Memaparkan catatan dengan label Lirik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lirik. Papar semua catatan

Bunkface - Dunia Baru (BoBoiBoy Galaxy)

Kumpulan rock terkenal, Bunkface, sekali lagi dipilih untuk menyanyikan lagu tema animasi terbitan Monsta Studios, BoBoiBoy Galaxy.

Bermula dengan 'Masih Di Sini', yang menjadi runut bunyi filem BoBoiBoy, mereka kini memperkenalkan pula single 'Dunia Baru' sebagai lagu tema musim baharu siri animasi berkenaan, BoBoiBoy Galaxy.

Ketua pegawai eksekutif Monsta Studios, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata Bunkface mempunyai tenaga tersendiri dalam menyampaikan sesebuah lagu dan dilihat sesuai dengan tema musim terkini animasi tersebut.

"Pengalaman bekerjasama dengan Bunkface sebelum ini membuatkan kami rasa senang untuk berkolaborasi dengan mereka. Tambahan pula tempo lagu tema yang dicipta oleh mereka ini kami lihat amat bersesuaian dengan BoBoiBoy musim terbaharu ini."
"Ia bagai memberi semangat kepada kelangsungan siri ini. Jadi, memang tiada sebab untuk kita tidak bekerjasama dengan Bunkface kali ini," katanya dalam sidang media pelancaran siri animasi BoBoiBoy Galaxy.

Terdahulu Bunkface yang diterajui Sam, Paan dan Youk, menyanyikan dua lagu tema animasi tersebut yang berjudul 'Bermula' dengan 'Masih Di Sini' ketika filem BoBoiBoy ditayangkan sekitar Mac lalu (2016).

"Kami selesa dengan kerjasama yang dijalinkan ini. Ia juga antara cara terbaik buat kami meneruskan kelangsungan Bunkface selepas semua anggotanya berkahwin. Penghasilan lagu terbabit juga menjadi bukti kami masih ada di arena seni," kata Youk yang mewakili anggota lain.

Siri animasi pertama BoBoiBoy dengan 52 episod disiarkan dalam tempoh lima tahun, bermula 2011. Siri berkenaan juga dijual kepada 47 negara luar. Atas sambutan hebat diterima, ia turut dipersembahkan dalam versi filem, BoBoiBoy : The Movie sehingga mencatat jumlah kutipan RM18.3 juta hasil tayangan di Malaysia dan Indonesia.

Sementara itu, Nizam berkata judul baharu 'BoBoiBoy Galaxy' kali ini digunakan adalah bagi penjenamaan semula siri berkenaan. Katanya, perkara tersebut dilakukan bagi memudahkan siri animasi itu dijual di luar negara.

"Kita menjenamakan semula siri ini dengan menampilkan imej baru yang lebih besar dan menarik. Ia dilakukan selepas mendapat maklum balas sebelum ini daripada negara-negara luar yang menganggap imej tersebut terlalu kecil dan tidak sesuai dengan kanak-kanak berusia 10 tahun," katanya lagi
Siri ini merupakan penjenamaan semula kepada siri BoBoiBoy yang lama selepas tamatnya siri Boboiboy musim ketiga dan filem Boboiboy. Siri yang baru ini mempunyai 104 episod.

Plot cerita Boboiboy Galaxy berkisar tentang Boboiboy dan kawan-kawan; Gopal, Yaya, Fang dan Ying menjelajah ke ruang angkasa raya mencari Power Sphera demi menyelamatkan galaksi daripada ancaman kuasa jahat yang membahayakan keamanan galaksi.

Setiap Power Sphera mampu memberikan kuasa-kuasa yang berbeza. Rupanya-rupanya banyak Power Sphera selain ochobot yang bertaburan di seluruh galaksi. Power Sphera ini perlu dilindungi daripada jatuh ke tangan kuasa jahat yang mahu menggunakan kuasa Power Sphera ini untuk tujuan kejahatan.

BoBoiBoy dan kawan-kawannya akan mengembara dari satu planet ke satu planet dan berdepan dengan pelbagai cabaran dan halangan dari watak-watak jahat yang turut memburu Power Sphera.

Musim terbaharu animasi BoBoiBoy Galaxy akan mula disiarkan menerusi TV3 pada 25 November ini. Ia menemui penonton setiap Jumaat, jam 5 petang.

Bunkface - Dunia Baru
(OST BoBoiBoy Galaxy)

BoBoiBoy Galaxy!
(Hey! Hey! Hey!)

Biar semua tahu
Ini dunia baru
Sama-sama kita
Tentang sampai menang

Kuasa ini kita mencari
Satu galaksi (Ooh~)
Kuasa ini jadi realiti

Lepaskan kuasamu
Mereka akan tahu
Ini dunia kau dan aku
(Hey! Hey! Hey! Hey!)
Melayang kita lawan
Bayangmu jadi awan
Yes, we are the only one

Lepaskan kuasamu
Mereka akan tahu
Ini dunia kita

Lepaskan kuasamu
Mereka akan tahu
Ini dunia kau dan aku
(Hey! Hey! Hey! Hey!)
Melayang kita lawan
Bayangmu jadi awan
Yes, we are the only one

BoBoiBoy Galaxy!
BoBoiBoy Galaxy!

Faizal Tahir - Sayang

Nama Faizal Tahir di dalam industri hiburan, ternyata sentiasa memberikan impak. Lagu-lagu nyanyiannya seperti 'Mahakarya Cinta', 'Sampai Syurga', 'Bencinta' dan 'Assalamualaikum' ternyata menjadi fenomena.

Terbaru, Faizal Tahir muncul dengan single terbaru yang diberi judul 'Sayang'. 'Sayang' merupakan sebuah single hasil karyanya sendiri, berkolaborasi bersama Mike Chan.

Menurut Faizal Tahir, lagu 'Sayang' ini punya nilai sentimental serta emosi bagi dirinya. Ini kerana, single 'Sayang' dihasilkan sebagai tanda cintanya kepada anak-anaknya.

Pada 25 Oktober lalu, Faizal Tahir baru sahaja menimang cahaya mata keenamnya, seorang bayi lelaki yang diberi nama Khalid Al-Walid Bin Ahmad Faizal.

"Saya benar-benar tidak merancang ini akan berlaku sama sekali dan tidak menyangka isteri saya melahirkan cahaya mata kami yang terbaru pada masa yang sama lagu ini disiapkan. Dan secara jujurnya saya tidak mempercayai kepada suatu kebetulan, saya hanya percaya kepada Tuhan yang mempunyai rancangan-Nya sendiri,"
Faizal Tahir - Sayang

Tiada yang lebih terindah
selain kita
kau dan aku bersama
biarku sentuh dan rasa
kasih yang mesra
hanya kita yang tahu
tenang memandang wajah yang lena
Tuhan selalu dengan mu

sayang
tidur saja sayang
lupakan saja yang semalam
tidurlah mimpi indah owh
sayang
tidur saja sayang
setia disini ku menjaga
tidurlah kaulah segalanya
sayang
kaulah segalanya
sayang

waktu dan usia berlalu
saksi padamu
dewasa dan sempurna
setiap air mata mu
hancur hatiku
mahu kau senyum selalu
biar luka diubat di waktu
Tuhan selalu dengan mu oh

sayang
tidur saja sayang
lupakan saja yang semalam
tidurlah mimpi indah owh
sayang
tidur saja sayang
setia disini ku menjaga
tidurlah kaulah segalanya
sayang
kaulah segalanya
sayang

selamanya kau bidadariku
takkan pudar
senyumanmu yang pertama
selamanya tetap kau sempurna
sayang
sayang

Oh sayang
tidur saja sayang
lupakan saja semalam
hahh ahhh hahh ahhh
kaulah segalanya
sayang
kaulah segalanya
sayang
sayang
tidur saja sayang

You might like these as well: