Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Resepi. Papar semua catatan

Resepi Sotong Goreng Kunyit Enak Untuk Menu Sahur Di Bulan Ramadhan


Sudah masuk hari ketujuh kita menunaikan ibadah puasa Ramadhan. Persediaan untuk makan sahur kalau dapat masak menu paling senang dan cepat tapi enak tentu ia satu pilihan terbaik. Menu Sotong Goreng Kunyit adalah di antara masakan pilihan anda.

Di bawah ini resepi yang boleh anda gunakan untuk menu sahur iaitu sotong goreng kunyit yang senang dan cepat disediakan; tentunya menyelerakan seisi keluarga.

Bahan-Bahan :


1 - Sotong sederhana besar – cuci bersih dan potong bulat 2 atau 3.
2 - 1 biji bawang besar – hiris nipis.
3 - 3 ulas bawang putih – diketukkan saja.
4 - 2 inci halia – hiris nipis.
5 - Garam secukup rasa + sedikit gula.
6 - Sedikit serbuk kunyit.
7 - Bunga kobis.
8 - 5 biji cili api merah dan hijau - dihiris.
9 - Perahan limau kasturi/nipis.
10 - Lobak merah (carrot) – potong kecil.
11 - Sayur kacang buncis secukupnya – potong serong.

Cara Penyediaan :


1. Sotong yang telah dibersihkan dan dipotong, lalu diperap bersama serbuk kunyit dan sedikit garam lebih kurang 20 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali lalu tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.

3. Kemudian masukkan sotong dan digoreng sehingga 1/2 masak.

4. Masukkan sayur kacang buncis, bunga kobis, lobak merah dan cili api, gaul rata hingga sotong masak (kalau terlalu kering bolehlah dimasukkan sedikit air).

5. Perasakan dengan garam secukup rasa (kalau masa perap sudah bubuh garam tidak perlu ditambahkan garam lagi). Sedikit gula (jika suka). Kacau-kacau hingga sebati.

6. Masukkan perahan limau kasturi/nipis. Tutup api dan sedia dihidangkan.

      Baca : 6 Tip Bangun Sahur Tepat Waktu Di Bulan Ramadhan

ADVERTISEMENT

Selamat bersahur dan selamat menjalani ibadah puasa!

- Daku Amat

Tags : bulan ramadhan sotong goreng kunyit bangun sahur ramadan kareem menu masakan makan sahur resepi menu sahur

Resepi Cucur Udang Rangup


Nampak macam senang tapi sebenarnya nak buat cucur udang pun kena tahu rahsianya. Biasanya bila buat cucur udang ini masalahnya, bila digoreng ia 'masuk minyak' dan lembik. Itulah yang buat kita hilang selera nak makan. Gigit saja cucur, terus mulut kita 'bermandi' minyak.

Di bawah ini salah satu resepi yang boleh anda gunakan untuk buat cucur udang yang rangup dan tentunya menyelerakan seisi keluarga.

Bahan-Bahan :

1 - 500gm atau 2 cawan tepung gandum.
2 - 1 biji telur.
3 - 1 paket yis segera - dicampur bersama 1 sudu gula dan ½ cawan air suam.
4 - Air - ikut anggaran untuk bancuhan cucur (atau hampir 2 cawan).
5 - 1 sudu kecil garam.
6 - Sedikit serbuk kunyit.
7 - 1 biji bawang besar - dihiris.
8 - 200gm taugeh atau 1 genggam taugeh - cuci dan toskan kemudian diramas sedikit.
9 - 20 ekor udang berkulit keras, saiz sederhana - cuci dan toskan. Kemudian lap kering dengan 'tissue' dapur.
10 - 10 tangkai kucai - potong kecil.
11 - 1 biji cili merah - dihiris nipis.
12 - Minyak untuk menggoreng.

Bahan-Bahan Untuk Sos Cili :

1 - 5-6 biji cili merah.
2 - 3 ulas bawang putih - dikisar dengan 1/2 cawan air.
3 - 1/4 cawan cuka makan JALEN.
4 - 1/3 cawan gula atau secukup rasa.
5 - 1/4 camca teh garam.

Cara Penyediaan :

1. Campurkan yis bersama air suam dan gula. Biarkan sehingga ia berbuih.

2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung, serbuk kunyit dan garam. Kemudian digaul rata. Kemudian pecahkan telur dan masukkan bancuhan yis tadi bersama dua cawan air.

3. Gaul sehingga semuanya sebati dan masukkan sayur-sayuran. Biarkan sebentar sehingga bancuhan nampak berbuih.

4. Panaskan dan goreng dalam minyak yang banyak hingga gorengan terendam. Rendamkan sudip yang mahu anda guna dalam minyak panas selama 2 minit. Kacau adunan, kemudian barulah cedok dan isikan ke dalam senduk panas tadi hingga hampir penuh dan lingkarkan seekor udang atasnya.

5. Letakkan udang atasnya dan goyang-goyangkan adunan cucur sehingga tertanggal dari sudip.

6. Perhatikan cucur sehingga kuning keemasan dan angkat untuk tos minyak.

Untuk Sos Cili :

1. Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk.

2. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat.

3. Tuang cuka makan, kacau dan masak sekejap lagi. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama cucur udang tadi.

Rahsia Masak Cucur Enak :

1. Jangan guna air panas untuk membancuh yis kerana ini akan ‘membunuh’ yis. Apabila anda mencampur gula ke dalam bancuhan yis, itu bagi mengaktifkannya. Bila naik berbuih, maknanya yis ‘hidup’ dan boleh digunakan.

2. Untuk menjadikan cucur udang rangup, pastikan anda menggunakan sudip atau senduk yang leper supaya bahagian tepi cucur boleh menjadi lebih 'crispy'.

3. Goreng cucur dalam minyak sederhana panas untuk cucur yang rangup. Minyak yang tidak panas akan menyebabkan bancuhan cucur 'masuk minyak' dan minyak yang terlalu panas pula akan membuatnya menjadi hangit.

Resepi Nasi Goreng Kampung Lazat


Resepi Nasi Goreng Kampung, yang sedap dan mudah untuk dihidangkan tidak memakan masa yang lama. Kesedapannya memang menjilat jari, tak percaya? Silalah dicuba dulu.

Bahan-Bahan :

1 - 7 sendok nasi - anggaran 3 hingga 4 orang makan.
2 - 20 biji lada Kecil - ikut selera pedas.
3 - 3 biji telur.
4 - 2 biji bawang merah - saiz sedang.
5 - 8 ulas bawang putih.
6 - 4 sudu minyak masak.
7 - sedikit belacan - digoreng sekejap lagi sedap.
8 - sedikit ikan bilis - dikopek terlebih dulu.
9 - kobis atau sawi.
10 - isi ayam atau daging.
11 - sos tiram + garam.

Cara Penyediaan

1 - Masukkan nasi yang hendak digoreng dalam peti sejuk. Biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dimasak.

2 - Tumbuk bahan-bahan asas. Mula-mula masukkan lada kecil, ikan bilis, bawang putih, belacan. Akhir sekali baru bawang merah sebab ia berair. Jangan dikisar kerana nanti hilang rasa sebenar.

3 - Panaskan minyak masak. Setelah panas masukkan isi ayam (atau daging) yang telah dihiris. Jangan letak garam atau kunyit, digoreng begitu saja.

Nampak sudah garing sedikit, toskan/angkat. Goreng juga sedikit ikan bilis sehingga ranggup dan sebiji telur mata kerbau (nak buat lebih pun ikut suka).

4 - Guna minyak yang sama tadi, tumis bahan-bahan asas (ingat, ceduk pakai tangan saja dari lesung tu barulah air tangan namanya). Tumis sampai kelihatan garing. Api jangan besar hanya sedang saja.

5 - Masukkan 2 biji telur (ada orang tidak suka dipecah telur - ikut selera). Biarkan sekejap, kemudian baru dikacau.

6 - Masukkan sos tiram 4 sudu makan dan garam 2 sudu teh (kecil). Dikacau-kacau selama seminit.

7 - Baru masukkan isi ayam dan kobis atau sawi (sayur lain pun boleh - ikut selera).

8 - Kacau-kacau selama seminit. Ingat, api jangan besar kerana nanti bawah hangus rasa tak sedap. Biar kelihatan macam kering sedikit.

9 - Akhir sekali, masukkan nasi yang telah disejukkan tadi. Kalau boleh nasi yang hendak digoreng itu jangan lembik. Masak biar peroi. Kacau selama 3 hingga 4 minit.

10 - Kalau suka halia, boleh juga dimasukkan dalam bahan-bahan asas di atas.

Siap untuk dihidang! Selamat mencuba.

Resepi Homemade Soya Taufu Fa


Kalau pergi ke pasar malam atau ke bazar ramadhan, sering kali kita akan terjumpa penjaja yang menjual taufu fa. Taufu fa adalah tauhu lembut, macam puding. Terdapat pelbagai cara hidangan mengikut budaya sesebuah masyarakat, ada yang pedas, ada yang menghidangkannya dengan kicap soya, ada yang manis, bersantan dan sebagainya.

Di negara kita taufu fa dihidangkan bersama sirap air gula putih atau air gula perang (gula merah).

Bahan-Bahan :

1 - Air soya 1 liter atau 2 kotak.
2 - Agar-agar tali.
3 - Daun pandan.
4 - Air kosong secawan - untuk larutkan agar-agar tali.

Bahan untuk kuah gula merah :

1 - Gula merah secawan - ikut nak banyak mana.
2 - Gula pasir 2 sudu.
3 - Air secawan - untuk larut (sama ada suka cair dan manis seperti dijual dikedai).
4 - Daun pandan.

Cara Penyediaan

Setelah siap penyediaan bahan-bahan di atas, kini cara penyediaan pula.

1 - Masuk air secawan dalam periuk dan buka api.

2 - Basuh agar-agar tali dan masukkan ke dalam periuk berserta daun pandan.

3 - Bila sudah larut masukkan air soya 2 kotak dan biar mendidih .

4 - Tutup api.

5 - Sedia untuk dimasukkan ke dalam bekas. Biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.

Penyediaan kuah gula merah :

1 - Masukkan semua bahan dan masak atas api sehingga menggelegak.

2 - Tapis sekiranya perlu.

3 - Setelah 4 jam taufu fa dalam peti sejuk, bolehlah sedia untuk dimakan bersama kuah gula merah.

4 - Setelah disiram air gula merah, makan sejuk-sejuk memang sedap.

Siapa yang suka sangat makan menu ini, bolehlah cuba buat!

Senang saja tidak perlu susah-susah nak perah kacang soya. Apa yang penting rasanya sedap macam yang dijual.

Selamat mencuba

Resepi Ayam Goreng Rangup Bersos Lemon


Resepi Ayam Goreng Rangup Bersos Lemon ini sangat sedap dimakan bersama nasi ayam atau diratah begitu saja pun sedap.

Bahan-Bahan :

Berikut penyediaan bahan-bahan yang berkaitan.

Bahan untuk ayam :

1 - 2 keping dada ayam.
2 - 2 camca tepung jagung.
3 - 2 camca tepung beras.
4 - 2 camca tepung gandum.
5 - 2 camca tepung kastard.
6 - Garam + Lada sulah + Telor sebiji.

Bahan untuk sos :

1 - 1 camca sos plum.
2 - 2 camca perahan jus lemon.
3 - 2 camca cuka + 4 camca gula.
4 - 2 sudu teh tepug jagung.
5 - 1 sudu teh lemon emulco.

Cara Penyediaan

Setelah siap penyediaan bahan-bahan di atas lebih kurang selama 15 Minit, kini cara memasak lebih kurang selama 20 Minit. Keseluruhan siap menu untuk hidangan selama 35 minit sahaja.

Cara-cara untuk ayam :

1 - Basuh ayam hingga bersih, ketuk sedikit ayam dengan lesung untuk meleperkannya.

2 - Panaskan minyak.

3 - Campur semua tepung, garam dan lada sulah kecuali tepung kastard.

4 - Celupkan ayam dalam tepung, kemudian celup pula dengan telur, last sekali celupkan dengan tepung kastard.

5 - Gorengkan ayam dengan minyak yang agak panas.

Cara-cara untuk sos :

1 - Campur semua bahan dalam periuk kecil masak hingga mendidih dan pekat.

2 - Potong ayam yang dah digoreng tadi.

3 - siramkan dengan sos lemon tadi.

4 - Siap untuk dimakan.

Selamat mencuba

Resepi Ayam Masak Paprik


Resepi Ayam Masak Paprik ini berasal dari negara Thailand. Kini menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia juga. Simple, sedap dan cepat untuk disediakan.

Bahan-Bahan :

1 - 300 gram ayam - campuran bahagian isi dan tulang.
2 - 3 sudu besar minyak masak.
3 - 1 sudu besar cili kisar.
4 - 2 ulas bawang putih - diketuk.
5 - 1 cm halia - hiris nipis.
6 - 1 sudu besar kicap manis.
7 - 1 sudu besar sos cili.
8 - 1 sudu kecil pes tomyam.
9 - 1 helai daun limau purut.
10 - 1 batang serai - dititik.
11 - 5 biji cili api - dititik.
12 - 1/2 bawang besar - hiris kasar.
13 - sedikit air + sedikit sos ikan (optional).
14 - sayur - bunga kubis + kacang panjang + capsicum hijau.

Cara Penyediaan

1 - Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tomyam hingga naik bau.

2 - Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 minit atas api yang besar.

3 - Masukkan bahan-bahan lain beserta air, kacau hingga kuah menjadi pekat.

4 - Angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas.

Tips :

Kalau nak pedas boleh tambah cili api.

Selamat mencuba.

Resepi Mee Hailam Sedap


Resepi Mee Hailam, yang sedap dan mudah. Kesedapannya memang setanding dengan rasa mee Hailam di restoran Thai.

Bahan-Bahan :

1 - 500g mee kuning.
2 - 4 ulas bawang putih - diketuk.
3 - 1 mangkuk isi ayam - telah direbus.
4 - 1 mangkuk udang + 3 ekor sotong.
5 - kicap pekat + 1 sudu kecil lada hitam atau lada sulah.
6 - 2 sudu besar sos tomato + 1 sudu besar sos tiram.
7 - sayur sawi - asingkan batang dan daun.
8 - 3 batang jagung muda - hiris nipis.
9 - 1/2 biji karot - hiris nipis.
10 - 1 biji tomato - potong 6.
11 - 2 sudu besar tepung jagung + air secukupnya.

Bahan untuk hiasan :

1 - cili merah - hiris nipis.
2 - bawang goreng.
3 - limau nipis.

Cara Penyediaan

1 - Panaskan air dan celur mee kuning. Angkat dan toskan.

2 - Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga naik bau. Masukkan ayam, udang, sotong dan karot. Kacau sehingga separuh masak.

3 - Masukkan air secukupnya, kicap, sos tomato, sos tiram, batang sawi dan lada hitam dan masak sehingga kuah mendidih.

4 - Masukkan daun sawi, jagung muda dan tomato. Tuang pula bancuhan tepung jagung dan didihkan sehingga kuah pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

5 - Tuang kuah di atas mee dan hiaskan denagn cili merah, bawang goreng dan limau nipis.

Selamat mencuba.

Resepi Ayam Masak Halia Mudah Dan Sedap


Kali ini dikongsikan resepi masakan ayam yang mudah tetapi sangat sedap iaitu Ayam Masak Halia. Kekadang kita tidak perlu bersusah payah untuk masak sesuatu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada keluarga.

Cukup sekadar masakan yang mudah tapi istimewa hidangan air tangan sendiri dan dipadankan pula dengan nasi yang panas. Memang sedap! Silalah dicuba resepi ini.

Bahan-Bahan :

1 - 500 gram ayam - potong kecil.
2 - 4 ulas bawang putih - hiris nipis.
3 - 2 cm halia - hiris halus memanjang.
4 - 1 sudu besar kicap cair.
5 - 1 sudu besar sos tiram.
6 - 1 biji bawang besar - hiris nipis membulat.
7 - 1 biji cili merah - hiris nipis.
8 - 1 tangkai daun bawang - hiris panjang 2 cm.
9 - 1 1/2 sudu kecil tepung jagung - dibancuh dengan sedikit air.
10 - minyak masak - untuk goreng ayam.
11 - sedikit lada sulah atau lada hitam.
12 - sedikit garam + kunyit + garam + gula - secukup rasa.

Cara Penyediaan :

1 - Panaskan minyak. Gaul ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.

2 - Ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi anggaran 1/2 senduk dan tumis bawang putih bersama halia sehingga naik bau. Masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.

3 - Masukkan pula sos tiram, kicap cair dan sedikit taburan lada hitam. Kacau seketika (jaga jangan sampai bawang putih hangus).

4 - Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.

5 - Taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat.

6 - Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

7 - Angkat dan tabur dengan daun bawang dan dihidangkan bersama nasi panas.

Tips :

Hati-hati semasa masukkan garam kerana kicap cair sudah masin. Begitu juga ayam tadi yang sudah masin diperasakan garam semasa menggoreng.

Selamat mencuba.

Resepi Nasi Ayam Menyelerakan


Resepi Nasi Ayam memang pasti sedap. Sangat berbaloi mencuba resepi ini walaupun nampak sukar dan munggunakan bahan yang banyak. Anda pasti puas hati setelah merasa masakan ini.

Bahan untuk ayam (direbus) :

1- 1 ekor ayam dipotong 8.
2 - 2 ulas bawang putih - tumbuk halus.
3 - 2 cm halia - tumbuk halus.
4 - 1 kiub ayam.

Bahan untuk ayam (diperap) :

1 - 1 sudu besar kicap pekat.
2 - 1 sudu besar sos tiram.
3 - 1 cm halia, ditumbuk halus.
4 - 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus.
5 - 1 sudu besar kicap cair.
6 - Sedikit madu untuk sapuan.

Bahan untuk nasi :

1 - 3 cawan beras.
2 - 4 cawan air rebusan ayam.
3 - 2 sudu besar butter.
4 - 1 cm halia - tumbuk halus.
5 - 3 ulas bawang putih - tumbuk halus.
6 - Sedikit garam.
7 - 2 bunga lawang* + 4 buah pelaga* + 1 kayu manis*.
10 - 1 batang serai ketuk + 2 helai daun pandan.
12 - Sedikit kunyit untuk warna dan aroma.

Bahan untuk sos :

1 - 5 biji cili merah.
2 - 3 ulas bawang putih.
3 - 2 cm halia.
4 - 1 sudu besar cuka.
5 - 1 sudu teh garam + 1 sudu teh gula.
6 - 1/2 cawan air rebusan ayam.

Bahan untuk sup :

1 - Air rebusan ayam.
2 - 1 biji bawang besar - kisar.
3 - Rempah sup bunjut + Garam.
4 - Daun sup + daun bawang - hiris.

Bahan untuk kuah kicap :

1- Kuah kicap perapan ayam di atas.
2 - Kicap manis.
3- Sedikit garam.
4 - Air rebusan ayam

Cara-cara Penyediaan

Setelah siap segala bahan-bahan di atas, sekarang masa untuk cara penyediaannya pula.

Cara untuk ayam :

1 - Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dengan 2 ulas bawang putih dan halia yang diketuk.

2 - Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.

3 - Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)

4 - Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.

Cara untuk memasak nasi :

1- Basuh beras dan tos air.

2 - Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis (*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.

Cara untuk memasak sup :

1 - Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.

Cara untuk memasak sos :

1 - Kisarkan semua bahan di atas.

2 - Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.

Cara untuk memasak kuah kicap :

1 - Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika.

2 - Sejukkan sebelum dihidang.

Tips :

Pastikan ayam tidak direbus terlalu lama kerana nanti apabila di rebus terlalu lama isi ayam akan mudah hancur ketika menggoreng.

Selamat mencuba.

Resepi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah


Datang keinginan untuk makan nasi tomato dan kebetulan tengok bahan-bahan pun ada, maka bolehlah buat. Lagi pun resepi ini simple sangat dan lauknya resepi terbaik iaitu ayam masak merah.

Nasi Tomato

Resepi nasi tomato ni lepas dicuba sekali jadi favorite pasti bertambah nasi tu.

Bahan A :

1 - 2 sudu besar minyak sapi.
2 - 2 sudu besar minyak.

3 - 2 ulas bawang putih - cincang.
4 - 3 ulas bawang merah - hiris halus.
5 - 1 inci halia - hiris halus.
6 - buah pelaga + bunga cengkih + kulit kayu manis + bunga lawang.

Bahan B :

1 - 1/4 cawan susu cair.
2 - 3 biji tomato di potong dadu kecil hancur.
3 - 1/4 cawan sos tomato.
4 - garam + gula.
5 - 3 pot - Beras (rendam dalam air selama 15 minit).

Cara-cara Penyediaan

1 - Tumis bahan A sampai naik bau, dan masukkan bahan B kecuali beras. Kacau sehingga sebati.

2 - Masukkan ke dalam rice cooker, kalau nak terus tumis dalam rice cooker pun boleh.

3 - Kemudian masukkan beras dan air sukatannya air macam masak nasi biasa.

4 - Kacau sekerap mungkin tapi jangan sampai hancur nasi. Sekadar membalikkan supaya nasi masak rata.

Ayam Masak Merah

Ayam masak merah ni memang selalu membuka selera.

Bahan-bahan :

1 - 1/2 ekor ayam di potong kecil.
2 - 1 biji bawang besar - dihiris nipis.
3 - 8 sudu besar cili giling.
4 - 8 sudu besar sos tomato.
5 - 2 inci halia - di potong nipis.
6 - 2 batang serai - dititik.
7 - garam + gula.

Cara-cara Penyediaan

1 - Tumiskan bawang + halia + serai sehingga naik bau dan masukkan cili giling dan sos tomato. Biarkan sehingga mendidih.

2 - Kemudian masukkan ayam dan gaulkan sehingga rata. Masukkan juga gula dan garam secukup rasa.

3 - Masak sehingga kering sedikit dan hidangkan.

selamat mencuba.

Resepi Sotong Sumbat Telur Berempah


Resepi Sotong Sumbat Telur Berempah ini sangat sedap dimakan bersama nasi atau diratah begitu saja pun sangat sedap.

Bahan-Bahan :

1 - 10 ekor sotong - saiz sederhana.
2 - 10 tangkai cili kering - dikisar.
3 - 3 biji bawang merah - dikisar.
4 - 3 ulas bawang putih - dikisar.
5 - 1 cm belacan - dikisar.
6 - 2 sudu serbuk kari ayam atau daging.
7 - 1 biji bawang merah - dipotong dadu.
8 - 3 biji telur + 1 sudu sos tiram.
9 - Minyak masak + Air + Garam + Gula.

Cara Penyediaan

Setelah siap penyediaan bahan-bahan di atas, kini cara-caranya pula.

1 - Bersihkan sotong dan rebus seketika. Tos dan ketepikan.

2 - Panaskan minyak, masukkan telur, sos tiram dan garam. Goreng hingga jadi telur hancur (scramble egg).

3 - Sumbatkan telur hancur ke dalam badan sotong yang telah direbus tadi.

4 - Kemudian, sematkan kepala sotong kepada badannya dengan lidi koktel (disumbat saja kepalanya tanpa guna lidi pun boleh)

5 - Dalam kuali, panaskan minyak. Tumis bahan kisar dan serbuk kari sehingga garing.

6 - Kemudian tambahkan air mengikut citarasa anda sama ada nak kuah yang cair atau pekat.

7 - Masukkan garam dan gula mengikut citarasa anda. Kacau seketika.

8 - Masukkan sotong yang telah disumbat tadi dan bawang yang dihiris dadu.

9 - Balik-balikkan sotong dan tunggu bawang layu.

10 - Kemudian bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Tips :

Boleh ganti telur dengan kentang, tauhu atau lain-lain mengikut kesukaan anda.

Selamat mencuba

Resepi Maggie Ketam Dan Udang Enak


Resepi Maggie Ketam dan Udang ini resepi menggunakan maggie kari biasa sahaja tapi sangat enak. Tengok gambar itu saja pun sudah kecur lidah dibuatnya.

Bahan-Bahan :

Berikut penyediaan bahan-bahan yang berkaitan.

1 - ketam dan udang.
2 - bawang besar 3 biji - dihiris.
3 - bawang putih 5 biji - ditumbuk.
4 - cili kering 2 genggam - diblander.
5 - cili padi - diketuk.
6 - halia 2 inci + 2 kiub pati ayam.
7 - serbuk lada hitam + 2 sudu sos cili.
8 - 4 sudu kicap pekat manis.
9 - serbuk maggie kari.
10 - sayur sawi + garam.
11 - 1/2 sudu air tepung jagung.
12 - 1/2 sudu kecil gula - kalau mahu manis tambah lagi gula.

Cara Penyediaan

Setelah siap bahan-bahan di atas, kini cara untuk penyediannya pula.

1 - Blander cili kering dan halia.

2 - Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing.

3 - Masukan bahan yang telah dikisar tadi.

4 - Masukkan serbuk maggie kari.

5 - Masukkan 4 sudu kicap pekat manis.

6 - Masukkkan serbuk lada hitam (kalau suka).

7 - Masukkan air ikut suka nak letak banyak mana. Kalau kuah pekat tambah lagi air.

8 - Masukkan kiub pati ayam.

9 - Masukkan 2 biji telur yang telah dipukul/dihancurkan.

10 - Masukkan udang dan ketam bersama sayur sawi dan cili padi yang diketuk tadi.

11 - Maggie direbus terlebih dahulu.

12 - Campurkan kuah yang telah siap ke dalam maggie yang telah direbus tadi.

13 - Siap untuk dimakan.

Tips :

Maggie jika masak sekali dengan kuah pun lagi sedap sebab tengah panas.

Selamat mencuba.
You might like these as well: