9 Tip Untuk Berjaya Dalam Bisnes Online

Sekarang tidak susah hendak berniaga. Tiada kedai pun boleh berniaga. Apa yang anda hanya perlu ada hanyalah komputer laptop dan telefon bimbit untuk melakukan bisnes online. Selain daripada itu beberapa tip di bawah ini wajar diketahui untuk menjadi usahawan bisnes online yang berjaya.

Berikut 9 tip hendak berjaya dalam bisnes online :

1. Nama perniagaan

Cari nama perniagaan yang mudah diingat, mudah ditaip dan sependek mungkin agar mudah ditaip dan diingati. Anda juga boleh memilih nama perniagaan anda berdasarkan nama produk yang anda mahu jual.

2. Bermula secara kecil-kecilan

Tidak semua perniagaan itu perlu diusahakan secara besar-besaran yang menelan belanja sehingga ribuan ringgit. Sekadar sebagai hobi dan minat untuk memenuhi masa dan boleh dijadikan sebagai pendatan sambilan sudah memadai.


3. Mempunyai strategi yang berkesan

Selain itu, untuk memastikan sesebuah perniagaan itu berjaya, anda juga perlu mempunyai strategi yang berkesan. Bukan sahaja perniagaan, setiap pekerjaan yang dilakukan juga memerlukan perancangan yang sempurna. Jika tidak impian itu akan musnah di pertengahan jalan.

4. Mendengar dan mengikuti kemahuan pelanggan

Pihak yang akan menentukan jatuh bangun sesebuah perniagaan itu adalah pelanggan. Maka, hasrat dan kemahuan mereka perlu diambil kira dan tidak boleh dipandang ringan. Jika tidak, pelanggan akan lari dan anda yang akan mengalami kerugian kerana gagal memenuhi kehendak mereka. Sekurang-kurangnya kehendak pelanggan memberikan anda sesuatu yang baru untuk dicuba dalam dunia perniagaan itu.

5. Jangan hilang fokus terhadap apa yang diusahakan

Setiap perniagaan yang baru ingin berkembang bukan sahaja perlukan modal kewangan sahaja tetapi ia juga perlukan modal tenaga, idea, kreativiti, masa dan sebagainya. Oleh itu, anda haruslah mengelak daripada menjalankan beberapa perniagaan serentak di dalam satu-satu masa.

Anda jangan sesekali terpengaruh dengan peluang yang boleh mengalih fokus bisnes anda ketika itu. Sebenarnya itu salah satu cabaran dan dugaan terhadap usahawan baru seperti anda. Fokus kepada perniagaan anda sekarang dan sentiasa katakan kepada diri sendiri bahawa perniagaan yang anda sedang usahakan sekarang adalah yang terbaik.

6. Pemasaran adalah nadi perniagaan

Pemasaran adalah nadi perniagaan yang perlu diberikan perhatian serius oleh pemilik bisnes kerana ia akan menentukan kejayaan perniagaan anda dalam jangka masa pendek. Tiada cara lain untuk anda bersaing di dalam perniagaan sekarang melainkan dengan mengukuhkan cara dan teknik anda melakukan pemasaran.

Walaupun anda memiliki produk yang paling bagus tetapi jika anda gagal untuk menjualnya, maka anda tetap orang yang gagal. Oleh itu, anda perlu sentiasa belajar ilmu dan teknik pemasaran yang terkini agar dapat diadaptasi dalam menggerakkan perniagaan anda.

7. Rajin belajar

Belajar di sini adalah menerusi pembacaan, menonton video tutorial dan rajin dalam membuat kajian tentang teknik ataupun cara yang betul melakukan perniagaan internet.

8. Survival

Perniagaan Internet tidaklah semudah yang disangka. Hanya mereka yang betul-betul fokus dan berusaha keras akan berjaya. Praktikkan setiap tip yang diperolehi daripada mentor. Belajar untuk bertindak sendiri tanpa memerlukan bantuan orang lain sepenuhnya. Kelak, sifat 'survive' inilah yang bakal membantu anda dikemudian hari.

9. Tiada jalan singkat

Apa yang penting dalam melakukan perniagaan online adalah kesabaran. Tiada jalan mudah untuk bertahan lama dan berjaya dalam perniagaan internet jika kita mempunyai sikap mahu cepat kaya. Buang sifat negatif itu serta mula belajar sedikit demi sedikit ilmu perniagaan Internet. Practice makes perfect!

Kesimpulan

Semakin ramai orang yang terlibat menjalankan bisnes online sekarang ini sebagai sumber pendapatan. Namun kerana tidak mengambil berat soal ilmu bisnes online yang betul menyebabkan ada antara mereka menemui kegagalan. Semoga tip di atas dapat dipratikkan dan seterusnya bisnes online anda semakin berkembang maju.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: