Berbeza dengan bekerja makan gaji, bisnes memerlukan komitmen yang lebih tinggi. Salah satu daripada sebabnya adalah kita sendiri yang mengawal aliran tunai setiap bulan. Memulakan bisnes sendiri adalah tindakan yang berisiko bagi para pelajar.
Namun, berniaga adalah cara yang terbaik untuk pelajar memahami keperitan dan keindahan yang dialami oleh para usahawan jutawan yang berjaya di luar sana.
Berikut 3 kebaikkan seorang pelajar buat bisnes part time :
1. Menguruskan masa dengan lebih efektif
Pengurusan masa seorang pelajar yang berniaga adalah lebih ketat berbanding mereka yang bekerja secara part time. Ini kerana peniaga yang menetapkan masa kerja mereka sendiri dan tidak menurut mana-mana pihak atasan.
Apabila kita berniaga secara part time dan tidak mengambil endah terhadap pengurusan masa, situasi yang kritikal akan berlaku dan memberikan kesan terhadap prestasi pelajaran kita di kolej dan sebagainya.
2. Bebas kewangan lebih awal
Pelajar yang belajar selok belok perniagaan di peringkat awal mempunyai potensi untuk mencapai matlamat bebas wang lebih awal. Ia akan mematangkan minda seorang pelajar dengan lebih pantas mengenai realiti perniagaan dan kehidupan.
Situasi ini berlaku terhadap seorang usahawan wanita yang berjaya. Beliau cuma berusia 23 tahun, tetapi empayar perniagaannya sudah menembusi pasaran luar negara. Nasihat beliau untuk para pelajar yang ingin memulakan perniagaan adalah;
"Mula berniaga sekarang. Kerana lebih banyak kita buat dan belajar, maka lebih cepat untuk kita berjaya.”3. Potensi pendapatan tidak terhad
Realiti bahawa 9/10 rezeki datang daripada perniagaan! Apabila berniaga, pelajar itu sendiri menetapkan potensi pendapatan yang ingin diperoleh. Semuanya tertakluk pada misi, kepercayaan dan tindakan kita.
Oleh sebab itu, kebanyakan pelajar yang menceburkan diri dalam bidang perniagaan semasa di kolej misalnya lebih mudah untuk mencapai kekayaan dalam tempoh antara 3 hingga 5 tahun.
Pandai akademik tidak semestinya lulus ujian kehidupan yang sebenar. Apabila seorang pelajar memiliki bisnes, dia akan dapati orang yang 'bijak akademik' tidak sama dengan orang yang 'bijak berniaga'.
Mempunyai bisnes ini juga mampu meningkatkan keyakinan seorang pelajar di sekolah. "Untuk berjaya tidak semestinya kita perlu bijak dalam akademik tetapi ilmu supaya bijak dalam kehidupan itu jauh lebih penting."