Cara Membezakan Makhraj Huruf Dal dan Dzal


Ramai yang masih keliru dalam membezakan sebutan makhraj huruf Dal dan Dzal. Ini kerana, makhraj kedua-dua huruf ini kedudukannya berdekatan sahaja.

Apa itu Makhraj Huruf?

Makhraj adalah daripada perkataan bahasa Arab - Kharaja yang bermaksud tempat keluar.

Baik! Kita cuba pecahkan satu persatu pengertiannya.

Kharaja = Keluar

Makhraj = Tempat Keluar

Ini bermakna, Makraj Huruf = Tempat Keluar Huruf

Jika dalam bahasa Inggeris dipanggil sebagai pronunciation.

Bagaimana ingin menggunakan gambarajah ini?

Antara soalan mengenai makhraj yang paling popular adalah bagaimana ingin menggunakan gambarajah di bawah ini.

gambarajah kedudukan makhraj huruf setiap satu di tempat keluarnya yang betul

Jika tuan puan belajar di dalam kelas Tajwid ataupun merujuk ke mana-mana buku Tajwid, sudah tentu gambarajah di atas ini selalu anda jumpa.

Tetapi, adakah anda pandai untuk gunakan gambarajah ini?

Dalam entri ini difokuskan pada cara membezakan sebutan makhraj huruf Dal dan Dzal.

Apa perbezaan antara Makhraj Huruf Dal dan Dzal?

Sebenarnya tiada perbezaan besar bagi makhraj huruf Dal dan Dzal. Kedua-duanya makhraj huruf ini terletak di bahagian lidah.

Atau pun secara lebih ‘detailnya’ ia terletak di bahagian hujung lidah.


Apabila kita melihat kepada penerangan dalam gambarajah di atas, perbezaan bagi makhraj huruf Dal dan Dzal ialah :

1. Huruf Dal terletak di hujung lidah ditemukan dengan pangkal gigi depan atas.

2. Huruf Dzal terletak di hujung lidah ditemukan dengan hujung gigi depan bahagian atas.

3. Huruf Dzai terletak di hujung lidah didekatkan dengan belakang gigi depan bahagian bawah.

Apakah pula pangkal gigi depan dan belakang gigi depan?

Bagi membantu tuan puan, sila lihat gambarajah di bawah ini.


Makhraj Huruf Dal

Seperti di dalam gambarajah di atas, bagi makhraj huruf Dal ialah hujung lidah ditemukan dengan pangkal gigi depan atas.

Makhraj Huruf Dzal

Seperti di gambarajah di atas, bagi makhraj huruf Dzal ialah hujung lidah ditemukan dengan hujung gigi depan atas.

Tips Membezakan Makhraj Dal dan Dzal

Antara tips yang boleh anda pelajari adalah seperti berikut :

1. Cuba mewakafkan bunyi huruf Dal dan Dzal.
Letakkan baris atas sebelum kedua dua huruf ini.

2. Ianya akan berbunyi Add bagi dal ataupun Adz bagi dzal.

3. Dengarkan sebutan secara berhadapan dengan guru.

Teruskan mengulangi belajar menyebut makhraj-makhraj huruf sampai benar-benar betul dan tepat. Semoga berjaya.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: