5 Bahagian Makhraj Huruf Yang Perlu Anda Tahu


Antara kesilapan yang paling banyak dilakukan oleh pembaca al-Quran adalah membunyikan huruf-huruf al-Quran dengan bunyi yang kurang tepat.

Ini disebabkan ramai yang tidak tahu hendak mula belajar daripada bab mana. Tambahan pula, apabila wujud banyak istilah yang mengelirukan dan memeningkan!

Sebaiknya kita mulakan daripada mengenal huruf-huruf dan cara sebutan huruf.

Gambarajah Makhraj Huruf al-Quran makhraj huruf setiap satu

Oleh itu, dalam entri ini, akan diterangkan dengan bahasa yang mudah difahami. Insya Allah.

Pengertian Makhraj

Makhraj adalah daripada perkataan bahasa Arab - Kharaja yang bermaksud keluar.

Kharaja bermaksud Keluar manakala Makhraj bermaksud tempat Keluar. Ini bermakna, Makhraj Huruf bermaksud tempat keluar huruf.

Atau dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai pronunciation.

Rujukan daripada wikipedia :

Pronunciation is the way a word or a language is spoken, or the manner in which someone utters a word. If one is said to have “correct pronunciation”, then it refers to both within a particular dialect.
Dalam Bahasa Melayu pula dipanggil fonik iaitu cara menyebut huruf-huruf fonetik.

Tempat Keluar Huruf

Sudah jelas tentang pengertian asal makhraj huruf kan?

Seterusnya kita pergi kepada di mana pula makhraj bagi setiap huruf-huruf dalam al-Quran.

Untuk huruf-huruf Al-quran, ada 5 makhraj hurufnya iaitu :

Makhraj Huruf Pertama - Kerongkong

Makhraj Halqi atau Makhraj Huruf Halqi (halkum)


Untuk makhraj huruf bahagian ini, ia adalah bagi huruf-huruf yang berikut :

1. Dari pangkal kerongkong bagi huruf : أ , ه

2. Dari tengah kerongkong bagi huruf : ح , ع

3. Dari hujung kerongkong bagi huruf : خ , غ

Makhraj Huruf Kedua - Lidah

Makhraj Lisani atau Makhraj Lidah (Lisani)


Ini adalah tempat makhraj huruf bagi kebanyakan huruf al-Quran, ada 18 huruf yang terlibat iaitu :

1. Pangkal lidah dekat kerongkong menyentuh bahagian ‘anak tekak’ atau berada di atas peti suara : ق
2. Pangkal lidah menyentuh langit-langit belakang : ك
3. Lidah bahagian tengah menekan langit-langit atas : ش , ج , ي
4. Hujung lidah dirapatkan pada gigi geraham atas, dan tepi lidah (kiri dan kanan) ditekan ke gigi geraham : ض
5. Hujung permukaan lidah ditekan ke gusi di atas gigi kapak (gigi atas bahagian tengah) : ل
6. Hujung lidah ditekan sedikit lebih ke atas dari makhraj Lam : ن
7. Hujung lidah dinaikkan ke langit-langit atas sedikit melengkung, sehingga terlihat lidah bahagian belakang : ر
8. Hujung lidah ditekan ke pangkal gigi kapak bahagian atas : ت , ط , د
9. Hujung lidah ditekan ke belakang Gigi Kapak bahagian bawah : ص , ز , س
10. Hujung lidah dikeluarkan sedikit dan ditekan di hujung gigi kapak yang terletak di bahagian atas : ذ , ث , ظ

Makhraj Huruf Ketiga - Bibir

Kedua Bibir (Makhraj Syafawi) atau Makhraj Bibir (Syafawi)


Bagi makhraj huruf kedua bibir pula, ada 2 bahagian sahaja :

1. Bibir bawah ditekan ke gigi kapak bahagian atas : ف

2. Bibir bawah dan atas posisi rapat, iaitu : و , م , ب

Penjelasan lanjut untuk bibir bawah dan atas dengan rapat adalah :

1. Menutup bibir lebih ringan bagi huruf : م

2. Menutup bibir sedikit lebih kuat bagi huruf ب

3. Membulatkan bibir atas dan bawah : و

Makhraj Huruf Keempat - Rongga Mulut

Rongga Mulut (Makhraj Jaufi) atau Makhraj Rongga (Aljauf)


Bagi makhraj huruf ini, ia merupakan makhraj huruf untuk huruf-huruf Mad yang dilepaskan ke dalam Rongga Mulut iaitu :

ـــــــــــــَــــــــــــ ا , ـــــــــــــُـــــــــــ وْ , ـــــــــــــِـــــــــــ يْ


(baca sebagai Alif Mad, Wau Mad, Dan Ya Mad)

Makhraj Huruf Kelima - Rongga Hidung

Rongga Hidung (Makhraj Khaisyum) atau Makraj Rongga Hidung (Al-khaisyum)


Bagi makhraj huruf ini, khusus di bahagian pangkal hidung bahagian dalam, iaitu huruf-huruf yang dibaca dengung (ghunnah). Di dalam gambar dinyatakan sekali contoh-contoh bacaan dengung.

Kesimpulan

Untuk menguasai 5 bahagian makhraj huruf ini dengan baik, memerlukan kepada latihan yang berterusan.

Usah risau jika masih buat kesilapan. Apa yang lebih penting usaha untuk sentiasa belajar. Apabila kita berterusan belajar, insya Allah sebutan huruf akan menjadi semakin baik dan kemas.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: