Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

14 Petua Supaya Dihindari Sakit Tua


Di antara banyak jenis sakit tua ialah seperti; nyanyuk, dementia, parkinsonism, alzheimer dan lain-lain. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas. Otak mengecut dengan meningkatnya umur dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan.

Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah ke otak, mengurangkan bekalan darah dan oksigen, kesannya sel-sel otak musnah. Kimia-kimia pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit-penyakit ketuaan.

Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian-bahagian terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi-fungsi terpenting seperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).

Dalam umur 72 tahun Dr. Hamid Arshat sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah-langkah tertentu untuk menjauhi sakit tua. Beberapa petua menghindari sakit tua di bawah ini adalah hasil perkongsiaan daripada beliau. Semoga bermanfaat.

Berikut 14 petua supaya dihindari sakit tua :

1. Baca dan hafal al-Quran tingkatan fungsi otak

Saya amalkan baca al-Quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walaupun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran al-Quran dan mengamalkannya.

Bacaan quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses. Bacaan berulang-ulang meningkatkan ingatan dan hafalan dan disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini, Insya Allah boleh mencegah penyakit nyanyuk.

2. Tenangkan fikiran dan atasi stress

Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang boleh merosakkan sel-sel neuron dan stesyen pemancar letrik, synapses khususnya di kawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan dan memproses pemikiran.

Saya cuba mengawal stress dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat dimana-mana dan pada bila-bila masa bila ada peluang. Juga menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan-perlahan melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira dimana saya duduk.

Saya juga amalkan berkebun di sekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan kepada saya. Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.

3. Terus belajar bidang baru

Proses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel-sel serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umur dan tidak kira bidang ilmu apa pun. Untuk saya ilmu-ilmu agama, perubatan dan pengurusan, penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab-kitab, buku-buku dan internet.

Untuk lebih berkesan lagi pelajari bidang-bidang baru yang boleh mencabar otak kita saperti bertukang atau carpentering, buat lukisan atau belajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobi untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi mereka yang telah bersara. Malangnya saya tidak punya banyak masa lapang.

4. Terus berkerja dan berkhidmat tanpa bersara

Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental boleh menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrophy. Alhamdulillah bagi saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda saya. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.

5. Excercise fizikal meningkatkan fungsi otak

Amalan exercise fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak seperti; meningkatkan bekalan oksigen kepada otak yang penting bagi sel-sel otak untuk cegah serangan angin ahmar, mencetuskan pengeluaran BDNF - brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak – kognitif dan pembelajaran. Selain itu ia juga tingkatkan mitochondria dan organelles iaitu pembekal tenaga untuk sel-sel otak.

Bagi warga emas terbaik jalan kaki selama 30 minit di sekitar kawasan perumahan selepas solat subuh. Saya cuba amalkan yoga untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang. Alangkah baiknya jika kita popularkan silat sebagai satu exercise kesihatan dan pentenang minda. Yoga adalah amalan bangsa India dan taichi amalan bangsa Cina.

6. Tidur yang cukup antara 5 hingga 8 jam

Memang telah jadi amalan saya tidur awal, 10 malam dan bangkit awal jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap. Waktu tidur aktiviti-aktiviti otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel-sel neuron baru tumbuh dan sambungan-sambungan synapses diperkukuh.

Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa, amalan exercise fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.

7. Omega 3 dan DHA

Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega 3 dan DHA yang penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit-pesakit ketuaan termasuk alzheimer, menjadikan sel-sel otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.

Sumber-sumber omega 3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber-sumber omega 3 dari walnut, badam, avacardo, flexseeds, peanuts juga baik.

Sekarang ini pil-pil minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant dan astaxanthine.

8. Minyak kelapa dara (VCO)

Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga. VCO mengandungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga. Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.

9. Vitamin D3

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel-sel serta fungsi otak. Pesakit-pesakit ketuaan, alzhmeir, mengalami kekurangan vitamin D. Wanita-wanita hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium. Munkin orang malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita boleh bina vitamin D.

10. Vitamin B12

Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir. Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan diserang penyakit alzhmeir. Sumber-sumber utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telur. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.

11. Kesihatan perut dan usus

Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf-saraf vagus dan cranial nerve ke10. Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohaidret. Makan lebih fermented food dan probiotics.

12. Buah-buahan dan herba

Terdapat banyak jenis buah-buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel-sel otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel-sel otak. Buah-buahan seperti; berries, kismis dan kurma kaya dengan kandungan flavonoids, anthocyanins dan flavanol mampu bertindak demikian.

Kimia pemancar letrik otak Ach (acetyl choline) boleh berkurangan akibat tindakan enzim-enzim tertentu, akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengandungi inhibitors untuk menghalang tindakan enzim-enzim tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, seperti; barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain-lain.

13. Rangsang otak

Di samping pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan exercise fizikal, kawal penyakit dan stress, makan vitamin, supplement dan herba, kita juga perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu. Ada pelbagai cara untuk merangsang otak kita, seperti:

● Muzik dan lagu khususnya muzik klasik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak di samping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau dapat belajar bermain alat muzik walau setakat untuk kegunaan sendiri.

● Interaksi sosial seraya menguatkan silaturrahim melalui perbualan telefon dengan ahli keluarga, rakan-rakan sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.

● Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. Ini satu kaedah rangsangan otak yang baik. Adakala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.

● Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda seperti; crossword puzzle, sudoko, catur dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.

● Pergi melancong dan melawat negara-negara luar dan pelajari sejarah, adat resam dan cara hidup bangsa-bangsa asing. Al-Quran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum-kaum yang ingkar.

● Bagi saya menulis makalah dalam blog, website dan facebook sangat berkesan untuk merangsang minda saya. Saya perlu buat research, cari maklumat dan baca serta buat catitan dalam buku nota saya sebelum saya hasilkan satu makalah saperti ini.

Memang telah menjadi tabiat saya untuk buat catitan dalam buku-buku nota, dairi dan jurnal tentang ilmu pengetahuan baru, peristiwa dan pengalaman. Begitu juga dalam hal-hal pengurusan kewangan dan pentabiran niaga, saya catitkan segala-galanya dengan terperinci dalam buku nota. Ini memudahkan perancangan sesuatu projek atau program di masa hadapan.

14. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar

Penyakit-penyakit seperti; darah tinggi, kencing manis, kegemukkan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.

      Baca : 4 Langkah Dan Teknik Asas Mempertahankan Diri Yang Wanita Patut Tahu

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Pesanan saya kepada warga emas, harta yang tidak boleh dinilai yang anda punyai ialah ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran serta hikmah atau wisdom. Jangan bazirkan, gunakan sepenuhnya. Lantik diri anda sebagai penasihat atau perunding kepada mana-mana pertubuhan sosial atau perniagaan. Jangan terlalu mengira ganjaran kewangan, lebih penting ganjaran dari Allah s.w.t. Minda anda akan terus akif dan berfungsi dengan baik.

- Daku Amat

4 Langkah Mudah Hilangkan Batuk Dan Kahak Mengunakan Bawang Putih


Sesiapa yang sudah cuba bermacam-macam ubat batuk di hospital, farmasi atau klinik tetapi batuk dan kahak tidak juga mahu hilang patut cuba petua di bawah ini.

Kadang-kadang bila sudah lama sangat batuk-batuk akan membuat dada rasa sakit dan tidak selesa ketika berada di mana-mana. Manakala kahak apabila sudah berkumpul terlalu banyak di tekak akan menyebabkan mudahnya berlaku jangkitan kuman.

Kaedahnya sangat mudah. Hanya gunakan bawang putih sahaja. Kaedah yang murah dan sangat berkesan.

Berikut 4 langkah mudah hilangkan batuk dan kahak dengan bawang putih :

1. Bawang dibasuh dengan kulit-kulitnya sekali. Satu atau dua labu pun boleh.

2. Ambil ceper atau kuali non stik (atau guna kuali ajaib) dan bakar bawang putih dengan kulit-kulitnya sekali. Guna api yang paling kecil atau perlahan. Bakar selama 25-40 minit.

3. Ambil bawang putih yang sudah dibakar tadi lalu dibuang kulitnya dan makan. Ia lembut macam ubi kentang dan kunyah begitu sahaja. Gigit sikit-sikit.

4. Makan sebanyak 5 hingga 8 ulas.


      Baca : 7 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Bisnes Terutama Pemasaran Online

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

InsyaAllah, kalau sebelum ini anda tidak boleh tidur malam kerana batuk yang kuat, kini batuk sudah mula berkurangan atau tidak batuk lagi. Lendir kahak juga mudah kering.

- Daku Amat

6 Petua Berkesan Untuk Masalah Rabun Mata


Mata adalah pancaindera yang dikurniakan Allah kepada kita semua. Ada yang memiliki mata normal dan ada yang bercermin mata disebabkan masalah rabun mata. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi tidak perlu mengeluh saat nikmat dari sudut fizikal mula 'hilang'. Beberapa petua di bawah ini insya Allah akan membantu bagi mereka yang ada masalah rabun mata.

Sebelum itu, kita ketahui dahulu secara ringkas apa itu rabun mata.

1. Rabun Jauh
Dikenali juga dengan Myopia. Mata dapat melihat objek dekat dengan terang tetapi kabur untuk objek jauh. Biasanya mata akan dikecilkan untuk fokus bagi melihat objek yang tidak nampak.

2. Rabun Dekat
Dikenali juga dengan Hyperopia. Objek dekat dengan mata menjadi kabur dan sebaliknya pandangan menjadi jelas untuk objek jauh. Biasanya mereka yang alami rabun dekat, mata akan lebih penat dan cepat sakit kepala bila membaca buku.

3. Rabun Silau
Juga dikenali Astigmatism. Rabun silau ini biasanya akan mempengaruhi pandangan waktu malam. Sebab cahaya yang memantulkan menyebabkan pandangan menjadi kabur baik pada objek dekat mahupun objek jauh.

Berikut 6 petua berkesan untuk masalah rabun mata :

1. Lakukan senaman mata

Mata juga perlukan senaman yang konsisten untuk membantu menganjalkan kembali otot-otot mata dan memastikan peredaran darah optimum ke mata.

Tampalkan setem pada tingkap rumah ataupun pejabat. Berdiri depan setem dengan jarak mata dengan setem hanya 30 sentimeter. Lihat setem itu dengan fokus atau setajam yang boleh. Kemudian lihat benda jauh di luar tingkap dan kemudian tengok setem kembali.

Ulang langkah ini sebanyak 41 kali. Apabila anda berasa otot mata sudah mula kuat anda boleh tambah bilangan. Ini adalah senaman hebat untuk melatih kekuatan otot mata dan meningkatkan proses penyembuhan mata.

2. Sunning dan Palming

Sunning atau berjemur membantu mengaktifkan semula flex dan juga otot mata kita. Berjemur mata dengan membiarkan mata terbuka dan mengadap matahari. Seolah mata akan menyerap "tenaga" yang dipancarkan oleh matahari dengan tarik nafas dalam-dalam. Lakukan dalam beberapa minit setiap hari. Lebih baik lakukan di waktu pagi kerana cahaya matahari lebih sihat.

Palming iaitu dengan menggosokkan kedua-dua belah telapak tangan hingga terasa haba panas. Kemudian tekup pada mata tanpa sebarang tekanan. Lakukan dalam keadaan santai. Pastikan mata ditutup rapat hingga tiada cahaya masuk.

3. Wap nasi

Apabila menanak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

4. Melihat benda dengan fokus

Cuba melihat hanya pada benda-benda fokus sama ada benda jauh mahupun dekat. Elak tengok semua benda sambil mata melilau ke kiri kanan. Ini akan menyebabkan mata cepat letih dan menurunkan kecepatan proses menyembuhkan mata. Tetapi jangan dipaksa sehingga menyebabkan berlaku ketegangan mata yang tinggi.

5. Setiap 10 minit pandang objek lain

Sekiranya menggunakan komputer, pada setiap 10 minit cuba lihat ke arah objek lain yang jaraknya 3 meter lebih kurang. Lihatlah apa sahaja yang berjarak 3 meter, misalnya tengok alam semulajadi seperti pokok-pokok hijau. Pandang selama 3 minit sebelum mata kembali tengok skrin komputer. Jika anda membaca buku, juga boleh ikut cara ini.

Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. Setiap 30 minit, rehatkan mata anda dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata. Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.

6. Ambil makanan tinggi Vitamin A dan Beta Karotena

Vitamin A - Banyakkan memakan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais. Lobak merah, boleh dimakan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu Insya Allah semakin baik nanti. Berikut 3 menu yang tinggi vitamin A :

Lobak merah
kaya dengan Betacaotene iaitu pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan, Lycopene iaitu nutrien perlindungan sinaran UV pada mata dan Lutein iaitu nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata. Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Karot
Karot mengandungi tinggi Vitamin A untuk bantu mengekalkan kesihatan kornea mata dan bantu melindungi sel mata dan keseluruhan sel.

Bayam
Bayam sangat bagus jika dijadikan jus dan minum setiap pagi semasa perut kosong. Bayam mengandungi vitamin A, lutein and zeaxanthin yang diperlukan untuk mata sihat.

Beta Karotena - Biasanya sayuran yang berwarna selain hijau mengandungi Beta Karotena yang tinggi. Berikut 3 menu makanan harian yang baik untuk mata :

Minyak ikan
sangat bagus untuk mata yang selalu kekeringan. Kandungan asid lemak Omega membantu untuk menganjalkan otot-otot di sekitar mata. Antara sumber utama minyak ikan adalah daripada ikan Salmon.

Bawang putih dan bawang merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

Katarak - adalah sejenis selaput yang di mata yang menganggu penglihatan mata. Berikut 3 menu yang dapat melindungi mata daripada katarak :

Tomato
Tomato antara yang bagus untuk sumber dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein untuk mengelakkan terjadinya katarak mata. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

Telur
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Teh
Minum teh juga dapat mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Untuk kesan yang lebih baik, memang kena amalkan ambil sayuran dan minyak ikan secara konsisten. Untuk anak-anak lebih bagus diamalkan semenjak dari kecil lagi.

      Baca : 9 Sebab Kenapa Wanita Sekarang Kahwin Lambat

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Golongan yang mengalami masalah rabun meningkat setiap hari. Dahulu susah hendak jumpa kanak-kanak seusia 7 tahun pakai cermin mata, tetapi sekarang sudah ramai. Makin maju dan padat sesebuah negara itu dengan teknologi, makin meningkat statistik mereka yang mnegalami masalah rabun kerana kurangnya kesedaraan tentang penjagaan mata. Semoga petua di atas dapat membantu masalah rabun mata.

- Daku Amat

5 Keajaiban Asam Jawa Untuk Kecantikan


Selain dijadikan sebagai bahan atau rencah dalam sesuatu masakan dan juga jus. Ternyata asam jawa mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Herba yang mempunyai isi buah yang masam ini juga mendapat permintaan yang tinggi.

Berikut 5 keajaiban asam jawa untuk kecantikan :

1. Menanggalkan sel kulit mati

Buah asam jawa mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) yang berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Caranya campurkan isi asam jawa (buang biji) bersama dengan garam dan yogurt sehingga sebati.

Sapukan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Sementara itu, boleh juga mengurut kulit wajah supaya sel-sel kulit mati turut tertanggal. Akhir sekali bilas dengan air bersih dan lihat hasilnya untuk pertama kali.

2. Menghilangkan jerawat

Bagi wanita, jika kulit wajah ditumbuhi sebiji jerawat sudah cukup merunsingkan. Adakalanya kehadiran jerawat meninggalkan bekas hitam yang hodoh pada kulit wajah.

Cara untuk menangani masalah ini dengan mudah adalah dengan cara mengambil 3 biji atau 3 sudu besar asam jawa yang dibancuh dengan air panas. Biarkan sejuk. Kemudian tapis air asam jawa tersebut dan jadikan sebagai pencuci wajah pada setiap pagi.

3. Mencerahkan kulit

Asam jawa mengandungi vitamin C yang berupaya untuk mencerahkan wajah. Oleh yang demikian, terdapat lambakan produk yang berasaskan asam jawa seperti sabun di pasaran untuk tujuan kecantikan. Cara mudah untuk memiliki kulit yang cerah tanpa berbelanja yang banyak adalah dengan melakukan scrub menggunakan asam jawa.

Caranya, bancuh asam jawa dengan air panas. Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit. Sapukan dikeseluruhan wajah dan tubuh. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas.

4. Menghilangkan selulit

Selulit sememangnya mencacatkan penampilan. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencampurkan asam jawa bersama dengan lemon, baking soda dan gula. Gaulkan rata kemudian sapukan pada bahagian kulit tubuh yang bermasalah. Urut mengikut arah jam kemudian biarkan selama 10 minit dan bilaskan dengan air suam.

5. Merawat Eczema

Buat penderita eczema iaitu sejenis penyakit kulit yang turut dikenali sebagai dermatitis yang menyerang jariangan kulit sehingga melepuh dan bernanah.

Cara mengatasinya adalah dengan mendapatkan segenggam daun asam jawa dan kunyit hidup sebesar ibu jari. Tumbuk atau kisar kedua-dua bahan tersebut. Kemudian sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Tidak sukar untuk kita mengamalkan 5 keajaiban asam jawa untuk kecantikan di atas kerana untuk memperolehi asam jawa sangat mudah. Boleh dibeli di kedai-kedai runcit.

2 Petua Asam Jawa Untuk Rawat Jerawat Dan Lekuk Kesan Parut Jerawat


Kepada mereka yang mempunyai parut jerawat atau lekuk kesan daripada parut jerawat, anda boleh cuba aplikasikan bahan mudah di bawah ini ke raut wajah anda. Siapa kata kalau ingin mendapatkan kecantikan kulit, perlukan wang yang banyak?

Dengan hanya menggunakan bahan semulajadi yang harganya tidak melebihi RM5 juga memberikan kecantikan kulit pada anda. Selain daripada menggunakan lendir daun lidah buaya, anda juga boleh menggunakan asam jawa untuk merawat masalah parut jerawat dan lekuk hasil kesan parut jerawat itu.

Berikut 2 petua asam jawa untuk merawat jerawat dan parut jerawat :

1. Hilangkan parut dengan asam jawa

● Ambil asam jawa mengikut keperluan. Kalau parut anda kecil, ambil secubit dua sahaja sudah mencukupi.

● Kemudian, campurkan asam jawa tadi bersama air dan ramaskannya. Kuantiti air itu hanya sedikit sahaja. Jangan sampai ia terlalu cair.

● Selepas itu, sapukan campuran tadi ke kawasan parut di tubuh atau wajah anda. Biarkan ia sehingga kering.

● Sebaik-baiknya anda buat pada waktu malam sebelum masuk tidur. Jadi, ada lebih masa campuran tersebut serap ke tubuh anda. Esok pagi barulah anda basuh.

2. Hilangkan parut dengan biji asam jawa

● Anda perlukan beberapa biji asam jawa.

● Kemudian, gorengkannya tanpa minyak lebih kurang dalam 5 minit.

● Seterusnya, anda goreskan biji asam jawa yang telah digoreng itu pada permukaan kasar seperti batu sehingga ia mengeluarkan serbuk.

● Bila sudah keluar serbuknya, anda titiskan sedikit air dan gosokkannya ke kawasan parut pada bahagian badan atau wajah anda.

      Baca : 5 Bahan Mudah Diperolehi Di Dapur Untuk Hilangkan Parut Jerawat

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Sememangnya asam jawa sangat mudah untuk diperolehi. Semoga perkongsian ini dapat membantu anda untuk memiliki kulit wajah yang licin dan bebas daripada jerawat dan kesan-kesan lekuk akibat parut jerawat.

- Daku Amat

10 Petua Untuk Hilangkan Parut Jerawat Pada Wajah


Jerawat boleh menjadi satu masalah kulit yang menyakitkan dan parut yang ditinggalkan ialah satu peringatan yang tidak dialu-alukan. Walaupun kebanyakan parut jerawat akan pudar dengan sendirinya selepas beberapa bulan, ada petua-petua tertentu yang boleh anda lakukan untuk membantu mempercepatkan proses penyembuhan, mengelakkan hiperpigmentasi yang selanjutnya dan seterusnya menghilangkan parut jerawat.

Berikut 10 petua untuk hilangkan parut jerawat pada wajah :

1. Aloe vera atau lidah buaya

Lidah buaya kaya dengan vitamin semulajadi yang membantu memulihkan kulit dan menghilangkan parut secara beransur-ansur. Aloe Vera juga bersifat lembut, maka susah nak overdose walaupun letak banyak-banyak. Tapi tak perlu banyak pun, sikit cukup. Lidah Buaya boleh didapati di farmasi, tapi kalau tanam sendiri pun dia senang tumbuh.

Caranya : Patahkan daun, ambil lendirnya dan sapukan ke muka. Biarkan lendir atau gel semulajadi itu selama setengah jam, kemudian cuci muka macam biasa.

2. Baking soda

Atau nama lainnya natrium bikarbonat. Bahan ini ada dalam semua rumah, sebab banyak kegunaannya. Antaranya meghilangkan parut jerawat. Khasiatnya, baking soda ini menyerap masuk ke dalam pora kulit dan membersihkannya dan juga mengelakkan jerawat baru naik.

Caranya : Campurkan 2 sudu teh baking soda dengan sedikit air, jangan cair sangat. Bagi pekat, macam pes. Lumurkan campuran ini ke muka anda di mana paling banyak parut. Pastikan anda cuci muka guna moisturizer selepas basuh baking soda. Amalkan setiap dua hari sekali.

3. Minyak kelapa dara

Di pasaran sekarang terdapat banyak virgin coconut oil atau minyak kelapa dara. Sememangnya ia lebih berkhasiat daripada minyak kelapa biasa kerana cara penghasilan minyak yang tidak menggunakan haba.

Caranya : Titiskan minyak kelapa dara ke tapak tangan anda dan biarkan suhu badan anda memanaskannya. Urut perlahan-lahan muka anda dengan minyak, dan biarkan sahaja, tak perlu cuci. Ia akan terus bekerja keras memulihkan kulit anda daripada parut jerawat. Kalau rimas, biarkan setengah jam sebelum cuci dengan cleanser biasa

4. Timun

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium. Semua mineral ini memberi kesan yang terbaik untuk kulit anda.

Caranya : Hiris timun segar, dan tempekkan pada kulit muka yang berparut. Biarkan setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari sehingga parut hilang.

5. Madu asli

Semua sedia maklum bahawa madu adalah raja segala makanan. Tetapi malangnya kebanyakan madu dalam pasaran adalah madu yang diproses, dan telah hilang khasiat perubatannya. Cari madu lebah asli, kalau tidak petua ini tidak menjadi.

Caranya : Madu lebah asli, ambil sedikit sahaja cukup-cukup untuk urutkan kulit muka. Jangan banyak sangat. Madu liar ini panas. Selepas sudah urut, biarkan sahaja. Tidak payah dibilas.

6. Lemon

Lemon adalah asid alfa hidroksil semulajadi, sejenis asid AHA yang fungsinya khusus untuk membantu kulit baru tumbuh seterusnya mengurangkan parut jerawat.

Caranya : Perah sedikit jus lemon ke dalam mangkuk. Kalau kulit anda sensitif, cairkan dengan air sejuk. Kalau tak, tidak perlu cairkan. Gunakan kapas, sapukan ke muka dan biarkan kering. Setelah kering, bilas dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

7. Ubi kentang

Tahukah anda jus ubi kentang sebenarnya kaya dengan vitamin dan mineral? Selain itu, kanji dalam ubi kentang juga boleh menghaluskan kulit wajah.

Caranya : Hiris kentang nipis-nipis dan tempekkan kepada kulit muka. Kalau nak, boleh juga buat hirisan tebal dan urutkan pada bahagian berparut. Biarkan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum dibilas dengan air suam. Amalkan sekali sehari.

8. Bedak sejuk

Bedak sejuk memang popular sebagai cara tradisional untuk kesihatan kulit muka. Bedak sejuk menyerap minyak dan mengosongkan pora, dua punca utama jerawat.

Caranya : tumbuk sikit bedak sejuk dan campurkan dengan air. Buat pekat-pekat. Lumur dan urutkan campuran pada kulit muka dan biarkan semalaman. Pagi sebelum solat Subuh basuh dengan air sejuk. Amalkan setiap hari.

9. Air tebu

Air tebu mengandungi asid glycolic, juga sejenis asid AHA seperti jus lemon tadi. Ia menghilangkan sel mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Caranya : campurkan 2 bahagian air tebu dengan satu bahagian minyak zaitun. Titiskan sedikit jus lemon, dan sapukan pada kulit muka. Biarkan selama 15 minit sebelum dicuci dengan moisturizer. Amalkan sekali setiap dua atau tiga hari.

10. Vitamin E

Petua yang ini paling mudah. Semua sedia maklum bahawa Vitamin E memang vitamin penjaga kulit.

Caranya : Pecahkan kapsul vitamin E yang dibeli di farmasi. Biasanya vitamin E dijual dalam bentuk minyak. Lumurkan minyak tersebut pada kulit muka yang berparut. Biarkan 15 minit dan cuci dengan moisturizer.

      Baca : 15 Khasiat Timun Yang Perlu Anda Tahu

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Secara realistiknya, anda tidak akan dapat menghilangkan parut jerawat dalam satu malam tetapi petua-petua penjagaan kulit yang dinyatakan di atas, insya Allah akan menghasilkan perbezaan ketara selepas beberapa waktu. Anda hanya perlu mencari kaedah yang betul dan sesuai untuk jenis kulit anda.

- Daku Amat

30 Pesan Cantik Mak Andam Untuk Bakal Pengantin


Selain rawatan dan produk moden, tak salah jika bakal pengantin mengamalkan juga petua dan tip tradisional nenek moyang dulu-dulu untuk menambah seri kecantikan dan kecergasan tubuh badan mereka sebagai raja sehari.

Berikut 30 pesan cantik mak andam untuk bakal pengantin :

1. Elak berpanas

Elakkan berpanas di tengah terik matahari untuk elak kulit gelap, terbakar dan kusam. Pastikan kamu memakai tabir suria setiap hari sebelum keluar rumah.

2. Cukup tidur

Mata yang segar penting untuk wajah terlihat berseri. Jadi, cukupkan tidur semaksimum mungkin. Elakkan berjaga hingga larut malam terutamanya pada minggu- minggu terakhir.

3. Hirisan timun

Tempekkan hirisan timun pada kelopak mata sebelum atau selepas bangun tidur untuk menyegarkannya. Lakukannya sebelum bersolek pada hari sanding nanti.

4. Jaga kebersihan mulut

Mula jauhi ulam-ulaman atau makanan yang berbau tidak menyenangkan seperti petai, jering, bawang putih, durian dan sebagainya. Jaga kebersihan mulut dan nafas.

5. Jaga adab makan

Jaga adab dan etika makan dan minum. Makan dengan kunyahan paling lumat sebelum ditelan dan duduk ketika mahu minum. Selain galakan dari ajaran agama, menurut saintis juga, minum secara duduk membantu usus ‘bekerja’ dengan baik.

6. Naik seri wajah

Beberapa bulan sebelum bergelar pengantin, amalkan memakan kelopak bunga mawar setiap hari untuk menaikkan seri wajah.

7. Cuci wajah

Cuci wajah dengan air kelapa tua beberapa kali dalam seminggu. Biarkan selama 30 minit sebelum dibilas bersih dengan air suam. Ia mampu membantu menyeri dan melembapkan wajah.

8. Minum air putih

Minum segelas air putih sebaik bangun pagi sebelum menggosok gigi. Mulakan dengan selawat dan mohon diberikan kesihatan dan keserian wajah.

9. Lakukan senaman

Lakukan senaman secara tetap dan sederhana beberapa bulan sebelum untuk meningkatkan stamina diri dan membentuk berat badan ideal.

10. Elak makanan sejuk

Elakkan makan dan minum yang sejuk seperti kangkung, bayam, timun, jambu batu, air kelapa dan sebagainya agar kamu tidak tewas sebelum ‘bertempur’.

11. Makan telur

Amalkan makan telur ayam kampung dicampur madu dan lada hitam dua kali seminggu. Bertujuan menambah tenaga.

12. Kurang makanan laut

Kurangkan makan makanan laut kerana makanan laut mengandungi toksik yang tinggi. Hadkan pada porsi minimum supaya badan sihat dan kuat untuk menjengah alam rumahtangga.

13. Rebusan air kurma

Rebus kurma cina dan minum airnya. Amalan ini dipercayai mampu memulihkan pH darah dan menaikkan seri wajah.

14. Jangan makan bersulam air

Usah makan bersulam air kerana ia menyebabkan buncit perut. Sebaiknya, selepas makan, berjalan beberapa tapak barulah disusuli dengan minum air.

15. Elak minum soya

Elakkan minum air soya kerana ia bersifat sejuk dan tidak bagus untuk alat kelamin.

16. Minum air halia

Jika bakal pengantin mempunyai angin dalam badan amalkan minum air halia setiap hari untuk meringankan badan.

17. Bangun sebelum subuh

Bangun sebelum azan Subuh. Kemudian, baca selawat tiga kali ke tapak tangan dan raut tangan itu ke seluruh muka.

18. Minum ait kunyit

Kunyit hidup juga dikatakan mampu menaikkan seri wajah. Amalkan minum air kunyit beberapa bulan sebelum berkahwin, dua kali seminggu.

19. Elak meniarap

Agar payudara kelihatan montok, subur dan tegang, ketika mandi amalkan memancurkan air pancur ke kedua-dua belah payudara. Elakkan juga posisi meniarap ketika tidur.

20. Elak keluar malam

Elakkan keluar malam atau orang tua panggil berembun. Sewajarnya, sebagai anak dara sebelum Maghrib sudah ada di rumah. Darah manis kata orang untuk elak unsur jahat datang mengganggu.

21. Elak makan kuah berlinang

Orang tua juga ada menasihati bakal pengantin agar elakkan makan nasi berlaukkan kuah berlinang untuk elak perut buncit.

22. Cuci bahagian sulit

Paling penting, jaga kebersihan bahagian sulit sebaik mungkin. Ketika mandi, cuci bahagian sulit dengan pencuci intim yang mengandungi ramuan sirih.

23. rawatan urut badan

Tidak salah untuk melakukan rawatan urut badan beberapa hari sebelum majlis langsung. Urut badan dapat melancarkan darah sambil merehatkan otot.

24. Ambil jamu

Untuk penjagaan dalaman, digalakkan pengambilan jamu, bukan setakat untuk ‘malam pertama’ itu tetapi bagi menyegarkan tubuh yang lesu akibat sibuk dengan persiapan.

25. Kurang pamer depan khalayak

Kurangkan mempamer diri depan khalayak terutamanya kepada bakal suami dan bakal keluarga mentua. Selain menjaga adab, ia juga bertujuan menjadikan dirimu sangat eksklusif untuk diraikan pada hari bahagia nanti.

26. Kurangkan gula dan garam

Kurangkan pengambilan makanan dan minuman tinggi gula dan garam.

27. Kurang bersolek tebal

Kurangkan bersolek tebal beberapa minggu atau bulan sebelum menjadi pengantin.

28. Kurangkan kerja berat

Kurangkan melakukan kerja-kerja berat kerana selain menyebabkan keletihan, ia juga mengganggu emosi dan menyebabkan stres.

29. Mandi bunga

Jangan lupa, sehari sebelum hari besar itu, buat mandi bunga. Namun jangan masukkan amalan khurafat yang dikaitkan dengan apa-apa mantera. Aura bunga yang wangi dan berwarna-warni mampu menjana pesona positif dalam diri bakal ratu sehari.

30. Kurangkan bercermin

Kurangkan bercermin atau dalam erti kata lain mengadap cermin lama-lama untuk berdandan. Kepercayaan orang tua; penyebab hilang seri wajah. Ia juga menjadi larangan keras untuk mengadap cermin ketika wajah disolekkan mak andam.

Kesimpulan

Petua tradisional nenek moyang dulu-dulu diwarisi dari satu generasi ke satu generasi. Selalunya mudah untuk diikuti kerana banyak menggunakan bahan-bahan alami yang banyak terdapat di sekeliling kita. Selain itu ia juga terhindar dari bahan-bahan kimia yang selalu dikaitkan dengan produk kecantikan dan kesihatan moden.

7 Petua Tradisional Untuk Dapatkan Kulit Yang Flawless


Sesiapa sahaja terutama wanita memang mengimpikan wajah dan kulit yang cantik untuk orang yang tersayang. Kulit yang cantik lagi berseri sangat menaikkan keyakinan diri seseorang untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang keraguan.

Berikut 7 petua untuk dapatkan kulit yang flawless secara tradisional :

1. Skrub Tomato

Belahkan tomato kepada dua bahagian, kemudian sapukan tomato yang telah dibelah itu ke muka dan biarkan ia meresap selama 15 minit di muka anda. Kena praktikkan selalu, barulah ada perubahan yang memberansangkan.

2. Minum Air Putih Secukupnya

Badan kita sangat memerlukan air yang bersih untuk menghindarkan diri dari mengalami dehidrasi dan menggantikan air yang telah keluar dari badan melalui proses perkumuhan. Makanan yang menutupi saluran pemakanan kita juga dapat dibersihkan dengan air.

Minima air yang badan kita perlukan ialah 2 litre sehari. Dan kulit juga akan menjadi lebih anjal, segar dan kelihatan lebih cerah dengan pengamalan minuman air putih atau air mineral yang konsisten.

3. Air Beras

Ketika mencuci beras, air bilasan jangan di buang. Ambil air bilasan tadi dan asingkan di dalam baldi, kalau nak tahu air bilasan beras ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan.

Air bilasan beras dikatakan mampu halus dan putihkan kulit. Caranya mudah sahaja ambil air bilasan beras tadi dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari, barulah boleh nampak kulit beransur cerah.

4. Air Rendaman Limau Nipis

Cara cerahkan kulit dengan limau nipis ini mudah sahaja, hiriskan beberapa biji limau nipis dan rendamkan selama 40 minit di dalam baldi, kemudian mandilah dengan air rendaman ini. Selain untuk putihkan kulit ia juga membantu mengharumkan badan.

5. Beras Pulut Masker

Caranya, gorengkan beras pulut sehingga kekuningan tanpa minyak. Selepas goreng tumbuk atau pun kisarkan menjadi macam serbuk bedak. Selepas di kisar dan jadi serbuk bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.

6. Yogurt Asli

Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit. Caranya ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti.

7. Betik Haluskan Kulit

Caranya ambil buah betik dan kisarkan ataupun lumatkan supaya menjadi halus. Ambil kisaran betik tadi kemudian disapukan pada wajah dan biarkan kering selama 15 minit. Setelah kering bilas dengan air bersih. Pasti takkan percaya dengan kesan yang akan dirasai.

4 Petua Mudah Melebatkan Janggut


Memelihara janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.huma berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

"Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah r.hu berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;

"Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan Allah membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai." (Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih)
Petua Untuk Melebatkan Janggut

Berikut 4 petua mudah melebatkan janggut dan jambang anda :

Petua Pertama :

Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Janggut atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.

Petua Kedua :

Ambil ½ gelas santan pekat yang dicampurkan dengan ¼ gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada janggut anda.

Petua Ketiga :

Pakai minyak Bon. Mula-mula cukur sampai licin terlebih dahulu, kemudian sapu sikit air suam. Kemudian sapu dengan minyak Bon. Jangan makan benda berempah.

Petua Keempat :

Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan ditumbuk lalu dilumurkan pada janggut atau jambang anda.

Kesimpulan

Oleh itu, simpanlah janggut anda seperti mana Syaikh Zahid Sultani keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq (dalam gambar di atas). Setiap saat setiap masa akan mendapat pahala kerana mengikut dan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Wallahu 'alam.

Petua Mudah Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian


Apabila baju kesayangan milik kita terdapat tahi lalat atau kulat padanya, pasti kita akan berasa amat kecewa, ianya adalah kerana kesan tersebut pasti tidak akan dapat hilang.

Tahi lalat pada baju atau pakaian adalah merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam, jika pakaian kita sudah terkena tahi lalat ini maka pakaian kita tetap akan kelihatan kotor walaupun ianya sudah dicuci dengan bersih.

Tahi lalat pada pakaian biasanya adalah disebabkan oleh kulat yang telah tumbuh pada pakaian akibat ianya tidak kering atau lembap.

Tahi lalat akan mula muncul jika kita peram baju yang basah ataupun ianya terjadi ketika kita merendam pakaian dengan air yang sedikit, kemudian kita menangguh-nangguhkannya untuk membasuh dan membiarkan sehingga beberapa hari dan kemungkinan besar pakaian anda akan muncul tahi lalat.

Berikut cara mudah menghilangkan tahi lalat pada pakaian.

Cara-caranya :

1. Campurlah sedikit cuka kedalam setengah liter air.

2. Rendamkanlah pakaian anda yang terkena tahi lalat tersebut kedalam air campuran cuka tadi. Rendamkan selama semalaman.

3. Pada keesokan harinya cucilah pakaian anda dengan sabun atau detergen seperti biasa.

4. Siapkan air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.

5. Kemudian bilaslah pakaian anda tadi dengan air panas campuran limau nipis tersebut.

6. Biarkanlah pakaian selama beberapa saat di dalam air panas campuran limau nipis tersebut.

7. Kemudian cucilah kembali pakaian anda dengan menggunakan sabun atau detergen.

8. Bilaslah denagan menggunakan air bersih.

9. Jika tahi lalatnya masih ada pada pakaian anda silalah ulangi langkah no 5 hingga 8 berulang-ulang sehingga kesemua tahi lalatnya hilang.

10. Kemudian anda jemurlah pakaian tersebut sehingga kering. Zat asid yang ada pada cuka dan limau nipis dipercayai dapat menghilangkan tahi lalat yang ada pada pakaian anda.


Cara Mencegah Tahi Lalat Muncul Pada Baju

1. Jika sehabis melakukan aktiviti yang mengeluarkan banyak peluh sebaiknya rendam atau terus cuci baju anda. Jangan diperuk baju tersebut.

2. Jika anda merendam baju, jangan menunda-nunda untuk membasuhnya, apa lagi sampai berhari-hari.

3. Jika baju hari ini ingin dipakai kembali pada besok hari, sebaiknya jemur terlebih dahulu bajunya sebelum digantung di tempat gantungan baju.

7 Petua Putihkan Kulit Wajah Secara Semulajadi


Ramai yang idamkan mempunyai kulit yang putih bak sajli untuk menawan hati suami. Sebenarnya ada cara yang sangat mudah untuk dapatkan kulit putih gebu tanpa perlu mengeluarkan belanja yang besar membeli skincare yang mengandungi bahan-bahan kimia tertentu.

Berikut 7 cara putihkan kulit secara semulajadi dengan bahan mudah didapati :

1. Skrub Tomato

Cara putihkan kulit yang pertama adalah dengan menggunakan tomato. Selepas anda mencuci muka dengan bersih ambil sebiji tomato dan dibelah dua, gosok dan sapukan tomato tadi ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit.

Kemudian bilas dengan air bersih. Jika hendak dapatkan kesan putih yang memuaskan harus diamalkan setiap hari barulah boleh nampak hasilnya.

2. Minum Air Putih Secukupnya

Tubuh perlukan air bersih untuk membantu menggantikan sel-sel mati. Minum air sekurangnya dua liter sehari bagi memastikan sistem dalaman dapat berfungsi dengan baik. Apabila tubuh mendapat air yang cukup, kulit juga kelihatan lembap, bersih dan cerah secara semulajadi.

3. Air Beras

Untuk anda yang selalu memasak, pasti kenal apa itu air beras. Ketika mencuci beras air bilasan jangan dibuang. Ambil air bilasan tadi dan asingkan di dalam baldi. Ini kerana air bilasan beras ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan.

Air bilasan dikatakan mampu haluskan dan putihkan kulit. Caranya mudah sahaja ambil air bilasan tadi dan amalkan rendam wajah dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari, barulah boleh nampak kulit beransur cerah.

4. Air Rendaman Limau Nipis

Cara cerahkan kulit dengan limau nipis ini mudah sahaja, hiriskan beberapa biji limau nipis dan rendamkan selama 40 minit di dalam baldi, kemudian mandilah dengan air rendaman ini. Selain untuk putihkan kulit ia juga membantu untuk harumkan badan.

5. Beras Pulut Masker

Gorengkan beras pulut sehingga kekuningan tanpa minyak. selepas goreng tumbuk atau pun kisarkan menjadi serbuk bedak. Selepas dikisar dan jadi serbuk bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.

6. Yogurt Asli

Yogurt ini bukan sahaja sedap dimakan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit. Caranya ambil yogurt asli dan dilumurkan pada wajah dan leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih.

Amalkan 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti. Insya Allah.

7. Betik Haluskan Kulit

Caranya ambil buah betik dan kisarkan ataupun lumutkan supaya menjadi halus. Ambil kisaran betik tadi disapukan pada wajah dan biarkan kering selama 15 minit. Setelah kering bilas dengan air bersih.

9 Cara Menghalau Cicak Di Rumah Anda


Perkara yang paling dibenci oleh orang ramai terhadap cicik adalah masalah berak. Jika anda tinggalkan rumah yang ada cicak kosong seminggu atau dua minggu, kepulangan anda nanti ke rumah bakal menyaksikan pesta tahi cicak di merata-rata tempat.

Ringkasnya cicak memang jenis binatang yang ramai manusia tak suka. Dalam industri pest control, masalah cicak sering menjadi antara pertanyaan pelanggan yang mahu hapuskan cicak dari premis mereka.

Berikut 9 cara menghalau cicak dari rumah anda :

1. Perangkap Cicak

Anda boleh tangkap cicak yang banyak di rumah dengan menggunakan perangkap cicak. Boleh beli sama ada di pasaraya atau di mana-mana hardware berkonsepkan DIY. Biasanya perangkap cicak diperbuat dari kertas tebal yang diletakkan gam di permukaannya.

Ada bahan yang boleh menarik minat cicak datang ke perangkap dan kemudiannya cicak akan melekat. Bila kena cicak, anda boleh buang saja perangkap sekali dengan cicak yang melekat. Cara ini mengambil masa beberapa hari dan banyak perangkap yang diperlukan untuk mencapai tahap zero cicak di rumah anda.

2. Penghalau Cicak

Ada bahan yang diberikan nama sebagai lizard repellent di pasaran. Kalau pergi cari di pasaraya, anda mungkin dapat jenis gel atau cecair pekat yang perlu disapukan pada tempat yang anda tak mahu cicak datang.

Ada juga jenis spray dan jenis elektronik. Pilihlah mana satu yang anda rasa nak cuba. Bawa balik dan buat percubaan di rumah.

3. Perangkap Buatan Sendiri

Anda juga boleh buat perangkap sendiri untuk tangkap cicak. Cara paling mudah adalah dengan pergi hardware, dapatkan gam tikus atau yang kurang kuat dari itu. Ambil sekeping kertas tebal dan sapukan gam di permukaan kertas tersebut.

Selepas itu letakkan di tempat di mana terdapat banyak cicak di rumah anda. Letakkan sikit makanan atau bahan putih seperti serangga kecil di tengah kertas bergam itu. Anda akan dapat lihat banyak cicak terperangkap pada gam keesokkan harinya.

4. Jadikan Rumah Tidak Mesra Cicak

Cicak tak suka rumah yang bersih tak ada sampah dan tak ada langsung bahan makanan. Oleh itu bersihkan rumah anda sentiasa. Jangan biarkan rumah bersepah dan tidak tersusun. Buang semua sampah dari rumah terutamanya di bahagian sinki.

5. Jauhkan Makanan Cicak

Salah satu sebab cicak suka duduk menumpang dan beranak-pinak di rumah anda adalah disebabkan ada punca makanan yang banyak untuk mereka di situ. Oleh itu, jika anda berjaya hapuskan segala punca makanan cicak, mereka akan berhijrah pergi ke tempat lain yang ada makanan.

Makanan yang cicak amat suka adalah serangga terbang seperti nyamuk, rama-rama kecil atau ungas terbang kecil yang lain. Pasangkan jaring supaya semua serangga kecil ini tidak ada dalam rumah anda. Tiada makanan, maka tiada cicak di rumah anda.

6. Hapuskan Ruang Tinggal Cicak

Buat pemeriksaan di segenap sudut rumah anda. Mana saja terdapat rekahan atau celahan, anda perlu tutup samada dengan Silikon atau Urethane. Jangan biarkan ada ruang langsung untuk cicak jadikan tempat tinggal.

7. Gunakan Bawang Putih

Anda boleh gantung bawang putih di bahagian-bahagian yang biasanya banyak cicak di rumah anda. Gantung bawang putih di tingkap dan pintu serta berdekatan dinding yang ada cicak. Cicak tak suka bau bawang putih.

Atau boleh juga anda buat bancuhan bawang putih yang dicampur dengan air. Masukan dalam penyembur dan mula semburkan campuran air bawang putih tersebut ke dinding, tingkap dan lain-lain. Rumah anda akan semerbak berbau bawang putih.

8. Gunakan Bulu Merak dan Kulit Telur

Anda boleh juga cuba gantungkan atau lekatkan bulu burung merak pada dinding dan tempat-tempat lainya. kalau tak ada bulu burng merak, boleh juga gunakan kulit telur.

Lekatkan atau gantung di tempat yang ada cicak. Cicak tak suka kulit atau bulu burung besar sebegitu sebab jenis burung sebegitu akan patuk dan makan cicak.

9. Gunakan Air Ais Sejuk

Jika anda nampak cicak di rumah, cuba semburkan air ais yang sejuk supaya terkena pada cicak itu. Sebaik saja cicak terkena air yang amat sejuk, suhu badan cicak akan turun jadi sejuk dan akan kejang tak boleh bergerak. Bila jadi macam itu, ambil saja cicak yang tengah kaku tersebut dan buang dari dalam rumah anda.

Petua Hapuskan Kesan Kuning Bawah Ketiak Baju


Biasanya kalau guna deodorant, baju mesti jadi mangsa kesan kuning di bawah ketiak baju. Tambahan pula kalau anda pakai baju warna putih, lagi berisiko.

Sudah tentu akan rosakkan penampilan anda, nak angkat tangan pun jadi segan. Kekadang walau dicuci, kesan kuning tetap ada.

Kali ini anda mungkin boleh guna petua yang sangat mudah untuk hapuskan kesan kuning di baju. Hanya satu bahan iaitu sediakan cuka!


Berikut langkah demi langkah caranya :

1. Campurkan cuka makan dan air dengan menggunakan nisbah 3:1.

2. Kemudian ambil campuran cuka dengan span kering dan gosokkan di bahagian yang terdapat kesan kuning.

3. Biarkan lebih kurang 5 minit. Kemudian bilas dengan air panas.

4. Agak nampak masih kurang bersih, ulangi cara yang sama.

5. Jika masih kurang bersih, rendam bahagian yang kuning dalam air cuka.

6. Kemudian anda boleh mencuci baju seperti biasa dengan sabun dan terus keringkan seperti biasa.

Selamat mencuba!

59 Petua Ampuh Orang Tua-Tua


1. Petua Cepat Dipinang (ringan jodoh)

Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

2. Penawar Resdung

Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita berwuduk). Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke suatu destinasi, baik ke pejabat, bersantai, beriadah atau pulang ke rumah malah ke mana saja. Kesannya sungguh menakjubkan.

3. Melicinkan dan Memerahkan Kulit Muka

Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

4. Menegangkan Kulit Muka

Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah di sagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudian campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar.

5. Menghilangkan Cagu

Perahkan sedikit air limau kepada kuku yang mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yang termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dengan menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

6. Menyerikan Wajah

Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. Insya Allah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

7. Menghaluskan Kulit

Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dengan air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi untuk membersihkan kulit.

8. Menghilangkan Bau Badan

Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

9. Badan Ringan Dan Bertenaga

Minum air rebusan serai dan halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insya Allah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu untuk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari.

10. Melembutkan Rambut

Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dalam bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

11. Merawat Kulit Berkedut

Parut sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

12. Melentikkan Bulu Mata

Ambil daun lidah buaya sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik.

13. Menghilangkan Parut

Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air. Jangan terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insya Allah ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.

14. Melebatkan Rambut

Ambil daun bunga raya yabg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dengan sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dengan tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

15. Awet Muda

Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raup ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

16. Merawat Senggugut

Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dengan dimulai dengan selawat. Insya Allah, senggugut akan hilang.

17. Kulit Cerah dan Licin

Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insya Allah, kulit akan cerah, licin dan harum.

18. Rambut

Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali. Tangan yang masih basah itu segera disapukan ke seluruh rambut.

19. Mengurangkan Dengkur

Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

20. Menghilangkan Ketuat

Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ia kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

21. Mengempiskan Perut

1. Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung). Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.

2. Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

22. Mengekalkan Kecantikan

Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.

23. Menghasilkan Kulit Cantik

Amalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yang telah dihancurkan.

24. Mengatasi Senggugut

Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut. Petua ini elok diamalkan dan kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah

1. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 atau 2 minggu sebelum haid. Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan. Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik. Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

2. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari sudah lama saya tak dapat senggugut.

25. Menegangkan Kulit Muka Dan Menghilang Jerawat

Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai-kedai India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yang anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. Insya Allah kulit tegang jerawat tiada.

26. Menyegarkan Mata Gatal dan Letih

Ambil beberapa helai daun sirih muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas daun sirih muda tersebut dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

27. Menyegarkan Mata

Ambil timun yang telah dihiris. Lekapkan pada kelopak mata. Pejamkan mata untuk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

28. Menaikkan Seri Muka

Basuh muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ketiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

29. Merawat Panau

Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau. Insya Allah, anda akan melihat hasilnya.

30. Mengelak Rambut Gugur

Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisar hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insya Allah anda akan memperoleh rambut lebat, hitam dan berkilat semula jadi.

31. Mengurangkan Air Pada Faraj

Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak bijan dan kemudian kukus. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam.

32. Sihat Tubuh Badan

Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (mandi embun). Geselkan kaki di atas rumput yang masih berembun.

33. Melangsingkan Tubuh

Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dengan sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.

34. Menghilangkan Parut di Kulit

Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan sedikit air. Bancuh bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yang mungkin. Lama-kelamaan, parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

35. Mengelak Keguguran Rambut

Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

36. Menghilangkan Bau Ketiak

Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

37. Menghilangkan Kelemumur

Perahkan air limau purut atau limau nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam. Untuk hasil yang baik, biarkan rambut anda diperapkan dengan tuala. Basuh dengan air suam. Selain itu, petua ini juga berguna untuk mengurangkan pening kepala.

38. Rambut Gugur

Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan-lahan. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dengan getah.

39. Menghilang Sakit Kepala

Ambil daun lemuni (batang yang lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insya Allah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

40. Menghilang Ketumbit Mata

Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yabg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

41. Menurunkan Berat Badan

1. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

2. Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yang berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengah hari atau selepas makan malam.

42. Mengatasi Tumit Pecah

Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumit kaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

43. Awet Muda

1. Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku atau rambut yang dipotong atau gugur.

2. Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

44. Mudah Bangun Pagi

Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s.a.w. Niat dalam hati untuk bangun pagi Insya Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

45. Menghilangkan Jerawat

Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan di muka dan di tempat jerawat Insya Allah, jerawat akan beransur hilang.

46. Meluruskan Rambut Kerinting

Perah sebiji kelapa dan ambil patinya (santan) sahaja. Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dengan tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dengan bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

47. Menghaluskan Kulit Muka

Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepung ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang lima belas minit. Selepas itu barulah dibilas.

48. Memerahkan Bibir

Sapukan madu asli pada bibir tiap-tiap malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insya Allah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

49. Memutih dan Mengilatkan Gigi

Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insya Allah gigi anda putih berkilat.

50. Tegangkan Payudara

Amalkan meminum air kanji (air didih nasi) sebelum tidur malam. Insya Allah mujarab.

51. Menghaluskan Kulit Muka

Didihkan susu segar atau pun susu tepung bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

52. Mengembalikan Seri Muka Selepas Bersalin

Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

53. Menguatkan Gigi

Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali. Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

54. Menghilangkan Bau Mulut

Tumbuk lumat 10 kuntum bunga cengkeh dan 3 ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

55. Menghilangkan Lebam Mata

Teh uncang yang telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur.

56. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung

Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

57. Mengelak Santau

Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan, rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan atau minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dengan keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melalui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

58. Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada-Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

59. Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Selamat mengamalkan.

7 Manfaat Buah Nangka Pada Kulit Wajah


Buah nangka sememangnya enak dimakan dan juga memiliki manfaat yang baik untuk kulit wajah. Pelbagai kandungan zat nangka dipercayai berkesan untuk mengatasi permasalahan pada kulit.

Berikut adalah ulasan lebih lanjut mengenai manfaat nangka :

1. Meredakan jerawat

Jika anda mempunyai masalah jerawat, cubalah untuk membahagikan potongan satu isi nangka menjadi dua. Kemudian, urut jerawat anda dengan bahagian dalam buah. Biarkan selama 15 minit dan bilas selepas itu dengan air sejuk.

2. Mencegah kulit wajah kering

Di samping meredakan jerawat, nangka juga berkhasiat untuk mengatasi kulit wajah yang kering. Aplikasi jus nangka pada wajah, biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air mawar.

3. Menghilangkan kedutan

Kulit yang berkedut boleh membuat wajah anda kelihatan lebih tua dan kusam. Untuk mengatasinya, anda perlu mengaplikasikan masker dari buah nangka.

Tambah satu sudu makan susu ke dalam masker nangka, kemudian sapukan pada wajah yang berkedut. Biarkan selama 10 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.

4. Mengatasi bintik hitam

Buat masker dari campuran tiga isi nangka dan satu bijinya. Kemudian, terapkan pada bahagian yang terdapat bintik hitam, urut dengan gerakan memutar ke atas. Selepas 10 minit, bilas wajah dengan air sejuk.

Buah nangka selain enak dimakan juga bermanfaat bagi kecantikan kulit wajah

5. Mengatasi kulit berminyak

Buah nangka juga sangat membantu menghilangkan minyak berlebihan pada muka. Dengan membuat masker nangka maka minyak pada wajah anda boleh dikawal sehingga wajah tidak akan berminyak secara berlebihan.

Lumatkan isi nangka bersama dengan satu senduk makan minyak zaitun, setelah itu sapukan pada wajah yang berminyak, insya Allah minyak bebas dari wajah anda.

6. Menghilangkan kulit belang

Ketika musim panas atau suasana panas seringkali kulit berubah menjadi hitam dan berbelang. Untuk mengatasi masalah ini anda boleh menggunakan nangka dan perahan limau nipis kemudian disapukan pada kulit wajah anda. Campurkan kedua bahan tadi sehingga berbentuk pasta, kemudian sapu pada kulit anda.

7. Membuat kulit berkilau

Menggunakan biji nangka kering dengan madu dan susu sebagai masker alamiah akan membuat kulit anda semakin berkilau. Ini adalah salah satu bahan alamiah yang ampuh dalam membuat kulit sihat dan cantik.

      Baca : 6 Cara Mengembangkan Duit Di Dalam Bisnes

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Manfaat buah nangka dalam penjagaan kulit wajah seperti yang dinyatakan di atas, insya Allah akan menghasilkan perbezaan ketara selepas beberapa waktu anda amalkannya.

- Daku Amat

6 Petua Hilangkan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata


Lingkaran hitam di bawah mata tidak hanya dialami oleh golongan wanita tetapi juga dialami oleh golongan lelaki. Lingkaran hitam muncul akibat dari gaya hidup tidak sihat.

Beberapa sebab lain munculnya lingkaran hitam adalah faktor keturunan, mmenggosok mata secara berlebihan, pigmentasi berlebihan akibat terdedahnya kepada sinar matahari, kurangnya waktu tidur dan kurangnya penghidratan.

Jadi, bagaimana cara mudah untuk mengatasinya? Ya, memang terdapat pelbagai produk kosmetik yang boleh menghapuskan lingkaran hitam mata. Namun, alangkah baiknya jika menggunakan bahan-bahan yang bersifat semula jadi bukan?

Ada beberapa tip yang boleh dilakukan untuk menghapuskan lingkaran hitam bawah mata atau "mata panda". Ucapkan selamat tinggal kepada lingkaran hitam mata!

Berikut 6 petua hilangkan lingkaran hitam di bawah mata :

1. Timun

Salah satu cara yang berkesan dalam menghilangkan lingkaran hitam pada mata. Timun mengandung astringent dan toner kulit, letakkan potongan timun atau hirisan timun pada mata selama 10 minit. Lakukan secara rutin setiap hari. Ini tidak hanya berkhasiat untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata tetapi juga merehatkan mata anda.

2. Air

Cara mudah untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata adalah dengan minum banyak air putih. Selain menghilangkan lingkaran hitam, kulit anda juga akan lebih terhidrat

3. Tidur

Kurang tidur selama jangka waktu yang panjang boleh memberikan kesan yang serius. Salah satu tanda kekurangan dalam istirehat adalah lingkaran hitam di sekitar mata. Ini disebabkan otot-otot dan jaringan di sekitar mata yang menegang.

Anda perlu menenangkan dan meremajakan kedua mata untuk kembali mendapatkan mata yang sihat. Oleh itu, cara terbaik untuk mengurangkan kemunculan lingkaran hitam adalah dengan tidur yang mencukupi.

4. Beg Teh

Cara lain yang berkesan dalam mengurangkan lingkaran hitam pada mata adalah dengan menggunakan uncang atau beg teh. Bila telah selesai minum teh, simpan beg teh tersebut dalam peti ais untuk digunakan kembali. Ketika mempunyai waktu lapang, ambil beg teh tersebut, biarkan terlebih dulu, kemudian letakkan di atas mata.

5. Tomato

Tomato sangat baik untuk mencerahkan warna kulit. Campurkan satu sudu teh air tomato dan lemon ke dalam sebuah gelas. Aplikasikan campuran tersebut pada lingkaran hitam mata secara perlahan, kemudian biarkan selama 10 minit. Bilaskan dengan air bersih kemudian.

6. Minyak Almond

Usapkan minyak almond secara rutin untuk mencerahkan kulit di sekitar mata. Sapukan secara perlahan dan lakukan perkara tersebut setiap hari sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bilas keesokan paginya dengan air sejuk.

Boleh juga menggunakan minyak zaitun atau campuran dari minyak badam dan minyak zaitun untuk hasil yang maksimum. Minyak badam adalah bahan semulajadi yang bermanfaat untuk melicinkan kulit di sekitar mata.

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Tidak sukar untuk mengamalkan 6 petua menghilangkan lingkaran di bawah mata atau eye bags di atas, ini kerana untuk memperolehi bahan-bahannya adalah sangat mudah. Boleh didapati di kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan rumah anda.

- Daku Amat

5 Remedi Alami Wajib Ada Di Dapur


Tahukah anda, jika anda sentiasa pastikan 5 bahan ini ada didapur rumah anda setiap masa, anda sudah tidak perlu susah hati atau risau lagi jika anda atau ahli keluarga anda diserang penyakit.

Lima bahan atau remedi alami ini bukan sahaja terbukti berkesan dalam merawat masalah-masalah kesihatan yang sering dialami, malah jika diamalkan secara istiqamah, seluruh ahli keluarga tidak akan mudah dijangkiti sebarang penyakit.

Jadikanlah dapur rumah anda sebagai farmasi terbaik untuk keluarga anda. Kerana merawat dan mengelakkan penyakit dengan menggunakan remedi dari bahan semulajadi adalah jauh lebih baik daripada menggunakan ubat-ubatan moden berasaskan bahan kimia.

Seboleh-bolehnya sebelum diserang penyakit, kita berusaha sedaya upaya untuk memastikan tubuh badan kita sihat dan kuat dengan mengamalkan 5 remedi alami yang berikut sebagai rutin harian secara konsisten :

1. Madu

1 - Madu sangat berkhasiat sebagai makanan pemberi tenaga. Amalan pengambilan madu setiap pagi dapat membantu memberikan tenaga yang berpanjangan dan ini sangat membantu kita dalam melaksanankan tugasan seharian dengan produktif.

2 - Madu juga membantu meningkatkan sistem imun dan kekebalan tubuh jika diamalkan secara istiqamah. Amalkan memakan madu setiap hari untuk menguatkan tubuh dan mengelakkan dari mudah dijangkiti penyakit.

3 - Madu juga sangat berkesan dalam membantu merawat dan melegakan masalah batuk, kahak dan selsema. Ini kerana ianya bersifat anti bakteria, anti virus dan juga anti radang.

4 - Madu juga bersifat laksatif dan ini dapat membantu dalam proses pencernaan yang lancar.

5 - Untuk mereka yang mengalami masalah sukar tidur, amalkan pengambilan madu yang dicampurkan dalam segelas susu setiap kali sebelum masuk tidur pada waktu malam. Ianya dapat membantu anda mendapat tidur yang lebih lena kerana kandungan asid amino, vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya bertindak sebagai penenang semulajadi.

6 - Madu juga sangat bermanfaat untuk mengatasi masalah kulit seperti jerawat atau luka kerana ianya bersifat antiseptik. Untuk masalah jerawat, hanya sapukan madu ke bahagian yang bermasalah dan biarkan semalaman. Untuk luka, sapukan madu ke bahagian luka untuk mengelakkan jangkitan kuman.

7 - Madu juga merupakan pemanis semulajadi yang jauh lebih berkhasiat dan bagus daripada gula putih. Sebaiknya gunakan madu sebagai pemanis minuman dan kurangkan atau elakkan penggunaan gula putih yang berlebihan dalam pemakanan kita sehari-hari.

2. Bawang Putih

1 - Menguatkan sistem imun dan kekebalan tubuh badan.

2 - Berkesan melegakan masalah selsema dan batuk.

3 - Kandungan iodin yang tinggi dalam bawang putih adalah remedi yang sangat efektif dalam merawat masalah hyperthoroid.

4 - Membantu dalam rawatan masalah kardiovaskular dan mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

5 - Mengurangkan kolestrol dan membantu merawat masalah jantung.

6 - Mengandungi antioksidan yang dapat membantu mengelakkan penyakit Alzheimers dan Dementia.

7 - Membantu menyahtoksikan logam berat dalam tubuh.

8 - Menyihatkan tulang.

9 - Menstabilkan gula dalam darah kerana ianya dapat meningkatkan kadar insulin dalam darah sekaligus mengelakkan penyakit diabetis.

10 - Berkesan merawat masalah jangkitan kulat dan fungus.

3. Halia

1 - Sangat efektif melegakan masalah loya seperti 'morning sickness' semasa hamil.

2 - Melegakan masalah sakit otot dan sengal badan.

3 - Bersifat anti-radang dan mampu merawat penyakit Osteoarthritis.

4 - Mengurangkan kandungan gula dalam darah dan mengelakkan masalah berkaitan jantung.

5 - Mampu mengurangkan senggugut ketika datang bulan bagi perempuan jika diambil pada hari-hari awal kedatangan haid.

6 - Mengurangkan masalah angin dalam badan.

7 - Ianya mampu mengurangkan kolestrol dalam badan.

4. Lemon

1 - Lemon mengandungi Vitamin C yang tinggi dan ini sangat membantu dalam meningkatkan sistem imun dan kekebalan tubuh.

2 - Lemon dapat menyeimbangkan kadar PH didalam tubuh.

3 - Lemon membantu melegakan masalah sembelit dan sekaligus dapat menyingkirkan toksik dari tubuh. Amalkan minum air lemon suam setiap kali selepas makan tengahari atau malam.

4 - Lemon juga dapat membantu dalam merawat demam. Ini kerana lemon berfungsi menurunkan suhu badan yang tinggi dengan menggalakkan perpeluhan.

5 - Antara manfaat lemon yang diketahui umum ialah, ianya sangat berkesan dalam membantu menurunkan berat badan. Amalkan minum air lemon yang dicampurkan dengan madu setiap pagi untuk mendapatkan berat badan yang ideal secara semulajadi tanpa ubat-ubatan.

6 - Lemon juga dapat meredakan bisa akibat gigitan serangga. Hanya gosokkan sepotong lemon ke bahagian yang disengat dan biarkan seketika sementara bisa sengatan tersebut hilang.

7 - Amalan pengambilan air lemon suam setiap pagi juga dapat mencantikkan dan menyihatkan kulit.

5. Cuka Epal

1 - Kandungan 'acetic acid' dalam cuka epal (apple cider vinegar) dapat membantu untuk menurunkan kadar kolestrol dalam darah.

2 - Ianya dapat membantu melegakan masalah sakit tekak. Apabila diserang sakit tekak, bancuh 1/4 cawan cuka epal bersama 1/4 cawan air suam dan kumur setiap 1 jam sekali sehingga sakit tekak hilang.

3 - Cuka epal juga membantu mengatasi masalah sembelit. Bancuh 1 sudu kecil madu bersama 1 sudu kecil cuka epal dan campurkan dalam segelas air masak. Minum sebelum waktu makan.

4 - Kajian menunjukkan cuka epal juga sangat berkesan membantu menurukankan berat badan sekiranya diamalkan pengambilannya secara konsisten setiap hari.

5 - Masalah kelemumur dan gatal-gatal kepala juga dapat diatasi dengan mudah hanya dengan menggunakan cuka epal. Campurkan 1/4 cawan cuka epal bersama 1/4 cawan air masak dan masukkan campuran air tersebut ke dalam botol 'spray'. Sembur kulit kepala anda dengan semburan tersebut, kemudian balutkan kepala dengan tuala kecil selama 15 minit ke 1 jam. Kemudian bilas rambut dengan air paip.

6 - Dalam pemeliharaan kulit wajah, cuka epal boleh dijadikan 'natural toner' yang terbukti berkesan dalam mematikan jerawat pada kulit muka. Kandungan asid yang terkandung dalam cuka epal mampu melembutkan kulit wajah, membuang kulit mati, mengurangkan kemerahan dan menyeimbangkan kadar PH kulit.

7 - Amalan meminum cuka epal sehari-hari juga dapat membantu meningkatkan kecergasan tubuh badan kerana kandungan asid amino, pottassium dan enzim yang terkandung dalam cuka epal sangat berkesan dalam menghilangkan rasa letih pada tubuh badan.

Sebenarnya, ada banyak lagi khasiat dan manfaat yang terdapat pada setiap bahan remedi alami di atas. Akan tetapi cukuplah hanya disenaraikan manfaat-manfaat yang penting dan utama sahaja.
You might like these as well: