Jika kamu rasa mandi air panas lebih baik daripada air sejuk, ubah mentaliti itu sekarang! Ada bukti yang 'cold shower is much better than hot shower'. Air sejuk jauh lebih baik dan kebaikannya membuatkan kamu bertukar fikiran. Kenapa kamu perlu mengamalkan mandi air sejuk? Lagi sejuk lagi bagus terutamanya ketika mandi di waktu pagi.
Sebelum ini mandi air panas diibaratkan penawar terbaik untuk melegakan badan lesu dan membunuh bakteria. Malahan ada juga berpendapat, mandi air panas boleh membantu menguruskan badan dan membakar lemak. Kamu silap! Air panas sebenarnya memudaratkan tubuh dan mempercepatkan pembiakan bakteria.
Berikut 4 sebab mengapa anda perlu mandi guna air sejuk :
1. Air sejuk membakar lemak
Ada dua jenis lemak dalam tubuh kamu iaitu 'White fat' dan 'Brown fat'. 'White fat' adalah lemak yang sukar untuk dihapuskan (perlu rajin bersenam). Lemak ini adalah lemak terkumpul yang tersimpan di bahagian perut, leher dan paha kerana tubuh kamu mengambil terlalu banyak kalori. 'Brown fat' adalah lemak yang tersimpan dalam tubuh dan diperlukan untuk menghangatkan suhu badan ketika sejuk.
Jika kamu mandi air yang terlalu sejuk, 'brown fat' akan aktif untuk menghangatkan tubuh seterusnya membakar lebih kalori dengan meningkatkan kadar metabolisma badan. Ini bermakna setiap pagi kamu membakar kalori dengan hanya mandi air sejuk.
2. Meningkatkan kepekaan dan mood
Siapa yang tak menggigil bila mandi air sejuk waktu pagi kan? Mulakan mencurah air sejuk di tapak kaki kemudian ke paha, perut, dada dan kepala. Suhu sejuk ini membuatkan kamu sedikit sesak nafas. Tidak perlu bimbang, ia adalah proses untuk menghangatkan tubuh dan seterusnya meningkatkan pengaliran oksigen!
Ia juga membuatkan aliran darah meningkat dan berupaya mengalir laju ke seluruh anggota tubuh. Hasilnya, kamu lebih peka, segar, bertenaga dan tidak mengantuk di sepanjang hari.
3. Rambut dan kulit yang sihat
'No more pimples!' Air panas mengeringkan kulit dan air sejuk pula sebaliknya. Air sejuk mengecilkan liang pori dan menghindar daripada pori tersumbat. Air sejuk juga mencantikkan rambut kamu dan orang yang melihat kamu pasti memuji rambut kamu yang lebih sihat dan bersinar.
4. Terapi terbaik untuk depressi
Mandian air sejuk terbukti melegakan tekanan di mana ketika air sejuk disiram ke tubuh kamu, deria peripheral system (deria nervous) akan menghantar mesej ke otak dan membuatkan kamu berasa lebih tenang. Kajian juga menyarankan untuk setiap orang mencuba mandian ais hydroterapi yang berupaya merawat segala tekanan.