Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kesihatan. Papar semua catatan

4 Langkah Mudah Hilangkan Batuk Dan Kahak Mengunakan Bawang Putih


Sesiapa yang sudah cuba bermacam-macam ubat batuk di hospital, farmasi atau klinik tetapi batuk dan kahak tidak juga mahu hilang patut cuba petua di bawah ini.

Kadang-kadang bila sudah lama sangat batuk-batuk akan membuat dada rasa sakit dan tidak selesa ketika berada di mana-mana. Manakala kahak apabila sudah berkumpul terlalu banyak di tekak akan menyebabkan mudahnya berlaku jangkitan kuman.

Kaedahnya sangat mudah. Hanya gunakan bawang putih sahaja. Kaedah yang murah dan sangat berkesan.

Berikut 4 langkah mudah hilangkan batuk dan kahak dengan bawang putih :

1. Bawang dibasuh dengan kulit-kulitnya sekali. Satu atau dua labu pun boleh.

2. Ambil ceper atau kuali non stik (atau guna kuali ajaib) dan bakar bawang putih dengan kulit-kulitnya sekali. Guna api yang paling kecil atau perlahan. Bakar selama 25-40 minit.

3. Ambil bawang putih yang sudah dibakar tadi lalu dibuang kulitnya dan makan. Ia lembut macam ubi kentang dan kunyah begitu sahaja. Gigit sikit-sikit.

4. Makan sebanyak 5 hingga 8 ulas.


      Baca : 7 Sebab Kenapa Anda Gagal Dalam Bisnes Terutama Pemasaran Online

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

InsyaAllah, kalau sebelum ini anda tidak boleh tidur malam kerana batuk yang kuat, kini batuk sudah mula berkurangan atau tidak batuk lagi. Lendir kahak juga mudah kering.

- Daku Amat

15 Khasiat Timun Yang Perlu Anda Tahu


Timun termasuk antara tanaman yang paling banyak dimanfaatkan dalam diet makanan di seluruh dunia. Ia mudah ditanam dan menjadi antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia sebagai menu tambahan dalam diet mereka.

Di samping dijadikan sebagai makanan tambahan, timun juga merupakan makanan yang sangat baik untuk kesihatan. Lupakan makanan ringan dan kerepek kentang, mulai hari ini jadikan timun sebagai menu makanan utama Anda.

Berikut 15 khasiat timun yang perlu anda tahu :

1. Membunuh bakteria di dalam mulut

Jus timun boleh membantu menyembuhkan dan menyegarkan sakit gusi. Untuk membunuh bakteria di dalam mulut dan untuk menyegarkan nafas, dapatkan kepingan timun dan tekan ke lelangit mulut anda dengan lidah anda selama 1/2 (setengah) minit, phytochemcials dalam timun akan membunuh bakteria di dalam mulut anda yang bertanggungjawab menyebabkan nafas yang tidak menyenangkan.

2. Merawat masalah kulit

Timun memiliki sifat diuretik, efek pendingin, dan pembersih yang bermanfaat bagi kulit. Kandungan air yang tinggi vitamin A, B, dan C serta mineral seperti magnesium, kalium, mangan dan silika membuat timun menjadi bahagian penting dalam perawatan kulit. Masker wajah yang mengandungi sari timun digunakan untuk menegangkan kulit. Asid askorbat dan asid caffeic yang hadir dalam timun dapat menurunkan tingkat retensi air, yang mampu mengurangi pembengkakan di sekitar mata.

3. Menyembuh masalah fungsi pencernaan

Masalah pencernaan seperti maag, gastrik, dapat disembuhkan dengan meminum jus timun segar setiap hari. Kandungan serat makanan dalam timun dapat mengusir racun dari sistem pencernaan sehingga meningkatkan proses pencernaan. Oleh itu, dengan penggunaan timun setiap hari ia dapat dijadikan sebagai ubat sembelit.

4. Membekalkan keperluan vitamin harian

Timun mengandungi tiga vitamin utama yang selalu diperlukan oleh badan setiap hari. vitamin A, B, C tersebut akan memperkuatkan sistem imun yang melindungi tubuh sehari-hari. Untuk dapatkan hasil yang maksimum, timun boleh dijadikan jus bersama bayam dan lobak merah. Sebaiknya, timun tidak dikupas kerana bahagian itulah yang terkandung 12% vitamin C, yang cukup untuk keperluan harian anda.

5. Merawat kencing manis, kolestrol dan tekanan darah

Jus timun mengandungi hormon yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin bagi manfaat kepada pesakit kencing manis. Sebatian sterol dalam timun boleh membantu penurunan tahap kolesterol. Timun mengandungi banyak serat, kalium dan magnesium yang berkesan bagi mengawal tekanan darah. Sebab itu timun adalah baik untuk merawat kedua-dua tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah.

6. Memulihkan mata

Meletakkan kepingan sejuk timun adalah pemandangan biasa untuk kecantikan tetapi ia benar-benar boleh membantu mengurangkan bengkak di bawah mata dan keadaan bengkak kerana timun mempunyai ciri-ciri anti radang.

7. Membantu turun berat badan dan penghadaman

Disebabkan kandungan air yang tinggi dan kalori yang rendah, timun adalah sumber yang ideal untuk orang-orang yang ingin menurunkan berat badan. Gunakan timun dalam sup dan salad anda. Boleh juga dijadikan makanan ringan kegemaran anda, anda boleh makan potongan timun yang dicicah dengan yogurt.

8. Melawan kanser

Timun mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Tiga lignan yang kuat untuk mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser ovari payudara, prostat dan kanser rahim.

9. Menyihatkan kuku dan rambut

Keajaiban Silika, mineral dalam timun menjadikan rambut dan kuku anda lebih berkilat dan kuat. Sulfur dan silika dalam timun juga membantu merangsang pertumbuhan rambut anda.

10. Membekalkan mineral baik untuk kecantikan kulit

Timun mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun.

11. Menghidrasi badan

Jika anda terlalu sibuk untuk minum air, makanlah timun, ia akan menggantikan kehilangan air dari badan anda kerana timu mengandungi 90% air.

12. Mengurangkan pedih ulu hati

Makan timun untuk mengurangkan pedih ulu hati. Letakkan timun pada kulit untuk melegakan sunburn. Di samping itu timun juga boleh menghilangkan bahang panas dari luar dan dalam tubuh anda.

13. Melegakan artritis, sakit gout dan kesihatan sendi

Timun adalah sumber yang sangat baik untuk silika yang menggalakkan kesihatan sendi dengan mengukuhkan tisu penghubung. Apabila dicampur dengan jus lobak merah, timun boleh melegakan gout dan sakit artritis dengan mengurangkan tahap asid urik.

14. Menyembuhkan mabuk

Untuk mengelakkan sakit kepala di waktu pagi atau mabuk (hangover) anda boleh makan beberapa keping timun sebelum tidur. Timun mengandungi cukup vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambah banyak nutrien penting dan mengurangkan mabuk (hangover) dan sakit kepala.

15. Menjaga kesihatan buah pinggang

Timun merendahkan tahap asid urik di dalam badan anda dan dengan ini akan mengekalkan buah pinggang yang sihat bila anda selalu mengambil timun.

      Baca : 10 Manfaat Terung Yang Perlu Anda Tahu

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Penggunaan timun juga ada kesan sampingan, iaitu ia dapat menyebabkan keracunan dan kebotakan kerana mengandungi bahan kimia tertentu. Hal ini biasanya akan terjadi jika seseorang mengambil timun dalam jumlah berlebihan. Untuk menghindari hal ini, elak memilih buah timun yang berkulit kerepot atau yang memiliki rasa agak pahit.

- Daku Amat

10 Manfaat Terung Yang Perlu Anda Tahu


Terung adalah sayuran rendah kalori. Banyak pengamal diet yang tidak makan daging atau vegetarian mengambil terung sebagai makanan yang boleh membuatkan mereka berasa kenyang dan lebih sihat. Apa kelebihan terung selebihnya, anda boleh semak di bawah ini.

Berikut 10 manfaat terung yang perlu anda tahu :

1. Bantu sistem penghadaman

Terung dikatakan mampu membantu penghadaman. Terung juga memiliki sumber pembina tulang seperti mangan, vitamin K dan magnesium.

2. Elak masalah kolestrol

Pengambilan terung dalam diet pemakanan beberapa kali seminggu dikatakan mampu membantu mengendurkan saluran darah ke jantung, memperbaiki pengedaran dan membantu memastikan kolesterol pada tahap sihat. Kandungan zat fito dalam terung dikatakan mampu membantu mencegah penyakit jantung, serangan jantung dan strok.

3. Awet muda

Kulit terung dikatakan memiliki sejumlah fito kimia antosianin. Kajian saintifik yang telah dilakukan telah menunjukkan bahawa antioksidan ini memiliki potensi kesihatan dalam menentang kanser, penuaan, keradangan dan penyakit neurologi.

4. Cegah stres

Kandungan vitamin B yang tinggi dalam terung juga memastikan kebolehan untuk berfikir dengan jelas dan mencegah stres. Antioksidan dalam terung dikatakan memiliki kebolehan untuk mencegah tumor otak dan kanser daripada terbentuk melalui cara menyerang radikal bebas yang menyebabkan tumor kanser.

5. Seimbangkan zat

Nasunin dalam terung dikatakan memiliki kebolehan membuang zat besi berlebihan yang terbina dalam tubuh. Namun mereka yang memiliki tahap zat besi rendah mungkin perlu menjauhi untuk memakan terung.

6. Jaga kuku dan rambut

Berikutan dengan kandungan tinggi air, vitamin, mineral dan lemak sihat dalam terung, terung dikatakan mampu memastikan rambut sihat dan kuat, kuku menjadi lebih kuat dan memastikan kulit bersinar, lembut dan hidrasi secara semula jadi.

7. Cegah kanser kulit

Zat dalam terung juga dikatakan boleh membantu mencegah kanser kulit daripada terbentuk.

8. Bantu berhenti merokok

Terung dikatakan mengandungi sejumlah kecil nikotin. Nikotin dalam terung dikatakan mampu membantu perokok menahan keinginan untuk merokok terutamanya ketika mereka mahu berhenti merokok. Sila amalkan memakan terung jika mahu berhenti merokok secara semula jadi.

9. Menu ideal untuk pasakit diabetis

Kandungan serat yang tinggi dan karbohidrat mudah larut yang rendah menjadikan terung makanan ideal yang perlu dimasukkan ke dalam pemakanan mereka yang mengawal glukos dan tahap insulin dalam darah. Ini bermakna terung sesuai untuk penghidap diabetes.

10. Tingkat asid folik

Asid folik amat penting bagi ibu hamil kerana mampu melindungi bayi daripada kecacatan pada saluran saraf serta melindungi pembentukan otak bayi dalam rahim. Terung mengandungi asid folik. Tingkatkan asid folik anda dengan memakan terung sewaktu hamil.

      Baca : 6 Cara Mengembangkan Duit Di Dalam Bisnes

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Pilihlah terung yang keras, berkulit halus dan berat. Elakkan memilih terung yang bertompok keperang-perangan. Terung menjadi pahit jika semakin tua dan amat mudah rosak. Sepatutnya terung disimpan di tempat yang sejuk dan kering serta digunakan dalam masa dua atau tiga hari selepas dibeli.

Semasa terung masih muda, kebanyakan kulit terung sedap dimakan. Tetapi semakin tua terung itu, kulitnya harus dikupas dan dibuang. Disebabkan isi terung mudah lebam, sepatutnya terung hanya perlu dipotong jika mahu dimasak.

Rasa terung yang pahit boleh dikurangkan melalui kaedah zaman kuno iaitu dengan cara membubuh garam pada kedua-dua bahagian. Biarkan selama 20 minit sebelum dicuci dengan air. Garam dikatakan membantu membuang rasa pahit terung.

- Daku Amat

5 Manfaat Urut Tapak Kaki Sebelum Tidur


Ada kajian yang mengatakan urutan kaki sebelum tidur mampu menjadikan badan anda lebih segar dan santai sekaligus mengurangkan risiko kekejangan di bahagian otot.

Berikut 5 manfaat mengurut tapak kaki sebelum tidur :

1. Melancarkan aliran darah

Urutan di tapak kaki secara teratur dan konsisten mampu melancarkan aliran darah secara optimum. Selain itu, aliran darah yang baik dan lancar membantu untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat dan mengurangkan pengumpulan kolestrol dan lemak dalam darah. Kepada pesakit diabetis, urutan pada kaki sekurang-kurangnya 20 minit sebelum tidur membantu dalam proses penyembuhan.

2. Mengatasi masalah migrain

Anda punyai masalah migrain atau sakit kepala? Kajian mendapati bahawa dengan melakukan urutan serta menekan bahagia tertentu pada tapak kaki mampu memulihkan beberapa penyakit termasuk migrain.

3. Menurunkan tekanan darah

Satu lagi manfaat luar biasa dengan mengurut tapak kaki sebelum tidur adalah menurunkan tekanan darah. Bukan sahaja menurunkan tekanan darah malah urutan yang lembut di kaki akan membantu menyegarkan tubuh menjadikan diri lebih tenang dan santai.

Terdapat kajian di mana ia menyatakan bahawa mengurut tapak kaki selama 10 minit sebelum tidur membantu tubuh merembeskan hormone yang mencetuskan perasaan cemas serta membantu mengatasi masalah lain termasuklah tekanan darah tinggi.


4. Menurunkan risiko menopause

Mengurut tapak kaki sangat baik untuk kaum wanita. Menurut kajian, aktiviti mengurut tapak kaki mampu melambatkan risiko menopause. Ia sangat baik untuk mengatasi masalah sembab atau bengkak kaki semasa mengandung. Oleh itu, kaum bapa yang macho dan gentleman, urut dan sila manjakan isteri anda.

5. Memulihkan hubungan intim

Mengurut tapak kaki dengan menggunakan minyak aromaterapi beserta alunan muzik yang mendamaikan mampu memberi ketenangan kepada tubuh dan emosi. Di saat ini pastinya menjadikan diri dan pasangan lebih bersedia untuk hubungan intim yang lebih baik. Urutan yang tepat di tapak kaki dipercayai mampu meningkatkan keinginan seksual seseorang.

      Baca : 4 Cara Tidur Ini Boleh Menyebabkan Berat Badan Naik

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Di atas adalah beberapa faedah mengurut tapak kaki yang mungkin kita tidak pernah tahu sebelum ini. Oleh itu, pasangan suami isteri, sama-samalah mengurut tapak kaki pasangan anda sebelum tidur ya! Semoga info ini memberikan manfaat agar kita diberikan kesihatan yang maksima serta dijauhkan dari pelbagai jenis penyakit.

- Daku Amat

7 Tip Jaga Solat Bagi Ibu Ada Anak Kecil

Solat ialah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap orang Muslim. Solat juga akan menjadi perkara pertama yang akan dihisab di hari akhirat kelak. Jelas sekali betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan seorang Muslim.

Melengahkan ibadah solat antara perkara yang tidak disukai oleh Allah s.w.t. Bagi yang bergelar ibu dan mempunyai anak kecil, mengutamakan solat adalah perkara wajib yang mesti diberi perhatian utama.


Jangan jadikan alasan anak kecil meragam, susah diletak atau tiada sesiapa menjaganya maka ibu suri rumah melengahkan solat atau akhirnya terus terlupa mengerjakan solat.

Memang tidak dapat dinafikan bila anak kecil mula meragam, semua benda tidak boleh dilakukan macam biasa. Tetapi sebagai ibu yang bijak, anda perlu pandai merancang supaya anak kecil tidak menjadi bebanan bila masuk waktu solat.

Berikut 7 tip jaga solat bagi ibu ada anak kecil :

1. Berazam solat awal waktu

Kita boleh tahu lebih awal bila masuk waktu solat 5 kali sehari. Mudah untuk buat perancangan. Apa kata 'print' waktu solat dan lekatkan di pintu peti ais yang selalu kita buka supaya senang untuk perasan perkara itu.

Jadi, sentiasa bersedia bila sudah hampir waktu solat. Bersedia di sini bermaksud memastikan keadaan anak dalam mood ceria dan tidak membuat hal selain kita tidak sibuk membuat urusan rumah tangga.

2. Bagi anak susu siap-siap

Biasanya kalau anak kecil meragam dan menangis mesti sebab dia lapar, dahaga, mengantuk atau 'pampers' basah. Jadi, sebelum masuk waktu solat, anda mesti membereskan segala keperluan anak.

Bagi si kecil makan atau menyusu sampai kenyang, tukarkan lampinnya supaya dia selesa dan tidak merengek ketika anda mengerjakan solat.

3. Sediakan keperluan anak

Kalau anak sudah boleh makan atau minum sendiri, sediakan sebotol air minumannya dan sebekas snek seperti biskut, roti dan sebagainya yang boleh dimakan sendiri.

Biasalah anak-anak kecil, bila ibu sudah mengangkat takbiratul ihram, mulalah dia nak minta air atau makanan. Jadi, sediakan keperluan itu di sebelahnya.

4. Kalau mengantuk tidurkan anak

Kalau nampak anak anda mengantuk sebelum masuk waktu solat, cepat-cepat tidurkan dia. Lagi senang untuk anda khusyuk mengerjakan solat.

5. Biarkan anak leka bermain

Lagi satu cara yang mudah untuk mengelakkan anak menangis iaitu letakkannya di sebelah tempat kita bersolat dan sediakan pelbagai mainan. Dengan cara ini dia akan leka dan khusyuk bermain sepanjang kita bersolat.

6. Rancang kerja rumah

Sebaiknya tangguhkan dahulu atau selesaikan segera sebarang kerja rumah yang hendak dilakukan selepas atau sebelum solat untuk mengelakkan daripada kita melengahkan waktu solat dengan alasan kerja yang dibuat masih belum selesaikan.

7. Berdoa agar Allah permudahkan

Hanya kepada-Nya tempat kita memohon pertolongan. Berdoalah agar niat untuk sentiasa mengutamakan dan bersolat awal dapat dipermudahkan oleh-Nya.

      Baca : 5 Khasiat Minum Air Halia Panas Untuk Wanita Amalkan

Kesimpulan

Sebenarnya tidak ada alasan untuk seseorang Muslim itu tidak menunaikan kewajipan solat fardhu. Dalam setiap keadaan dan kesukaran, pasti ada kemudahan dan cara terbaik untuk mengatasinya supaya kita tetap dapat menjaga kewajipan solat fardhu 5 waktu.

- Daku Amat

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Amalan Berjalan Kaki


Berjalan kaki adalah salah satu cara paling mudah untuk kekal cergas. Anda mungkin mempunyai kehidupan yang sibuk, namun cubalah amalkan aktiviti fizikal dalam kehidupan anda. Satu aktiviti sederhana, berjalan kaki pantas selama 15-30 minit sehari sudah cukup untuk membuat anda sihat. Kecergasan bentuk ini boleh meningkatkan mood anda, lebih cergas dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup anda.

Sebelum anda mula, pakai pasangan kasut yang betul untuk berjalan dan pakaian yang selesa. Jangan lupa untuk membawa dan minum air semasa anda berjalan, untuk menghidrat diri sendiri. Berjalan selama 15-30 minit untuk tiga hari pertama. Kemudian beransur-ansur meningkatkan masa. Anda boleh menggunakan alat pengukur langkah untuk mengira langkah-langkah yang anda ambil.

Berikut 8 penyakit yang boleh sembuh dengan amalan berjalan kaki :

1. Serangan jantung

Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner) supaya segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung.

Dengan sering berjalan, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat apabila berjalan kaki dengan pantas (tergopoh-gopoh). Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke

Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun sehingga dua pertiga.

3. Obesiti

Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kalori berlebihan yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar. Seterusnya masalah obesiti atau berlebihan berat badan tidak akan terjadi.

Oleh itu, jika anda mengalami masalah berlebihan berat badan, mulailah secara rutin melakukan pergerakan jalan kaki pantas. Sehingga mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

4. Kanser

Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu bahawa pergerakan badan akan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar.

Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan kaki turut boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

5. Hindar osteoporosis

Sering berjalan bukan sahaja membuat otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

6. Cegah diabetes

Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk menurut laporan National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases.

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan atau brisk walking, ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

7. Depresi

Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki kerana ia akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.

8. Mengelak demensia

Demensia atau nyanyuk menjejaskan satu dalam 14 orang. Kita tahu bahawa terus aktif mempunyai kesan perlindungan terhadap fungsi otak dan senaman yang kerap mengurangkan risiko demensia sehingga 40 peratus.

Orang yang lebih tua yang berjalan enam batu atau lebih setiap minggu dapat mengelakkan pengecutan otak dan seterusnya mengekalkan memori sepanjang tahun-tahun yang berlalu.

      Baca : 7 Manfaat Minum Air Putih Ketika Perut Masih Kosong Setiap Pagi

Kesimpulan

Rutin berjalan kaki terutama berjalan dengan cepat juga akan memberikan anda tenaga. Ini kerana berjalan pantas adalah salah satu proses pemberi tenaga semulajadi yang terbaik. Ia meningkatkan peredaran darah dan seterusnya meningkatkan bekalan oksigen ke setiap sel-sel dalam tubuh. Ia memudahkan ketegangan otot supaya anda terus cergas dan tidak lembap.

- Daku Amat

7 Manfaat Minum Air Putih Ketika Perut Masih Kosong Setiap Pagi

Dehidrasi berpanjangan boleh jadi penyebab timbulnya pelbagai penyakit dan gangguan pada kesihatan kita. Untuk mencegah munculnya bermacam penyakit ini, salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan minum air putih ketika perut masih kosong di pagi hari. Manfaatnya ternyata luar biasa.

Apakah itu dehidrasi? Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini terjadi kerana pengeluaran air lebih banyak daripada kemasukan air (misalnya minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini disertai dengan gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh.

Dalam bahasa mudahnya dehidrasi adalah tentang keadaan kehilangan atau kekurangan air dari tubuh kita. Lebih 70% dari komponen tubuh kita adalah air. Oleh itu kehilangan air dalam tubuh badan akan merencatkan sistem komponen tubuh kita dari berfungsi dengan lancar. Keadaan ini samalah seperti sistem enjin kereta yang tidak dijaga minyak di dalamnya yang mengakibatkan kereta itu meragam. Konsep yang sama juga berlaku dalam tubuh manusia.


Dehidrasi terbahagi dalam tiga jenis berdasarkan penurunan berat badan, iaitu :

Dehidrasi Ringan
Jika penurunan cairan tubuh 5 peratus dari berat badan.

Dehidrasi Sedang
Jika penurunan cairan tubuh antara 5-10 peratus dari berat badan.

Dehidrasi Berat
Jika penurunan cairan tubuh lebih dari 10 peratus dari berat badan.

Selain mengganggu keseimbangan tubuh, pada tahap yang teruk, dehidrasi boleh mengakibatkan pengsan, koma, bahkan boleh menyebabkan kematian. Dan jangan cuba menurunkan berat badan dengan cara dehidrasi kerana anda akan menanggung risiko gangguan pada buah pinggang anda.

Berikut 7 manfaat minum air putih ketika perut masih kosong setiap pagi :

1. Buang toksin dalam tubuh

Saat kita minum air putih, sistem pencernaan tubuh akan berjalan lebih lancar dan alami. Pada waktu malam tubuh memperbaiki diri dan mengeluarkan semua toksin dalam tubuh. Apabila kita minum air putih di pagi hari dalam keadaan perut kosong maka toksin atau racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh jadi terasa lebih segar.

Minum banyak air putih juga boleh membantu meningkatkan produksi sel-sel otot dan sel-sel darah baru.

2. Tingkatkan metabolisme

Minum air putih ketika perut kosong boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan ini akan buat sistem pencernaan jadi lebih lancar. Minum air setelah bangun pagi boleh membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.

3. Jaga tubuh tetap langsing

Semua toksin akan dibuang dan sistem pencernaan akan jadi lebih baik. Paling untung, kita tidak mudah lapar dan nafsu makan boleh dikawal. Sehinggakan tubuh boleh tetap langsing kerana terhindar dari godaan makan yang berlebihan.

4. Elak gangguan pencernaan

Gangguan pencernaan berlaku disebabkan oleh meningkatnya kadar asid di dalam perut. Ketika minum air putih di pagi hari, kadar asid berlebih ini akan larut. Gangguan pencernaan pun dapat diatasi.

5. Cantikkan kulit

Dehidrasi boleh menyebabkan munculnya kedut dan pori-pori besar di kulit. Minum 500 ml air putih dengan keadaan perut kosong setiap pagi boleh melancarkan aliran darah di kulit dan membuat kulit lebih sihat. Minum air putih sepanjang hari secara berkala boleh membantu tubuh mengeluarkan racun (toksin).

6. Cegah batu karang

Minum air putih selepas bangun tidur boleh membantu mencegah batu karang. Semakin banyak minum air putih maka semakin payah penyakit dan toksin menggangu kesihatan tubuh.

7. Baiki sistem imun tubuh

Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu menjaga sistem limfa. Sehingga sistem imun tubuh semakin kuat dan ini akan mengelakkan tubuh dari mudah dijangkiti pelbagai penyakit.

      Baca : 3 Sebab Kenapa Perlu Cuci Muka Sebelum Tidur

Kesimpulan

Tertarik untuk mula membiasakan diri minum air putih setiap pagi? Selain mampu menjaga kesihatan tubuh, ia juga boleh membantu anda merawat kecantikan kulit. Untuk mendapatkan manfaat maksima daripada minum air putih (atau boleh juga air mineral) setiap pagi, anda bolehlah mengikuti beberapa langkah berikut :

● Minum 4 gelas air putih yang berisi 160 ml setiap pagi dalam keadaan perut kosong.

● Selepas minum jangan makan apa pun selama 45 minit.

● Minumlah air putih setidaknya 30 minit sebelum makan. Dan jangan minum air dalam waktu 2 jam selepas sarapan, makan siang dan makan malam.

● Kalau masih sukar minum 650 ml air putih setiap pagi, boleh mulakan dengan minum satu gelas air dulu.

- Daku Amat

3 Sebab Kenapa Perlu Cuci Muka Sebelum Tidur

Wajah merupakan bentuk penampilan seseorang yang dilihat untuk kali pertama di depan orang lain. Maka dari itu, kebersihan wajah pun harus dijaga agar tetap percaya diri. Apabila anda adalah orang yang tergolong sibuk, biasanya anda akan merasa letih setibanya di rumah setelah beraktiviti. Jangankan mencuci wajah sebelum tidur, mungkin mengganti pakaian pun tidak sempat. Padahal mencuci wajah sebelum tidur mempunyai manfaat yang tidak kalah penting dengan menggosok gigi sebelum tidur.

Setelah beraktiviti di luar, wajah anda pun terdedah dengan persekitaran terbuka. Cuci muka merupakan salah satu cara untuk menyegarkan kembali kulit anda. Cuci muka juga mempunyai manfaat untuk membersihkan kulit anda yang terkena debu dan kotoran selama beraktiviti. Apabila anda memakai alat solek, anda wajib mencuci wajah anda sebelum tidur. Sebelum membersihkan wajah dengan air, bersihkan wajah anda terlebih dahulu dengan pembersih wajah. Pakailah pembersih wajah yang tidak mengandung alkohol untuk mencegah kekeringan pada kulit wajah.


Cuci muka anda dengan air suam, kemudian dilanjutkan dengan air dingin. Manfaat mencuci wajah sebelum tidur dengan dua suhu air yang berbeza adalah mengecilkan pori-pori kulit anda. Dan apabila anda melakukannya secara teratur, cara ini mempunyai manfaat untuk menghilangkan jerawat dan resdung.

Pemilihan sabun pencuci muka juga penting. Pilihlah sabun pencuci muka yang berasaskan air, terbuat dari bahan semulajadi, tidak mengandung alkohol dan bebas minyak. Manfaat memakai sabun pencuci muka yang tepat adalah untuk mencerahkan kulit anda. Apabila anda memilih pencuci muka yang mengandung tea tree oil, maka sebagai bonusnya pencuci muka ini akan menghilangkan jerawat tanpa anda sedari.

Berikut 3 sebab kenapa anda perlu cuci muka sebelum tidur :

1. Beri ruang untuk pori-pori bernafas

Sisa kotoran akan melekat pada kulit wajah kita selepas seharian kita biarkan muka kita terdedah dengan persekitaran yang semakin hari semakin tidak elok, tidak kira di dalam rumah atau di luar rumah.

Jadi, mencuci muka sebelum tidur dapat membersihkan wajah dari segala kekotoran dan bagi ruang pada pori-pori kulit untuk bernafas. Cuci muka sebelum tidur mampu memberikan rasa yang nyaman dan ringan sehingga dapat tidur yang nyenyak.

Cuba bayangkan, kalau anda tidak basuh muka, pagi esok mesti banyak minyak yang keluar pada muka bukan?

2. Kulit nampak segar setelah bangun

Selepas bangun, minyak pada wajah akan berkurangan. Anda juga akan menemukan kulit wajah yang halus, bersih dan tidak kusam apabila mencuci muka sebelum tidur.

Sebaliknya wajah akan nampak tidak sihat dan tidak cerah sekiranya anda tidak cuci muka sebelum tidur. Anda akan mengalami masalah kulit dan menampakkan wajah anda lebih tua dari usia anda. Jadi, ingat cuci muka sebelum tidur!

3. Kulit terhindar daripada jerawat

Dari sinilah kita mencegah masalah kulit seperti jerawat. Jerawat terjadi kerana pori-pori pada kulit yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan beserta dengan rembesan minyak dari dalam kulit.

Apabila kuman dan bakteria mula hinggap pada ruang tersebut, gumpalan-gumpalan akan terbentuk dan terus menutupi pori-pori kulit. Jadi kalau bersihkan muka pada waktu malam, kita dapatlah hindarkan jerawat daripada tumbuh.

Sel-sel kulit mati yang anda miliki akan digantikan oleh sel-sel kulit yang baru dan tentunya yang lebih sihat.

      Baca : 5 Tip Sangka Baik Dengan Allah Dan Belajar Minta Pada Allah

Kesimpulan

Ketika tidur, sel kulit wajah yang telah mati akan digantikan dengan sel kulit baru yang lebih sihat. Jika kulit wajah dalam keadaan bersih, maka proses pengantian sel ini akan berjalan maksima. Sebaliknya jika anda tidur dalam keadaan tidak mencuci wajah, maka proses pengantian sel-sel kulit akan terhambat sehingga membuat wajah lebih kusam ketika anda bangun tidur di pagi hari.

Setelah anda mengetahui manfaat cuci wajah sebelum tidur seperti yang telah dihuraikan di atas, kini saatnya untuk anda membiasakan diri membersihkan wajah secara teratur sebelum mahu masuk tidur.

- Daku Amat

5 Cara Mencegah Tumbuhnya Jerawat


Ramai orang tersalah anggap bahawa semua punca jerawat adalah dari faktor luaran seperti hormon tidak stabil, persekitaran yang kotor atau tersalah makan. Tetapi sebenarnya kecantikan dan kesihatan tubuh badan kita bermula daripada kesihatan dalaman. Dan yang paling ketara terlihat adalah dari kulit.

Jerawat yang tumbuh di bahagian tertentu pada wajah kita boleh memberi petunjuk tentang masalah kesihatan dalaman kita yang tidak sihat. Bagus sebenarnya bila kita faham punca jerawat supaya kita boleh terus mengambil langkah serta merta sebelum masalah jerawat menjadi bertambah parah.

Berikut 5 cara mencegah daripada tumbuhnya jerawat :

1. Banyakkan makan bawang putih

Bawang putih dapat menghancurkan bakteria yang ada pada pori-pori kulit. Selain itu, bawang putih juga berfungsi meningkatkan sistem imunisasi tubuh kita. Ini termasuklah kulit sehingga dapat mencegah tumbuhnya jerawat.

2. Sinari kulit dengan matahari

Kulit kita memerlukan sinar matahari supaya terjaga kesihatannya sehingga sel-selnya dapat aktif secara sempurna. Biarkan kulit terkena sinar matahari pagi paling tidak selama 15 minit setiap harinya.

3. Exercise dan tidur cukup

Stress yang anda alami setiap hari juga akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan akhirnya menyebabkan jerawat tumbuh. Olahraga atau exercise dan tidur yang cukup akan membantu tubuh menstabilkan kembali hormon-hormon anda.

4. Cuci muka dengan air suam

Jerawat boleh tumbuh kerana kotoran yang memasuki pori-pori kulit. Air suam akan membuat pori-pori kulit terbuka untuk sementara sehingga sabun pencuci muka anda boleh membersihkan kulit secara maksima.

5. Bersihkan tubuh dari toksin

Makanan yang kurang bersih dan dan persekitaran yang kita terdedah setiap hari dapat menjadi toksin dan merangsang tumbuhnya jerawat di kulit. Minum air putih atau air mineral yang cukup setiap hari iaitu lelaki perlu minum sebanyak 3 Liter (13 gelas) air, manakala 2.2 Liter (9 gelas) air bagi wanita. Toksin-toksin yang terdapat di dalam tubuh akan keluar bersama air kencing dan najis.

      Baca : 7 Makanan Sedap Ini Punca Terjadinya Jerawat

Kesimpulan

Setelah kita sudah mengetahui apa masalah sebenar yang jadi punca jerawat tumbuh maka mudahlah untuk kita mencegah atau merawat jerawat. Amalkan tip mencegah jerawat di atas supaya kulit muka sentiasa sihat, cantik dan tidak dinaiki jerawat lagi.

- Daku Amat

7 Makanan Sedap Ini Punca Terjadinya Jerawat


Tentu anda rasa geram bila tengok ada jerawat bermaharajalela di wajah. Walaupun anda telah mengamalkan penjagaan kulit wajah yang betul tetapi jerawat tetap juga nak 'bertandang' tanpa diundang di wajah anda. Apa puncanya?

Cuba perhatikan pemakanan anda. Janganlah makan ikut hati saja tanpa tahu kesannya pada kulit wajah anda. Kata orang, diri kita adalah apa yang kita makan!

Berikut 7 makanan sedap ini jadi punca terjadinya jerawat :

1. Aiskrim

Kajian menunjukkan aiskrim menjadi punca terjadinya jerawat. Ini kerana kandungan gula di dalamnya menyebabkan keradangan pada kulit.

2. Susu skim

Kajian mendapat mereka yang minum susu skim akan mengalami masalah jerawat berbanding mereka yang tidak minum. Ini kerana kandungan protein yang berbeza di dalam susu skim.

3. Coklat

Kajian mendapati kandungan tenusu dan gula di dalam coklat menjadi penyebab masalah kulit. Kedua-dua gabungan tersebut merupakan kombinasi ‘maut’ untuk kulit muka tumbuh jerawat.

4. Kerepek kentang

Makanan ini adalah punca terbesar. Ini kerana karbohidrat di dalamnya mempunyai indeks glisemik yang tinggi yang menyebabkan keradangan dan terjadinya jerawat.

5. Keju

Keju boleh mencetuskan letusan hormon insulin dalam badan yang membuatkan sel-sel anda menyerap lebih banyak gula. Oleh kerana insulin berlebihan maka terjadinya jerawat.

6. Pizza

Disebabkan pizza mengandungi produk tenusu dan mempunyai lelehan keju, jadi makanan ini membuatkan jerawat tumbuh lebih banyak dari biasa.

7. Makanan pedas dan berempah

Pengambilan makanan pedas dan berempah jadi punca terjadinya jerawat dan malahan membuatkan jerawat lebih teruk. Ini kerana makanan yang pedas dan berempah kebanyakannya berminyak.

      Baca : 5 Sikap Ini Buat Wanita Jadi Tidak Cantik

Kesimpulan

Punca-punca jerawat yang disenaraikan di atas adalah garis panduan umum dan mungkin tidak bertepatan dengan semua orang. Walaupun masalah dalaman biasanya menjadi punca utama jerawat terutama jerawat jenis fibrosis namun beberapa faktor lain seperti produk penjagaan kulit, kebersihan, hormon, alahan dan genetik juga boleh menjadi penyebab jerawat.

Banyakkan makan bawang putih antara bahan yang mudah didapati di dapur namun boleh mencegah tumbuhnya jerawat. Selain daripada cukup tidur dan selalu mencuci wajah dengan air bersih ataupun air suam.

- Daku Amat

2 Sebab Kenapa Status Single Boleh Membunuh


Bagi sesetengah orang, status single atau tidak berkahwin tidak menjadi masalah dan merasakan ia pilihan masing-masing.

Mungkin ada diantara anda memilih untuk fokus pada kerjaya atau ibu bapa terlebih dahulu. Tapi status single atau bujang dalam jangka masa panjang mungkin 'bahaya' untuk anda. Baik dari segi mental mahupun fizikal anda.

Berikut 2 sebab kenapa status single boleh membunuh :

1. Menyebabkan kemurungan dan risiko strok

Dipetik daripada AsianTown.net, menurut kajian yang dilakukan di London, status single dikatakan boleh membunuh seseorang, meningkatkan risiko kemurungan dan meningkatkan risiko strok hingga 70 peratus.

Hasil kaji selidik mendapati, mereka yang berusia 35 tahun keatas dan masih tidak mempunyai pasangan, dikatakan berisiko mati mengejut dan tidak puas dengan kehidupan dimiliki.

2. Mudah jatuh sakit dan sukar untuk sembuh

Penyelidik juga mendedahkan perkahwinan mampu memberi manfaat luar biasa pada kesihatan dan corak kehidupan seseorang juga akan berubah jadi lebih baik.

Dr Matthew Dupre, ahli kesihatan dari persatuan strok di United Kingdom mengatakan;

“Pesakit berkahwin yang menderita strok mempunyai semangat hidup lebih baik. Mereka juga boleh sembuh dari penyakit. Sementara pesakit yang telah berpisah daripada pasangannya atau belum berkahwin, mereka tidak mampu untuk bertahan penyakit yang dideritai.”
Kesimpulan

Hasil kajian mendapati mereka yang kesepian dan single lebih mudah jatuh sakit.

- Daku Amat

4 Sebab Kenapa Anda Perlu Mandi Guna Air Sejuk


Jika kamu rasa mandi air panas lebih baik daripada air sejuk, ubah mentaliti itu sekarang! Ada bukti yang 'cold shower is much better than hot shower'. Air sejuk jauh lebih baik dan kebaikannya membuatkan kamu bertukar fikiran. Kenapa kamu perlu mengamalkan mandi air sejuk? Lagi sejuk lagi bagus terutamanya ketika mandi di waktu pagi.

Sebelum ini mandi air panas diibaratkan penawar terbaik untuk melegakan badan lesu dan membunuh bakteria. Malahan ada juga berpendapat, mandi air panas boleh membantu menguruskan badan dan membakar lemak. Kamu silap! Air panas sebenarnya memudaratkan tubuh dan mempercepatkan pembiakan bakteria.

Berikut 4 sebab mengapa anda perlu mandi guna air sejuk :

1. Air sejuk membakar lemak

Ada dua jenis lemak dalam tubuh kamu iaitu 'White fat' dan 'Brown fat'. 'White fat' adalah lemak yang sukar untuk dihapuskan (perlu rajin bersenam). Lemak ini adalah lemak terkumpul yang tersimpan di bahagian perut, leher dan paha kerana tubuh kamu mengambil terlalu banyak kalori. 'Brown fat' adalah lemak yang tersimpan dalam tubuh dan diperlukan untuk menghangatkan suhu badan ketika sejuk.

Jika kamu mandi air yang terlalu sejuk, 'brown fat' akan aktif untuk menghangatkan tubuh seterusnya membakar lebih kalori dengan meningkatkan kadar metabolisma badan. Ini bermakna setiap pagi kamu membakar kalori dengan hanya mandi air sejuk.

2. Meningkatkan kepekaan dan mood

Siapa yang tak menggigil bila mandi air sejuk waktu pagi kan? Mulakan mencurah air sejuk di tapak kaki kemudian ke paha, perut, dada dan kepala. Suhu sejuk ini membuatkan kamu sedikit sesak nafas. Tidak perlu bimbang, ia adalah proses untuk menghangatkan tubuh dan seterusnya meningkatkan pengaliran oksigen!

Ia juga membuatkan aliran darah meningkat dan berupaya mengalir laju ke seluruh anggota tubuh. Hasilnya, kamu lebih peka, segar, bertenaga dan tidak mengantuk di sepanjang hari.

3. Rambut dan kulit yang sihat

'No more pimples!' Air panas mengeringkan kulit dan air sejuk pula sebaliknya. Air sejuk mengecilkan liang pori dan menghindar daripada pori tersumbat. Air sejuk juga mencantikkan rambut kamu dan orang yang melihat kamu pasti memuji rambut kamu yang lebih sihat dan bersinar.

4. Terapi terbaik untuk depressi

Mandian air sejuk terbukti melegakan tekanan di mana ketika air sejuk disiram ke tubuh kamu, deria peripheral system (deria nervous) akan menghantar mesej ke otak dan membuatkan kamu berasa lebih tenang. Kajian juga menyarankan untuk setiap orang mencuba mandian ais hydroterapi yang berupaya merawat segala tekanan.

5 Khasiat Jus Buah Delima Untuk Sihat Dan Cantik


Memilih buah-buahan dan sayur-sayuran dengan bijak ternyata dapat membantu memberikan tubuh anda antioksidan yang memiliki efek anti penuaan secara semulajadi. Ini adalah kerana makanan yang anda makan sangat mempengaruhi kehalusan serta keanjalan kulit anda. Ia juga mampu mencegah kerosakan akibat sinaran cahaya matahari, jerawat dan munculnya garis-garis halus.

Salah satunya adalah buah delima (pomegranate) yang memiliki efek yang positif pada kulit anda. Jus adalah cara terbaik untuk menikmati dan mendapatkan khasiat buah delima. Menikmati buah delima menerusi jus membuatkan penyerapannya menjadi lebih cepat dan lebih mudah untuk semua nutrisi yang ada dialirkan darah ke dalam tubuh.

Buah delima mengandungi tiga kali ganda lebih banyak antioksidan daripada teh hijau dan oren. Antara khasiat jus delima yang sukar ditandingi ialah kandungan antioksidan seperti anthocyanin dan asid ellagic, senyawa seperti asid gallic dan flavonoid seperti quercetin yang memberikan perlindungan daripada diabetis, penyakit jantung, osteoarthritis dan beberapa jenis kanser.

Berikut adalah 5 khasiat jus delima pada kesihatan tubuh :

1. Meningkatkan Daya Ketahanan Tubuh

Jus delima memliki sifat anti bakteria dan anti mikroba yang sangat kuat untuk membantu melawan virus dan bakteria serta berupaya meningkatkan daya ketahanan tubuh seseorang.

2. Merawat Peranakan

Jus delima merah cukup berkhasiat untuk ibu mengandung. Ini adalah kerana sumber besar daripada sejumlah vitamin dan mineral termasuk asid folic yang merupakan elemen penting dari diet prenatal. Anti inflamasi yang terkandung dalam jus delima cukup membantu pengaliran darah yang sihat dan penting untuk tumbesaran keseluruhan janin.

Kandungan kalium dalam jus delima juga dapat membantu kejang kaki yang sering dikaitkan dengan kehamilan. Apabila diambil secara teratur oleh ibu mengandung, ia dikatakan mampu menurunkan risiko kelahiran anak premature atau kelahiran bayi dengan berat badan yang tidak mencukupi.

3. Anti Penuaan Semulajadi

Diet tinggi jus buah delima dapat membantu untuk memperlambatkan proses penuaan dengan mengurangkan kerepot dan garis-garis halus pada wajah yang disebabkan oleh sinaran cahaya matahari secara langsung. Delima merah juga bermanfaat untuk membantu mempertahankan regenarasi sel-sel kulit dan mencegah hyper pigmentasi dan terjadinya bintik-bintik hitam.

Di samping itu, khasiat jus delima yang tidak kurang hebatnya sesuai untuk semua jenis kulit. Jus delima merah membantu merawat kulit kering. Struktur molekul yang kecil menembus jauh ke dalam kulit untuk memberikan kelembaban yang cukup dan hidrasi pada kulit.


Kandungan asid punicic dan asid lemak omega 3 membuatkan kulit terus terhidrasi dengan mengawal kelembaban. Khasiat jus delima merah memang terbukti untk mengawal minyak dan juga jerawat. Penerapan jus delima merah pada kulit berminyak mencegah pecahnya jerawat dan mengawal pengeluaran sebum.

4. Mencegah Rambut Rosak

Khasiat jus delima yang seterusnya adalah mencegah serta memperbaiki rambut rosak. Minum jus delima secara teratur membantu memperkuatkan folikel rambut yang pada gilirannya mencegah rambut rosak, sehingga memebrikan penampilan rambut yang sihat dan bersinar.

5. Baik Untuk Jantung

Jus buah delima berkhasiat terutama untuk kesihatan jantung, dengan menjaga arteri (pembuluh darah berdinding tebal yang membawa darah beroksigen dari jantung ke jaringan di semua organ) agar tetap fleksibel dan mencegah peradangan pada lapisan pembuluh darah.

Ia akan menurunkan risiko tersumbat pada bahagian dalam arteri yang memberikan kesan terbatasnya aliran darah ke jantung dan otak. Dalam erti kata lain, jus buah delima memiliki efek anti aterogenik pada jantung iaitu dengan menekan jumlah kolesterol jahat (LDL) dalam tubuh dan meningkatkan jumlah kolesterol baik (HDL).

8 Reaksi Spontan Tubuh Dengan Tujuan Untuk Lindungi Kita


Banyak perkara yang reaksi spontan badan kita sebenarnya bertindak untuk melindungi diri kita tanpa kita sedari. Perkara inilah yang melindungi diri kita 24 jam sehari dan selama 7 hari seminggu yang jika tidak berlaku boleh memudaratkan kesihatan diri kita.

Berikut 8 reaksi spontan tubuh dengan tujuan untuk lindungi kita :

1. Menguap

Menguap sebenarnya untuk sejukkan otak kita yang sudah terlalu penat bekerja atau beraktiviti. Isyarat bahawa sekarang masa untuk otak kita berehat dengan cara tidur yang secukupnya.

2. Bersin

Selepas bersin sebut Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kerana bersin sebenarnya untuk keluarkan balik kotoran atau bakteria yang ada dalam badan kita.

3. Mengeliat

Suatu isyarat buat kita lebih bersedia untuk melakukan aktiviti fizikal. Selain itu, ia juga meregangkan otot dan membetulkan aliran darah.

4. Tersedu-sedu

Sedu terjadi apabila kita makan dengan cepat, menelan ketulan makanan atau makan terlalu banyak menyebabkan saraf pneumogastric kita boleh jadi kelam kabut. Jadi, itulah yang buat kita akan tersedu-sedu.

5. Terkejut sewaktu baru terlelap

Perasan tak kalau kita baru nak terlelap kita akan terkejut sekejap? Fenomena ini terjadi apabila mata mula nak terlelap, kadar pernafasan anda jatuh dengan cepat, nadi jadi perlahan dan otot jadi relak. Peliknya, otak anda menafsirkan perkembangan ini sebagai petanda kematian. Jadi ia cuba untuk menyelamatkan anda dengan memberi anda kejutan seperti kena elektrik!

6. Tangan kecut

Fenomena ini disebabkan oleh badan anda menghadapi peningkatan jumlah kelembapan ia memahami bahawa alam sekitar mungkin menjadi licin. Jadi kulit pada tangan anda dengan segera mula merespon dengan cara yang akan membuat ia lebih mudah bagi anda untuk cengkaman permukaan licin.

8. Bulu roma meremang

Fungsi utama bulu roma kita meremang adalah untuk mengurangkan jumlah haba yang hilang daripada badan kita melalui liang-liang kulit.

5 Kesan Negatif Pada Tubuh Jika Guna Smartphone Sebelum Tidur


Sukar mengubah tabiat ketika kita sudah terbiasa menggunakan smartphone dan harus meninggalkan smartphone untuk beberapa waktu kerana melakukan aktiviti tertentu.

Tetapi ramai yang terlalu ketagihan smartphone hinggakan sebelum tidur pun sempat 'mengodek' smartphone walaupun tidak ada tujuan tertentu dan dalam keadaan gelap pula. Hal ini tentunya tidak baik bagi kesihatan jika dilakukan terus menerus.

Masalah ini disebabkan oleh cahaya biru yang dipancarkan oleh smartphone yang sebenarnya berguna untuk membuat pengguna dapat melihat layar dengan jelas di bawah sinar matahari. Tetapi dalam penggunaan gelap, cahaya smartphone yang terlalu terang justeru tidak baik untuk kesihatan, malah berbahaya bagi tubuh kamu.

Berikut 5 kesan negatif pada tubuh jika guna Smartphone sebelum tidur :

1. Keletihan Otak

Biasanya yang terjadi ketika bermain smartphone akan membuat kamu lupa waktu dan melewati jam tidur kamu. Hal ini membuat otak kamu menjadi letih dan esoknya akan kesukaran untuk fokus belajar atau bekerja akibat kurang tidur dan otak yang masih letih untuk beraktiviti.

2. Kerosakan Mata

Hal ini juga merupakan salah satu kerosakan yang sering terjadi kerana terlalu lama menatap layar smartphone dan paparan cahaya biru dari smartphone membuat retina mata menjadi tegang. Malahan beberapa kajian menyebutkan jika terlalu lama dengan kebiasaan tersebut dapat menyebabkan katarak.

3. Obesiti

Kurangnya tidur juga menyebabkan terganggunya hormon lain yang mengendalikan rasa lapar. Semakin sering berjaga hingga larut malam maka hormon tersebut akan berupaya untuk selalu memberikan isyarat untuk menambah energi dengan cara rasa lapar. Hal ini berkaitan dengan seringnya makan di jam yang sudah larut malam hingga menyebabkan risiko obesiti.

4. Gangguan Saraf

Kebiasaan menggunakan smartphone sebelum tidur hingga menyebabkan kamu kurang tidur akan membuat neurotoxin meningkat. Hingga akhirnya menyebabkan kamu akan sukar mendapatkan tidur yang nyenyak atau biasa disebut tidur berkualiti. Tentu saja bahaya menggunakan smartphone sebelum tidur ini akan mengakibatkan penyakit serius lainnya.

5. Depresi

Melatonin merupakan hormon yang diproduksi tubuh untuk memberikan tidur yang nyenyak pada tubuh. Tetapi jika melatonin sudah terganggu tentunya akan menyebabkan kamu menjadi kurang tidur. Bahaya bermain smartphone sebelum tidur ini tentunya dapat menyebabkan depresi jika terlalu sering kurang tidur.

5 Efek bahaya bermain smartphone sebelum tidur di atas dikutip dari TechInsider. Inti dari artikel ini menjelaskan mengapa bahaya main smartphone sebelum tidur kerana pada waktu malam, otak kita sepatutnya siap untuk beristirahat dan memproduksi melatonin. Tetapi dengan adanya cahaya yang ditangkap mata, membuat otak menjadi bingung dan berhenti memproduksi melatonin.

Akibatnya membuat kamu susah tidur, insomnia dan tidak akan mendapatkan tidur yang berkualiti. Jika hal ini terus menerus dilakukan maka dapat mengakibatkan masalah serius pada kesihatan kamu.

Kesimpulan

Purata setiap individu memerlukan waktu tidur sekitar 7 ke 9 jam sehari. Kecuali individu yang memang secara genetik mampu untuk tidur kurang dari waktu itu. Tidur yang berkualiti memberi kesan yang positif kepada keseluruhan fungsi otak dan sistem tubuh manusia.

Setiap organ di dalam tubuh mempunyai tugas khusus dan waktu kerja yang berbeza. Tidur yang cukup, selewat-lewatnya jam 11:00 malam adalah keperluan untuk hampir kesemua manusia.

Dr Daniel J. Siegel, M.D, seorang profesor psikiatri klinikal dari UCLA School of Medicine, mendedahkan bagaimana kesan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur. Beliau menasihatkan supaya menjauhkan alat ini sekurang-kurangnya satu jam sebelum waktu tidur bagi mendapatkan rehat yang secukupnya. Ikuti penjelasan beliau di bawah.


Solusinya adalah selalu matikan smartphone atau jauhkan smartphone dari jangkauan tangan kamu dan dari tempat tidur untuk mencegah kamu senang bermain smartphone sebelum tidur. Semoga bermanfaat.

Cara Mudah Dan Berkesan Rawat Penyakit Gout


Seorang pesakit berpengalaman 10 tahun mengidap Gout. Beliau tidak mampu solat dengan sempurna kerana lutut bengkak dan tak boleh dibengkokkan. Ada seseorang beri kapsul Gout dari Amerika. Beliau minum 2 hari, sakitnya cuma berkurang sedikit saja.

Dengan izin Allah s.w.t, beliau ditemukan dengan orang Lamongan, umurnya 110 tahun, masih gagah, anaknya yang umur 90 tahun kelihatan lebih tua darinya.

Dia tanya beliau, "Sakit apa ya?"

Beliau jawab, "Gout Pak!"

"Cuba cari sebiji nenas yang masak dan satu batang lobak putih kira-kira 250 gram. Kemudian dikisar dan tambah 3 biji buah keras. Jadikan minuman Jus lalu diminum sekaligus." Katanya.

"Berapa kali minumnya?" Tanya beliau lagi.

"Sekali saja cukup. Untuk penjagaan yang berterusan minumlah 3 bulan sekali." Katanya menegaskan.

Beliau buat sebagaimana yang diajarkan. Dengan izin Allah, Gout beliau sudah hilang sama sekali. Sembuh sepenuhnya Alhamdulillah.

Beliau teruskan tiap 3 bulan sekali hingga bertahun-tahun. Ternyata Goutnya sudah ucapkan selamat tinggal.


Hanya dengan petua mudah berikut :

1 Biji Nenas yang masak.
Lobak Putih 250 gram.
3 biji Buah Keras.
Kesemua bahan di atas dikisar untuk dijadikan jus

Semoga petua di atas memberi manfaat yang besar bagi pembaca sekalian atau ahli keluarga atau pun orang yang anda kenali yang mengalami masalah penyakit Gout.

8 Rasa Sakit Yang Lelaki Tidak Boleh Abaikan


Setiap kali tubuh badan jatuh sakit, ubat dan rehat sering menjadi pilihan untuk pulih. Sedangkan, berjumpa dengan doktor adalah lebih penting kerana lapan rasa sakit di bawah mungkin petanda kepada masalah kesihatan yang teruk.

1. Sakit dada

Jika anda baru berusia 25 tahun tetapi kerap merasa sakit yang mencucuk pada dada, ini berkemungkinan anda berisiko berdepan dengan penyakit jantung. Jangan ambil mudah jika anda pernah merasa sakit pada lengan, abdomen, leher dan rahang. Apabila anda merasa sakit pada dada, ia menyukarkan anda untuk bergerak, menyukarkan anda bernafas serta badan lesu.

2. Abdomen dan sakit belakang

Sakit yang perit di bahagian abdomen dan belakang badan seolah-olah seperti ada 'serangan ombak' memberi isyarat sakit batu karang pada ginjal. Ia lebih ketara apabila anda mempunyai simptom muntah, demam, pening kepala atau terdapat darah pada air kencing. Segeralah berjumpa doktor apabila melibatkan darah.

3. Sakit pada testis

Kesakitan pada testis memberi isyarat kepada kanser testikal. Ia semestinya tidak boleh dilihat sambil lewa lebih-lebih lagi jika anda mempunyai rasa sakit dan beberapa simptom seperti bengkak dan kemerahan pada testikal, pening kepala dan demam.

4. Sakit bawah perut

Jika anda merasa sakit seperti mencucuk pada belah kanan abdomen beserta demam dan pening kepala, anda berkemungkinan menghidap sakit apendiks di mana keadaan ini perlu dirawat secepat mungkin sebelum penyakit ini pecah di dalam perut.

5. Sakit membuang air kecil

Rasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil mungkin membawa kepada sakit STD seperti chlamydia atau gonorrhea. Selain rasa sakit ketika membuang air kecil, testikel bengkak, sakit ketika mengadakan hubungan kelamin dan pengeluaran cecair merupakan petanda bahaya yang perlu dirujuk kepada doktor.

6. Pening selepas terhentak di kepala

Jika anda merasa pening setelah terjatuh atau terhentak di kepala ketika bersukan, jangan ragu-ragu untuk keluar dari padang. Tidak sedar walau beberapa saat, tidak mampu menjawab soalan mudah atau amnesia merupakan perkara yang tidak boleh dipandang remeh kerana khuatir mendatangkan kemudaratan pada diri sendiri.

7. Sakit lutut

Jangan ambil mudah apabila anda mengalami bengkak atau lebam pada lutut. Pendarahan di sekitar lutut merupakan punca kepada bengkak dan boleh menyebabkan tisu ligamen koyak atau retak pada sendi. Jika anda tidak mampu bergerak atau mengangkat lutut, rawatan sinar X perlu dilakukan sebelum pembedahan dijalankan.

8. Sakit belakang kaki

Sakit ini dikenali sebagai Archilles. Pembengkakan dan ketidaupayaan bergerak dan berjalan adalah keadaan yang tidak boleh dibiarkan. Keadaan ini sering dialami oleh pemain tenis dan pemain bola keranjang yang tiba-tiba saja berhenti dan pemain seolah-olah merasakan ada seseorang yang telah menendang di belakang kaki.

Kesimpulan

Selain rasa sakit di atas, rasa sakit yang lain juga tidak boleh dipandang mudah. Kebanyakan ubat adalah membantu untuk menahan rasa sakit sedangkan ia bukanlah berfungsi untuk merawat sepenuhnya.

Adalah lebih baik jika anda segera bertemu doktor kerana setiap penyakit datangnya dari rasa sakit yang kecil. Tetapi jika dibiarkan lama-kelamaan akan menjadi penyakit kronik yang boleh membawa kepada kematian pada masa hadapan. Jadi, pepatah seperti mencegah lebih baik dari mengubati memang relevan!

8 Cara Atasi Lebihan Angin Dalam Badan


Sendawa berpanjangan, keadaan badan tidak selesa dan sakit kepala adalah tanda-tanda lebihan angin atau gas dalam badan yang menjengkelkan. Selain itu, perut kembung dan hilang selera makan menjadikan anda hilang keyakinan diri.

Aktiviti seharian anda terbatas dan ini mengganggu perjalanan hidup normal anda. Jadi, dikongsikan cara untuk hilangkan lebihan angin dalam badan.

1. Kawal pemakanan

Kawal pemakanan dan elak makan terlalu banyak makanan ringan serta air berkarbonat.

2. Ambil ubat

Dapatkan ubat perangsang aktiviti usus di farmasi untuk melancarkan aliran darah dan membersihkan usus.

3. Lebihkan sayuran

Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, makanan berzat serta buah-buahan.

4. Bersenam dan berurut

Bersenam dan berurut untuk mengurangkan masalah stres.

5. Jangan makan laju

Jangan makan dengan laju kerana anda menelan udara dengan lebih banyak. Kunyah makanan dengan betul agar makanan yang tiba di usus mudah dicerna dan dihadam.

6. Elak kunyah gula getah dan merokok

Elak mengunyah gula getah dan kurangkan tabiat merokok.

7. Kurang makanan berlemak dan bergoreng

Kurangkan pengambilan makanan berlemak dan bergoreng kerana ia mengambil masa yang lama untuk hadam. Ini menyebabkan gas terkumpul dalam perut.

8. Amal makan dalam jumlah sedikit

Amalkan makan dengan jumlah yang sedikit namun kerap supaya perut tidak kosong dan rasa lapar.

Tabiat Kunyah Ais Petanda Anda Menghidap Anemia


Ada sesetengah orang suka sangat kunyah ais. Sehingga ia sudah menjadi tabiat apabila minum air yang berais, pasti ais akan dikunyah sampai habis. Bahaya tak kunyah ais? Dan apa yang menyebabkan seseorang itu suka kunyah ais?

Menurut salah seorang doktor yang menjadi pengasas kepada MedTweetMY iaitu sekumpulan doktor-doktor pakar yang banyak membantu menerangkan kepada masyarakat tentang masalah kesihatan iaitu Dr Khairul Hafidz habit kunyah ais adalah petanda kepada anemia.

Apa itu anemia?

Anemia adalah berkurangnya jumlah sel darah merah atau kandungan Hemoglobin di dalam darah. Hemoglobin (HB) adalah suatu senyawa protein pembawa oksigen di dalam sel darah merah. Manakala sel darah merah diproduksi di sumsum tulang.


Tabiat mengunyah ais pula dinamakan Pagophagia

‘Pica’ adalah satu term perubatan yang membuatkan kita ingin mengunyah atau makan sesuatu yang tiada nilai nutrisi seperti ais, kapur, kertas, pasir, batu dan sebagainya.

Orang yang suka kunyah ais juga adalah petanda badan mereka kekurangan zat besi. Jadi, jika anda atau sesiapa yang anda kenali suka sangat kunyah ais, lebih baik bawa pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Bahaya Anemia yang sangat parah boleh mengakibatkan kerosakan jantung, otak dan organ tubuh lain, bahkan boleh menyebabkan kematian.

7 Tips Elak Sakit Jantung Daripada Pakar Jantung


Penyakit jantung tidak mengenal usia. Ada lelaki berusia semuda 28 tahun sudah alami sakit jantung, manakala perempuan berusia semuda 32 tahun pun ada yang sudah kena.

Berikut merupakan amaran daripada Dr. Mahmood Sabruddin Zulkifli, Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman yang kini berkhidmat di DEMC Specialist Hospital Shah Alam. Banyak pengalaman yang beliau lalui sepanjang tempoh 15 tahun menjadi doktor, dengan purata berjumpa 25 pesakit setiap hari dan 15-20 kes angiogram setiap minggu.

Bagaimana Nak Tahu Seseorang Itu Ada Sakit Jantung?

Simptom-simptom yang biasa untuk sakit jantung seperti berikut :

1. Ketidakselesaan pada leher, rahang, bahu, atas belakang atau abdomen.
2. Nafas berasa pendek.
3. Sakit pada sebelah atau kedua-dua belah tangan.
4. Loya atau muntah.
5. Berpeluh.
6. Ringan kepala atau pening.
7. Keletihan luar biasa.

Kalau anda ada petanda-petanda seperti di atas, ini adalah simptom bagi sakit jantung.

Dua Faktor Risiko Umum Sakit Jantung :

1. Faktor Risiko Tak Boleh Ubah (Irreversible)

(i) Sejarah keluarga – Penyakit ini biasanya disebabkan keturunan, kalau ibubapa anda pernah menghidap sakit jantung, risikonya meningkat.

(ii) Lelaki lebih berisiko - Berbanding perempuan.

(iii) Semakin berumur - Semakin meningkat risiko.

2. Faktor Risiko Boleh Ubah (Reversible)

(i) Diabetes – Boleh dikawal dengan kurangkan gula dan mengambil ubat.

(ii) Kehidupan tidak aktif – Pastikan anda kembali aktif dengan kurangkan duduk, selalu berjalan, melakukan senaman dan bersukan.

(iii) Tekanan darah tinggi/hipertensi – Kurangkan gula.

(iv) Merokok – Berhenti merokok jalan terbaik.

(v) Stres – Kurangkan stres dan belajar pengurusan stress.


7 Tips Elak Sakit Jantung Daripada Pakar Jantung

Sudah tahu 7 simptom sakit jantung. Berikut 7 tips elak sakit jantung pula :

1. Lakukan saringan kesihatan

kalau boleh saringan kesihatan jantung 2-3 tahun sekali. Dan jangan tunggu bila dah sakit, baru nak pergi dapatkan khidmat nasihat pakar.

2. Kenali faktor risiko anda

Boleh rujuk kepada faktor-faktor risiko umum sakit jantung seperti di atas, dan jika anda berisiko tinggi, sila berhati-hati.

3. Kekalkan berat badan ideal

Kegemukan atau obesiti adalah punca kepada kebanyakan penyakit merbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan bermacam-macam lagi.

4. Amalkan diet yang sihat

Jaga pemakanan anda dan kalau boleh kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi. Kalau boleh ikutlah piramid makanan yang disyorkan.

5. Berhenti merokok

Bagi perokok-perokok di luar sana, berhentilah tabiat tidak sihat ini. Bukan sahaja badan anda akan menikmati kesannya, orang di sekeliling anda pun pasti menghargainya.

6. Kekal aktif

Dengan gaya hidup yang sedentari terutama sewaktu waktu bekerja, ramai di antara kita yang duduk sahaja di depan komputer selama berjam-jam lamanya. Cuba bangun setiap 30 minit dan berjalan sedikit sebelum sambung membuat kerja anda.

7. Belajar CPR

Biasa kita tengok di dalam filem atau pun drama siri, apabila seseorang itu sakit jantung dan rebah; akan ada seseorang yang akan melakukan CPR bagi menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.

Akhir Kata

Dari segi aspek kesihatan, "mencegah lebih baik daripada merawat" adalah sangat benar. Adalah lebih baik kita mencegah dengan mengamalkan tips-tips seperti di atas.
You might like these as well: