Tentu anda rasa geram bila tengok ada jerawat bermaharajalela di wajah. Walaupun anda telah mengamalkan penjagaan kulit wajah yang betul tetapi jerawat tetap juga nak 'bertandang' tanpa diundang di wajah anda. Apa puncanya?
Cuba perhatikan pemakanan anda. Janganlah makan ikut hati saja tanpa tahu kesannya pada kulit wajah anda. Kata orang, diri kita adalah apa yang kita makan!
Berikut 7 makanan sedap ini jadi punca terjadinya jerawat :
1. Aiskrim
Kajian menunjukkan aiskrim menjadi punca terjadinya jerawat. Ini kerana kandungan gula di dalamnya menyebabkan keradangan pada kulit.
2. Susu skim
Kajian mendapat mereka yang minum susu skim akan mengalami masalah jerawat berbanding mereka yang tidak minum. Ini kerana kandungan protein yang berbeza di dalam susu skim.
3. Coklat
Kajian mendapati kandungan tenusu dan gula di dalam coklat menjadi penyebab masalah kulit. Kedua-dua gabungan tersebut merupakan kombinasi ‘maut’ untuk kulit muka tumbuh jerawat.
4. Kerepek kentang
Makanan ini adalah punca terbesar. Ini kerana karbohidrat di dalamnya mempunyai indeks glisemik yang tinggi yang menyebabkan keradangan dan terjadinya jerawat.
5. Keju
Keju boleh mencetuskan letusan hormon insulin dalam badan yang membuatkan sel-sel anda menyerap lebih banyak gula. Oleh kerana insulin berlebihan maka terjadinya jerawat.
6. Pizza
Disebabkan pizza mengandungi produk tenusu dan mempunyai lelehan keju, jadi makanan ini membuatkan jerawat tumbuh lebih banyak dari biasa.
7. Makanan pedas dan berempah
Pengambilan makanan pedas dan berempah jadi punca terjadinya jerawat dan malahan membuatkan jerawat lebih teruk. Ini kerana makanan yang pedas dan berempah kebanyakannya berminyak.
Baca : 5 Sikap Ini Buat Wanita Jadi Tidak Cantik
Punca-punca jerawat yang disenaraikan di atas adalah garis panduan umum dan mungkin tidak bertepatan dengan semua orang. Walaupun masalah dalaman biasanya menjadi punca utama jerawat terutama jerawat jenis fibrosis namun beberapa faktor lain seperti produk penjagaan kulit, kebersihan, hormon, alahan dan genetik juga boleh menjadi penyebab jerawat.
Banyakkan makan bawang putih antara bahan yang mudah didapati di dapur namun boleh mencegah tumbuhnya jerawat. Selain daripada cukup tidur dan selalu mencuci wajah dengan air bersih ataupun air suam.
- Daku Amat