7 Tip Jaga Solat Bagi Ibu Ada Anak Kecil

Solat ialah ibadah yang wajib dilakukan oleh setiap orang Muslim. Solat juga akan menjadi perkara pertama yang akan dihisab di hari akhirat kelak. Jelas sekali betapa pentingnya ibadah solat dalam kehidupan seorang Muslim.

Melengahkan ibadah solat antara perkara yang tidak disukai oleh Allah s.w.t. Bagi yang bergelar ibu dan mempunyai anak kecil, mengutamakan solat adalah perkara wajib yang mesti diberi perhatian utama.


Jangan jadikan alasan anak kecil meragam, susah diletak atau tiada sesiapa menjaganya maka ibu suri rumah melengahkan solat atau akhirnya terus terlupa mengerjakan solat.

Memang tidak dapat dinafikan bila anak kecil mula meragam, semua benda tidak boleh dilakukan macam biasa. Tetapi sebagai ibu yang bijak, anda perlu pandai merancang supaya anak kecil tidak menjadi bebanan bila masuk waktu solat.

Berikut 7 tip jaga solat bagi ibu ada anak kecil :

1. Berazam solat awal waktu

Kita boleh tahu lebih awal bila masuk waktu solat 5 kali sehari. Mudah untuk buat perancangan. Apa kata 'print' waktu solat dan lekatkan di pintu peti ais yang selalu kita buka supaya senang untuk perasan perkara itu.

Jadi, sentiasa bersedia bila sudah hampir waktu solat. Bersedia di sini bermaksud memastikan keadaan anak dalam mood ceria dan tidak membuat hal selain kita tidak sibuk membuat urusan rumah tangga.

2. Bagi anak susu siap-siap

Biasanya kalau anak kecil meragam dan menangis mesti sebab dia lapar, dahaga, mengantuk atau 'pampers' basah. Jadi, sebelum masuk waktu solat, anda mesti membereskan segala keperluan anak.

Bagi si kecil makan atau menyusu sampai kenyang, tukarkan lampinnya supaya dia selesa dan tidak merengek ketika anda mengerjakan solat.

3. Sediakan keperluan anak

Kalau anak sudah boleh makan atau minum sendiri, sediakan sebotol air minumannya dan sebekas snek seperti biskut, roti dan sebagainya yang boleh dimakan sendiri.

Biasalah anak-anak kecil, bila ibu sudah mengangkat takbiratul ihram, mulalah dia nak minta air atau makanan. Jadi, sediakan keperluan itu di sebelahnya.

4. Kalau mengantuk tidurkan anak

Kalau nampak anak anda mengantuk sebelum masuk waktu solat, cepat-cepat tidurkan dia. Lagi senang untuk anda khusyuk mengerjakan solat.

5. Biarkan anak leka bermain

Lagi satu cara yang mudah untuk mengelakkan anak menangis iaitu letakkannya di sebelah tempat kita bersolat dan sediakan pelbagai mainan. Dengan cara ini dia akan leka dan khusyuk bermain sepanjang kita bersolat.

6. Rancang kerja rumah

Sebaiknya tangguhkan dahulu atau selesaikan segera sebarang kerja rumah yang hendak dilakukan selepas atau sebelum solat untuk mengelakkan daripada kita melengahkan waktu solat dengan alasan kerja yang dibuat masih belum selesaikan.

7. Berdoa agar Allah permudahkan

Hanya kepada-Nya tempat kita memohon pertolongan. Berdoalah agar niat untuk sentiasa mengutamakan dan bersolat awal dapat dipermudahkan oleh-Nya.

      Baca : 5 Khasiat Minum Air Halia Panas Untuk Wanita Amalkan

Kesimpulan

Sebenarnya tidak ada alasan untuk seseorang Muslim itu tidak menunaikan kewajipan solat fardhu. Dalam setiap keadaan dan kesukaran, pasti ada kemudahan dan cara terbaik untuk mengatasinya supaya kita tetap dapat menjaga kewajipan solat fardhu 5 waktu.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: