3 Langkah Mudah Untuk Mulakan Bisnes Online


Ramai yang ingin memulakan bisnes online sendiri tetapi tidak tahu bagaimana hendak bermula dan daripada mana. Ilmu pengetahuan bisnes online tiada, begitu juga dengan pengalaman. Namun, anda jangan khuatir kerana terdapat formula yang dikongsikan oleh Irfan Khairi bagi mereka yang mahu memulakan bisnes online. Formula tersebut dinamakan Langkah 3P.

Berikut 3 langkah mudah untuk mulakan bisnes online anda sendiri :

1. PRODUK

P yang pertama semestinya adalah produk atau perkhidmatan yang kita nak jual. Kalau tiada produk, macam mana nak buat bisnes kan? Jadi, untuk perniagaan sambilan, anda digalakkan cari satu produk berdasarkan minat atau pun hobi anda.

Bila kita jual sesuatu yang kita minati, yang kita ada passion, biasanya kita akan lebih bersemangat dan seronok. Jangan terlalu mudah terikut-ikut dengan bisnes yang orang lain buat.

Contoh, kita nampak orang jual simkad macam seronok dan senang saja dia dapat 'income' beratus-ratus atau beribu-ribu sebulan. Itu dia! Kita belum tentu.

Lagi satu cabaran kalau jual produk yang kita tak minat dan kadang-kadang tak pernah cuba pun adalah kita akan mudah putus asa bila gagal dapatkan jualan. Ramai peniaga begini pernah hadapi masalah yang sama bisnes tutup tak sampai 3 bulan.

2. PLATFORM

Bila anda sudah tentukan apa produk atau perkhidmatan yang anda hendak jual, sekarang tibalah masa untuk anda pilih apa platform yang anda nak guna. Contoh platform ataupun bahasa lainnya channel pemasaran adalah seperti; Facebook, Instagram, Twitter, Blog, Email, Minisite dan banyak lagi.

Anda dinasihatkan supaya memulakan dengan platform yang anda sudah biasa guna. Contohnya kalau kita sudah memang 'familiar' dengan Facebook dan Instagram maka guna sajalah 2 platform tersebut dulu.

Tak perlu bazir masa nak cuba buat website, blog, shopping segala bagai yang kita memang tak pernah cuba pun sebelum ini. Bila sudah maju dan nak berkembang, barulah kita 'explore' platform-platform lain yang dirasakan sesuai untuk bisnes kita.

3. PEMASARAN

Produk sudah ada dan platform juga anda sudah pilih. Sekarang masanya untuk anda mula mempromosikan produk anda. Setiap platform ada teknik promosi yang tersendiri.

Cara promosi di Facebook tidak sama dengan cara di Instagram. Kalau guna Blog, lagilah berbeza berbanding dengan media sosial lain. Jadi, pastikan anda belajar cara promosi yang betul untuk setiap platform supaya anda tidak membazir masa mencuba macam-macam teknik secara semberono.

Jadi, dari masa ke semasa anda perlu menambah ilmu pengetahuan mengenai bisnes online yang anda ceburi. Untuk itu anda perlu banyakkan membaca buku atau artikel secara online dan menambah kenalan dalam bidang berkaitan. Selamat mencuba!
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: