Memaparkan catatan dengan label Haiwan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Haiwan. Papar semua catatan

9 Tanda-Tanda Kucing Peliharaan Anda Akan Mati


Bagi anda yang memiliki kucing peliharaan yang sedang sakit mungkin anda harus tahu apa tanda-tanda kucing yang akan mati supaya setidaknya anda sebagai pemilik kucing boleh memberikan perawatan yang maksima sebelum kematian menjemputnya.

Berikut 9 tanda-tanda kucing peliharaan anda akan mati :

1. Kucing menjadi pasif


Seekor kucing yang sudah mendekati kematiannya atau sedang dalam keadaan sakit yang sangat berat maka kucing kebiasaannya hanya akan berbaring saja dan tidak bergerak seolah-olah sukar menggerakkan badannya. Ini tanda-tanda bahawa kucing akan mulai mengeras dan kaku di seluruh tubuhnya.

2. Kucing diam tidak bersuara


Kucing tidak bersuara juga salah satu tanda ia mendekati kematian. Tenaga kucing menjadi sangat lemah yang membuat ia sangat sukar untuk mengeluarkan suara. Ada juga ia mengeluarkan sesekali suara cukup keras dan biasanya kerana rasa sakit yang ia alami menjelang kematiannya. Pendek kata, jika suaranya semakin mengecil maka kematiannya sudah semakin hampir.

3. Penurunan suhu badan dan denyutan jantung


Kebanyakkan kucing memiliki suhu purata 36 darjah celcius dan ia akan semakin menurun jika sudah menghampiri kematian, denyut jantungnya juga semakin lama semakin melemah. Denyutan jantungnya juga biasanya semakin tidak teratur sebelum akhirnya benar-benar berhenti berdenyut (mati).

4. Perubahan perwatakan


Kalau kucing anda memang sudah terbiasa mudah untuk dipegang, mungkin saja kucing anda berubah menjadi pemarah dan tidak mahu dipegang kerana sedang kesakitan. Ada juga sesetengan kes lain, jika kucing anda biasanya bersifat berdikari dan sering keluar rumah, sekarang jadi selalu mencari perhatian dan ingin ditemani tuannya.

5. Perubahan penampilan


Kucing anda juga akan berubah menjadi lebih kusut dari biasanya serta tidak punya tenaga untuk grooming sendiri. Sekiranya ia berlaku pada kucing anda, segeralah bawa ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

6. Perubahan selera makan


Kucing yang sedang sakit kuat, tidak lagi mahu makan dan minum, bahkan jika diberi makanan kesukaannya pun tetap tidak mahu makan. Jika kucing anda tidak mahu makan 2-3 kali jadual makan secara berurutan, sebaiknya anda bawa ke doktor veterinar untuk diperiksa lebih lanjut.

7. Nafas tidak teratur


Kucing anda juga akan bernafas secara keras sehingga berbunyi. Dan mungkin terjadi di mana kucing anda akan membuka mulut serta mengeluarkan lidahnya.

8. Kucing akan bersembunyi


Kucing yang sudah tahu bahawa ia akan mati, atau kucing yang sedang sakit akan mula mencari tempat yang dianggapnya sangat selesa. Kekadang sangat jauh dari pemiliknya jika kucing itu biasa keluar rumah. Kucing akan mencari tempat yang memang benar-benar tidak panas, teduh atau gelap. Mungkin saja di bawah kenderaan, di bawah pokok atau di bawah katil. Seolah-olah tidak mahu tuannya melihat dia mati.

9. Menghilang tanpa jejak


Tanda lain yang kucing anda akan mati ialah secara tiba-tiba kucing anda menghilang tanpa ada yang tahu. Mungkin ia faham dan tidak mahu tuannya sedih melihat ia mati. Oleh itu, tuannya harus siap dari segi mental untuk kehilangan kucing kesayangan dan pastinya itu sangat membuat anda sedih.

      Baca : 8 Spesies Ikan Paling Berbahaya Di Dunia

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Mengucapkan selamat tinggal memang tidak pernah menjadi hal yang mudah bagi anda pecinta kucing, di mana kucing memang sudah menemani anda hari-hari dan dianggap sebahagian daripada anggota keluarga. Tetapi jika anda dapat mengetahui lebih awal tanda-tanda kucing anda akan pergi selamanya, ia mungkin akan membuatnya lebih selesa dengan menemani serta mengungkapkan betapa anda menyayanginya, dengan mengelusnya lembut dan ada di sisi ketika ajal menjemput kucing kesayangan anda.

- Daku Amat

Tags : kucing haiwan peliharaan kucing kesayangan veterinar pengetahuan

8 Spesies Ikan Paling Berbahaya Di Dunia


Jika anda seorang yang meminati aktiviti memancing, anda mungkin lebih mengetahui mengenai pelbagai jenis spesies ikan yang terdapat di dalam laut dan sungai. Biasanya, kebanyakan daripada kita hanya mengetahui spesies ikan yang kita makan dalam kehidupan seharian sahaja, tidak lebih daripada itu. Para saintis menjelaskan bahawa sehingga tahun 2010, terdapat lebih daripada 2 juta spesies hidupan laut, yang mana 15,304 daripadanya adalah ikan.

Dan di antara spesies ikan ini, terdapat ikan yang sangat merbahaya dan berpotensi membunuh, antaranya adalah ikan jerung. Namun, masih terdapat banyak lagi spesies ikan yang sangat merbahaya di dalam laut yang tidak kita ketahui. Di bawah ini diberkongsikan 8 spesies ikan yang paling merbahaya di dalam lautan dan sungai.

Berikut 8 spesies ikan paling berbahaya di dunia :

8. Dragonfish



Cerita horor laut dalam masih berlanjut, dan ikan Dragonfish cukup terkenal kerana mulutnya yang oversized dan giginya mirip taring yang menakutkan. Kepalanya saja semuanya seperti hanya diisi dengan rahang dan mata. Ikan ini mengeluarkan cahaya yang indah untuk menarik bakal mangsanya, sama seperti kail pancing Anglerfish. Ikan ini tergolong predator buas yang menakutkan dan seharusnya dihindari.

7. Blowfish



Kebanyakan daripada kita mengenali ikan Buntal atau Blowfish ini. Ia merupakan ikan karnivor yang bukan sahaja boleh dijumpai di perairan tropika dan subtropika tetapi juga di air tawar dan paya. Ciri pertahanan diri yang ada pada ikan buntal daripada pemangsa adalah keupayaan untuk mengembangkan badan, dan ini dapat menakutkan ikan lain.

Dipercayai merupakan vertebrata kedua paling beracun di dunia selepas katak racun emas. Walaupun kelihatan comel, kulit dan juga duri-duri ikan ini mengandungi racun 1200 kali ganda daripada cyanide ketika mengembang yang boleh membunuh sehingga 30 manusia, membuatkan ia termasuk dalam senarai ikan paling berbahaya di dunia.

6. Viperfish



Sekali pandang pun memang dah nampak keganasan dan bahaya pada ikan ini, namun memang sukar untuk ditemui kerana ia biasanya tinggal di kawasan yang sangat dalam sedalam 2800 meter. Walaupun bersaiz kecil, maksima 30 sentimeter namun ia amat berbahaya dan agresif kerana rahangnya mempunyai taring yang sangat tajam. Menurut saintis, ia merupakan satu daripada empat populasi hidupan laut. Jika anda berpeluang untuk berhadapan dengan ikan ini, risiko untuk anda diserang adalah sangat tinggi.

5. Stonefish



Merupakan sejenis ikan yang agak pemalu, namun antara yang paling beracun di dunia. Biasanya hidup di laut Pasifik dan laut India, ia mendapat namanya disebabkan rupa bentuknya yang menyerupai batu. Sirip-siripnya yang berduri mempunyai racun yang sangat kuat dan boleh membunuh manusia yang menyentuhnya. Apa yang lebih bahaya adalah rupanya yang sukar untuk dilihat itu membuatkan anda boleh terpijak haiwan ini dan menyebabkan anda disengat.

4. Anglerfish



Spesies yang biasanya dijumpai di laut dalam Atlantik dan Antartik ini bukan sahaja antara ikan yang paling berbahaya di dunia tetapi juga paling hodoh di dunia. Namanya "angler fish" digelar oleh kerana cara ikan ini yang amat bijak untuk mengumpan mangsanya dengan menarik perhatian mereka oleh cahaya yang dipancarkan daripada bahagian atas kepalanya. Ia mempunyai kebolehan untuk membuka mulutnya dengan besar untuk memakan haiwan lain yang lebih besar daripadanya. Walaupun merbahaya di lautan, ia amat digemari oleh orang Korea dan Jepun dalam menu makanan mereka.

3. Barracuda



Ikan yang bertaring sangat tajam dan boleh membesar sepanjang 45 sentimeter ini biasanya dijumpai di laut tropika terutamanya Laut Carribean. Tergolong dalam karnivor laut dalam, apa yang membuatkan ikan ini bahaya adalah kebolehannya untuk memecut dengan kelajuan 90 kilometer sejam dengan hanya menggerakkan ekornya dan memangsa haiwan laut lain dengan pantas. Ia masih berbahaya kepada manusia dan akan menyerang manusia walaupun tidak masuk dalam makanan ikan ini.

2. The Goliath tigerfish



Ikan ini mempunyai rahang menyerupai buaya dan sangat kuat serta boleh mencapai satu setengah meter dengan berat 54 kilogram. Jika dilihat pada rupanya sahaja anda sudah boleh tahu akan bahayanya ikan ini, dan namanya diberi gelaran "tiger" kerana ikan ini merupakan spesies yang sangat ganas dan menakutkan. Merupakan jenis terbesar dalam keluarga tigerfish. Walaupun sangat berbahaya tetapi ia amat jarang dijumpai membuatkan ia tidak berada pada nombor pertama dalam senarai ini.

1. Piranha



Spesies ikan yang memang sudah diketahui seluruh pelusuk dunia mengenai keganasannya iaitu ikan Piranha. Tiada siapa yang boleh menyangkal kedudukan ikan ini untuk berada di tangga pertama ikan paling berbahaya di dunia. Mempunyai di antara 40 hingga 60 spesies. Walaupun bertubuh kecil sebesar tapak tangan, dengan gigi yang sangat tajam, rahang yang sangat kuat serta pergerakan yang terlalu pantas, 300 ekor Piranha boleh melenyapkan segala isi pada tubuh manusia seberat 80 kilogram hanya dalam masa 5 minit. Ia boleh dijumpai dalam sungai air tawar di sekitar sungai Amerika Selatan seperti Amazon, Bolivia, Colombia dan beberapa lagi negara Amerika Selatan.

      Baca : 5 Tip Untuk Membuatkan Pasangan Mudah Mendengar Kata-Kata Anda

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Ikan merupakan makanan yang biasa dimakan sehari-hari. Dari berbagai macam jenis ikan di dunia ini terdapat juga beberapa spesies ikan yang paling mematikan dan ganas.

- Daku Amat

Tags : ikan air tawar ikan laut dalam spesies ikan memancing ikan pengetahuan

11 Haiwan Paling Berbahaya Di Dunia

Di dunia ini, terdapat banyak haiwan yang boleh menyebabkan kematian dan dikira berbahaya kepada manusia kerana sifat dan cara binatang-binatang ini bertindak. Di sini, dikongsikan haiwan-haiwan yang berbahaya. Kebanyakan daripada haiwan ini sebenarnya tidak berbahaya sekiranya tidak diganggu.

Namun begitu, ada satu haiwan yang memang akan memburu manusia tidak kira tempat dan haiwan ini diletakkan di ranking pertama, sebab memang terbukti haiwan inilah sebenarnya paling berbahaya dan menjadi penyebab kematian yang banyak di dunia.

Berikut 11 haiwan paling berbahaya di dunia :


10. Kerbau Afrika

Kerbau Afrika atau Cape Buffalo dikenali sebagai spesies haiwan yang hidup berkelompok dan berhijrah dari satu tempat ke satu tempat untuk makan dan minum dengan mencari padang ragut dan sungai. Haiwan ini tidak dianggap berbahaya sekiranya tidak diancam namun akan bertindak sebaliknya apabila nyawanya atau anaknya dalam bahaya.

Hal ini boleh dilihat menerusi pelbagai video yang menunjukkan kehebatan haiwan ini bertarung dengan singa afrika. Kerbau Afrika ini diberi jolokan nama "Black Death" disebabkan sifatnya yang garang yang mampu membunuh ketika diancam.

Ini dibuktikan apabila haiwan ini membunuh lebih banyak pemburu berbanding dengan haiwan lain dengan strategi yang hebat. Kerbau ini akan melihat, mengepung dan akan merempuh mangsanya tanpa rasa takut walaupun mereka sudah cedera. Kerbau Afrika ini juga akan menyerang kenderaan yang bergerak.


9. Kala Jengking Deathstalker

Kala Jengking Deathstalker dikenali sebagai spesies yang memiliki racun paling mematikan. Racunnya merupakan campuran dari berbagai racun neurotoxin yang sangat kuat dan dapat menyebabkan rasa sakit yang tidak tertahankan, demam, kejang-kejang, kelumpuhan diikuti dengan koma dan yang dapat menyebabkan kematian.

Tercatat ada sekitar 75% kematian yang diakibatkan oleh Deathstalker, mencatat namanya sebagai kala jengking paling berbisa. Kala jengking ini boleh ditemukan di Afrika Utara dan Timur Tengah.


9. Siput Kon

Dijumpai di tempat-tempat air laut yang suam dan beriklim khatulistiwa. Haiwan cantik ini dikenali kerana cengkerang mereka yang seakan-akan marmar putih dan coklat merupakan cengkerang haiwan yang bernilai tinggi. Siput Kon atau Cone Snail ini boleh ditemui di pantai yang airnya cetek, terumbu karang dan di bawah pasir di pantai.

Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan tidak mengambil atau memegang siput kon ini dengan tangan kerana pada cengkerang mereka terdapat duri tajam yang mengandungi racun toksik yang kuat iaitu "conotoxin". Menjadikan mereka siput paling berbisa di dunia. Setitis racun siput kon dikatakan cukup untuk membunuh 20 lelaki.

Sekiranya anda terkena racun siput ini, segeralah ke hospital di bilik kecemasan. Conotoxin ini akan memberhentikan sel-sel saraf daripada berhubung antara satu sama lain yang akhirnya akan menyebabkan terjadi kelumpuhan badan dengan pantas.


8. Katak Emas Beracun

Katak beracun ini hidup di Amerika Selatan dan yang paling berbahaya adalah Katak Emas Beracun atau Golden Poison Dart Frog. Katak ini boleh membesar sehingga 2 inci dan ditemui tinggal di pesisiran pantai Colombia, Belize serta beberapa negara Amerika Selatan lain.

Racun di badan katak ini iaitu di kulitnya dinamakan "batrachotoxin" adalah sangat merbahaya kerana seekor katak ini mengandungi lebih kurang 2 microgram toksik batrachotoxin yang boleh membunuh sehingga 10 orang dewasa.

Apa yang memburukkan lagi keadaan adalah sekiranya manusia atau haiwan menyentuh kulitnya sahaja pun sudah akan terkena dengan racun. Katak beracun di Amerika Selatan terkenal digunakan oleh penduduk setempat sebagai racun untuk diletakkan pada anak panah ketika memburu.


7. Obor-obor Kotak Australia

Obor-obor kotak Australia atau Australian Box Jellyfish ditemui berenang di Laut Indo-Pacific di utara Australia. Haiwan lutsinar ini adalah haiwan laut paling berbisa di dunia dan ini diakui oleh National Oceanic and Atmospheric Administration.

Obor-obor ini mempunyai 15 sesungut di badannya dan boleh memanjang sehingga 10 kaki panjang yang dipenuhi dengan sel suntikan yang dikenali dengan "nematocytes". Iaitu sejenis bahan toksik yang sekaligus menyerang sistem saraf, jantung dan kulit.

Walaupun ada antidot, racun obor-obor ini sungguh kuat sehinggakan kebanyakan mangsa yang terkena boleh strok dan lemas atau kegagalan jantung untuk berfungsi. Walaupun mangsa sempat ke hospital dan menerima antidot, kesan sakit boleh lagi dirasai selama berminggu-minggu selepas itu ditambah dengan parut akibat sengatan obor-obor berbisa ini.


6. Ikan Buntal

Ikan Buntal atau Puffer Fish memang terkenal di kalangan masyarakat Malaysia kerana ikan ini terkenal makan umpan pancing. Ikan ini ditemui kebanyakannya di laut tropikal seperti Malaysia, Filipina, China dan menjadi menu istimewa di Jepun. Walaupun dianggap haiwan vertebrata kedua paling berbisa di dunia selepas Katak Emas Beracun.

Neurotoxinnya yang dikenali sebagai "tetrodoxin" terdapat pada kulit, otot, hati dan organ dalaman ikan ini perlu dielak. Hal ini kerana tetrodoxin adalah 1200 kali lebih beracun daripada "cyanide" dan boleh menyebabkan pening-pening, muntah, sukar bernafas, lumpuh otot dan sekiranya tidak dirawat dengan cepat boleh menyebabkan kematian.

      Baca : 4 Saranan Bagi Mereka Yang Dilantik Menjadi Imam

ADVERTISEMENT


5. Ular Black Mamba

Walaupun Ular Tedung ataupun ular daripada keluarga Kapak amat beracun namun Ular Black Mamba adalah lebih berbahaya kerana kepantasannya bertindak balas. Terdapat di kawasan savana dan berbukit di Selatan dan Timur Afrika. Spesies ini yang boleh membesar sehingga 14 kaki panjang adalah ular paling pantas, ia boleh bertindak balas sehingga 12.5 miles per hour ataupun 20.12 km per hour!

Tetapi haiwan ini hanya akan menyerang apabila diganggu dan sekiranya diganggu ular ini akan mematuk berkali-kali yang racunnya itu boleh membunuh 10 orang. Mangsa akan mengalami pendarahan dalaman yang sekiranya tidak diberi antidot dalam tempoh 20 minit akan menyebabkan kematian.


4. Buaya Laut Masin

Buaya terkenal dengan sifatnya yang garang, agresif dan senang marah sekiranya terdapat sesuatu di dalam kawasannya. Antara kebanyakan spesies di dunia, buaya laut masin atau Saltwater Crocodile yang paling besar dan paling berbahaya di dunia.

Banyak terdapat di kawasan Indo-Pasific bermula di India, Asia Tenggara dan sehingga ke Selatan Australia. Buaya ini boleh membesar sehingga 23 kaki panjang dan mempunyai berat lebih 1 tan dan terkenal kerana telah membunuh ratusan manusia setiap tahun. Buaya laut masin ini boleh menyerang dengan kekuatan gigitan sehingga 3700 psi. Manusia hanya mengigit dengan kekuatan 200 psi. Bayangkan?


3. Gajah

Terkenal sebagai haiwan darat terbesar di dunia. Haiwan ini banyak ditemui di kawasan taman negara di Afrika dan juga terdapat di hutan tropika seperti di Asia Selatan dan Asia Tenggara. Berdasarkan artikel daripada National Geographic, lebih kurang 500 orang mati setiap tahun akibat serangan gajah.


2. Badak Air

Badak air atau Hippopotamus Amphibious terkenal tinggal di sumber-sumber air seperti sungai, tasik atau lopak air yang dalam. bagi menyejukkan badannya dan banyak ditemui di Afrika. Walaupun badak air adalah haiwan herbivor, haiwan ini sudah lama dianggap haiwan paling berbahaya di Afrika kerana sifatnya yang sangat agresif terhadap manusia.

Ada juga berita yang mengatakan badak air telah menenggelamkan bot dan merosakkan kenderaan manusia kerana sifatnya itu. Haiwan ini telah direkodkan menyebabkan kematian 500 orang setiap tahun.


1. Nyamuk

Daripada haiwan paling besar sehinggalah kepada antara haiwan paling kecil di dunia. Nyamuk yang terdapat di setiap benua di dunia kecuali Antartika merupakan serangga yang amat diperkatakan oleh manusia kerana penyakit berbahaya yang dibawanya.

Nyamuk Aedes, Anopheles dan Culex adalah punca utama kepada penyakit malaria, chikungunya, encephalitis, elephantiasis, demam kuning, demam denggi dan paling terbaru Virus Zika yang secara kolektifnya telah membunuh 2 hingga 3 juta orang setiap tahun. Pertubuhan Kesihatan Sedunia atau World Health Organization telah mengatakan separuh populasi manusia terdedah kepada risiko penyakit bawaan nyamuk ini.

Nyamuk amat tertarik dengan suhu badan dan karbon dioksida yang dihasilkan oleh manusia dan cara mencegah haiwan ini adalah menggunakan ubat nyamuk serta paling penting adalah dengan menjaga kebersihan kawasan dipersekitaran tempat tinggal kita.

      Baca : 8 Tip Mudah Menghafal Al-Quran Bagi Orang Awam (Bukan Pelajar Madrasah)

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Kadang-kala haiwan yang memiliki penampilan menarik belum tentu jinak dan dapat dipelihara. Faktanya, banyak spesies haiwan yang memiliki penampilan yang cantik namun sebenarnya membahayakan bahkan dapat membunuh manusia.

- Daku Amat

5 Tanda Tersirat Bila Kucing Datang Kepada Kita


Setiap kejadian alam mempunyai dua makna iaitu yang tersurat dan tersirat. Beruntunglah mereka yang boleh memahami kedua-dua maknanya. Ini termasuklah dalam perkara berkaitan dengan kucing.

Apakah makna yang tersirat jika kucing datang kepada kita? Apakah yang cuba disampaikan Allah kepada kita? Mari kita renungkan bersama menerusi beberapa tanda di bawah ini.

Berikut 5 tanda tersirat apabila ada kucing datang kepada kita :

1. Bahagian rezeki kucing

Selalu terjadi apabila kita duduk di warung sambil makan, pasti ada kucing jalanan yang menagih simpati. Perutnya yang lapar siapalah yang sudi memberi. Ya, kucing itu mungkin nampak kotor dan comot. Namun siapakah kita untuk memandang jelik makhluk Allah s.w.t itu?

Kehadiran kucing itu menyampaikan pesanan yang jelas dari Allah. Percayalah, dalam ketika kita enak menjamu selera mungkin kita terlupa mensyukuri nikmat kurniaan Allah.

Maka kerana itu Allah s.w.t menghantar kucing kepada kita agar kita sentiasa beringat bahawa setiap rezeki yang dikurniakan itu bukan 100% milik mutlak kita. Sebahagiannya ada milik orang atau makhluk lain.

Kali ini, milik sang kucing jalanan. Maka berbagilah rezeki itu juga kepadanya. Semoga dengan memberi, kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur kepada rezeki kurniaan-Nya.

2. 10 kali ganda ganjaran kebaikan

Sesungguhnya sedekah itu ada dalam pelbagai bentuk dan rupa. Inilah antara rahsia-rahsia kebijaksanaan Allah s.w.t. Apabila kucing datang kepada kita dan meminta sedikit rezeki lalu kita menghulurkan kepadanya maka kita telah berbuat kebaikan kepadanya.

Bersedialah untuk menerima 10 kali ganda kebaikan dan ganjaran dari Allah sebagai balasan pada perbuatan baik tersebut. Itu janji-Nya kepada mereka yang bermurah hati menyantuni makhluk yang lain.

Tersenyumlah kawan kerana kehadiran kucing kepada kita ketika itu membawa maksud bahawa Allah s.w.t telah menyediakan 10 kali ganda rezeki yang jauh lebih baik untuk kita bagi menggantikan bahagian rezeki yang diberikan kepada kucing itu.

Tidakkah kita sangat gembira apabila menerima hadiah yang indah? Maka apabila Rabb pemilik semesta alam sendiri yang memilih untuk memberikan kita hadiah yang 10 kali ganda jauh lebih baik. Bukankah itu suatu yang sangat mengujakan?

3. Belajar ikhlas

Allah s.w.t membimbing dan mendidik manusia melalui kehidupan dan alam. Besar keistimewaannya pada orang yang didekati kucing kerana melaluinya manusia boleh belajar ilmu ikhlas.

Kenapa ikhlas? Adakah kucing itu mempunyai wang ringgit bagi membalas kebaikan yang diberikan? Mampukah kucing itu meninggikan darjat dan memberikan pangkat kepada orang yang memberinya makan?

Tentu sekali tidak. Maka tanpa apa-apa balasan yang dapat diharapkan dari kucing, tindakan yang tetap terus berbuat kebajikan kepadanya akan mendidik jiwa kita untuk menjadi manusia yang ikhlas.

Ikhlas dalam berbuat kebaikan sebagai khalifah yang terpilih atas muka bumi Tuhan dan ikhlas untuk tetap terus istiqamah mengamalkan nilai kemanusiaan. Terimalah pendidikan percuma dari Allah ini dan usahalah untuk berjaya menguasai pembelajarannya.

4. Belajar sifat ihsan

Kadangkala kucing yang mendekati kita itu mungkin tingkah lakunya nakal, boleh jadi naik geram kita dibuatnya. Apabila situasi ini yang terjadi maka beringatlah bahawa Allah s.w.t menghantar kucing itu sebenarnya sebagai satu bentuk ujian pada kita.

Ujian pertama adalah soal bagaimana kita memandang dunia terutamanya rezeki. Adakah kita terlalu cintakan dunia sehingga kita menjadi terlalu bakhil dalam berkongsi rezeki dengan yang lain? Jangan pernah terlupa tentang amanah sebagai khalifah terpilih yang ditugaskan untuk menunaikan yang hak.

Ujian kedua adalah untuk melihat sejauh mana layanan kita kepada sesama makhluk. Sedarlah apabila kucing datang meminta makanan misalnya, kucing itu tidak minta ikan yang baru digoreng. Kucing itu tidak minta pinggan yang cantik untuk dihidang makanannya. Kucing itu tidak diminta mulutnya dilap cermat dengan tisu selepas makan. Kucing itu tidak mengharap layanan 5 bintang. Cuma yang diminta adalah sisa makanan barang sedikit sebanyak yang tidak habis untuknya makan. Apabila nakal perangainya dan rimas rayuannya, sabarkah kita melayannya?

Ingatkah kita bahawa Allah sentiasa melihat dan mengawasi setiap tindak tanduk mahupun lintasan hati kita terhadap kejadian dan makhluk-Nya dalam emosi kita? Inilah ilmu ihsan. Ilmu tentang mampu mengingati Allah dalam setiap kata-kata, tindakan, fikiran mahupun emosi. Ilmu tentang melakukan sesuatu dengan ingatan kuat bahawa Allah sentiasa melihat dan sangat hampir. Tiada satu pun dapat bersembunyi dari-Nya.

Malu kita pada Allah apabila apa yang dilakukan kita sehari-harian bukan seperti yang diperintah-Nya, malah kita gagal menjauhi larangan-Nya dalam hal beradab dengan sesama makhluk.

5. Kurniaan rezeki yang berpanjangan

Pernah tak tiba-tiba ada kucing yang datang ke rumah kita? Tanpa segan silu kucing itu mengisytiharkan dirinya sebagai sebahagian dari keluarga kita. Lalu dia turut bertindak seperti penghuni tetap di rumah itu. Disuruh pergi namun tetap tegar kembali.

Bergembiralah kerana anda terpilih untuk mendapatkan kurniaan rezeki yang berpanjangan dari Allah. Dari manakah datangnya rezeki ini? Apabila kucing itu tinggal tetap, ini bermakna peluang bersedekah melalui asbab kucing itu telah dibuka setiap hari untuk kita.

Sedekah yang berterusan mengundang rahmat Allah s.w.t yang menjadikan rezeki melimpah ruah. Ini kerana kunci rezeki seseorang hamba itu dikirim oleh Allah s.w.t kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.

Allah s.w.t nak menegur kita bahawa jika kita menolak kehadirannya, seolah-olah kita menolak rezeki yang melimpah ruah yang telah diperuntukkan Allah s.w.t untuk kita. Kucing itu hanya menjadi asbab kepada terjemputnya segala rezeki ini menerusi keikhlasan kita dan doa dari kucing itu untuk tuan rumahnya.

Jadi, selepas ini jika kita didekati kucing berbaik sangkalah kepada Allah kerana agenda rezeki kita dari Allah itu lebih baik dari perancangan kita sendiri. Dan kehadiran kucing itu menjadi kunci kepada turunnya rezeki melimpah dan berterusan di dalam hidup kita.

Ya, rezeki bukan hanya wang ringgit dan harta benda tapi turut dalam bentuk yang lain seperti dapat beribadat, kegembiraan, kesihatan, ketenangan, ilmu pengetahuan, kemudahan dan bermacam lagi sama ada di dunia dan akhirat. Jadi, jika pintu rezeki ada 'meow' di hadapan kita, terimalah dengan redha dan syukur akan kehadirannya.

Bunyi 'Purring' Kucing Terapi Pelbagai Penyakit


Kucing merupakan antara haiwan belaan manusia di dalam rumah malah kucing dianggap sebagai sebahagian ahli rumah. Membela kucing juga ada manfaat bagi kesihatan orang yang membelanya dengan kasih sayang.

Menurut kajian, 'purring' getaran antara 20-140 Hz (hertz) yang dihasilkan oleh kucing boleh menjadi terapi perubatan untuk pelbagai jenis penyakit yang dihidapi manusia.

Kenapa kucing berbuat 'purring' sebegitu?

Lihat video di bawah ini untuk lebih faham apa makna 'purring'.


Purring bukanlah satu penyakit pernafasan. Ia adalah perlakuan biasa kucing yang menandakan ia sedang selesa. Ada yang mengatakan kucing purring dengan menggetarkan otot diafragmanya menyebabkan bunyi seperti dalam video itu berlaku.

Perlakuan ini bermula sejak kucing kecil lagi. Ini dapat dilihat apabila si ibu kucing kembali ke sarangnya dengan purring, untuk memberitahu anak-anaknya semuanya OK. Anak-anak kucing akan membalas dengan purring dan kemudian menghisap susu.

Kucing yang sedang sakit juga purring. Tetapi, frekuensi dan bunyinya tak sama seperti yang sihat. Dipercayai kucing sakit ini purring untuk menenangkan diri sendiri, di mana dengan purring mereka boleh mengaktifkan self-healing properties di dalam badan mereka. Menakjubkan, bukan? Masya Allah.

Bunyi 'purring' kucing terhasil apabila kucing berasa selesa. Purring kucing sangat bermanfaat bagi penyembuhan beberapa penyakit yang dihidapi manusia

Berikut antara manfaaat kesihatan bagi manusia hasil dari 'purring' kucing :

1. Penghilang Stress

Membelai kucing yang sedang 'purr' akan menenangkan dan mengurangkan tekanan.

2. Kesihatan Jantung

Risiko diserang jantung di kalangan pemilik kucing adalah 40% lebih rendah berbanding orang yang tiada kucing.

3. Menyembuh Luka

Getaran 'purring' yang dihasilkan kucing mampu memulihkan luka dalaman.

4. Memulihkan Otot

Bunyi 'purr' yang dihasilkan kucing mampu memulihkan jangkitan dan pembengkakkan otot.

5. Dispnea

'Purr' kucing mengurangkan risiko serangan dispnea (sesak nafas).

6. Kesihatan Tulang

Frekuensi 25-50 Hz merupakan yang terbaik manakala 100-200 Hz frekuensi kedua terbaik dihasilkan sewaktu 'purr' kerana ia membantu meningkatkan tahap kesihatan tulang.

7. Tekanan Darah

Berinteraksi dengan kucing dan mendengar mereka 'purr' sangat membantu dalam menurunkan kadar tekanan darah.

6 Tanda Kucing Menyayangi Anda


Ramai pencinta kucing atau 'cat lover' di luar sana. Rasa sayang pada kucing dipanggil Ailurofobia. Orang amat menyayangi haiwan comel ini kerana gebu, cute, lucu, manja, nakal. Itulah telatah si kucing yang amat mencuit hati.

Kucing juga adalah haiwan kesayangan Nabi s.a.w. Tahukah anda bahawa terdapat tanda-tanda yang menunjukkan kucing anda menyayangi anda sebagai pemiliknya.

Berikut ini 6 tanda-tanda kucing menyayangi anda :

1. Grooming/Menjilati Tubuh

Kucing menghabiskan banyak waktu menjaga kebersihan dengan menjilati tubuhnya.

Namun tidak hanya selalu menjilati tubuhnya sendiri, seringkali juga kucing akan menjilati tubuh anaknya, temannya atau bahkan anda! Jadi, ketika kucing menjilati anda itu bermakna dia menyayangi anda.

2. Mata Berkedip Lambat

Adakah anda pernah melihat kucing menatap anda dengan mata dan kemudian berkedip perlahan?

Itu adalah isyarat yang dia hendak sampaikan bahawa dia menyayangi anda selaku orang yang memilikinya. Ramai orang yang tidak menyedari hal ini.

3. Menggosokkan Kepala

Adakah anda sering melihat kucing berusaha untuk menggosokkan kepalanya ke tubuh atau muka anda?

Itu adalah tanda sayang yang nyata! Muka kucing memiliki feromon dan jika digosokkan ke badan anda itu tandanya kucing berasa selesa berada dekat anda.

6 tanda atau isyarat yang menunjukkan rasa sayang kucing kepada tuannya

4. Suka Mengikuti

Anda mungkin berasa rimas dengan perilaku kucing anda yang selalu mengikuti kemana saja anda bergerak, sampaikan ke tandas pun dia ikut!

Ketahuilah, sebenarnya kucing anda sedang menunjukkan rasa sayangnya kepada anda yang kadang-kala buat anda jadi rimas.

5. Membawakan Hadiah

Apakah 'cat lover' sering terkejut apabila tiba-tiba kucing kesayangan membawa bangkai tikus, burung, atau anak ular?

Jangan terburu-buru memarahi kucing anda. Kucing sebenarnya menganggap barang yang dia bawa itu sangat berharga. Dia membawakan anda hadiah istimewa yang dia berusaha keras mendapatkannya.

6. Memasrahkan Perutnya

Seekor kucing yang berguling dan menunjukkan perutnya, itu menandakan dia percaya kepada anda.

Di alam liar, kucing tidak pernah melakukan perkara itu kerana akan memudahkan dirinya diserang. Jika kucing anda melakukan hal sedemikian, itu bermakna dia hendak menunjukkan kepada anda bahawa anda penting baginya.

Umur Sebenar Kucing Berbanding Manusia


Sebenarnya penambahan umur kucing tidak sama dengan umur manusia. Ini kerana kadar penambahan umur kucing lebih cepat berbanding manusia.

Jadi, anda jangan terkejut atau hairan jika kucing di rumah anda yang baru berumur 5 tahun itu pergerakkannya semakin perlahan dan tidak selincah dahulu.

Ini kerana jika kucing yang telah bersama anda selama lima tahun itu kadar umurnya yang sebenar adalah 36 tahun bagi umur manusia.

Di bawah ini disediakan jadual bagaimana hendak tentukan umur kucing anda. Mungkin pengiraan ini tidaklah 100% tepat tetapi sedikit sebanyak boleh memberi garis panduan buat anda.


Di dalam jadual di atas menunjukkan 1 tahun umur kucing bersamaan dengan 15 tahun umur manusia. Setelah itu, 2 tahun umur kucing ditambah 9 tahun bagi umur manusia. Masuk tahun ketiga, umur kucing bertambah secara konsisten sebanyak 4 tahun bagi umur manusia sehinggalah ke akhir hayatnya.
You might like these as well: