Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat istimewa bagi umat Islam di seluruh dunia. Selama sebulan penuh kita akan menempuhi Ramadhan dengan berpuasa tidak makan dan minum termasuk juga tidak merokok sejak sahur sehingga waktu berbuka.
Bulan Ramadhan merupakan momentum atau waktu yang tepat bagi perokok yang sudah lama merokok untuk memasang niat dan tekad mahu terus berhenti merokok.
Berikut 6 tip berhenti merokok bermula di bulan Ramadhan :
1. Niat
Niat untuk berhenti merokok selama bulan Ramadhan diyakini dapat membantu mempertingkatkan usaha dengan lebih kuat berbanding pada waktu yang lain. Ini kerana anda tidak boleh merokok di waktu puasa dan terdapat keberkatan di bulan Ramadhan jika anda berniat dengan perkara yang baik.
2. Yakin dan sentiasa positif
Yakinkan diri anda bahawa berhenti merokok adalah perkara yang sangat positif dalam hidup anda. Apabila seseorang berhenti merokok akan ada banyak kebaikan kepada diri sendiri, keluarga serta orang yang berada di sekitar anda. Yakinkan diri anda bahawa anda memang boleh untuk berhenti merokok. Bermula dengan berhenti membeli akhirnya anda akan terus berhenti merokok.
3. Banyakkan beramal
Pastikan selepas waktu berbuka puasa dan ketika sahur, jangan sesekali menghisap merokok. Apa yang anda perlu lakukan adalah terus mengambil wuduk dan melakukan solat. Pergi ke masjid lakukan solat tarawih secara berjemaah. Banyakkan melakukan amalan seperti membaca al-Quran, berzikir dan berdoa memohon agar anda dapat berhenti terus daripada tabiat merokok.
4. Sokongan moral
Sampaikan niat anda yang suci murni secara lisan kepada orang-orang yang terdekat seperti ahli keluarga dan rakan-rakan yang tidak merokok, sampaikan komitmen bahawa anda ingin berhenti merokok. Mintalah dorongan dan juga perlu sedikit ancaman dari mereka jika anda ingin merokok lagi. Kalau yang lebih ekstrim suruh mereka menampar anda jika anda merokok! Mereka pasti akan menyokong anda sehingga anda berhenti dari melakukan tabiat buruk itu.
5. Bina komuniti
Wujudkan satu komuniti berhenti merokok di antara perokok dan bekas perokok di sekitar kawasan anda. Ajak mereka supaya untuk bersatu padu dan memberi 100% komitmen untuk berhenti merokok selamanya. Ceritakan pengalaman dan masing-masing saling bertukar pendapat mengenai kaedah yang berkesan yang telah terbukti berkesan dalam proses untuk berhenti merokok. Posisikan diri anda untuk menjadi pendorong dan juga pemangkin semangat untuk setiap ahli komuniti.
6. Mengalih perhatian
Jika anda ingin merokok, alihkan perhantian anda dari keinginan tersebut. Cuba untuk memikirkan apa kesan buruk yang akan berlaku pada diri anda jika terus merokok. Buat aktiviti-aktviti yang lain seperti bertadarus, mendengar kuliah agama, membaca al-Quran dan membuat amal ibadat yang lain.
Baca : Resepi Sotong Goreng Kunyit Enak Untuk Menu Sahur
Kesimpulan
Sesungguhnya isu merokok adalah isu yang dipandang remeh oleh sesetengah orang tetapi sebenarnya besar kesan terhadap individu yang terbabit. Banyak akibat yang mudarat dan tidak baik berlaku kepada perokok dan orang disekelilingnya. Antaranya pembaziran yang ketara melibatkan jutaan ringgit pada setiap tahun.
Begitu juga dengan kematian akibat rokok yang kadarnya hampir 6 juta kematian di seluruh dunia kepada perokok dan juga orang yang berada di sekelilingnya. Ini kerana asap rokok mengandungi bahan kimia berbahaya bagi organ manusia untuk jangkamasa panjang. Angka tersebut bertambah dari setahun ke setahun. Ramai ulama berpendapat bahawa merokok hukumnya haram, antaranya pendapat Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
- Daku Amat
Tags : bulan ramadhan tip berhenti merokok ramadan kareem ketagihan rokok stop smoking mudarat merokok pada kesihatan berbuka puasa kempen anti-merokok