Kesedaran akan keterlibatan Allah


Kesedaran akan keterlibatan Allah s.w.t dalam setiap yang hal berlaku, bukan suatu alasan yang menyebabkan kita lemah atau malas. Tidak berusaha hanya berserah pada takdir, qada dan qadar Allah s.w.t semata-mata tanpa berusaha dan berikhtiar.

Justeru seharusnya ini menjadi suatu dorongan yang kuat bagi kita. Inilah yang akan menjadi motivasi kita kerana kita tahu dan sedar bahawa tidak hal yang berlaku secara semulajadi tetapi setiap apa yang terjadi adalah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t jua.

Berikut ini beberapa hikmah yang boleh kita ambil dari kesedaran kita akan keterlibatan Allah s.w.t iaitu :

1. Kekuatan

Siapa yang boleh melawan takdir Allah? Jika kita ditakdirkan berjaya atau berhasil siapa yang boleh mencegahnya? Begitu juga sebaliknya jika kita ditakdirkan untuk gagal, kecewa atau sedih walau macam mana kuat kita berusaha pun kekecewaan atau kesedihan pasti menghampiri kita.

Apa yang Allah kehendaki itulah yang akan terjadi. Kesedaran kita mengenai hakikat ini akan membuatkan kita terus berusaha, berikhtiar dan bertawakkal disamping terus menghampirkan diri pada Allah s.w.t dengan mentaati-Nya. Kita sedar bahawa segala kemampuan dan kekuatan bukan milik makhluk tetapi milik pencipta segala makhluk yakni Allah s.w.t.

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya yang datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
2. Sabar

Orang yang menyakini akan takdir Allah, dia akan selalu sabar setiap kali musibah menimpanya, kerana semuanya dari Allah. Dia akan menyambut musibah itu dengan tegar. Setegar gunung atau setegar batu karang diterjah ombak laut, tak terjejas sikit pun.

Sungguh indah apa yang dikatakan oleh Ali bin Abi Thalib r.hu :

"Wahai bapak fulan, sesungguhnya jika engkau bersabar, engkau telah melawan takdirmu dan engkau mendapatkan pahala. Tetapi sekiranya engkau bersedih hati, sesungguhnya takdir tetap saja berlaku dan engkau mendapatkan dosa."
3. Redha dan Qana'ah

Akan bersikap redha terhadap apa yang diberikan Allah dan qana'ah (berasa cukup) akan rezeki yang Dia berikan kepada kita. Sehingga kalau kita sudah berusaha tetapi takdir yang berlaku sebaliknya, kita akan redha dengan kegagalan yang dialami kerana kita tahu dan sedar bahawa semuanya dari Allah s.w.t.

Tidak ada alasan untuk tidak redha. Pengaruh dari sikap ini, kita akan bersungguh-sungguh mencari rezeki dengan cara yang halal dan menjauhi cara yang haram dan dilarang Allah.

4. Menerima seadanya

Orang yang yakin dengan takdir, dia akan menerima apa jua yang diberikan Allah kepadanya. Sikap ini akan melahirkan kekuatan jiwa, tidak akan kecewa, sedih, putus asa atau sikap negatif lainnya. Dia yakin apa yang terjadi pada dirinya adalah yang terbaik bagi dirinya.

5. Memiliki harga diri

Orang yang yakin akan takdir Allah, akan memiliki harga diri kerana yakin apa yang dia memiliki bukan berasal dari manusia tetapi dari Allah s.w.t semata. Jika pun ada peranan manusia, itu hanya sebagai perantara saja. Harga diri ini akan menjadi kekuatan luar biasa, sehingga dia mampu mencurahkan segenap potensinya.

6. Berjiwa tenang dan damai

Orang yang yakin akan takdir Allah, yakin pula bahawa segala musibah tidak akan membuatnya takut dan kecut. Dia tahu bahawa di dunia ini tiada apa yang berlaku secara semulajadi. Dia tenang terhadap apapun yang akan dan telah terjadi kerana semuanya adalah kehendak Allah.

Dia tidak akan ragu-ragu melakukan apapun kerana hasilnya adalah keputusan Allah s.w.t setelah dia berusaha. Tanggungjawab dan kemampuan dia hanya berusaha dan berikhtiar manakala yang menentukan usaha itu berlaku atau berhasil adalah hak Allah.

Dia tidak akan menyesali masa lalu, dia yakin dengan masa kini dan berani menghadapi hari esok.

7. Berorientasi ke depan dan 'doing the best'

Orang yang yakin akan kekuatan Allah akan bersikap sabar, redha, qana'ah, menerima apa adanya, memiliki harga diri, tenang dan damai terhindar dari penyesalan masa lalu, berani menghadapi realiti, bebas dari rasa pesimis.

Dia tidak mendapatkan jalan lain kecuali berorientasi ke depan menuju yang lebih baik, bersungguh-sungguh dan melakukan pekerjaan sebaik mungkin.

Wallahu a'lam .
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: