Berjalan kaki adalah salah satu cara paling mudah untuk kekal cergas. Anda mungkin mempunyai kehidupan yang sibuk, namun cubalah amalkan aktiviti fizikal dalam kehidupan anda. Satu aktiviti sederhana, berjalan kaki pantas selama 15-30 minit sehari sudah cukup untuk membuat anda sihat. Kecergasan bentuk ini boleh meningkatkan mood anda, lebih cergas dan seterusnya meningkatkan kualiti hidup anda.
Sebelum anda mula, pakai pasangan kasut yang betul untuk berjalan dan pakaian yang selesa. Jangan lupa untuk membawa dan minum air semasa anda berjalan, untuk menghidrat diri sendiri. Berjalan selama 15-30 minit untuk tiga hari pertama. Kemudian beransur-ansur meningkatkan masa. Anda boleh menggunakan alat pengukur langkah untuk mengira langkah-langkah yang anda ambil.
Berikut 8 penyakit yang boleh sembuh dengan amalan berjalan kaki :
1. Serangan jantung
Berjalan kaki boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner) supaya segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti. Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung.
Dengan sering berjalan, kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat apabila berjalan kaki dengan pantas (tergopoh-gopoh). Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke
Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun sehingga dua pertiga.
3. Obesiti
Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kalori berlebihan yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar. Seterusnya masalah obesiti atau berlebihan berat badan tidak akan terjadi.
Oleh itu, jika anda mengalami masalah berlebihan berat badan, mulailah secara rutin melakukan pergerakan jalan kaki pantas. Sehingga mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama di perut akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
4. Kanser
Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma). Kita tahu bahawa pergerakan badan akan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar.
Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan kaki turut boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
5. Hindar osteoporosis
Sering berjalan bukan sahaja membuat otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
6. Cegah diabetes
Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk menurut laporan National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases.
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan atau brisk walking, ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
7. Depresi
Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki kerana ia akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.
8. Mengelak demensia
Demensia atau nyanyuk menjejaskan satu dalam 14 orang. Kita tahu bahawa terus aktif mempunyai kesan perlindungan terhadap fungsi otak dan senaman yang kerap mengurangkan risiko demensia sehingga 40 peratus.
Orang yang lebih tua yang berjalan enam batu atau lebih setiap minggu dapat mengelakkan pengecutan otak dan seterusnya mengekalkan memori sepanjang tahun-tahun yang berlalu.
Baca : 7 Manfaat Minum Air Putih Ketika Perut Masih Kosong Setiap Pagi
Rutin berjalan kaki terutama berjalan dengan cepat juga akan memberikan anda tenaga. Ini kerana berjalan pantas adalah salah satu proses pemberi tenaga semulajadi yang terbaik. Ia meningkatkan peredaran darah dan seterusnya meningkatkan bekalan oksigen ke setiap sel-sel dalam tubuh. Ia memudahkan ketegangan otot supaya anda terus cergas dan tidak lembap.
- Daku Amat