7 Kelebihan Pemasaran WhatsApp Yang Anda Perlu Tahu


WhatsApp? Bukan ini aplikasi chatting ke? Memang betul, tetapi ramai yang tidak tahu ia juga mempunyai kelebihan yang boleh digunakan untuk meningkatkan jualan bisnes anda. Pemasaran WhatsApp atau WhatsApp Marketing merupakan satu teknik pemasaran yang terbaru yang kini semakin popular.

Berikut 7 kelebihan pemasaran melalui WhatsApp yang anda perlu tahu :

1. Kos Percuma

Sebelum WhatsApp, SMS merupakan satu medium pemasaran dan sehingga kini masih digunakan. Tetapi dengan WhatsApp tiada kos penghantaran. Cuma perlu WiFi atau 3G dan anda boleh ‘broadcast’ mesej pemasaran anda dengan mudah.

2. Belajar Profil Pelanggan

Setelah anda ‘save’ nombor pelanggan anda, anda boleh melihat profil pelanggan anda jika pelanggan telah muatnaik gambarnya. Dalam status WhatsApp pelanggan, anda boleh mengetahui apa ‘mood’ atau perasaan pelanggan anda pada masa tersebut.

Dengan ini anda boleh membuat catitan tentang ‘demographic’ pelanggan iaitu anggaran usia, jantina, berkeluarga dan sebagainya. Dari sini, anda boleh menghantar mesej pemasaran berdasarkan produk yang anda ingin pasarkan.

Sebagai contoh, dari profil gambar anda boleh mengetahui samada pelanggan ini lelaki atau perempuan. Jika anda ingin pasarkan produk khas untuk wanita, daripada membazir masa hantar mesej kepada semua, anda boleh broadcast kepada pelanggan wanita anda sahaja. Ini dipanggil ‘targeted marketing’.

3. Hubungan Mesra Pelanggan dengan Mudah

Apabila pelanggan mengetahui anda boleh dihubungi dengan WhatsApp, mereka lebih cendurung untuk memberi pesanan atau menanya soalan kerana penghantaran mesej adalah percuma.

Dari sini, anda boleh membina hubungan dengan pelanggan anda dengan lebih mesra. Saya akan utarakan hasil teknik saya dengan menggunakan cara ini di bawah.

4. Hantar Mesej Motivasi

WhatsApp tidak hanya untuk menghantar mesej promosi sahaja. Pelanggan akan menjadi bosan. Gunakanlah peluang ini untuk menghantar tip-tip menarik tentang produk anda, mesej motivasi. Bagi beragama Islam, boleh hantar hadis atau coretan daripada buku-buka agama dan sebagainya.

Dengan ini pelanggan akan mudah terbuka dengan mengetahui anda bukan anda mementingkan duit tetapi juga perhubungan pelanggan. Adalah penting bagi anda untuk membina hubungan jangka panjang atau ‘long term relationship’ dengan pelanggan anda. Anda lebih mudah untuk mendapatkan jualan dari pelanggan tetap berbanding mencari pelanggan baru.

5. Status Anda

Anda juga boleh mempromosikan pelbagai aktitivi atau produk anda dengan menukar status pada WhatsApp anda. Walaupun mungkin menukar status tidak memberi impak yang besar tetapi dengan meletakkan URL website anda, itu merupakan satu promosi tetap bagi pelanggan anda apabila merujuk kepada chat profil anda.

6. WhatsApp Group

MarketingWhatsApp group telah menjadi popular sekarang dan merupakan suatu medium penting dalam komunikasi bagi individu-individu yang mempunyai matlamat atau minat bersama. Di sini anda juga boleh mewujudkan satu ‘support’ group untuk perniagaan anda, di mana pelanggan utama atau ‘VIP customer’ dapat berada dalam WhatsApp Group perniagaan anda.

Disini pelbagai kaedah dapat digunakan dengan memberi ‘priority’ utama dalam khidmat servis pelanggan bagi mereka dalam group, atau keutamaan dalam mendapatkan produk beta anda, atau menggunakan mereka untuk memberi ‘feedback’ bagi produk anda atau pelbagai cara lagi. Yang penting, pelanggan anda merasa diri mereka penting kerana dipilih berada dalam group tersebut.

7. Media

Kelebihan WhatsApp ini adalah anda boleh menghantar pelbagai media termasuk video, gambar dan audio. Anda dapat menggunakan kemudahan ini dengan ‘broadcast’ gambar produk anda, mesej motivasi bergambar, video testimoni pelanggan anda, infographic atau pun ucapan ‘Selamat Hari Raya’. Anda perlu kreatif dalam menggunakan kemudahan ini untuk sentiasa berhubung dengan pelanggan anda.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: