Apakah itu dehidrasi? Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan atau air pada tubuh. Hal ini terjadi kerana pengeluaran air lebih banyak daripada kemasukan air (misalnya minum). Gangguan kehilangan cairan tubuh ini disertai dengan gangguan keseimbangan zat elektrolit tubuh.
Dalam bahasa mudahnya dehidrasi adalah tentang keadaan kehilangan atau kekurangan air dari tubuh kita. Lebih 70% dari komponen tubuh kita adalah air. Oleh itu kehilangan air dalam tubuh badan akan merencatkan sistem komponen tubuh kita dari berfungsi dengan lancar. Keadaan ini samalah seperti sistem enjin kereta yang tidak dijaga minyak di dalamnya yang mengakibatkan kereta itu meragam. Konsep yang sama juga berlaku dalam tubuh manusia.
Dehidrasi terbahagi dalam tiga jenis berdasarkan penurunan berat badan, iaitu :
● Dehidrasi Ringan
Jika penurunan cairan tubuh 5 peratus dari berat badan.
● Dehidrasi Sedang
Jika penurunan cairan tubuh antara 5-10 peratus dari berat badan.
● Dehidrasi Berat
Jika penurunan cairan tubuh lebih dari 10 peratus dari berat badan.
Selain mengganggu keseimbangan tubuh, pada tahap yang teruk, dehidrasi boleh mengakibatkan pengsan, koma, bahkan boleh menyebabkan kematian. Dan jangan cuba menurunkan berat badan dengan cara dehidrasi kerana anda akan menanggung risiko gangguan pada buah pinggang anda.
Berikut 7 manfaat minum air putih ketika perut masih kosong setiap pagi :
1. Buang toksin dalam tubuh
Saat kita minum air putih, sistem pencernaan tubuh akan berjalan lebih lancar dan alami. Pada waktu malam tubuh memperbaiki diri dan mengeluarkan semua toksin dalam tubuh. Apabila kita minum air putih di pagi hari dalam keadaan perut kosong maka toksin atau racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh jadi terasa lebih segar.
Minum banyak air putih juga boleh membantu meningkatkan produksi sel-sel otot dan sel-sel darah baru.
2. Tingkatkan metabolisme
Minum air putih ketika perut kosong boleh membantu meningkatkan metabolisme tubuh dan ini akan buat sistem pencernaan jadi lebih lancar. Minum air setelah bangun pagi boleh membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.
3. Jaga tubuh tetap langsing
Semua toksin akan dibuang dan sistem pencernaan akan jadi lebih baik. Paling untung, kita tidak mudah lapar dan nafsu makan boleh dikawal. Sehinggakan tubuh boleh tetap langsing kerana terhindar dari godaan makan yang berlebihan.
4. Elak gangguan pencernaan
Gangguan pencernaan berlaku disebabkan oleh meningkatnya kadar asid di dalam perut. Ketika minum air putih di pagi hari, kadar asid berlebih ini akan larut. Gangguan pencernaan pun dapat diatasi.
5. Cantikkan kulit
Dehidrasi boleh menyebabkan munculnya kedut dan pori-pori besar di kulit. Minum 500 ml air putih dengan keadaan perut kosong setiap pagi boleh melancarkan aliran darah di kulit dan membuat kulit lebih sihat. Minum air putih sepanjang hari secara berkala boleh membantu tubuh mengeluarkan racun (toksin).
6. Cegah batu karang
Minum air putih selepas bangun tidur boleh membantu mencegah batu karang. Semakin banyak minum air putih maka semakin payah penyakit dan toksin menggangu kesihatan tubuh.
7. Baiki sistem imun tubuh
Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu menjaga sistem limfa. Sehingga sistem imun tubuh semakin kuat dan ini akan mengelakkan tubuh dari mudah dijangkiti pelbagai penyakit.
Baca : 3 Sebab Kenapa Perlu Cuci Muka Sebelum Tidur
Tertarik untuk mula membiasakan diri minum air putih setiap pagi? Selain mampu menjaga kesihatan tubuh, ia juga boleh membantu anda merawat kecantikan kulit. Untuk mendapatkan manfaat maksima daripada minum air putih (atau boleh juga air mineral) setiap pagi, anda bolehlah mengikuti beberapa langkah berikut :
● Minum 4 gelas air putih yang berisi 160 ml setiap pagi dalam keadaan perut kosong.
● Selepas minum jangan makan apa pun selama 45 minit.
● Minumlah air putih setidaknya 30 minit sebelum makan. Dan jangan minum air dalam waktu 2 jam selepas sarapan, makan siang dan makan malam.
● Kalau masih sukar minum 650 ml air putih setiap pagi, boleh mulakan dengan minum satu gelas air dulu.
- Daku Amat