13 Pesawat Tempur Tercanggih Dan Terhebat Dunia Pada 2017


Terdapat banyak jenis jet tempur yang telah dihasilkan oleh negara-negara kuasa tentera di dunia kini, sehingga timbul persoalan yang diperkatakan oleh banyak pihak iaitu yang mana satu jet tempur yang paling terbaik di dunia pada saat ini? Penilaian ini berdasarkan pada hasil analisa yang didasarkan pada kombinasi skor dari segi keupayaan, persenjataan, kelajuan, jarak, teknologi dan lain-lain lagi.

Masa kini, mungkin F-22 Raptor buatan Amerika adalah jet tempur paling canggih dan hebat tetapi tidak lupa juga jet tempur buatan Rusia iaitu Sukhoi Su-57 boleh dianggap setanding dengan F-22 Raptor. Pesawat tempur penting pada masa kini kerana pesawat tempur ini dapat memusnahkan musuh di udara dan juga pengangkutan di daratan.

Berikut adalah 13 pesawat tempur tercanggih dan terhebat di dunia pada 2017 :

13. Saab JAS 39 Gripen



Saab JAS 39 Gripen merupakan sebuah pesawat tempur ringan yang mempunyai 1 enjin dengan pelbagai kegunaan yang diproduksi Swedish aerospace company Saab. Rekabentuknya berubah daripada Saab 35 Draken dan 37 Viggen dalam Angkatan Udara Sweden. Pesawat ini sudah diguna pakai oleh Angkatan Udara Sweden, Angkatan Udara Hungary, Angkatan Udara Afrika Selatan dan Angkatan Udara Thailand.

JAS 39 Gripen menggabungkan kemampuan baru pada sistem avionik yang dikendalikan perangkap suara, bahan yang moden, rekabentuk yang aerodinamik lebih maju dan sistem mesin yang sepenuhnya terintegrasi dan hasilnya benar-benar menunjukkan bahawa jet tempur ini multi-perang.

12. McDonnell Douglas F/A-18E Super Hornet



McDonnell Douglas F/A-18E Super Hornet adalah pesawat tempur pelbagai guna-pengangkut varian berdasarkan McDonnell Douglas F/A-18 Hornet. F/A-18E mempunyai satu tempat duduk dan lebih besar dan canggih berbanding pesawat F/A-18C/D Hornet. Pesawat Super Hornet memiliki meriam berputar-putar sebesar 20mm di bahagian dalaman dan boleh membawa peluru berpandu udara-ke-udara dan udara-ke-permukaan.

Pesawat Super Hornet mula masuk dalam perkhidmatan dalam Tentera Laut Amerika Syarikat pada tahun 1999 bagi menggantikan pesawat Grumman F-14 Tomcat. Ia kini berkhidmat bersama-sama dengan pesawat asal F/18C/D Hornet. Tentera Udara Diraja Australia juga beroperasi menggunakan pesawat F/A-18A sebagai pesawat pejuang utama sejak tahun 1984 dan memesan pesawat F/A-18F pada tahun 2007 untuk menggantikan angkatan pesawat F-111 yang telah usang. Pesawat Super Hornet lebih besar 20% berbanding dengan pesawat Hornet asal.

11. Lockheed Martin F-16 Fighting Falcon



F-16 Fighting Falcon adalah salah satu model pesawat tempur paling popular di dunia. Dikenali juga dengan nama Viper, F-16 Fighting Falcon telah membuktikan keupayaan dalam medan pertempuran. Pesawat itu pada mulanya direka khas untuk melaksanakan misi yang melibatkan Tentera Udara Amerika Syarikat. F-16 telah diubah suai dengan penggabungan teknologi terkini dan kini F-16 telah berkembang menjadi salah satu jet pejuang pelbagai fungsi.

10. Mikoyan MiG-35



Mikoyan MiG-35 yang juga dikenali dengan nama pangilan NATO, "Fulcrum F", merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai guna yang ditingkatkan prestasinya daripada variasi terdahulu seperti MiG-29M/M2 dan MiG-29K/KUB. Pesawat ini diklasifikasikan sebagai pesawat udara tempur generasi ke-4.5 oleh Mikoyan. MiG-35 dikelaskan sebagai pesawat udara berat-sederhana kerana kemampuan untuk berlepas dengan berat maksimumnya meningkat sebanyak 30% di mana melebihi ukuran klasifikasi sebelum ini.

MiG-35 telah dipertingkatkan dengan sistem avionik dan persenjataan yang jauh lebih baik, terutama sistem radar AESA baharu dan rekaan unik Sistem Pengesan Optikal(OLS) memberi kelebihan kepada pesawat ini selain sistem pintasan kawalan-darat (CGI) dan memungkinkan pesawat ini untuk menjalani pelbagai misi secara individu. Mikoyan MiG-35 dianggap setanding dengan pesawat tempur yang lain seperti Dassault Rafale, F/A-18E/F Super Hornet dan lain-lain lagi.

9. McDonnell Douglas F-15E Strike Eagle



McDonnell Douglas F-15E Strike Eagle adalah pesawat tempur supersonik segala cuaca yang dirancang untuk menciptakan dan mempertahankan superioritas udara dalam pertarungan di langit. F-15E Strike Eagle adalah pesawat tempur serang yang mulai dipakai pada tahun 1989. Angkatan Tentara Udara Amerika Syarikat berencana untuk tetap menggunakan F-15E Strike Eagle sehingga tahun 2025.

8. Sukhoi Su-47 Berkut



Sukhoi Su-47 Berkut "Golden Eagle", juga dirancang sebagai S-32 dan S-37 selama pengembangan awal, merupakan pesawat tempur supersonik yang dikembangkan oleh Sukhoi. Bentuk pembeza pesawat ini adalah sayap depan, serupa dengan LL-3 milik Tsybin, yang memberikan pesawat ini kelincahan yang menakjubkan.

S-47 mempunyai sayap tertekuk ke depan, yang menjanjikan keunggulan di bidang aerodinamis pada kecepatan subsonic dan pada sudut tinggi (high angles of) serangan. Sayap yang tertekuk ke depan ini memungkinkan bertambahnya jarak dan manuverabilitasi pada altitude yang tinggi. Pesawat ini mempunyai canard besar yang terpasang di samping saluran udara, dekat dengan hujung depan sayap. Penstabil vertikal dipasang di sebelah luar dan dua buah pintu saluran udara tambahan besar yang terlihat di bahagian tengah badan pesawat.

7. Chengdu J-20



Chengdu J-20 adalah sebuah pesawat tempur stealth generasi kelima yang mempunyai dua enjin yang dibangunkan oleh Chengdu Aerospace Corporation untuk Angkatan Udara Pembebasan Rakyat China. J-20 mula melakukan penerbangan pertama pada tanggal 11 Januari 2011 dan berharap J-20 dapat beroperasi pada 2017-2019. J-20 mempunyai potensi untuk berupaya dengan sistem serangan jarak jauh dalam kawasan Asia-Pasifik. Chengdu J-10 juga adalah jet pejuang pelbagai fungsi dan ia mampu untuk beraksi dalam apa jua keadaan cuaca. Ia merupakan sebuah jet yang ringan dan juga dikonfigurasikan dengan reka bentuk jaring dan juga sayap delta.

6. Dassault Rafale



Dassault Rafale (dijuluki sebagai Squall dalam Bahasa Inggris) adalah pesawat tempur serbaguna generasi ke-4.5, berenjin kembar dan bersayap delta yang dibuat oleh Dassault Aviation. Sebuah pesawat tempur yang menjadi tulang belakang Tentera Udara Perancis. Pesawat ini menunjukkan sistem senjata hebat yang mampu bersaing dengan pesawat lain. Pesawat tempur ini boleh digunakan dalam pelbagai keadaan. Pesawat model ini boleh menjalankan penguasaan udara, serangan darat, lasak dan mampu melaksanakan misi pencegahan nuklear mengikut kehendak pertempuran yang berlaku. Rafale dirancang sebagai pesawat berpangkalan di daratan mahupun di atas kapal induk.

Pesawat produksi pertama Rafale B1 terbang untuk pertama kalinya pada 4 Desember 1998. Program pesawat Rafale terdiri dari tiga versi pesawat tempur mesin-kembar multi-peranan; (1) versi satu tempat duduk - Rafale C, (2) versi dua tempat duduk - Rafale B dan (3) versi AL (kapal induk) adalah - Rafale M. Tiga versi pesawat tempur ini dilengkapi dengan mesin, sistem tempur dan navigasi, sistem management pesawat dan sistem kawalan penerbangan yang sama. Mereka semua dapat melakukan semua jenis misi dari penyerangan daratan sampai superioritas udara.

Rafale wujud dari program tentera Perancis untuk visi 2025-2030, menggantikan pesawat yang bertugas di Angkatan Udara dan Angkatan Laut Perancis. Walaupun pesawat ini bukan pesawat halimunan sebenar, pesawat Rafale dapat mengurangkan kesan jejak pada radar sama seperti pesawat F/A-18 Super Hornet dan Eurofighter Typhoon. Rafale juga dapat diperlengkapi dengan senjata nuklear.

5. Sukhoi Su-37 Terminator



Sukhoi Su-37 adalah pesawat tempur pelbagai guna buatan Russia. Pesawat ini merupakan pesawat pejuang mempunyai satu tempat duduk dan sesuai digunakan dalam semua keadaan cuaca yang dikembangkan dari Su-27 "Flanker". Pesawat Sukhoi Su-37 adalah satu varian pesawat tempur bermesin jet yang dirancang oleh pabrikan pesawat Sukhoi di Russia. Pesawat Su-37 dikembangkan berdasarkan design Su-27 dengan modifikasi yang dilakukan misalnya pada sistem avionik dan sistem persenjataan.

4. Lockheed Martin F-35 Lightning II



Lockheed Martin F-35 Lightning II adalah salah satu pesawat dari keluarga F merupakan sebuah pesawat satu tempat duduk, berenjin tunggal, mempunyai ciri-ciri halimunan yang boleh melaksanakan pelbagai misi seperti sokongan udara dekat, pengebomam taktikal dan penguasaan udara. F-35 mempunyai tiga versi yang berbeza; F-35A berlepas dan mendarat secara konvensional, F-35B berlepas jarak dekat dan mendarat secara menegak dan F-35C untuk operasi di atas kapal pengangkut pesawat.

F-35 dibangunkan daripada pesawat X-35, merupakan satu produk daripada program Joint Strike Fighter. F-35 telah direka untuk menjadi sebuah pesawat penyerang utama di dunia. Ia bertujuan menjadikan keupayaan udara-ke-udara (air-to-air) jarak dekat dan jauh pesawat ini kedua terbaik selepas F-22 Raptor. Banyak negara yang menggunakan pesawat buatan Amerika ini.

Pengembangan pesawat ini dibiayai oleh Amerika Syarikat, Great Britain dan beberapa negara lainnya. Pesawat ini dikembangkan dan diproduksi oleh Lockheed Martin serta dua rakan utamanya, BAE Systems dan Northrop Grumman. Pesawat demonstrasi pertama kali terbang pada tahun 2000 dan pesawat versi produksi pertama kali terbang pada 15 Desember 2006.

3. Eurofighter Typhoon



Eurofighter Typhoon adalah hasil usaha tentera kolaborasi nasional terbesar yang melibatkan negara-negara Eropah. Eurofighter Typhoon merupakan sebuah pesawat tempur pelbagai peranan, sayap delta dan berenjin kembar. Pesawat ini direka dan dibina oleh satu konsortium gabungan tiga syarikat kongsi iaitu Alenia Aermacchi, BAE Systems dan Airbus Group melalui syarikat pemegangan Eurofighter Jagdflugzeug GmbH yang ditubuhkan pada tahun 1986. Projek ini diuruskan oleh NATO Eurofighter and Tornado Management Agency yang bertindak sebagai pelanggan utama.

Pesawat ini mula berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Britain, Tentera Udara Jerman, Tentera Udara Itali, Tentera Udara Arab Saudi, Tentera Udara Sepanyol dan Tentera Udara Oman. Eurofighter Typhoon mempunyai ketangkasan yang tinggi, rekabentuknya membuatkan efektif seperti 'dogfighter' apabila kombat dengan pesawat yang lain. Pesawat ini akan tetap beroperasi sampai 2040.

2. Sukhoi Su-57



Sukhoi Su-57 adalah jet pejuang stealth generasi kelima yang dikembangkan oleh Sukhoi OKB untuk Angkatan Udara Rusia. Pembuat jet tempur ini direncanakan untuk menggantikan jet tempur Mig-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker pada sistem pertahanan udara Rusia. Pesawat Sukhoi Su-57 sengaja dirancang untuk menyaingi jet tempur siluman F-22 Raptor dan F-35 Lightning II milik Amerika Syarikat. Jet tempur Sukhoi Su-57 ini diharapkan memiliki masa operasi sekitar 30 hingga 35 tahun.

Jurucakap Kremlin berkata, jet pejuang stealth generasi kelima itu dikenali sebagai Su-57 akan menjalani ujian berikutnya selama setahun sebelum memasuki perkhidmatan ketenteraan pada tahun 2019. Ia berupaya terbang dengan kelajuan maksimum 2,599 kilometer sejam (kmj). Pesawat itu dipanggil 'PAK FA' dan 'T-50' semasa pembinaannya. Russia berkata, Su-57 akan mengguna pakai teknologi stealth paling canggih bagi menyukarkannya dikesan oleh radar musuh.

Jet tempur ini juga akan menggunakan peluru berpandu K-77M dengan jarak lebih 200km manakala peluru berpandu milik AS, AIM-120D Scorpion hanya memiliki jarak kira-kira 160km. Pengeluar penerbangan ketenteraan Russia mendakwa ia lebih murah berbanding yang dikeluarkan pesaingnya AS. Pasukan tentera negara itu akan menerima 12 pesawat kumpulan pertama nanti.

1. Lockheed Martin F-22 Raptor



Lockheed Martin F-22 Raptor merupakan pesawat tempur siluman buatan Amerika Syarikat. Jet jenis ini sangat hebat kerana mampu bergerak di dalam keadaan yang senyap dan hampir tidak dapat dikesan oleh radar. Pesawat ini merupakan generasi keempat yang pada awalnya direncanakan untuk dijadikan pesawat tempur superioritas udara untuk digunakan menghadapi pesawat tempur Uni-Soviet.

Pesawat ini juga dilengkapi peralatan untuk serangan darat, peperangan elektronik dan signal intelligence. Pesawat ini melalui masa pengembangan yang panjang, versi prototipnya diberi nama YF-22, tiga tahun sebelum secara rasmi dipakai diberi nama F/A-22 dan akhirnya diberi nama F-22A ketika rasmi mulai dipakai pada Disember 2005.

F-22 Raptor adalah pesawat enjin berkembar yang berteknologi tinggi dan dapat bergerak dalam kepantasan yang sangat super. Lockheed Martin Aeronautics adalah kontraktor utama yang bertanggungjawab memproduksi sebahagian besar badan pesawat, persenjataan dan final assembly F-22. Program partner seperti Boeing Defense, Space & Security menyediakan sayap, peralatan avionik, aft fuselage dan sistem latihan.

Lockheed Martin mengakui Raptor mempunyai kombinasi seperti stealth, kelajuan, ketangkasan, ketepatan dan situasi kesedaran, kombinasi air-to-air dan air-to-ground kombat. Oleh itu, jet tempur siluman ini dianggap sebagai pesawat paling berjaya dan bernilai di dunia setakat ini, hanya dibelakang pesawat pengebom buatan mereka sendiri. F-22 Raptor telah diperkenalkan oleh tentera udara Amerika Syarikat pada tahun 2005.

      Baca : 4 Hasil Kajian Mendapati Bangun Awal Pagi Beri Manfaat Pada Kesihatan

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Banyak negara berlumba-lumba untuk menambahbaik atau pertambahan tenologi baru bagi memperkuatkan pesawat masing-masing mengikut peredaran masa. Banyak negara maju mempunyai teknologi tersendiri yang mampu membuat jet tersebut mencapai tahap kelajuan maksimum dan dapat bersaing antara satu sama lain serta tiba di destinasi yang ditujui mereka dengan rekod tersendiri.

- Daku Amat

Tags : pesawat pejuang jet tempur tentera terkuat teknologi pesawat pengetahuan
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: