9 Fakta Tentang Bersin Yang Menarik Untuk Anda Tahu


Bersin. Menakutkan sebenarnya bersin ini. Apatah lagi bila kita makan di luar dan kita ternampak tukang masak atau pembancuh air bersin. Kalau kita nampak, memang kita akan angkat kaki. Tetapi tahukah anda mengapa sangat disarankan jika kita bersin, kita perlu menutup mulut dan tidak hanya bersin secara terbuka?

Di bawah adalah beberapa fakta yang dikongsikan berkenaan bersin yang mungkin akan membuatkan anda mengubah tabiat bersin anda selepas ini.

Berikut 9 fakta tentang bersin yang menarik untuk anda tahu :

1. Bersin mampu bergerak sejauh 8 meter


Menurut satu kajian "Violent expiratory events: on coughing and sneezing" yang dilakukan oleh penyelidik MIT, dengan menggunakan kamera berkelajuan tinggi, jarak paling jauh sebiji partikel air bersin mampu mencapai jarak 8 meter yang bersamaan dengan lebih kurang 4 biji kereta atau panjang satu kontena lori. Hembusan nafas yang keluar dari mulut dan hidung ketika bersin juga dapat mencapai kecepatan 106 Km/jam.

2. Jumlah kuman yang keluar ketika bersin - 100 ribu


Setiap kali anda bersin, sebanyak hampir 100 ribu kuman dikeluarkan ke udara dan kuman-kuman ini, ada yang akan terapung dan melayang ke siling. Penemuan penyelidik MIT pada tahun 2014 mampu memberikan perspektif baru pada rekaan ruang udara yang dipasang di bangunan-bangunan kerana jika tidak ada tindakan diambil, siling boleh menjadi tempat pengumpulan bakteria.

3. Kita bersin kerana hidung memerlukan proses mula kembali


Pesakit yang mengalami sinusitis jarang bersin kerana proses bersin itu jarang diaktifkan oleh badan mereka. Bersin sebenarnya banyak memberi kesan positif pada hidup seseorang. Apabila bersin berfungsi dengan sempurna, badan kita akan mengaktifkan saraf untuk bersin supaya partikel kuman 'jahat' yang kita sedut ketika bernafas diperangkap, kemudian dikeluarkan semula ketika bersin.

4. Kita akan memejamkan mata ketika bersin


Walau apa pun anda lakukan, anda akan memejamkan mata ketika bersin. Jika anda bersin pada ketika memandu, pastikan tangan anda memegang stereng dengan betul. Ini adalah satu tindakan refleks luar kawal yang pasti berlaku kerana otak kita akan mengarahkan mata kita dipejamkan ketika bersin.

5. Anda tidak akan bersin ketika tidur


Ketika kita tidur, saraf yang mengawal refleks bersin juga tidur. Kondisi ketika kita tidur yang dinamakan rapid eye movement atonia atau REM atonia yang kita lakukan tanpa sedar ketika tidur, membuatkan neuron motor bersin ditutup sementara. Yang pasti, kita akan terjaga dulu sebelum bersin setiap kali kita tidur.

6. Jangan tahan bersin


Jika anda mahu bersin, jangan tahan kerana ada kemungkinan anda akan mengalami kecederaan apabila menahan bersin yang sudah separuh jalan keluar. Tetapi peluangnya untuk berlaku amatlah rendah. Antara kecederaan yang boleh berlaku adalah pecah salur darah di mata, kecederaan pada gegendang telinga dan kecederaan pada salur darah di kepala.

7. Cara paling berkesan supaya tidak bersin


Cara terbaik untuk menghilangkan rasa hendak bersin adalah dengan menyapu hidung, bernafas dengan kuat atau menekan bahagian di antara bibir atas dan hidung dengan jari. Cara ini amat berguna kalau anda sedang bermain sorok-sorok untuk mengelakkan anda ditangkap.

8. Jantung kita terhenti ketika bersin?


Tidak. Ia adalah mitos yang masih disebar sehingga kini. Apa yang sebenarnya berlaku adalah saluran darah di jantung kita akan berubah menjadi sempit. Ketika kita hendak bersin, kita sebenarnya menarik nafas yang panjang yang menyebabkan tekanan pada dada meningkat dan seterusnya akan menurunkan kadar peredaran darah. Situasi ini hanya berlaku pada satu kali degupan jantung sahaja dan tidaklah sehingga jantung kita benar-benar terhenti, seperti yang ramai percayai. Tekanan darah kita menurun, tidaklah sampai berhenti jantung kita.

9. Anda mesti menutup mulut ketika bersin tapi bukan dengan tangan


Pastikan ini jadi amalan anda selepas ini. Dengan menggunakan tisu atau sapu tangan, tutup mulut anda setiap kali anda bersin. Ini untuk mengelakkan kuman-kuman yang terdapat di dalam bersin anda terbang ke udara. Jika anda terpaksa menggunakan tangan untuk menutup bersin, pastikan anda membasuh tangan anda dengan sabun selepas itu.

      Baca : 7 Kesilapan Yang Sering Dilakukan Semasa Hari Raya Aidilfitri

ADVERTISEMENT

Kesimpulan


Salah satu kenikmatan tiada tara yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-Nya adalah bersin. Oleh itulah bagi seorang muslim, selepas bersin kita hendaklah mengucapkan ALHAMDULILLAAH (Segala Puji Bagi Allah), manakala orang yang mendengar bersin pula mengucapkan YARHAMUKALLAH (ÙŠَرْØ­َÙ…ُÙƒَ اللهُ - Semoga Allah memberi rahmat kepadamu) dan dibalas oleh orang yang bersin tadi dengan ucapan YAHDIIKUMULLAHU WA YASHLIHU BALAKUM (ÙŠَÙ‡ْدِÙŠْÙƒُÙ…ُ اللهُ ÙˆَÙŠَصْÙ„ِØ­ُ بَالَÙƒُÙ…ً - Semoga Allah memberi petunjuk kepadamu dan membaguskan keadaanmu).

- Daku Amat

Tags : bersin kesihatan refleks informasi udara kuman
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: