Ramai orang kadang-kadang mudah hendak "judge" orang lain. Tidak boleh nak lari daripada sikap negatif ini. Sebenarnya amatlah tidak adil untuk menghukum seseorang berdasarkan penampilan dia. Begitu juga tidak adil senang-senang hendak "judge" seseorang berdasarkan kualiti kerja dia.
Siapa yang tidak mahu jadi pekerja cemerlang? Boleh cepat naik pangkat dan cepat naik gaji. Dalam hati itu teringin nak pakai kereta mewah dan duduk rumah besar. Tetapi, bukan senang hendak jadi pekerja cemerlang. Perlu ada kreditibiliti yang tiada pada orang lain. Macam mana hendak tahu sama ada kita pekerja cemerlang atau tidak?
Berikut 5 sikap yang hanya ada pada seorang pekerja cemerlang :
1. Mereka mahu lebih
Mereka tidak puas hati dengan hanya mencapai tahap minima, mereka mahu lebih lagi. Tidak kiralah disebabkan cita-cita ataupun mahu kepuasan diri, mereka hanya akan berpuas hati apabila mereka lakukan lebih daripada yang mereka jangkakan.
2. Mereka sering bertanyakan soalan
Sikap mereka yang ingin tahu membuak-buak dalam diri. Mereka tidak boleh sekadar mengangguk dan menerima bulat-bulat sahaja. Jika ada sebarang kekeliruan dan keraguan, mereka akan terus ajukan soalan untuk dapatkan kepastian. Mereka mahu mengetahui lebih lanjut dan memahami proses secara terperinci. Sebenarnya sikap sebegini membenarkan mereka untuk pergi lebih jauh.
3. Mereka bersemangat tinggi
Mereka prihatin mengenai prestasi kerja mereka. Mereka inilah pekerja contoh yang mana mata mereka akan bersinar-sinar apabila diberikan sesuatu tanggungjawab baru. Mereka juga adalah jenis pekerja yang akan defend habis-habisan idea dan rancangan mereka jika mereka rasakan yang ianya adalah satu idea yang bernas.
4. Mereka sedikit pelik
Jika diperhatikan pekerja yang cemerlang, mereka ini ada kecenderungan untuk bersifat sedikit pelik. Inilah yang membuatkan mereka lain dan unik daripada orang lain. Sikap pelik sebegini menunjukkan yang mereka ini kreatif dan berfikiran jauh kehadapan.
5. Suka membuktikan idea mereka bernas
Mereka ini bersemangat waja untuk jadi yang betul. Jika mereka ada idea yang gila-gila namun bernas, pasti ada orang lain yang berfikiran biasa akan membantah. Namun mereka ini akan buktikan pada orang lain yang mereka itu silap sehinggalah dia berjaya membuktikan. Mereka akan cari jalan untuk menguruskannya dan akhirnya membuktikan pada orang lain yang idea itu bernas dan menguntungkan syarikat.
Baca : 4 Amalan Kukuhkan Pengurusan Kewangan Perniagaan Anda
Pekerja cemerlang merupakan aset penting kepada syarikat. Kesilapan yang sering dilakukan majikan adalah mengambil pekerja yang mempunyai gaya pemikiran, minat dan tahap pengetahuan yang sama. Ini menyebabkan syarikat tidak mampu berkembang. Sepatutnya majikan perlu mengaji pekerja yang lebih berpengetahuan, mempunyai skill berbeza dan idea bernas. Inilah kualiti yang hanya dimiliki oleh pekerja cemerlang.
- Daku Amat