Menghindar Gangguan Jin Di Rumah Kediaman


Apa jadi sekiranya rumah yang sepatutnya memberi ketenteraman kepada penghuninya, justeru berubah menjadi hal yang menyeramkan kerana hadirnya 'penghuni tidak diundang' iaitu jin? Tentu akan menjadi masalah yang tidak mudah untuk dihadapi oleh penghuni rumah tersebut.

Apa sebenarnya tanda-tanda rumah yang diduduki sedang dihuni makhluk ghaib atau jin dan bagaimana untuk merawat dan menghindar gangguan jin di rumah kediaman kita? Semoga paparan berikut ini dapat membantu.

Tanda-tanda rumah yang diganggui makhluk jin

1. Sentiasa kedengaran seperti bunyi guli bertaburan seperti bunyi tik..tik..tik.
2. Nampak kelibat lintasan di tempat kediaman.
3. Penghuni rumah sering sakit-sakitan tanpa sebab.
4. Sering kotor atau berdebu tanpa sebab. Kadang-kadang bau yang tidak menyenangkan.
5. Sering ditindih ketika tidur.
6. Penghuni rumah rasa panas atau sentiasa rasa tidak selesa ketika berada di rumah dan beranggapan bahawa itu bukan rumah mereka.
7. Anak kecil kita sering menangis tiba-tiba ketika berada di dalam rumah seperti melihat sesuatu yang menakutkan.
8. Hilang barang atau duit.
9. Bunyi-bunyi aneh yang tidak wajar seperti memanggil nama atau tangisan.
10. Pada malam hari, rumah tersebut terlihat mencekam, menakutkan dan suasana di dalamnya terasa lain.
11. Para penghuninya sering bertengkar, gelisah dan beremosi sangat tinggi.
12. Setiap menjelang pagi, pohon-pohon yang tumbuh di sekitar rumah akan bergoyang dengan hebat.
13. Sering terdengar suara-suara aneh di halaman rumah, seperti suara haiwan yang tidak dikenali.
14. Penghuni rumah sering mimpi buruk secara berulang-ulang tanpa sebab.
15. Anjing sering menggonggong tidak jelas di sekitar rumah atau melolong di tengah malam. Anjing bersuara perlahan sambil kepalanya sesekali menunduk dan bulu-bulunya berdiri pada malam hari.

Kaedah atau cara merawat rumah tersebut

1. Jangan biarkan rumah seperti kubur, iaitu gelap dan sepi dari amalan keagamaan. Dengarkan atau baca ayat-ayat suci Al-Quran sentiasa, perbanyakkan amalan-amalan seperti berselawat dan berzikir di rumah.

2. Sentiasa kenakan pancaran cahaya di ruang bilik dan ruang tamu. Jangan biarkan cahaya matahari tidak memasuki rumah di siang hari.

3. Amalkan kerap bersolat sunat di rumah.

4. Amalkan penjagaan kebersihan rumah terutama di ruang bilik dan tandas.

5. Jangan lupa membaca ayat Kursi, 3 Qul dan Surah At-Tariq ayat 4, apabila balik ke rumah dan sentiasa memberi salam sebelum masuk. Lebih-lebih lagi jika pulang rumah lewat malam atau balik dalam keadaan kotor atau letih. Sebaiknya mandi terlebih dahulu ketika balik, jangan terus masuk tidur.

"tidak ada suatu jiwapun (diri) melainkan ada penjaganya."
6. Amalkan makan berjemaah bersama keluarga dan membaca doa sebelum makan.

7. Memperbanyakkan bacaan 3 Qul.

Cara rawatan untuk menghindarkan gangguan jin di dalam rumah

Bacakan ayat-ayat Ruqyah dan dengarkan azan sentiasa dirumah.


Insya Allah, gangguan jin atau makhluk halus di rumah kediaman akan hilang.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: