Perniagaan merupakan satu peluang dan ruang yang benar-benar boleh memberikan pulangan lumayan, khusus bagi mereka yang serius dalam menjalankan bisnes yang diceburi. Tidak kiralah berniaga apapun, yang penting prospek perniagaan sememangnya salah satu cabang untuk seseorang itu bergelar jutawan.
Untuk menjadi seorang yang berjaya dalam lapangan perniagaan, anda mestilah bijak mengambil peluang yang ada dalam dunia perniagaan yang mana peluang-peluang tersebut dapat membantu untuk meningkatkan lagi kejayaan perniagaan tersebut. Peniaga yang bijak akan memerhatikan keperluan semasa masyarakat sekeliling.
Misalnya, sekiranya di sesuatu kawasan penempatan tidak ada menyediakan perkhidmatan dobi, maka peniaga yang bijak akan menggunakan peluang tersebut dengan membuka sebuah kedai dobi dan mungkin boleh bermula secara kecil-kecilan. Inilah yang dikatakan pandai mencuri peluang dalam perniagaan.
Berikut 8 strategi mengembangkan perniagaan anda :
1. Membuat catatan kewangan (cash flow)
Penting sekali kerana didalamnya terdapat pengiraan modal dan perbelanjaan segala perbelanjaan operasi Selain itu, ia dapat digunakan untuk memohon pinjaman.
2. Menentukan harga jual yang tepat
Jangan sampai salah menentukan harga jualan. Semua harga kalau boleh sudah dihitung jumlah keuntungan selepas ditolak dengan harga kos.
3. Mengendalikan sumber manusia dengan baik
Jumlah pekerja harus disesuaikan dengan keperluan bisnes. Hak dan kewajiban juga harus jelas dan diketahui oleh pekerja sejak awal bekerja.
4. Mengasingkan keuntungan
Hasil keuntungan diasingkan antara lain untuk persediaan mengganti kelengkapan perniagaan yang rosak atau menurun fungsinya dan untuk pengembangan perniagaan.
5. Layanan yang profesional
Layanan profesional antara lainnya, tidak membiarkan pelanggan menunggu terlalu lama, mendahulukan pelanggan yang tiba lebih dahulu dan bersikap ramah.
6. Membuka cawangan
Membuka cawangan adalah salah satu ciri perniagaan berkembang. Ia memberikan beberapa kelebihan, antaranya produk kita akan lebih dikenali oleh masyarakat setempat.
7. Menjaga kebersihan dan kekemasan
Semua faktor dari tempat perniagaan, pekerja, kelengkapan tidak boleh luput dari kebersihan. Termasuk juga pakaian seragam pekerja.
8. Kerja keras, bijak dan kreatif
Gabungkan ketiga perkara di atas, maka semua perkara dalam urusan perniagaan anda akan dapat diselesaikan dengan mudah.