9 Zon Jerawat Di Wajah Ini Mewakili Kesihatan Dalaman Anda


Bukan lagi menjadi satu rahsia bahawa keadaan kulit adalah penanda kepada kesihatan dalaman kita. Mereka yang mendapatkan tidur yang cukup, minum air yang banyak (cukup) dan makan makanan yang kurang berminyak cenderung untuk memiliki kulit yang bersih dan cerah.

Tetapi bagi mereka yang kerap minum minuman berkafein atau alkohol, menjalani kehidupan yang tertekan dan jarang bersenam lebih terdedah kepada jerawat, bintik hitam dan kulit kusam. Bagi kebanyakan orang, jerawat dan bintik-bintik hitam ini muncul secara rambang, sama ada di pipi, dagu, dahi atau hidung tanpa sebab yang jelas.

Namun, bagi ahli dermatologi atau pakar kulit, setiap zon di muka kita menandakan gambaran kepada kesihatan dalaman badan kita. Malah, dengan melihat pada kesihatan dan tanda-tanda pada kulit muka sahaja, pakar kulit boleh menjelaskan pelbagai masalah kesihatan. Antaranya adalah dehidrasi, tekanan, masalah pernafasan, ketidakstabilan hormon dan banyak lagi.

Di bawah adalah informasi yang menerangkan pembahagian beberapa zon jerawat di muka anda sebenarnya mewakili kesihatan bahagian dalaman badan anda yang mana dan bagaimana untuk mengatasinya.

Berikut 9 zon jerawat di wajah mewakili kesihatan dalaman anda :

1. Jerawat di dahi

Mewakili pundi kencing dan usus (sistem penghadaman dan tekanan).

Bintik-bintik hitam atau jerawat di bahagian dahi mungkin adalah disebabkan peluh daripada rambut berminyak atau terlupa untuk mencuci mekap. Namun, jika itu bukan sebabnya, maka ia boleh jadi disebabkan oleh isu pemakanan. Dahi cenderung untuk bertindak balas apabila sistem penghadaman menghadapi masalah untuk menghadam makanan. Ini mungkin disebabkan oleh cara pemakanan yang tidak sihat atau makan terlalu cepat sehingga makanan tidak dikunyah sehingga betul-betul lumat.

Bahagian ini juga merupakan petanda bagi masalah pundi kencing dan dehidrasi. Tekanan dan kekurangan tidur juga boleh memburukkan lagi keadaan, dan memberi kesan kepada sistem penghadaman dan membuatkan badan anda kekurangan air yang mana akan memberi petanda melalui dahi anda.

Cara mengatasi :

●   Mengambil lebih makanan yang mengandungi tinggi enzim, termasuk betik, nenas, avokado, minyak zaitun dan mangga.

●   Minum lebih banyak air, lebih kurang 8 gelas sehari, termasuk sejurus selepas anda bangun pagi.

●   Dapatkan tidur yang lebih nyenyak, dan sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

2. Jerawat di zon-T

Mewakili hati dan perut (dehidrasi, terlalu banyak alkohol, makanan berminyak).

Bahagian ini bertindak balas dengan sensitif terhadap alkohol, makanan berminyak dan kurangnya air dalam badan. Alkohol boleh menjejaskan asid di dalam perut anda, yang akan mengusir toksin ke bahagian lain di dalam badan.

Makanan segera juga boleh menjadi penyebab di bahagian ini oleh kerana beberapa sebab. Pertamanya, lemak dan minyak yang digunakan untuk memasak menyebabkan ketidakseimbangan di dalam perut anda. Kedua, pengambilan gula berlebihan dari makanan segera menjejaskan hormon dan ketahanan hormon.

Cara mengatasi :

●   Kurangkan pengambilan alkohol, makanan berminyak dan minuman tinggi gula.

3. Jerawat di hidung

Mewakili jantung (tekanan darah, masalah peredaran darah, pengambilan garam).

Hidung cenderung untuk bertindakbalas terhadap tekanan emosi dan masalah peredaran darah. Bintik hitam dan jerawat pada hidung berpunca daripada tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi dalam darah dan juga pengambilan alkohol dan lemak yang tidak baik secara berlebihan. Rasa cemas, sedih, tertekan dan kemarahan juga antara penyebab di bahagian hidung.

Cara mengatasi :

●   Bersenam dengan kerap. Amat penting untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, di tahap sederhana, 3 hari seminggu bagi membantu peredaran darah yang baik.

●   Tambah pengambilan lemak yang baik (unsaturated fat) dan kurangkan lemak tidak baik (saturated fat). Elakkan makan daging yang diproses dan tambahkan avokado dan mentega kacang dalam diet.

●   Elakkan makan makanan pedas untuk kurangkan tahap keradangan.

●   Makan makanan yang tinggi serat untuk kekalkan tahap kolestrol yang sihat.

4. Jerawat di bahagian atas bibir

Mewakili hormon dan usus (ketidakseimbangan hormon, ovulasi, kitaran haid).

Kawasan ini cenderung untuk bertindakbalas pada waktu berbeza ketika haid, bergantung kepada hormon. Bagi sesetengah wanita, ia mungkin terjadi ketika sedang haid dan bagi yang lain mungkin ketika hari ke-14 proses ovulasi. Jerawat di bahagian atas bibir juga menandakan kekurangan serat dalam badan.

Cara mengatasi :

●   Jika kes anda terlalu teruk, jumpa dengan doktor dan meminta nasihat untuk mengambil pil perancang bagi mengubah keseimbangan hormon.

●   Makan makanan yang mengandungi tinggi serat.

●   Dapatkan urutan pada bahagian perut.

●   Lakukan yoga untuk merangsang peredaran darah ketika haid.

5. Jerawat di dagu

Mewakili perut, buah pinggang, organ pembiakan (hormon, dehidrasi, makanan berminyak).

Dagu adalah zon utama untuk tumbuhnya jerawat disebabkan hormon. Ia boleh terjadi ketika zaman remaja, ketika haid dan juga ketika perubahan fisiologi ketika umur 20-an dan 30-an. Dan bukan itu saja, dehidrasi dan makanan berminyak juga boleh menyebabkan jerawat tumbuh di bahagian ini.

Cara mengatasi :

●   Mengambil lebih makanan yang mengandungi tinggi enzim, termasuk betik, nenas, avokado, minyak zaitun dan mangga.

●   Minum lebih banyak air, lebih kurang 8 gelas sehari, termasuk sejurus selepas anda bangun pagi.

●   Jika kes anda terlalu teruk, jumpa dengan doktor dan meminta nasihat untuk mengambil pil perancang bagi mengubah keseimbangan hormon.

6. Jerawat di telinga, penjuru dan bawah mata

Mewakili buah pinggang (dehydration, tekanan, penghasilan minyak berlebihan).

Jika berlaku sesuatu di kawasan ini, ia mungkin terjadi kerana kekurangan tidur dan tekanan. Tetapi, ia juga berkait rapat dengan buah pinggang dan tahap hidrasi anda.

Cara mengatasi :

●   Minum lebih banyak air, lebih kurang 8 gelas sehari, termasuk sejurus selepas anda bangun pagi.

●   Dapatkan tidur yang lebih nyenyak dan secukupnya, sekurang-kurangnya 7 jam setiap malam.

7. Jerawat di pipi

Mewakili paru-paru dan sistem pernafasan (alahan, merokok, pencemaran, kotoran dari bantal atau telefon)

Bahagian atas pipi berkait dengan sinus dan bahagian bawah pipi berkait dengan mulut. Pipi kiri pula mempunyai kaitan yang kuat dengan hati, dan pipi kanan berkait dengan paru-paru.

Kulit yang tidak baik di bahagian pipi boleh diburukkan lagi oleh alahan, asma, pencemaran udara, merokok dan kurang bersenam. Penyakit gusi dan pengambilan gula yang tinggi juga boleh menyumbang kepada isu ini, kerana pipi berkait juga dengan mulut.

Cara mengatasi :

●   Lakukan senaman aerobik, bermeditasi.

●   Kurangkan pengambilan produk tenusu dan gula.

●   Makan lebih banyak buah yang berair seperti tembikai, timun, strawberi dan tomato.

●   Gunakan pencuci muka yang sesuai dengan anda untuk menghapuskan bakteria.

8. Jerawat di garis rahang

Mewakili kebersihan dan perut (kotoran, makanan berminyak).

Garis rahang adalah pusat bagi pertumbuhan jerawat yang disebabkan oleh makanan berminyak.

Cara mengatasi :

●   Kurangkan pengambilan produk tenusu dan gula, dan makanan yang diproses.

●   Makan lebih banyak buah yang berair seperti tembikai, timun, strawberi dan tomato.

●   Tambah pengambilan lemak yang baik (unsaturated fat) dan kurangkan lemak tidak baik (saturated fat).

●   Elakkan makan daging yang diproses dan tambahkan avokado dan mentega kacang dalam diet.

9. Jerawat di leher

Mewakili tiroid (penyakit).

Mereka yang mempunyai tiroid yang kurang aktif mempunyai tahap hormon progesteron yang rendah. Ini kerana kurangnya hormon tiroid untuk menukarkan kolesterol kepada hormon progesteron. Ini menyebabkan tumbuhnya jerawat, kerana hormon progesteron adalah hormon yang menghalang pertumbuhan jerawat.

Cara mengatasi :

●   Tingkatkan pengambilan vitamin A.

●   Jumpa doktor dan minta nasihat untuk mengambil pil perancang untuk meningkatkan tahap hormon progesteron.

      Baca : 9 Kesalahan Yang Sering Dilakukan Ketika Mandi

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Sebahagian wanita sering menggunakan beberapa produk kosmetik untuk wajah secara berlebihan dengan tujuan tertentu. Padahal, pada kulit yang sensitif, banyak produk yang tidak sesuai dengan jenis kulit wajah. Akibatnya menyebabkan masalah muncul pada wajah, termasuk keluarnya jerawat.

Apa yang paling penting sebenarnya adalah perawatan wajah secara teratur agar terlihat bersih dan segar. Biasanya dengan melakukan perawatan wajah yang baik, seperti rajin mencuci muka setelah beraktiviti, jerawat akan hilang dengan sendirinya.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: