah lupa. Bak kata peribahasa, "Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tak nampak" pula.

5. Tanda Allah sayang pada kita

Allah hendak kita cari Dia dulu sebelum Dia akan bagi apa yang kita hendak. Apabila kamu sudah kahwin, masa kamu untuk beribadat kepada Allah memang sedikit sebanyak akan kurang. Nak solat, anak menangis, nak ambil wudhu anak jerit nak makan, nak mengaji anak panjat di belakang. Bukan kata anak suatu bebanan tetapi anak ini datang dengan tanggungjawab yang sangat besar. Kamu kena kuat mental, fizikal dan spiritual untuk ada anak.

Bayangkanlah kamu single pun malas nak bangun tahajud, subuh pun susah nak buka mata, apatah lagi nanti bila kamu ada anak. Jadi, anggaplah masa yang ada sekarang ini, Allah hendak beri kita peluang untuk menambah amal ibadat kita, sebelum kita berkahwin dan ada anak.

Masa ini solat boleh kusyuk, boleh khatam al-Quran setiap bulan, kita boleh bangun tahajud dengan tenang, boleh pergi belajar ilmu agama, dengar ceramah agama. Semua perkara kamu boleh buat. InsyaAllah nanti bila sampai masa Allah kurniakan kamu pasangan dan anak, kamu sudah terbiasa dengan perkara ini semua. Baru senang nak istiqamah. Nampak tak perancangan Allah itu terbaik?

6. Live your life to the fullest!

Masa inilah kita nak buat perkara-perkara yang kalau kita ada anak susah nak buat. Pergi travel tengok dunia. Kalau tak ada duit nak pergi oversea, travel dalam negara pun banyak tempat menarik. Kamu google saja. Pergi buat sesuatu yang kamu takut. Conquer your fear and you will conquer everything. Pergi bungee jumping, hiking atau backpacking. Go find yourself. Travel alone and you will discover yourself.

Kamu akan lebih jelas dengan apa yang kamu nak dengan hidup kamu. Pasangan macam mana yang kamu nak. Macam mana kamu nak besarkan dan didik anak kamu nanti. Semua kamu akan jumpa bila kamu spend time alone. Mula-mula nak start memang takut tetapi percayalah, apabila kamu start, you will be addicted to this alone thing. Kamu akan rasa lebih happy alone. Pokok pangkal kamu boleh buat banyak perkara sendiri dan kamu tak perlu fikir perasaan orang lain. Kamu boleh makan apa kamu nak makan, tengok cerita apa kamu nak tengok, boleh pergi mana kamu nak pergi. You are free as a bird.

Untuk pasangan yang belum dikurniakan anak, kamu boleh buat dengan pasangan. Lagi sweet, merapatkan hubungan dan sebagainya. Just enjoy this moment cause this moment will not come back. Jangan fokus pada tak ada anak saja. Nanti pasangan kamu pun bosan nak layan perangai sedih kamu. Go discover the world. Banyak lagi tujuan Allah lahirkan kamu di dunia ni. Bukan untuk sekadar kahwin dan ada anak sahaja. Banyak lagi kamu boleh buat. Dunia ini luas.

7. You are what you think you are

Jika kamu rasa kamu awesome, insyaAllah memang kamu akan jadi awesome. Tetapi kalau kamu tiap-tiap hari asyik fikir kamu ini andartu, mandul, janda, memang itu sajalah kamu akan jadi. Tukar kepada happy go lucky, suka buat lawak dan sebagainya. Nampak tak? You are what you think you are. So stop putting a label to yourself and other people.

8. Be positive

Allah knows best! Mungkin kalau kamu kahwin sekarang, kamu lupa pada Allah sebab sibuk nak bahagiakan suami atau isteri kamu. Mungkin ibu bapa kamu lebih memerlukan kamu sekarang. Mungkin kalau kamu ada anak, kamu tidak mampu nak jaga anak dengan elok. Sebab ada anak ini tanggungjawabnya besar. Bukan setakat seronok-seronok upload gambar comel anak di Instagram dan Facebook sahaja. Sekarang ini, ramai orang ada anak tetapi tidak jalankan tanggungjawab mereka dengan baik. Seperti tidak didik anak mengenal Allah. Bagi anak makanan tidak sihat. Banyak lagilah kalau nak cerita.

Mungkin masa yang ada sekarang ini, Allah nak kamu siapkan diri kamu untuk beri yang terbaik untuk anak kamu nanti. Daripada kamu sibuk menangis dalam tandas, baik kamu pergi seminar parenting. Yang single pula, baik pergi seminar pasal perkahwinan. Tidak semestinya seminar itu untuk orang sudah berkahwin sahaja.

Yakin Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Dia yang cipta kita, of course Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Sebab ada manusia asal bila lambat kahwin saja, lambat dapat anak saja, dia akan cakap mungkin kena buatan orang, gangguan jin dan seumpamanya. Hakikatnya, hanya Allah sahaja yang Maha Berkuasa. Selain Allah adalah makhluk cipta-Nya yang langsung tiada kuasa. Semua makhluk berhajat dan bergantung kepada Allah. Tiada kuasa lain yang dapat menandingi kuasa-Nya. Dia cakap jadi, maka jadilah. Apa yang Allah izin dan kehendaki berlaku maka itulah yang akan berlaku. Tidak perlu risau lambat atau cepat. Semua Dia sudah atur cantik untuk kita semua.

9. Usaha dan tawakkal

Apabila usaha dan tawakkal kamu memang hanya kepada Allah semata-mata, percayalah kamu tidak akan sekali-kali berasa sedih. Kamu tidak akan menangis bila pregnancy test kamu negatif, kamu tidak akan terasa hati kalau orang tanya kamu bila nak kahwin. Sebab kepercayaan kamu hanya pada Allah, Tuhan sekalian alam. Kamu percaya ini semua ketentuan-Nya dan hanya Dia yang mengetahui apa yang terbaik untuk kamu. Bukan manusia. Jadi, kamu boleh abaikan apa orang nak cakap. Kamu ada Allah tempat kamu meminta dan mengadu.

10. Muhasabah diri

Cuba cari apa salah kamu dulu yang mungkin jadi penyebab jodoh kamu lambat, lambat dapat anak atau sebagainya. Mungkin dulu kamu pernah mengata orang andartu, mungkin dulu kamu pernah berlagak cakap besar pada orang yang kamu pasti akan berkahwin masa umur kamu 24 tahun. Mungkin kamu secara tidak sengaja menyakiti hati orang yang bernasib malang seperti lambat jodoh dan lambat ada anak. Mungkin dulu kamu pernah cakap kamu tak nak anak. Banyak lagi kemungkinan.

Melalui pemerhatian, ramai mereka yang dahulu pernah sakitkan hati orang, berbuat maksiat dan sekarang Allah uji dengan berbagai ujian. Tetapi sedih sebab mereka ini macam tidak ingat langsung dosa lampau. Malah bertanya mengapa diuji sebegitu rupa. Ujian adalah tanda kasih sayang Allah dan mungkin juga petunjuk dari Allah agar kita dapat muhasabah dosa kita yang lampau. Sepatutnya kita kena redha jika ujian ini adalah untuk menghapuskan dosa-dosa kita yang lalu. Kalau kita rasa ujian ini sebab kita dahulu pernah sakitkan hati orang yang lambat kahwin atau tak ada anak, pergi cari orang itu dan minta maaf. You will live a happier life.

      Baca : 10 Tip Untuk Merancang Travel Pertama Anda

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Kita kena belajar untuk bersyukur dengan apa yang kita ada dan apa yang kita tiada. Barangkali apa yang kita tidak ada itu pun sebenarnya satu rahmat. Cuma kita tidak tahu.

- Daku Amat

5 Ilmu Kepemimpinan A Leader In Me (ALIM)

Kepemimpinan atau leadership merupakan kemampuan mempengaruhi orang lain atau memberi contoh seorang pemimpin kepada orang lain, pengikut bawahan atau sesuatu kelompok. Kemampuan mengarahkan tingkah laku pengikut atau kelompok, memiliki kemampuan atau keahlian khusus dalam bidang yang diinginkan oleh kelompoknya dalam upaya mencapai tujuan organisasi atau kelompok tersebut.

Berikut 5 ilmu kepimpinan "A Leader In Me" (ALIM) :

1. Apakah ada "born leader?"

Jawapanya - Ada.

Contohnya Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (s.a.w). Begitupun Nabi s.a.w melalui proses demi proses jua. Dari anak Yatim, dijagai ibu susuan di desa untuk kuat fizikal dan fasih bahasa. Tinggal dengan datuk, ketua kota Makkah.

Kemudian tinggal dengan bapa saudara. Jaga kambing orang kaya. Bebas dari pengaruh berpoya-poya. Ikut berdagang sampai 13 kota dan pasar. Berpartner dengan saudagar wanita terkaya di kota Makkah. Berdagang pula di 9 buah pasar dan kota. Pandai jaga "velocity" barang dagangan.

Semua proses ini berlaku sampai Nabi s.a.w berusia 38 tahun, 2 tahun sebelum dari tarikh penerimaan wahyu pertama.

2. Leadership is developed not discovered

Ada satu cerita yang saya dengar pada tahun 1995. Sekumpulan pelancong melawat satu kota yang melahirkan ramai tokoh terkemuka. Mereka bertemu orang tua di kota itu.

Pelancong bertanya, "Apakah sebab ramai para pemimpin lahir di kota ini? Orang tua itu menjawab dengan tenang dan bersahaja, "Sepanjang hampir 90 tahun, saya tinggal di sini, saya lihat wanita hanya melahirkan bayi!"

Nota : Orang tua itu menjawab gaya penuh hikmah. Penuh bijaksana tamsil kata. Semua dilahir bayi, membesar dalam asuhan kedisiplinan dan tabah berdepan ujian, melihat model pemimpin yang terbaik dan kemudiannya melalui pementoran muncul pula sebagai barisan kedua (pelapis) kepemimpinan.

Dalam ALIM (A Leader In Me) kita huraikan 4 kategori pemimpin :

The Leading Leader - Pemimpin Utama.
The Learned Leader - Pemimpin Ilmuwan.
The Latent Leader - Pemimpin Terpendam.
The Limited Leader - Pemimpin Kecilan.

3. Leadership datang dari "Leader"

Kita hanya boleh beri apa yang kita ada. Kita hanya boleh ajar apa yang kita tahu. Leadership datang dari Leader. Kepimpinan mesti ada mentor dan model. Belajar sirah dan kita akan terdedah pada kepimpinan Rasulullah s.a.w.

Leadership yang berkembang adalah menerusi - model yang betul + latihan.

Apa peranan MODEL?

Untuk kita tekuni, pelajari dan prinsip yang perlu kita ikuti. Sekali lagi belajar SIRAH.

Bagaimana mahu dapatkan latihan? Mudah era sekarang. Apabila PRINSIP sudah berakar tunjang, dapatkan akar ke bumi dengan hadir seminar, baca buku, dengar tape dan seumpamanya.

10% dari bakat kepimpinan sudah ada dalam diri. 90% lagi bergantung pada pendedahan berterusan dan latihan yang diberi.

Sandhill Cranes - kawanan burung besar yang terbang rentas benua

4. Manusia tidak mahu diurus tetapi mahu dipimpin

Manusia tidak mahu diurus oleh orang lain. Manusia mahu dipimpin dan dibimbing. Lobak Merah "carrot" selalu lebih menarik perhatian dari kayu pemukul.

Kita boleh bawa kuda ke air. Kita tidak boleh paksa kuda minum air.

Apabila kita mahu urus orang lain, ia mudah. Mulakan dengan urus diri sendiri dahulu. Lakukan itu dengan baik dan kita akan mula memimpin tanpa perlu mengurus lagi.

Sandhill Cranes adalah kawanan burung besar yang terbang rentas benua. Mereka ada tiga ciri utama semasa penerbangan. Apakah tiga ciri utama itu?

5. Tiga teladan kepimpinan dari Sandhill Crane

Tiga teladan kepimpinan dari kawanan Sandhill Crane, kawanan burung besar yang terbang migrasi rentas benua.


1. Mereka bertukar siapa jadi pemimpin berada di depan.

2. Mereka ada burung pakar. Tatkala masuk kawasan angin kuat berolak, burung pakar akan ke depan memimpin kawanan melepasi kawasan pengalaman ngeri begitu.

3. Pada satu masa hanya satu yang mengetuai. Burung-burung yang lain akan ikut dibelakang, membunyikan "hon" ikrar kesetiakawanan mereka.

      Baca : 5 Perkara Ini Isteri Harus Lakukan Supaya Suami Dapat Rezeki Melimpah

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Terdapat perbezaan antara pemimpin dan kepemimpinan. Pemimpin adalah orangnya sedangkan kepemimpinan adalah kemampuannya, sifatnya atau perilaku dari orang itu yang dapat mempengaruhi atau diikuti oleh orang lain.

Pemimpin adalah seseorang yang dapat menunjukkan dan mengembangkan aktiviti orang lain dan selalu memberi pengarahan dan latihan. Kepemimpinan pula adalah suatu disiplin yang dibentuk dalam sebuah kelompok untuk membawa kelompoknya pada tujuan yang menguntungkan dan memenuhi keperluan kelompok/organisasi tersebut.

- Daku Amat

5 Pedoman Hidup Orang Berjaya - Part 2


Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuan atau matlamatnya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang tidak pernah gagal ketika mencuba, tetapi bukan juga mereka yang sering gagal berkali-kali di tempat sama.

Orang yang berjaya, mereka yang tidak pernah takut mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan dikecapi. Mereka bukanlah orang yang tidak pernah gagal, tetapi mereka adalah orang yang mampu bangkit kembali dari kegagalannya hingga mampu mencapai keberhasilan.

      Baca : 5 Pedoman Hidup Orang Berjaya - Part 1

Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.

Anda boleh, jika anda berfikir boleh, selama akal mengatakan boleh. Batasan apakah sesuatu itu masuk akal atau tidak, kita lihat saja orang lain. Jika orang lain telah melakukannya atau telah mencapai impiannya, maka impian tersebut adalah masuk akal.

Orang yang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tetapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kegagalan yang dialami.

Berikut bahagian kedua 5 pedoman hidup orang berjaya :

6. Idea bernas sahaja tidak cukup

BERMIMPI

Idea yang bernas tidak cukup. Kita perlu kepada mimpi yang selalu basah dengan harapan kepada Allah. Idea hanyalah cetusan minda tapi mimpi adalah cetusan tiga perkara, "minda, hati dan ruh".

TAHU PERKARA KRITIKAL

Pencapaian (performance) tidak cukup untuk menjadi orang yang hebat atau great. Kita perlukan pencapaian yang tinggi (high performance) untuk menjadi hebat.

Malah pencapaian yang tinggi pun tidak cukup kalau tidak disalurkan kepada perkara yang kritikal. Kita boleh hebat 'mendelete' dan menjawab segala email atau browse segala web dan internet sepanjang hari tapi ia tidak bermakna apabila ianya bukanlah perkara kritikal.

Kita boleh membaca buku dan dokumen sepanjang hari tetapi ianya akan kurang impak tanpa kita ada minda penerokaan (inquisitive mind) dan kebolehupayaan mengambil nota penting.

PENCAPAIAN VERTIKAL

Kita perlu kepada pencapaian vertikal dan bukan sekadar horizontal. Ramai orang hebat dan kehadapan dalam garisan mendatar. Berlari pada padang lebar. Kita mesti boleh mendaki tinggi pada garisan vertikal.

7. Ada perkara diluar kawalan kita

Ada perkara kita tidak dapat kawal. Buat apa kita bualkan? Ia memang diluar kawal. Ia di luar capaian akal yang berpijak pada realiti semasa.

Usah bimbang apa yang kita tidak dapat kawal. Ia merugikan masa, tenaga. Fokus pada perkara yang kita boleh kawal.

Usah ubah perkara yang kita tidak boleh ubah. Ia tidak akan berubah. Fokus sahaja pada perkara yang kita boleh kawal dan ada daya pengaruh.

Apa yang perlu buat. Fahami apa yang dipanggil proses buat keputusan. "The process of deciding".

Usah buang masa fikir dan tumpu pada perkara yang salah. Ia jadikan kita resah. Dan hidup pun beralun tanpa sudah.

"Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk terima seadanya apa yang aku tidak boleh ubah. Ya Allah, berikan aku ketabahan berusaha untuk ubah apa yang aku boleh ubah supaya menjadi lebih baik".

"Ya Allah, berikan aku kebijaksanaan untuk dapat membezakan antara dua perkara yang berlainan suasana itu. Ya Allah, berikan aku kuasa untuk sentiasa berdoa dalam lindungan naungan rahmat-Mu yang Pengasih dan Penyayang".

8. Pilih arah mana mahu menyerlah

Lebah mencari debunga untuk ratu bagi menghasilkan madu. Tebuan menyengat apabila di sakat. Kita tidak boleh jadi lebah atau tebuan pada satu masa. Pilih mana satu.

Demikian adanya kehidupan ini. Mudah. Pilih arah mana mahu menyerlah.

Kejayaan perlukan tumpuan tenaga dan fokus masa. Apa yang kita mahu capai. Mahu ubah dunia dengan syarahan berdegar-degar atau mahu ubah keluarga secara tekun dan sabar semasa anak sedang membesar.

Semua kejayaan yang di hikayat dalam dunia tatkala bahari (dahulu kala) akhirnya berpusat pada satu perkara - seorang manusia atau sepasang suami isteri atau pasangan perkongsian yang fokus pada satu perkara.

Fokusnya mereka semacam dirasuk rasa gila yang tidak berpenghujung masa. Fokusnya J. K Rowling dalam menulis sehingga terhasilnya Harry Porter. Dia menulis cerita lagenda itu dalam kedaan papa dan nista.

Kejayaan hanya datang setelah diasak kiri dan kanan sehingga bertemu puncak yang selalu terlepas pandang oleh orang-orang kebanyakan.

9. Nyalakan rasa mahu berjaya

Kita semua ada impian. Nyala rasa mahu berjaya. Nyaman rasa mahu menikmati.

Orang yang konsisten selamanya percaya pada ketentuan. Orang yang beralih rasa ubah fikiran selalu percaya pada kebarangkalian.

Mereka yang berjaya selalau konsisten. Doing one thing at a time. Guru saya selalu kata, "usah jadi jack of all trades and master of none". Sebaliknya jadi "master of one thing".

Pada satu jam. Satu hari. Satu tahun. Sepuluh tahun. Buat sesuatu dengan 100 peratus fokus. Tumpuan sepenuh hati.

Apakah penyakit abad ini? Mahu buat semua perkara pada satu masa. Fikiran merata-rata, walaupun badan berada dalam bilik yang sama sepanjang hari berhadap muka.

Akhirnya hilang keyakinan yang diperlukan untuk capai kejayaan. Hakikat nyata, keyakinan tidak dapat kita beli dalam sorak-sorai kelas hujung minggu. Keyakinan datang bertandang apabila jiwa kita sudah tenang dan tenteram.

Ia seumpama tanah gembur berbaja menunggu benih untuk bertunas. Ia adalah kuasa tidak terbatas. Ia adalah adunan kerja keras, kerja cerdas dan kerja ikhlas.

10. Hidup ini samudera perjuangan

Layarkan dengan istiqamah. Saat mengantuk, tidur. Nyenyak "sengoti" (sungguh hati) sebolehnya tanpa mimpi.

Apabila lapar, makan. Kunyah setiap suapan dengan penuh nikmat yang padat. Apabila sakit, diam setelah berubat. Rasakan guguran dosa yang sungguh lebat.

Apabila beribadat, lakukan dengan hati yang bulat. Tiada upayaku melainkan dengan izin-Mu jua Ya Allah.

Apabila bekerja, kerja cerdas, kerja keras, kerja ikhlas. Tidak sekalipun kerja malas.

Beruntunglah manusia yang ada keluarga yang saling berkasih sayang, sahabat yang saling mempertahankan. Beruntunglah manusia kerana ada Tuhan yang sentiasa mengampunkan.

Usah gentar pada ujian. Ia tetap kekal datang bertandang. Namun, permata tetap permata sekalipun diletak dalam loji kumbahan. Permata tetap bersinar walau tak disuluh cahaya benderang. Permata kekal sepuh berseri apabila ujian beransur pergi.

      Baca : 10 Perkara Anak Perempuan Patut Tahu Setelah Masuk Usia 10 Tahun

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Inilah nikmat kehidupan :

Bangun seawal 3-4 pagi. Berjalan kaki ke masjid. Solat Subuh berjemaah.

Baca al Quran setiap hari siang dan malam 10 helai atau paling minima selembar dua. Beramal diri dan insaf pada usia berbaki. Tiada kemegahan dunia. Ia hanya setara dengan sebelah sayap nyamuk sahaja.

Bekerja keras untuk jadi orang berjaya. Orang yang terbaik dalam agama adalah mereka yang boleh beri manfaat kepada orang lain.

- Daku Amat

5 Pedoman Hidup Orang Berjaya


Keperluan manusia terhadap petunjuk adalah hal yang tidak boleh dinafikan. Perlu pelurus dan 'guide' sementelah penuhnya liku di dunia ini. Tentunya demi mencapai tujuan kita akhirat kelak, sambil tidak melupakan kehidupan dunia.

Carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepada kita yakni kebahagiaan negeri akhirat, dan janganlah kita melupakan bahagian kita dari kenikmatan duniawi.

      Baca : 5 Pedoman Hidup Orang Berjaya - Part 2

Sebagai manusia yang memiliki fitrah untuk selalu berada dalam maslahah (sesuatu yang banyak kebaikan) maka sudah seharusnya kita sedar akan perlunya kepada pedoman.

Berikut 5 pedoman hidup orang berjaya :

1. Berdamai dengan diri

Sayangi diri. Terima diri. Berdamai dengan diri.

Maafkan orang lain. Jaga kesihatan diri.

Jadi nyala lampu benderang yang menerangi ke mana kita pergi. Usah bandingkan diri dengan sesiapa. Dengan berbuat begini, tidak semena-mena kita lihat dunia sentiasa terang bercahaya.

Dan, ampunan Allah ada di mana-mana.

2. Kita adalah unik

Kita tidak 'exact copy' sesiapa. Kita adalah unik. Kita adalah ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Usah berduka banding diri dengan sesiapa.

Kita ada kekuatan. Kita ada kelemahan. Kita ada peluang. Kita ada ancaman.

Sekali kita banding diri dengan sesiapa sekalipun, kita akan hidup dirundung duka sepanjang masa. Dalam hidup ini sentiasa akan ada orang yang lebih kaya, gembira, sejahtera, jelita dan bahagia.

Dan, kita mula menyumpah kegelapan gulita diri.

Bersyukur dengan apa yang ada. Ucapkan Alhamdulillah. Kita umat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Itulah pelita cahaya terang yang membahagiakan jiwa sepanjang masa.

3. Teknologi adalah hamba

Teknologi adalah hamba yang baik dan setia. Usah biarkan teknologi berkuasa. Teknologi apabila jadi tuan akan memporak-porandakan hidup kita.

Terlalu banyak masa ber-online boleh timbulkan sakit jiwa. Menggunakan komputer atau laptop untuk buat kerja berbeza dengan ber-online terutama guna smartphone.

Terlalu banyak masa ber-online akan mengakibatkan kurangnya kemahiran sosial, keseorangan tanpa teman-teman, tekanan jiwa membanding rasa, kurangnya rasa harga diri, kurangnya riadah dan hilang deria berdepan dunia realiti.

Ambil rasa. Ambil masa.

Rasakan pengalaman kehidupan depan mata. Perkara nyata. Kita banyak kehilangan momen-momen istimewa dalam kehidupan apabila tidak menyempat mahu merakam "momen yang belum siap" kepada media sosial.

Mahu berkongsi kepada siapa sehingga tidak sempat sempat mahu posting pada "real time" ini. Sejak bila kita jadi pemberita kepada aktiviti diri sendiri.

Bercerita tentang kehidupan. Bukan jadi pemberita harian.

4. Hidup mahu popular menyeksakan

Hidup atas rasa mahu popular adalah perkara paling menyeksakan. Sukar. Siksaan batin tidak tergambar.

Usah berkata "ya" pada setiap ajakan saat diri berkata "tidak". Apabila katakan ya pada orang lain, pastikan bisikan naluri bukan berkata tidak pada diri sendiri.

Usah jadi "alas kaki" tempat orang lalu lalang. Usah jadi pijakan semua orang. Usah berkata ya demi untuk memuaskan selera orang sekeliling.

Usah jadi bulldozer. Merempuh halangan demi kesenangan tuan yang memandu. Bukan rempuh halangan itu yang salah. Rempuhlah andai itu yang kita mahui.

Salahnya, apabila kita berbuat demikian demi untuk dipuji sesaat masa. Demi untuk disayangi sebagai orang kuat semata-mata.

Bukukan pedoman hidup. Lihat sentiasa. Bisikan naluri diri itu yang wajar kita utamakan sepanjang masa. Naluri bertuhan dan hidup dalam pedoman agama.

Jadi orang yang bagaikan awan menaungi, berbaloi untuk didekati. Bukan orang yang terkenal seantero negeri namun gerhana hati saat dirapati.

5. Pucuk menjulang ke angkasa

Cita-cita tinggi. Umpama pucuk menjulang ke angkasa.

Usah pula lupa untuk ambil tahu. Akar di bumi menjalar dalam lumpur berselut menyedut zat galian perlu.

"Real success" itu apa? Ia adalah membantu orang lain berjaya. Pandai dengan memandaikan orang lain. Kaya dengan mengkayakan orang lain.

Semudah itu sahaja hidup dalam dunia sementara ini. Kita hidup gambaran hitam putih dengan apa yang kita dapati. Kita membina kehidupan pelangi indah berwarna-warni dengan apa yang kita beri dan kongsi.

Bermula kecil. Bermula saat kita rasa kerdil dan terpencil. Bermula seumpama akar yang bernafas dalam selut lumpur penuh kerikil. Dengan bermula sedemikian, kita akan dapat menjayakan impian pucuk yang mahu berada diatas, tempat tinggi, terampil dan berhasil.

      Baca : 8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Amalan Berjalan Kaki

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Berdamai dengan diri. Usah sentap. Mudah berpuas hati dengan orang sekeliling. Bersyukur itu paksi. Usah banyak cakap. Hidup dengan buat dan buat. Apabila dapat orang akan hormat.

- Daku Amat

5 Tip Sangka Baik Dengan Allah Dan Belajar Minta Pada Allah

Perkongsian daripada seorang hamba Allah.

Malam ini saya nak cerita suatu perkara istimewa yang boleh diteladani oleh kawan-kawan semua. Tentang sangka baik dengan Allah dan belajar meminta pada Allah.

Saya tidak pernah jumpa lagi orang yang sangka baik dia tinggi pada Allah, seperti si “S” ini. Apa-apa masalah, yang keluar di mulut dia, “tak apa Allah ada", "Tak apa Allah bagi nanti" atau "Tak apa Allah ganti.”


Dulu masa tiada duit tidak pernah pun dia merungut, duit tak ada! duit tak ada! duit tak ada! Sebaliknya, dia mesti cakap, “Tak apa minta pada Allah. Allah bagi cukup nanti.”

Hasilnya? Saya dapat lihat dia ada hubungan yang 'istimewa' dengan Allah. Sepanjang saya kenal dia, apa yang dia nak semua dia dapat. Tetapi dalam meminta masih tahu batas dan tidak minta melebih-lebih. Bab anak dia mengaku dia mengalah. Dia pesan, Allah tahu bila nak bagi. Saya nak kongsi tip yang saya selalu nampak dia buat.

Berikut 5 tip sangka baik dengan Allah dan belajar minta pada Allah :

1. Dia akan sebut hari-hari

Contoh pertama dulu dia mahu syarikat kami ada gudang dan office sendiri. Dia akan sebut hari-hari, “Tak lama lagi kita nak ada gudang dan ofis ni.” Bila di rumah tiba-tiba dia akan masuk bilik dan cakap, “haa, saya dah minta pada Allah tadi supaya bagi kita gudang dan ofis”.

Cara dia minta dia selalu doa dan solat 2 rakaat. Doa dia bukan atas tikar sejadah saja. Tetiba tengah makan ke, guna phone, tengah pakai baju atau tengah drive, dia akan cakap “ya Allah, bagilah kami gudang dan ofis yang selesa tahun ini”. Dia akan selalu sebut dan akhirnya doa makbul walaupun dengan kondisi waktu itu sangat mustahil bagi kami.

2. Memang sifat hamba adalah meminta

Dan banyak lagi episod-episod ajaib yang saya lihat sendiri cuma biarlah saya simpan untuk pengajaran dan pelajaran pada saya yang Allah itu dekat. Sentiasa selalu bersangka baik dengan Allah dan rajin minta. Kita ini semua hamba Allah yang miskin tidak ada apa-apa. Memang sifat hamba adalah meminta.

3. Doa terhijab sebab rasa Allah tidak makbul doa

Saya mengaku saya lemah. Saya sangka baik dengan Allah tetapi kadang-kadang rasa diri tidak layak dan selalu rasa Allah tidak akan makbulkan doa saya. Mungkin di situlah terhijabnya doa saya.

Dulu zaman para sahabat bila mereka minta sesuatu dari Allah dan mereka tidak dapat, mereka akan jadi pelik dan akan periksa di mana silapnya. Tetapi zaman sekarang, bila dapat sesuatu kita jadi pelik pula. Itulah saya. Bila dapat nikmat apa-apa, rasa pelik sebab macam tak layak.

4. Sangka baik dengan Allah tanpa sebarang syak

Pengajarannya di sini, apa yang kita selalu sebut dan sangka adalah doa. Ini tidak boleh disangkal lagi. Jika setiap hari sentiasa merungut duit tak ada, duit tak cukup, hidup susah, maka itulah yang Allah akan beri. Sangka baik dengan Allah tanpa ada sebarang tapi-tapi lagi.

5. Mintalah apa saja dengan Allah walaupun hal remeh

Dan akhir sekali belajar minta direct dengan Allah dahulu kemudian barulah usahakan dengan asbab. Mintalah apa pun dengan Allah hatta nak makan KfC esok hari sekalipun. Insya Allah ini semua latihan untuk tambah sifat yakin kita pada Allah.

      Baca : 8 Realiti Kena Terima Bila Jadi Isteri Doktor

Kesimpulan

Saya pun lemah lagi. Saya harap dapat hidup bersama dengan dia lebih lama lagi untuk belajar macam-macam lagi tentang yakin pada Allah.

Dari dialah saya belajar dan dapat rasa yang Allah itu dekat, mudah nak reach dan Maha Mendengar. Allah itu As-Shomad iaitu yang mengkabulkan semua hajat, permintaan dan doa makhluk-makhluk-Nya termasuklah kita manusia.

- Daku Amat

10 Tip Langkah Penting Untuk Mencapai Kejayaan Yang Anda Idamkan

Menarik! Tip 10 langkah penting untuk merealisasikan kejayaan oleh pakar motivasi dan usahawan terkenal Zig Ziglar. Menurut Zig Ziglar, seseorang yang mempunyai perancangan dan persediaan rapi dalam setiap usaha yang dilakukannya pasti beroleh kebarangkalian mencapai kejayaan sangat tinggi.

Kita perlu mengenal pasti kualiti yang perlu dicapai agar kejayaan dapat direalisasikan sebaiknya. Walaupun adakalanya kejayaan tidak mencapai seperti yang dihasratkan, tetapi ia pasti membuka jalan yang lebih baik dan mengurangkan risiko kegagalan.

Tidak kira apa jua misi kejayaan yang ingin anda capai sama ada menurunkan berat badan, sukses dalam pembelajaran, memperoleh kenaikan pangkat, mendapatkan rumah idaman atau percutian impian, anda boleh mendapatkannya jika mempunyai perancangan dan persediaan untuk menjayakannya.


Berikut 10 langkah penting agar kejayaan yang anda inginkan tercapai :

1. Bina asas yang kukuh

Perkara paling utama ialah perlunya kita bina asas modal insan yang kukuh bermula dari diri sendiri. Kejujuran, karekter diri, integriti, kepercayaan, keyakinan dan kesetiaan terhadap apa yang ingin dilakukan. Asas yang kukuh akan memberikan ruang yang mantap dalam mencapai apa yang dicita-citakan.

2. Cipta komitmen diri

Apa jua falsafah dan ilmu yang dipelajari tidak akan membantu mencapai apa yang kita inginkan sekiranya kita tiada komitmen untuk menjayakannya. Ibarat kata falsafah yang berbunyi, "Seorang yang mempunyai komitmen menyamai 100 orang yang hanya sekadar minat sahaja.”

3. Buat pecahan misi impian

Langkah penting yang memerlukan kesabaran dan istiqamah adalah dengan menggariskan pecahan (breakdown) jangka pendek dan panjang komitmen yang perlu anda lakukan. Sentiasa pastikan dari masa ke semasa perkembangan yang berlaku dengan inisiatif penambahbaikkan mengikut kesesuaian.

4. Visualisasi impian umpama telah jadi nyata

Perkara ini dipersetujui oleh kesemua mereka yang berjaya. Sebelum anda merancang impian, pastikan anda dapat melihat visual minda tentang kejayaan tersebut. Ia umpama melihat diri anda menerima kepujian dipentas jika anda ingin berjaya dalam pelajaran.

Sekiranya impikan rumah idaman, anda boleh melihat visual minda rumah tersebut secara terperinci tentang harga, lokasi, keluasan, bilik dan segala yang berkaitan dengannya. Ia seharusnya sesuatu yang realistik dan dapat direalisasikan.

5. Pastikan diri anda layak terhadap impian anda

Displin diri adalah tunjang bagi memastikan diri anda layak untuk mencapai impian tersebut. Sekiranya anda berhasrat menjadi seorang usahawan, sentiasa berusaha untuk memastikan diri anda layak sebagai usahawan berdasarkan ilmu pengetahuan dalam bidangnya. Displin diri dan progres rancangan adalah perkara melayakkan diri anda ke arah kejayaan.

6. Bersedia terhadap sebarang perubahan dan kemungkinan

Sentiasa pastikan membuat sebarang keputusan dengan berhati-hati dan bersedia mengubah haluan rancangan sekiranya terdapat sebarang kemungkinan yang menghalang impian. Mengubah strategi walaupun berbeza dari sebelumnya tidak bermaksud mengubah impian tetapi adalah satu usaha tanpa mengenal erti putus asa dalam merealisasikan kejayaan yang diimpikan.

7. Nyatakan hasrat kepada orang lain

Perlu bagi anda memberitahu kepada orang lain matlamat impian sebagai komitmen mencapainya. Ia juga sebagai persediaan memperkasa diri menempuh kejayaan bukan sekadar cakap-cakap sahaja. Pastinya ada yang akan memberi galakan dan tidak kurang juga kesangsian terhadap apa yang ingin anda capai. Jadikan ia satu cabaran sihat buat diri anda untuk menjayakannya.

8. Jadilah ‘team player’ dalam skop yang besar

Setiap individu yang berjaya pasti menyatakan bahawa kunci kejayaan adalah dengan membantu orang lain berjaya. Kita perlu membina kesanggupan dan keikhlasan diri membantu orang lain atas jalan yang semampunya.

9. Tulis impian anda

Tulis matlamat impian anda kerana setiap progres yang dicapai membantu membina keyakinan diri untuk mencapai kejayaan-kejayaan yang lebih besar di masa mendatang. Pastikan juga anda tulis jurnal kejayaan yang dicapai sama ada dalam diari contohnya sepanjang perjalanan merealisasikan misi kejayaan yang lebih besar dalam kehidupan.

10. Sentiasa bermuhasabah diri

Apa yang anda perolehi dalam destinasi kejayaan pasti akan menjadikan siapa diri anda yang sebenarnya dalam kehidupan ini. Sekiranya tindakan anda baik, maka baiklah interpretasi kejayaan tersebut buat diri anda dan begitu juga sebaliknya. Sentiasa mengkaji semula setiap langkah yang telah dilakukan. Kejayaan melalui tindakan yang baik adalah kemenangan buat diri anda.

Kesimpulan

Perkongsian tip daripada orang yang telah terbukti berjaya sememangnya dapat dijadikan panduan yang bermanfaat demi merealisasikan kejayaan dalam kerjaya dan kehidupan.

Ungkapan motivasi Inggeris ada mengatakan; "You were born to win but to be a winner you must plan to win, prepare to win and expect to win." Selamat menggapai impian!

10 Ciri Orang Negatif Yang Wajar Dijauhi

Perkara yang paling penting perlu selalu dititik beratkan adalah untuk sentiasa bersikap positif. Dalam soal memilih rakan pula, jauhkan diri daripada bergaul dengan orang-orang yang bersikap negatif. Kehidupan kita mungkin dikelilingi ramai orang, setiap orang pula mempunyai pemikiran yang berbeza. Ada yang positif dan ada juga yang negatif.

Bergaul dengan orang-orang yang memiliki sikap negatif secara langsung akan memberi kesan terhadap diri kita sendiri. Contohnya, akan kurangnya keyakinan diri, pemikiran menjadi suram dan pastinya anda akan rasa kurang bahagia. Jadi ini kenapa pentingnya anda menjauhi orang-orang seperti ini.

Menjauhi tidak bermaksud anda membuang terus orang-orang negatif dari hidup anda. Ada kalanya sifat atau sikap negatif yang dipamerkan oleh mereka bagus untuk dijadikan sebagai pengajaran untuk memperbaiki diri sendiri.

Tetapi, jika hendak berjaya dalam kehidupan tidak salah rasanya anda menjauhkan diri dari orang-orang yang bersifat negatif. Baik dari segi kelakuan, tindakan mahupun gaya pemikiran.

Berikut 10 ciri orang negatif yang wajar kita jauhi :


1. Orang negatif selalunya sering merasa bimbang

Orang yang memiliki sifat negatif selalunya sering merasa bimbang dalam banyak perkara. Pola pemikiran yang seperti ini biasanya untuk melindungi diri mereka dari melakukan perkara-perkara buruk yang mungkin belum pernah mereka alami. Walaupun perkara itu sebenarnya biasa sahaja, tapi cukup buat mereka risau.

Contohnya seperti dalam perniagaan. Mereka sentiasa risau dengan risiko kerugian dan selalu berfikir tentangnya, padahal mereka baru sahaja melangkah dan belum mengalami kerugian pun.

Pemikiran seperti ini membuatkan mereka takut untuk gagal sebelum mencuba. Perasaan risau dan bimbang yang melampau juga sebenarnya membuatkan langkah anda tersekat dan menghalang anda untuk melangkah lebih jauh untuk maju.

2. Mereka selalu memberitahu apa yang patut anda lakukan

Pernahkah anda diberitahu oleh seseorang untuk membuat keputusan berdasarkan apa yang dimahukan oleh individu tersebut? Contohnya seperti dalam membeli rumah, kereta ataupun pekerjaan apa yang sesuai buat anda. Secara tidak sedar, itu adalah petanda mereka sedang memberitahu anda bahawa mereka sebenarnya masih belum berjaya dalam hidup sendiri.

Dengan cara itu mereka cuba untuk mengatur dan membuat keputusan untuk orang lain, dalam kes ini diri anda adalah mangsa mereka. Maka, jauhi sahaja diri anda daripada orang seperti ini. Ini ciri tipikal yang ada pada orang-orang bersifat negatif.

3. Mereka suka berahsia

Petanda orang negatif adalah apabila anda berborak atau berdiskusi tentang sesuatu perkara, ia jadi sangat membosankan. Mereka selalunya kelihatan sangat takut untuk bercerita mengenai diri sendiri.

Apa yang dibimbangkan adalah jika terlalu banyak informasi yang diberikan akan digunakan orang lain untuk menjatuhkan mereka dalam pelbagai cara. Biasanya apabila berbincang dalam bab perniagaan. Maksud rahsia di sini bukanlah yang termasuk dalam urusan dan hal peribadi.

4. Mudah putus asa

Orang yang bersifat negatif sangat jarang membayangkan kejayaan, apa yang selalu difikirkan adalah risiko, kerugian dan gagal. Sikap seperti ini akhirnya buat mereka takut untuk melangkah dan akhirnya sentiasa berputus asa dalam segala hal yang mereka cuba ceburi.

Punca besar putus asa adalah kerana kurangnya ilmu dan motivasi. Kesan buruk disebabkan sifat ini boleh menyebabkan anda rasa tertekan dan mempengaruhi mood percakapan yang selalu bernada negatif.

5. Suka berita buruk

Nah, ini yang paling senang dikesan. Orang yang bersifat negatif suka dengan berita-berita buruk seperti gosip, hal-hal yang belum tentu benar atau tepat. Apa sahaja yang didengarnya akan menjadi topik untuk dibualkan.

Contohnya berita buruk tentang seseorang, antara ayat yang sering kita dengar, “Tahu tak yang si polan itu sebenarnya..’ dan mereka seterusnya akan terus memberi jawapan.

Yang bahayanya, berita buruk atau negatif ini boleh mempengaruhi orang lain lebih dalam dari pemikiran yang sebelumnya. Jadi elakkan terlalu banyak mendengar berita-berita buruk dan negatif.

Cuba juga hindari gosip-gosip yang negatif kerana ia akan mempengaruhi gaya pemikiran anda. Banyakan mendengar berita atau cerita yang mampu memotivasikan diri anda, contohnya cerita tentang kejayaan seseorang di dalam bidang atau kerjayanya.

6. Kuat mengeluh

Orang bersifat negatif suka mengeluh! Contohnya mendapat gaji yang sikit, bos yang terlalu berdisiplin atau dibebani kerja yang banyak. Padahal semua ini sebenarnya bukanlah satu masalah yang besar. Solusinya mudah, jika anda mahu terus dengan perkerjaan itu, ikuti sahaja peraturannya atau berhenti dan cari kerja yang lain.

Oleh kerana itu mereka tidak mampu mencuba pengalaman baru dan akhirnya hanya selesa tinggal di zon yang sama sahaja. Lebih rugi apabila mereka tidak cuba berusaha untuk memiliki masa depan yang lebih baik.

Hakikatnya dalam Islam sendiri ada mengingatkan agar kita sentiasa bersyukur. Lebih kerap kita bersyukur, lebih banyak nikmat yang akan kita rasai dalam hidup, bukannya dengan mengeluh.

7. Kurang prestasi

Kurang berprestasi atau prestasi tidak baik sebenarnya disebabkan banyak faktor. Tetapi faktor yang paling utama adalah kerana memiliki sifat negatif. Orang yang bersifat negatif selalunya akan memberi alasan dan merasakan bahawa dirinya kurang bijak, tidak sempurna dan lain-lain.

Ancaman paling bahaya yang menghalang kejayaan anda sebenarnya adalah diri anda sendiri. Dalam sehari purata kita bercakap dengan diri sendiri adalah antara 150 ke 300 patah perkataan atau hampir sebanyak 50,000 patah perkataan.

Bayangkan jika yang dibicarakan kepada diri sendiri hanyalah perkataan yang bersifat negatif. Secara tidak sedar anda sebenarnya sedang sabotaj diri sendiri daripada menjadi seorang yang mahukan kejayaan.

8. Tiada rancangan masa hadapan

Orang yang memiliki sifat negatif sangat jarang untuk bercerita tentang masa hadapan. Mereka lebih kerap bercerita tentang penderitaan yang sedang mereka lalui.

Sangat berbeza dengan orang yang bersifat positif, mereka lebih suka bercerita tentang masa hadapan seperti apa yang ingin dilakukan dan bagaimana cara untuk mendapatkannya. Inilah yang dikatakan membuat mimpi menjadi kenyataan.

9. Kehilangan perkara-perkara baik dalam hidup

Mereka yang bersifat negatif selalu kehilangan banyak perkara-perkara baik dalam hidupnya. Mereka tidak kenal erti kepuasan, gembira, suka dan bahagia.

Mereka sekalipun tidak pernah ambil tahu dengan emosi seperti ini kerana mereka tidak pernah merasakannya. Paling teruk mereka tidak pernah berusaha untuk mengubah hidup dan suka mengkritik orang lain apabila dirasakan tidak sesuai dengannya.

10. Memberi respon negatif pada berita baik

Anda mungkin pernah bertemu dengan orang-orang negatif seperti ini. Sebagai contoh, apabila anda bercerita tentang impian atau idea pekerjaan yang baru, mereka selalunya akan memberi nasihat supaya berhati-hati dengan risiko yang bakal dihadapi.

Kesimpulan

Orang negatif juga selalunya akan berfikir mustahil, itu tidak boleh, ini jangan buat, sebelum berani mencuba. Jadi, sebaiknya jauhi sahaja dari orang-orang yang seperti ini.

10 Ciri Tanda Anda Memiliki Mental Yang Kuat

Hidup ini memang penuh dengan pancaroba, sebab itulah kita perlu memiliki ketahanan mental yang kuat untuk terus hidup dalam dunia yang penuh dengan cabaran ini. Kadang-kala ujian yang datang boleh melemahkan semangat hingga timbulnya rasa putus asa dalam diri. Kata orang tua, "hidup ini umpama roda, ada masa kita di atas, ada masa kita dibawah."

Kebiasaanya, kejayaan milik orang yang mempunyai sifat percaya diri yang kukuh atau mempunyai mental yang kuat! Ini kerana, sifat ini membuatkan mereka dapat mengawal emosi walau dalam apa jua keadaan sekali pun.

Hasilnya, pemikiran dan tingkah laku inilah yang menjadi sebahagian daripada kunci mereka cemerlang dan seterusnya bahagia dalam kehidupan. Tidak dinafikan, semua orang berhak untuk memiliki mental yang kuat. Asalkan ada kemahuan dan keberanian untuk melakukannya.

Berikut 10 ciri-ciri yang ada pada orang yang memiliki mental yang kuat :


1. Bertanggungjawab

Orang yang memiliki mental yang kuat tidak duduk termenung mengenang nasib yang menimpa dirinya. Tidak minta dikasihi walau seteruk mana pun ujian yang hadir. Mereka mengambil langkah bertanggungjawab terhadap perbuatan yang telah mereka lakukan dan sentiasa memahami yang hidup ini tidaklah mudah.

2. Mereka tidak dikawal

Orang yang memiliki sifat ini tidak membenarkan sesiapa sahaja mengawal diri mereka. Mereka tidak mengizinkan orang lain berkuasa di atas hidup mereka dan sekiranya mereka melakukan kesalahan, mereka tidak akan menyalahkan orang lain. Mereka boleh memberi respon dalam pelbagai keadaan dengan cara yang bijak. Mereka inilah orang yang ‘berani buat berani tanggung.’

3. Boleh mengawal emosi

Antara paling ketara yang dapat dilihat adalah orang seperti ini boleh mengawal emosi mereka. Contohnya bila berhadapan dengan situasi yang teruk seperti kehilangan dompet misalnya, selalunya mereka tidak akan mengeluh dan cuba fokus kepada apa yang patut dilakukan untuk menyelesaikan masalah.

Menyedari sesuatu yang lebih penting perlu diutamakan dan mereka terus melakukan tindakan (aksi). Menurut pendapat mereka, tiada satu masalah pun yang tidak dapat diselesaikan. Katanya, "bukan mati pun!"

4. Tidak ikut orang lain

Hanya kerana ramai orang lakukan sesuatu perkara, ini tidak bermakna mereka juga turut perlu melakukan perkara yang sama. Pemikiran mereka tidak mudah dipengaruh. Dan mereka juga sangat tegas dan yakin dengan pendiriannya.

5. Tidak peduli tanggapan orang lain

Orang yang memiliki mental yang kuat tidak menghiraukan tanggapan orang lain, mereka sedar bahawa tidak perlu menyenangkan semua orang. Mereka tidak takut untuk berkata 'tidak' atau berkata benar bila diperlukan.

Prinsip mereka adalah berusaha untuk menjadi baik dan berlaku adil kepada semua orang, dalam masa yang sama boleh menangani sifat marah orang terhadap dirinya.

6. Tidak takut mengambil risiko

Orang yang memiliki mental yang kuat tidak mengambil risiko sebarangan, tetapi mereka juga tidak takut untuk mengambil risiko. Mereka menghabiskan masa untuk menilai sesuatu risiko sebelum membuat keputusan yang besar.

7. Tidak mengenang masa lalu

Orang seperti ini tidak akan 'dimakan' oleh kesilapannya di masa yang lalu. Mereka tidak membuang masa dengan memikirkan kesilapan yang lalu atau apa sahaja perkara buruk yang pernah dilaluinya. Mereka belajar dari kesilapan, dalam masa yang sama berusaha untuk menjadi lebih baik dan merancang masa hadapan yang cemerlang.

8. Tidak dengki dengan orang lain

Mereka tidak dengki malah menghargai kejayaan orang lain. Mereka tidak rasa terhina atau patah hati ketika orang lain mampu mencapai lebih daripadanya. Orang seperti ini percaya bahawa setiap kejayaan datang dari usaha dan kerja keras.

9. Pantang menyerah kalah

Gagal bukan alasan untuk berhenti dari menggapai kejayaan. Orang yang memiliki mental yang kuat tidak kalah dengan kegagalan, sebaliknya menjadikan kegagalan sebagai satu pemangkin untuk tumbuh membesar. Mereka sentiasa bersedia untuk terus mencuba sehingga berjaya.

10. Tidak takut sendiri

Oleh kerana sifat yakin dan percaya pada diri sendiri yang kuat, mereka tidak takut untuk berdiri pada kaki sendiri daripada hidup mengharapkan bantuan orang lain. Ketika bersendirian, mereka akan menggunakan waktu untuk menjadi lebih produktif.

Bagi mereka kejayaan tidak bergantung kepada orang lain melainkan dirinya sendiri. Bersendirian bukan bermaksud hidup dalam kesepian atau tanpa teman, tapi mereka mampu berdikari dan bahagia walaupun seorang diri.

Kesimpulan

Di atas adalah antara ciri-ciri orang yang memiliki mental yang kuat. Adakah anda memiliki ciri-ciri ini? jika ya, Syabas! kerana anda adalah salah seorang daripada mereka yang mempunyai mental yang kuat.

5 Perkara Anda Harus Capai Sebelum Menginjak Umur 35 Tahun


Kehidupan yang baik sememangnya memerlukan usaha keras. Bukan sekadar mengimpikan kehidupan yang sempurna tetapi juga selesa buat menjalani hidup bersama insan tersayang, serta keluarga.

Untuk mengecapi semua itu, kita mestilah mempunyai target untuk mencapai apa yang seharusnya dimiliki demi mereka yang anda sayang dapat hidup dengan selesa. Seeloknya, target tersebut harus dirancang dengan rapi, dan dimulakan dari awal, supaya ianya mampu terlaksana.

Bagi mereka yang belum lagi menginjak ke usia 35 tahun, terdapat beberapa perkara yang kamu boleh jadikan target kamu. Mari kita lihat, apa yang harus dicapai oleh kita sebelum usia 35 tahun.

Berikut 5 perkara anda harus capai sebelum menginjak umur 35 tahun :

1. Duduk rumah yang selesa

Umur sudah masuk 35 tahun sudah boleh fikir nak settle down kat mana. Sampai bila hendak berpindah randah lagi. Jadi, belilah rumah yang selesa untuk kamu duduk bersama isteri dan anak-anak. Lagi baik kalau dapat rumah bertanah. Boleh parking kereta depan rumahkan? Tapi ikutlah kemampuan masing-masing.

2. Dua rumah untuk pelaburan

Sebelum kamu teringin duduk rumah sendiri, pastikan paling kurang kamu ada dua biji rumah lain yang disewakan atau dijadikan pelaburan. Itu aset yang harganya akan naik. Dapat jugalah kamu merasa cashflow ratus-ratus setiap bulan. Jadilah duit geli-geli. Bila usia milikan rumah sudah matang, jual rumah itu, dapat untung lagi.

3. Simpanan enam bulan gaji

Kita jadi risau dengan kewangan dan pelaburan kita kalau kita tidak ada simpanan enam bulan gaji kita ini. Simpanan ini adalah untuk dana kecemasan. Bila kamu cemas, kamu pakai duit ini. Jangan berhutang dengan kawan. Apatah lagi buat personal loan sebab duit belanja tidak cukup setiap bulan. Jangan! Jangan! Jangan!

4. Simpanan bulanan tetap

Kalau kamu berjaya buat simpanan tetap setiap bulan, maka tahap kewangan kamu berada dalam keadaan baik. Sebab kamu punya belanja kurang daripada gaji. Untuk yang bujang, simpanlah 30%-50% daripada gaji bulanan. Kalau sudah kahwin, 10%-30%. Patutnya umur 35 tahun sudah tiada masalah nak buat simpanan tetap bulanan.

5. Kereta yang memuaskan

Sudah sepuluh tahun menangguh hendak pakai kereta. Jadi, pada umur 35 tahun ini, apalah salahnya reward yourself. Bolehlah kamu angkat satu kereta yang diidam-idamkan selama ini. Mungkin bukan kereta idaman yang harga ratus-ratus ribu. Dapat yang harga RM100K++ pun sudah okay sangat dah. Bawa famili jalan-jalan pun selesa.

Kesimpulan

Hendak capai semua perkara di atas mesti kena ada perancangan. Katakanlah mula bekerja pada umur 25 tahun. Kamu kena capai semua ini dalam masa 10 tahun daripada sekarang. Rancang cepat!

Sebelum graduate nak buat apa? dapat gaji pertama nak buat apa? lepas setahun bekerja nak capai apa? Semua itu kamu kena rancangan sedari awal. Lagi lambat kamu mula merancang, lagi susahlah kamu nak capai 5 poin di atas itu. Dan jika kamu dapat capai semua ini pada umur 30 tahun lagi bagus.

Tiada siapa nak marah apatah lagi nak halang. Konsepnya, lagi cepat, lagi bagus.

9 Tabiat Berjimat Tokoh Billionaire


Ramai orang mempunyai impian untuk menjadi kaya raya dan hidup dalam keadaan senang lenang tanpa memikirkan wang di dalam dompet ataupun akaun bank sama ada cukup atau pun tidak.

Namun, bukti di bawah ini membuktikan golongan billionaire elit ini ternyata mereka hidup dengan gaya hidup hemat dan berjimat yang cukup menghairankan kita.

Berikut 9 tabiat hidup berjimat cermat golongan billionaire :

1. Hidup bawah kemampuan sendiri

Mark Zuckerberg, CEO dan juga pengasas Facebook memilih untuk berpakaian ringkas. Contohnya, pakaian selalu dipakai oleh Mark Zuckerberg ialah sehelai jeans dan t-shirt kelabu. Dia juga hanya memandu kereta bernilai £20,000.

Jumlah kekayaan £30.4bn.

2. Hidup di dalam rumah kecil

Warren Buffet, antara pelabur paling berjaya di dunia. Dia sangat terkenal dengan kesederhanaan. Masih tinggal di rumah yang dibeli 50 tahun dahulu di Omaha, Nebraska yang bernilai £21,000 walaupun mempunyai hartanah lain.

Jumlah kekayaan £41.8bn.

3. Lupakan tentang 'class'

Aim Premiji, dikenali sebagai Csar Indian IT Industry. Suka travel dengan bajet yang sedikit dan berjimat. Contohnya tidak menghuni hotel 5 bintang ketika sedang bercuti. Menggunakan pinggan kertas ketika majlis perkahwinan anaknya.

Jumlah kekayaan £10.1bn.

4. Menjaga pemakanan seharian

Ingvar Kamprad, selain selalu memarahi orang lain yang tidak menggunakan kedua-dua belah kertas. Selalu makan meatball di kedai Ikea miliknya, ia juga untuk mengelakkan mengambil garam dan lada sachet bila makan.

Jumlah kekayaan £2.3bn.

5. Mengurangkan jumlah kasut

Michael Bloomberg, bekas Datuk Bandar New York ini menjadi tajuk bualan utama setelah mengesahkan yang dia hanya memiliki 2 pasang kasut kerja sahaja sejak sedekad lalu. Hanya menukar tapak sahaja.

Jumlah kekayaan £238m.

6. Buat dua kerja gaji pertama untuk simpan

Jay Leno, pelawak, pelakon dan selebriti TV terkenal di Amerika. Semasa zaman muda, dia membuat dua kerja. Bekerja di kedai mejual kereta dan gerai makanan segera. Dia membelanjakan satu daripada gaji dan menyimpan satu lagi gaji. Sehingga kini dia melakukan dua kerja iaitu sebagai selebriti TV dan stand-up comedy.

Jumlah kekayaan £238m.

7. Mempunyai senarai barang runcit yang tetap

T. Boone Pickens, pengerusi BP capital. Hanya membeli barangan keperluan runcit yang terdapat dalam senarainya sahaja. Dia juga meletakkan bajet yang tetap untuk mengelakkan membeli keperluan yang tidak diperlukan.

Jumlah kekayaan £1bn.

8. Hidup seperti tiada apa-apa

Elon Musk, pengasas Space X dan juga kereta elektrik, Tesla. Sebelum Musk menjadi seorang jutawan, Musk cuba untuk hidup dengan 1 dollar sehari untuk menilai adakah dia mampu untuk hidup dengan 1 dollar tanpa makan gaji dan fokus pada impiannya. Ia ternyata berbaloi.

jumlah kekayaan £8.6bn.

9. Beli apa yang perlu

Seseorang yang pernah shopping bersama dengan Steve Job pernah menceritakan Job memilih untuk kesejukan daripada membeli baju sejuk yang baru. Ini kerana dia merasakan yang dia belum menggunakan baju sejuk sepenuhnya sehingga memerlukan dia beli yang baru.

jumlah kekayaan £4.6bn.

10 Sebab Orang Kaya Jadi Kaya


Bayangkan sekarang ini anda sedang menjana pendapatan yang tidak pernah anda fikirkan seumur hidup. Memiliki banglo mewah, kereta mewah yang tidak perlu anda risaukan bayaran bulanannya dan hidup bahagia bersama orang tersayang dan keluarga tercinta. Itulah situasi yang dirasai oleh mereka yang kaya.

Berikut 10 sebab mengapa orang kaya itu menjadi kaya :

1. Mereka berkawan dengan orang yang betul

Hendak jadi pensyarah, berkawan dengan guru. Hendak jadi Kaya berkawanlah dengan orang yang berniaga. Kita adalah siapa yang kita kawan. Kita adalah 5 orang yang paling rapat dengan kita. Cuba tengok siapa anda kawan setiap hari, siapa anda minum tiap hari.

2. Tidak bertangguh

Kadang-kadang idea sudah berbakul-bakul tapi tidak bertindak, macam-macam alasan kita berikan jadi macam mana nak kaya? Kalau dengan pelanggan kita janganlah bertangguh. Sudah orang beri job janganlah lambat disiapkan. Pelanggan adalah utama. 69% orang lari dari bisnes kita sebab layanan pelanggan yang tidak diutamakan.

3. Buat bodoh dengan pandangan negatif atau kutukan orang

Dalam dunia perniagaan memang macam itu. Anda perlu ada jati diri untuk memulakan bisnes. Jangan nak ikut cakap orang. Usahawan memang degil namun degil yang bertempat. Jika anda sudah berjaya mereka yang kutuk anda tadi yang akan datang kat anda. anda perlu ada impian, jika anda tidak ada impian anda akan jadi sebahagian dari impian orang lain.

4. Sikap bersyukur

Orang kaya tidak suka komplen. Sentiasa bersyukur dan teruskan usaha sampai dapat. Sikap mereka berbeza dari orang biasa. Mereka tidak cakap belakang. Tidak suka buang masa dan tak suka beri alasan.

5. Pantas

Mereka pantas membuat keputusan dan pantas bertindak. Tidaklah terhegeh-hegeh tak bersemangat. Ramai orang cakap kosong dan ramai orang cakap pasal orang lain tapi mereka tidak bermula.

6. Mereka melabur masa mereka dengan sentiasa belajar

Jika tidak jumpa orang yang betul yang mereka boleh dapat sesuatu manfaat, mereka banyak baca buku. Mereka juga merendah diri.

7. Mereka jaga kawan dan networking

Mereka mempunyai kawan yang ramai. Kita jika hendak berubah adalah dari dua perkara iaitu; (1) buku apa yang kita baca dan (2) siapa orang yang kita jumpa. Jadi, jagalah kawan.

8. Mereka suka berangan dan mereka tahu mereka akan kaya

Mereka tak peduli apa orang kata. Mereka berfikiran positif. mereka buat saja walaupun tidak tahu macam mana nak buat. mereka sudah setkan dalam minda mereka yang mereka akan menjadi seorang yang kaya.

9. Fokus

Anda hendak jadi kaya sebenarnya hanya perlu membuat beberapa perkara betul dan tidak menggulang beberapa yang salah. Anda fokus dengan apa yang anda buat. Tak perlu banyak sangat bisnes nak dibuat. Cukup fokuskan satu atau beberapa bisnes yang anda rasa berbaloi.

10. Tetap pendirian

Mereka tidak mudah goyang dan konsisten dengan keputusan yang dibuat. Orang kaya memang macam itu.

Kesimpulan

Belajarlah dari kejayaan orang lain dan dalam masa yang sama belajarlah dari kegagalan orang lain. Selamat berjaya.
You might like these as well: