Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi. Papar semua catatan

Cara Mencegah Dan Mengatasi Marah Di Bulan Ramadhan


Terdapat tiga hal yang wajib ditahan pada bulan Ramadhan Al-Mubarak ini, iaitu menahan makan/minum, hawa nafsu dan amarah.

Sesungguhnya orang kuat itu bukanlah yang menang dalam bergusti tetapi orang kuat adalah yang mampu menahan nafsu amarahnya. Tapi, kalau tak boleh nak ditahan juga rasa marah itu, macam mana?

Berikut 5 cara mencegah marah di bulan Ramadhan :

1. Solat 5 waktu

Salah satu sumber amarah adalah hati yang tidak tenang dan solat adalah merupakan ubat yang mujarab untuk mendapatkan ketenangan hati, jiwa dan raga.

Soal ketenangan jiwa adalah janji Allah yang sudah pasti akan diberikan kepada orang yang mendirikan dan menjaga solat dengan sempurna.

Ada jaminan yang pasti bahawa orang yang benar-benar menjaga solatnya dengan sempurna, bakal memperoleh ketenangan ini. Allah s.w.t berfirman :


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al-Quran : Surah Ar-Ra'd, ayat 28)
2. Membaca Al-Quran

Membaca ayat suci Al-Quran tidak hanya mendapatkan pahala tetapi juga boleh menenangkan jiwa. Bagi anda yang sedang di dalam keadaan ingin marah, maka segeralah membaca atat-ayat suci Al-Quran atau mendengarkan Al-Quran. Dengan mendengarkan ayat-ayat Al-Quran, hati akan tenang dan emosi boleh berkurangan.

3. Menghindari dehidrasi

Sebuah kajian menemukan bahawa kurangnya meminum air setiap hari akan membuatkan seseorang (terutama wanita) menjadi cepat marah. Dehidrasi membuatkan emosi tidak stabil tanpa sebab yang jelas. Kerana itu, sebaiknya anda penuhi keperluan air dalam tubuh badan ketika bersahur dan ketika berbuka puasa.

4. Tidur yang cukup

Kurangnya waktu tidur juga boleh membuatkan seseorang mudah beremosi. Di dalam bulan yang penuh dengan barakah ini, pertahankan juga kualiti tidur anda tanpa meninggalkan ibadah. Kita akan lebih sering terjaga di bulan Ramadhan, yang penting kualiti tidur kita baik.

5. Berzikir

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ar-Ra'd Ayat 28 : "...Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram."

Berikut 6 cara mengatasi marah di bulan Ramadhan :

1. Berwudhuk

Sesungguhnya marah-marah dari syaitan dan sesungguhnya syaitan diciptakan dari api dan sesungguhnya api dimatikan dengan air. Maka ketika salah satu kalian marah-marah maka hendaklah berwudhuk.

2. Membaca ta'awudz

Nabi Muhammad s.a.w telah mengajarkan umat Islam untuk mengucapkan Ta'awudz untuk menghindari amarah, iaitu sekiranya dia mengucapkan A'udzu billahi minas syaitanirrajim (aku memohon perlindungan kepada Allah dari Syaitan yang terkutuk).

3. Segeralah Duduk

Apabila dengan Ta'awudz kemarahan belum hilang maka disyariatkan dengan duduk, tidak boleh berdiri. Apabila salah seorang di antara kita marah dalam keadaan berdiri, duduklah, jika belum hilang maka berbaringlah. Hal ini kerana marah dalam keadaan berdiri lebih besar kemungkinannya melakukan perkara-perkara yang di luar batasan daripada dalam keadaan duduk. Sedangkan berbaring lebih jauh lagi baik dari duduk dan berdiri.

4. Mengambil sikap diam tidak banyak berbicara

Diam tidak berbicara ketika marah merupakan ubat yang mujarab untuk menghilangkan kemarahan, kerana banyak berbicara di dalam keadaan marah tidak mampu mengawal sehingga terjatuh kepada pembicaraan yang tercela dan membahayakan diri sendiri serta orang lain.

5. Sentiasa ingat besarnya pahala orang yang memaafkan

"Jika hari kiamat tiba, terdengarlah suara panggilan; Manakah orang-orang yang dahulu (di dunia) memaafkan kesalahan sesama manusia? Datanglah kalian pada Tuhanmu dan terimalah pahala-pahalamu. Dan menjadi hak setiap muslim jika ia memaafkan kesalahan orang lain untuk masuk syurga." Hadis Riwayat Adh Dhalak dari Ibnu Abbas.

6. Mengingat besarnya pahala menahan amarah

Menahan amarah adalah sifat terkemuka orang-orang yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Iaitu orang yang bersegeralah menuju ampunan dari Allah dan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa, (iaitu) orang-orang yang suka mendermakan hartanya dalam keadaan senang dan susah, menahan amarah dan suka memaafkan kesalahan orang lain.

10 Tanda Anda Akan Jadi Orang Berjaya


Roda hidup seringkali berputar, kadang kala kita di atas, kadang kala kita di bawah. Begitu juga kejayaan, adakalanya berjaya, adakalanya gagal. Namun, apa yang membuat seseorang itu berjaya atau gagal?

Berikut adalah 10 tanda-tanda anda akan menjadi seorang yang berjaya :

1. Anda fleksibel untuk berubah

Ada masanya keadaan berubah yang memerlukan anda sendiri turut berubah. Perubahan tidak memberi impak negatif kepada anda.

2. Anda tidak suka merungut dan mengeluh

Selalu sangat merungut dan mengeluh memberi perasaan negatif kepada diri dan juga orang keliling.

3. Anda sering produktif

Mengurus masa dengan baik selalu dan tidak melakukan perkara membuang masa yang tidak mencapaikan matlamat anda.

4. Anda boleh tingkatkan motivasi sendiri

Selalu ambil tindakan tanpa perlu disuruh dan tanpa melengahkan masa.

5. Anda suka buat lebih dari apa yang diperlukan

Anda tahu melakukan lebih dari apa yang perlu memberi kepuasan kepada diri dan juga meningkakan kredibiliti anda pada pandangan orang lain.

6. Anda bersedia membantu orang lain

Lebih banyak anda membantu orang lain, lebih ramai yang akan membantu anda satu masa nanti. Bak kata-kata; the more you give, the more you get.

7. Anda seorang yang pemaaf

Tidak ada gunanya menyimpan dendam dan sakit hati. Maafkan orang lain dan jadikan diri lebih kuat.

8. Anda menghadapi cabaran dan belajar darinya

Anda suka melihat cabaran sebagai peluang dan pelajari serta perbaiki melaluinya.

9. Anda suka melihat kejayaan orang lain

Kejayaan orang lain memberi semangat dan inspirasi kepada anda dan bukan kebencian dan iri hati.

10. Anda suka mendampingi orang yang berjaya

Kerana dapat “aura” kejayaan serta sering berasa positif dikalangan mereka yang positif!

10 Tanda Yang Anda Tidak Akan Jadi Kaya


Zaman sekarang ramai orang yang berkeinginan nak jadi kaya. Maklumlah sekarang ini semuanya perlukan duit. Kebanyakan perkhidmatan dan barangan sudah naik harga dan memerlukan pakai duit.

Namun, bukan senang nak jadi kaya. Kena ada disiplin, rajin berusaha sebab duit tidak jatuh dari langit.

Berikut 10 tanda yang menunjukkan anda tidak akan jadi kaya sampai bila-bila :

1. Menyimpan tapi tiada sumber pendapatan lain

Kenapa orang kaya semakin kaya? Jika anda menyimpan duit tetapi tak ada sumber pendapatan lain, sampai bila-bila pun anda tidak akan kaya. Gunakan duit simpanan itu dengan melabur modal untuk menjana pendapatan lain.

2. Belum mula melabur

Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan lebih banyak wang dari masa ke semasa adalah dengan melabur. Masa mula-mula kerja sudah kena melabur. Lagi cepat, lagi bagus.

3. Terlalu selesa dengan gaji sekarang

Ramai yang takut untuk bekerja sendiri dan lebih selesa dengan makan gaji. Bukan itu saja, ada yang masih selesa dengan pendapatan sekarang yang hanya cukup-cukup untuk menampung hidup sahaja.

4. Beli sesuatu yang anda tak mampu

Jika anda membeli sesuatu yang jauh dari kemampuan anda, memang anda tidak akan jadi kaya. Sebab apa? Orang kaya hanya mementingkan keuntungan, bukan membeli sesuatu hanya untuk menunjuk-nunjuk dan di luar kemampuan.

5. Mengejar impian orang lain

Jika anda ingin berjaya, lakukan apa yang anda suka dan bukan mengejar impian orang lain. Sebagai contoh, bila mak ayah suruh jadi doktor, anak kena ikut walaupun tidak suka. Akhirnya hidup entah ke mana.

6. Tidak berani keluar dari bawah tempurung

Jika anda inginkan kekayaan, berjaya dan maju dalam hidup, anda perlu keluar dari zon selesa. Orang kaya dan berjaya tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru dari kebiasaan dan tidak takut untuk gagal.

7. Tidak mempunyai matlamat dengan wang anda

Duit tidak akan datang dengan mudah dan anda perlu bekerja keras. Jadi anda perlu mempunyai matlamat dan pelan kewangan untuk mencapai apa yang anda inginkan menerusi perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

8. Berbelanja dulu dan menyimpan kemudian

Jika anda belanja dan menyimpan kemudian, ada kemungkinan anda tidak akan menyimpan kerana ‘terbelanja’ duit tersebut. Jadi, simpan dulu kemudian barulah belanja. Baru tak menyesal!

9. Terlalu negatif dan anggap jadi kaya itu mustahil

Ramai yang menganggap menjadi kaya adalah satu keistimewaan yang diberikan kepada mereka yang bertuah sahaja. Sikap negatif yang melemahkan semangat dan cita-cita untuk maju, membuatkan seseorang itu tidak akan jadi kaya sampai bila-bila.

10. Anda tidak bersedekah

Bersedekah ketika susah atau senang sebenarnya satu kunci untuk kehidupan seseorang itu berubah dari susah kepada senang atau kaya. Ramai orang tidak tahu akan rahsia ini bahawa makin banyak anda keluar duit dengan bersedekah maka makin besar pula peluang rezeki anda terbuka yang anda tidak sangka-sangkakan.

Cara Mudah Menemukan Minat, Bakat Dan Passion


Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh ramai orang dalam hidup ini adalah susahnya menemukan bakat, minat dan passion. Tapi sebelumnya, apakah penting untuk menemukan bakat, minat dan passion? Sangat penting! ini kerana dengan bantuan dari bakat, minat dan 'passion'lah orang dapat menentukan tujuan hidupnya dan lebih mudah mencapai kesuksesan.

Selain itu dengan menemukan bakat, minat dan passion tersebut, khususnya akan sangat membantu murid di bangku sekolah untuk menentukan pilihan jurusan kuliahnya nanti.

Tapi sebelum membahas lanjut tentang cara menemukan bakat, minat dan passion, lebih baik diterangkan definisi ketiga-tiganya terlebih dulu :

1. Minat - adalah suatu keinginan yang mendorong diri seseorang untuk fokus pada suatu objek.

2. Bakat - adalah suatu keahlian alami yang dimiliki seseorang dari lahir.

3. Passion atau ghairah - adalah suatu dorongan besar yang dapat menciptakan keinginan yang besar untuk melakukan sesuatu.

Okey, sekarang anda sudah tahu apa makna dari bakat, minat dan passion itu. Sekarang, bagaiman cara menemukannya?

Sebenarnya mudah, hanya saja perlu waktu dan harus step by step atau bertahap-tahap.

Anda tak perlu mengeluarkan biaya untuk mengikuti ujian bakat dan minat, ujian cop jari dan sebagainya, kerana yang mengetahui minat dan bakat anda adalah diri anda sendiri. Jadi, apa yang harus anda lakukan?

1. Mencari Minat

Bagaimana cara menemukan minat? Mudah saja, caranya lakukanlah hal-hal yang anda sukai. Kerana sesuai dengan definisinya, minat adalah suatu hal yang ingin kita lakukan tanpa paksaan orang lain.

Seperti misalnya anda suka edit foto wajah kawan jadi lucu, main gitar dan menulis blog supaya boleh memberi inspirasi kepada ramai orang.

Akhirnya anda dapat menemukan minat anda iaitu, desain, muzik dan blogging. Untuk itu, cubalah berbagai macam kegiatan yang anda sukai, semakin banyak semakin bagus. Dengan melakukan hal tersebut, secara tanpa sedar anda akan mengetahui bakat yang anda miliki.

2. Dari Minat Munculah Bakat

Dari berbagai kegiatan yang anda lakukan sesuai minat anda, anda boleh secara perlahan-lahan merasakan keahlian alami atau bakat anda. Apa yang perlu diingat adalah kalau bakat itu tidak cuma ada satu saja, kerana manusia itu adalah mahluk 'multitalented', hanya saja dari beberapa bakat yang anda miliki, hanya akan ada satu bakat yang paling dominan atau menonjol dari diri anda.

Jadi, carilah bakat-bakat anda yang masih terpendam. Kalau anda belum menemukan bakat anda atau merasa hanya memiliki satu bakat saja, bererti anda masih kurang usaha untuk menemukannya dan kurang rajin untuk beraktiviti lebih banyak. Semakin cepat anda menemukan bakat anda, semakin cepat juga anda dapat mengembangkannya dan menggali potensinya.

3. Merasakan Passion

Anggap saja anda sudah dapat menemukan bakat atau keahlian anda. Sekarang yang perlu anda lakukan adalah memilih dan merasakan dari salah satu keahlian anda, yang mana yang memiliki passion atau ghairah saat anda melakukannya.

Maksudnya bagaimana? Kalau dianalogikan, passion atau ghairah itu bagaikan seperti mengejar wanita yang kita suka, penuh dengan semangat yang membara dan tak kenal lelah. Jadi, rasakanlah saat anda melakukan minat anda dan anda merasa begitu senang, tak kenal lelah dan selalu bersemangat, itulah yang dinamakan passion.

Jadi, bakat dan passion itu saling berhubungan, sehingga kalau sudah menemukan salah satunya, tidak akan susah untuk mencari yang lainnya.

Bagaimana dengan anda? Sudahkah menemukan minat, bakat dan passion anda?

15 Perkara Berhenti Lakukan Untuk Hidup Bahagia


1. Berhenti rasa diri selalu betul

Terdapat begitu ramai orang yang selalu merasakan dirinya saja yang sentiasa betul! Kita tak sedar kadang-kadang, bila kita rasa diri kita sentiasa betul walaupun sebenarnya kita tak betul. Tidak salah kita beri orang lain peluang mengutarakan pandangan mereka serta apa yang mereka rasa.

Jika sentiasa nak betul, kita banyak melukakan hati orang lain dan memberikan banyak tekanan kepada diri sendiri. Silap-silap kita boleh memutuskan silaturahim.

Setiap kali kita mula nak 'menegakkan benang yang basah' dan merasakan diri kita betul dan orang lain salah, tanya diri soalan ini; “Adakah saya perlu sentiasa tegakkan yang saya mesti betul dan orang lain mesti salah? Apa saya dapat?"

2. Berhenti bersikap sentiasa mahu mengawal

Bukan semua benda kita mampu kawal atau mampu ubah. Untuk menjadi lebih bahagia, anda seharusnya perlu rela untuk melepaskan sikap suka mengawal keadaan yang terjadi di sekeliling anda. Lebih-lebih lagi jika sebenarnya ia sesuatu yang kita memang tidak mampu nak kawal.

Juga sikap suka mengawal orang lain. Tak kisah sama ada mereka orang yang anda sayangi, rakan sepejabat atau sesiapa sahaja yang anda temui, cuba biarkan dan benarkan mereka jadi diri mereka sendiri.

Dengan membiarkan mereka jadi diri mereka sendiri dan membiarkan sesuatu berlaku dengan harmoni, anda akan rasa lebih baik.

3. Hentikan menyalahkan orang lain

Anda akan lebih gembira sekiranya anda bersikap tidak menyalahkan orang lain atas setiap apa yang tak anda miliki atau tidak capai.

Berhentilah dari asyik membuang tenaga dengan menyalahkan orang lain dan mula bersikap bertanggungjawab atas diri sendiri. Keluarlah daripada 'Blame Zone' - Zon Menyalahkan.

4. Hentikan menyalahkan diri sendiri

Berapa ramai yang membiarkan diri sendiri terluka akibat dari pemikiran mereka sendiri yang negatif, pemikiran yang tercemar dan suka menyalahkan diri sendiri?

Jangan percayakan setiap benda yang dikatakan oleh minda anda, terutama perkara-perkara yang negatif dan asyik menyalahkan diri sendiri. Anda adalah lebih bagus dari apa yang minda anda fikirkan.

Bila sesuatu perkara yang anda mahu tidak anda capai, anda boleh kenal pasti apa yang anda telah capai dan apa yang anda belum capai serta berusaha memperbaikinya serta belajar daripadanya.

5. Hentikan melayan halangan dalam pemikiran

Jangan layan halangan dalam pemikiran anda yang selalu menyekat anda dari melakukan sesuatu perkara yang bermanfaat. Pemikiran yang terhad selalu menghasut anda dengan perkara seperti - apa yang boleh dan tak boleh serta apa yang mustahil dan tidak mustahil.

Bermula dari sekarang, anda tak akan membiarkan pemikiran anda menghadkan tindakan anda dan terus meletakkan anda dalam keadaan tertekan. Lebarkan sayap anda dan terbanglah!

6. Berhenti merungut!

Berapa ramai orang yang suka merungut tentang banyak perkara. Ada sahaja yang tak kena dan nak dirungutkan! Orang sekeliling, situasi sekitar, perkara-perkara yang tak membuatkan anda gembira, kesedihan dan kekecewaan.

Tiada siapa yang boleh buatkan anda tak gembira, tiada situasi yang boleh buatkan anda sedih atau celaru melainkan anda yang benarkan ianya berlaku.

Bukan situasi yang berlaku yang menyebabkan perasaan tersebut wujud dalam diri anda, tetapi bagaimana cara anda melihat sesuatu itu terjadi yang akan mempengaruhi perasaan anda. Jangan pandang rendah kepada kuasa pemikiran positif. Bahagia adalah satu pilihan diri kita sendiri. Bukan mudah tetapi ia boleh dikuasai Insya Allah!

7. Berhenti mengutuk

Secara tak sedar, ramai orang suka mengutuk sesuatu perkara atau orang lain yang dirasakan berbeza dari diri mereka. Kita semua berbeza tapi sebenarnya kita semua sama. Kita semua mahu hidup gembira, mahu disayangi dan menyayangi dan kita semua mahu difahami.

Kita semua mahukan sesuatu dan ada sesuatu yang kita semua mahukan. Tidak perlu kutuk orang lain jika kita tidak faham mereka atau tidak bersetuju dengan mereka.

8. Berhenti menarik perhatian manusia - fokus menarik perhatian Allah

Ada orang yang terlalu berusaha keras untuk tarik perhatian orang lain sehingga sanggup buat sesuatu yang mereka sendiri tidak biasa lakukan atau bukan diri kita. Tak ada gunanya.

Saat anda berhenti jadi orang lain, saat anda tanggalkan topeng anda dan saat anda menerima diri seadanya dan menghargai diri anda yang sebenarnya, anda akan mula dapati ramai orang lain yang akan tertarik kepada anda, tanpa anda perlu bersusah payah.

Orang suka manusia sebenar dan bukan topeng apatah lagi jika guna nama atau gambar orang lain untuk sembunyikan diri.

9. Berhenti rasa selesa ditahap yang sama

Rempuh halangan untuk memulakan perubahan! Berubah adalah sesuatu yang baik. Bila anda ambil keputusan untuk berubah ianya membantu anda bergerak dari titik A ke titik B.

Perubahan akan bantu anda menambahbaikkan kehidupan anda dan juga kehidupan orang di sekeliing anda.

Ikut arah hidup anda dan nikmati perubahan yang berlaku. Jangan menentang perubahan diri ke arah yang lebih baik!

10. Berhenti menghukum atau mudah ‘melabelkan’ orang lain

Salah satu sebab orang tak bahagia ialah kerana mudah sangat melabelkan seseorang atau sesuatu perkara yang kita tak betul-betul faham. Ramai hidup penuh dengan sangkaan buruk atau serong melihat orang lain atau pencapaian orang lain.

11. Berhenti hidup dalam ketakutan - hadapi ketakutan

Perasaan takut sebenarnya adalah satu ilusi. Ianya tak wujud, ia hanya sesuatu yang minda kita 'takut-takutkan' kita. Perbetulkan apa yang ada di dalam minda anda dan semua perkara akan berlaku dengan baik.

Bagaimana nak kurangkan rasa takut adalah dengan ilmu, mencari jalan untuk memahami apa yang kita takutkan atau mahu lakukan, lihat dan belajar daripada mereka yang telah berjaya melakukannya dan paling penting cuba dengan skala yang kecil risikonya.

12. Hentikan hidup beralasan

Hentikan hidup beralasan! Anda tak perlukannya. Dalam banyak situasi, kita menghadkan tindakan kita kerana kita sendiri banyak mencipta alasan. Kita boleh terus bertindak dan berusaha untuk perbaiki diri, kemudian kita tersekat dan mula menipu diri sendiri. Kita guna banyak alasan. Alasan-alasan yang 99.9% nya adalah tidak benar.

13. Hentikan hidup di masa lalu

Maksudnya menyesal dengan kesilapan lepas atau memori cinta kenangan silam. Chewah!

Ianya tak mudah. Terutama bila kita lihat masa lalu adalah lebih baik dari masa sekarang dan masa hadapan kelihatan sangat menakutkan. Tapi anda perlu sedar bahawa anda berada pada masa sekarang dan hanya masa sekarang yang anda ada dan sebenar-benarnya ada!

Anda sudah tidak miliki masa lalu yang anda rasa lebih baik, yang anda impi-impikan kerana anda berada daam masa sekarang. Jangan tipu diri anda dengan keseronokan masa lalu atau kesilapan masa lalu. Belajar darinya dan 'being presence' atau hadirkan diri anda dalam setiap apa yang anda lakukan dan nikmati hidup anda sekarang.

Lagipun, hidup ini adalah satu proses tentang sebuah perjalanan. Bina matlamat yang jelas untuk masa hadapan, sediakan diri anda untuk hadapinya tetapi sentiasa bersedia dengan apa yang ada sekarang.

14. Berhenti terikat dengan 'benda'

Okay macam ini, tidak ada apa yang kita ada yang sebenarnya kita punya. Setiap satu adalah pinjaman dan amanah. Jika ada, kita hargai dan pelihara. Jika telah tiada, jangan 'tersangkut' dengannya.

Jangan hidup melayan perasaan dan 'tersangkut' di situ. Memang sukar untuk lepaskan sesuatu yang telah kita genggam erat. Ingat, tidak ada benda yang kekal. Life goes on! Move on!

Jika sesuatu itu kita punya, Insya Allah ada nama kita. Kita hanya perlu buat yang terbaik. Jika selepas buat yang terbaik dan kita tidak dapat miliki, teruskan usaha lagi atau teruskan hidup anda ke destinasi seterusnya!

15. Berhenti bina hidup anda atas impian orang lain

Ramai orang, yang tanpa sedar hidup atas impian orang lain. Mereka hidup mengikut apa yang orang lain rasakan terbaik untuk mereka.

Mereka hidup bergantung kepada apa yang orang lain fikir yang terbaik untuk mereka, apa yang rakan-rakan, musuh, guru-guru, kerajaan dan apa yang media rasakan terbaik untuk mereka.

Sehinggakan, mereka tak pedulikan jeritan hati mereka sendiri, yang meronta-ronta untuk lakukan sesuatu yang berbeza dan bermanfaat. Jadi, bina sebuah kehidupan di atas impian anda sendiri!

Sabar Adalah Pada 'Tamparan' Pertama


Lihat kembali apa yang kita ada. Apakah semuanya sudah kita jangka dan minta sebelumnya?

Kebanyakannya tidak!

Kerap berlaku kita mendapat apa yang kita tidak suka, namun akhirnya hati kita terbuka menerimanya malah menyukainya.

Begitulah bicara taqdir!

Allah s.w.t sentiasa mengetahui apa yang terbaik untuk kita berbanding diri kita sendiri.

Sabar itu pada TAMPARAN pertama. Pada ketika itulah mesti segera dibisikan;

"Aku milik Allah, kepada-Nya aku akan dikembalikan..."

Pada saat diuji, sering Rasulullah s.a.w berkata;

"Aku hamba Allah, Allah tidak akan mengecewakan ku!"

Ya, Allah tidak akan mengecewakan kita, DIA menyayangi hamba-Nya.

Sifat Malas Dan Suka Bertangguh Musuh Dalam Diri


Antara musuh yang ada dalam diri kita ini ialah sifat malas. Dan sifat malas ada 'sahabat baik' namanya sifat suka bertangguh.

Kerana sifat malas dan suka bertangguh inilah kadang-kadang kita solat fardhu zohor dekat-dekat nak masuk waktu Asar. Solat Dhuha dari jam 8 pagi terasa nak buat tapi sebab ada malas dan suka bertangguh sedar-sedar sudah zohor.

Baca al-Quran nak khatam setahun sekali pun susah sebab ada malas dan suka bertangguh.

Kerja-kerja di rumah dan office pun tak selesai sebab ada sifat malas dan suka bertangguh ini. Akhirnya kita yang serabut kerja tak selesai.

Teringin nak berubah tapi sebab ada malas dan bertangguh maka sampai ke hari ini kita masih di tahap yang lama. Perangai dan amal kita tidak juga berubah.

Apa tunggu lagi?

Buanglah dua sifat 'memudaratkan' ini. Selagi ada malas dan suka bertangguh, selagi itulah kita tak akan berjaya mengubah hidup kita.

Jangan malas dan bertangguh, lebih-lebih lagi untuk perkara akhirat sebab khuatir disebabkan suka bertangguh, nanti sedar-sedar sudah balik ke akhirat!

Ketika itu tidak ada peluang lagi untuk kembali ke dunia.

Kejayaan Lebih Mudah Dicapai Dalam Berjemaah


Untungnya sebagai umat Islam, kita sudah lama diajar menerusi sunnah baginda s.a.w untuk melakukan ibadah atau urusan muamalah, sama ada dalam keluarga atau masyarakat dilakukan secara berjemaah. Contohnya dalam ibadah solat, ketika mahu makan, bermusafir dan sebagainya.

Menerusi sabdaan Nabi s.a.w, kita diberitahu bahawa dalam berjemaah ada keberkatan dan banyak kebaikan serta hikmah.

Jadi kita sudah arif dan faham bagaimana sekiranya kita bersolat secara berjemaah, ganjarannya adalah berlipat kali ganda.

Namun begitu, kenapa kita jarang-jarang sekali ingin menggunakan konsep yang sama dalam kegiatan seharian kita. Berjemaah dalam melakukan semua perkara?

Menerusi video animasi di bawah ini, kita dapat lihat dengan lebih jelas bagaimana berusaha dalam kumpulan akan memberikan hasil yang lebih terjamin dan lumayan. Pendek kata, kejayaan akan lebih mudah dicapai dalam berkumpulan.


Apabila kita melakukan sesuatu dalam kumpulan, banyak perkara yang kita boleh baiki kerana tiada siapa yang sempurna pada zaman sekarang. Kita akan boleh mencapai hampir kepada kesempurnaan apabila kita bergerak dalam kumpulan. Namun ianya hanya akan berhasil, sekiranya setiap yang ada dalam jemaah tersebut sedia untuk bekerjasama dan menerima teguran dan pendapat antara satu sama lain.

Kita patut contohi bangsa Cina yang melakukan banyak perkara dalam konsep berjemaah ini, bagaimana kejayaan orang Cina bukan disebabkan mereka mempunyai ilmu ataupun duit, tetapi sebab utama adalah mereka mempunyai jaringan kerjasama yang kuat antara satu sama lain.

Otak Cantik Cerdik


Perkataan negatif seperti "TIDAK" bukan sekadar perkataan. Bukan juga sekadar ucapan. Ianya resapan. Meninggalkan kesan buruk kepada psikologi dan keperibadian insan.

Ia menyebabkan otak mengeluarkan lebih dari 12 hormon stres. Hormon-hormon ini tugasnya mengganggu. Otak terbantut fungsinya. Logik akal jadi kendur.

Komunikasi juga tergugat. Kurang lancar. Kata-kata terputus-putus. Memproses bahasa juga menjadi kacau.

Ada kajian mendapati bahawa dengan hanya melihat perkataan negatif sahaja, memori menjadi lemah. Walau tanpa ucapan, emosi tetap terganggu. Tidur kurang nyenyak. Hilang selera makan.

Andai perkataan negatif disebut, lebih banyak lagi 'hormone stress' dirembes. Bukan sahaja kepada si penutur tetapi juga kepada pendengar. Ya, yang mendengar juga mendapat petaka.

Pernah dengar orang sebut kalau mahu positif mesti berteman orang positif? Inilah sebabnya. Kesan perkataan negatif seperti kata nista dan caci cerca memberi impak juga pada pendengar.

Pada setiap perkataan negatif yang didengar atau disebut perlu disulami dengan sekurang-kurangnya LIMA pemikiran atau perasaan positif. Kaedah ini bukan sembarangan. Ia adalah hasil dari kajian dan amalan klinikal.

Apakah kesannya kalau kurang dari LIMA? Kajian pakar menunjukkan kurang dari 5 akan kurang impak maksima pemulihan. Ia mengundang kegagalan.

Walaupun pemikiran positif itu tidak rasional, ianya tetap membenih rasa bahagia. Melakar jalan kehidupan yang optimistik.

Kita mesti cermat dalam memilih kata. Mesti perlahan dan seketul-ketul sebutannya.

Anda mungkin akan berkata, “Bestnya belajar psikologi”. Balasnya, “lagi best belajar pasal otak dan psikologi. Selari dan serasi.”

Hasilnya? Otak Cantik Cerdik.

Cara Mengenali Orang Negatif


Selalu mengeluh, kurang percaya diri, asyik berasa bimbang, suka bermuram dan mudah cemas, ini adalah contoh sifat-sifat umum yang ada pada orang yang bersikap negatif.

Berikut cara mengenali orang-orang negatif di persekitaran anda :

1. Selalu bimbang

Orang negatif selalu bimbang melakukan kesalahan walaupun langkah yang mereka tempuhi sudah betul.

2. Banyak komplain

Orang negatif adalah seorang yang suka mengeluh. Majoriti suka mengeluh tentang perkara yang tidak membuat mereka rasa selesa. Seperti seluruh dunia menentang mereka. Mereka mengeluh tentang pelbagai isu dari cuaca, rakan, hingga tempat kerja.

3. Kurang berprestasi

Orang negatif biasanya fikir mereka tidak cukup pintar atau berkemampuan. Mereka tidak berminat menggapai impian/kejayaan di masa hadapan. Mereka tidak memiliki cita-cita atau impian hidup.

4. Bermasalah

Mereka tidak pernah dapat melihat kehidupan dari sisi yang baik. Walau hanya perihal kecil, mereka selalu buruk sangka. Tiada yang mampu membawa senyum di wajah mereka.

Orang negatif jarang membayangkan kejayaan dan kemudahan. Sebaliknya, mereka selalu membayangkan kegagalan dan kepayahan.

5. Takut eksperimen

Orang negatif takut keluar dari zon selesa. Mereka tidak boleh menghadapi rasa takut, rasa tidak selesa, cabaran atau kegagalan.

Itu sebabnya, mereka tidak pernah mampu untuk mencuba pengalaman baru dan umumnya terjebak dalam zon kehidupan yang membosankan.

6. Menghabiskan tenaga

Orang negatif menyedut semua tenaga di sekeliling. Mereka membuatkan fizikal rasa lemah malah juga emosi orang-orang di sekitarnya.

7. Mempunyai pengalaman terhad

Orang negatif tidak menikmati kegembiraan, keghairahan, keindahan dan kegembiraan. Hidup mereka tidak berkembang dan membosankan.

Demikianlah sikap orang-orang yang bersifat negatif. Sudah tiba masanya untuk mereka membuat perubahan drastik demi kebaikan hidup mereka dengan segera mulai sekarang! Jangan bertangguh-tangguh lagi.

Mungkin mereka boleh bermula dengan bersangka baik pada perkara-perkara yang ada dilingkungan mereka.

11 Cara Atasi Rasa Takut Dalam Public Speaking


Apakah sebab setiap kali mahu berucap di depan khalayak diri jadi gementar dan ada rasa takut?

Berikut dipaparkan 11 rasa takut itu.

1. Takutttttttttttttt

Takut boleh dipindahkan. Memindahkan rasa takut perlukan persediaan. Bersedia untuk menyampaikannya. Tahu apa yang kita mahu sampaikan. Tahu bagaimana menyampaikannya.

Lebih intensif persediaan kita, lebih banyak rasa takut itu dapat kita pindahkan.

2. Tengah berucap ada orang keluar

Ada lagi keluar. Ramai juga yang keluar masuk sesuka hati. Ini mendera jiwa kita sebagai speaker.

Usah ambil kisah. Mereka mungkin ada kerja. Mereka mungkin mahu menjawab panggilan. Mereka mungkin mahu ke bilik air. Amalkan satu kuasa emosi, "ada aku kesah". Sampaikan jua.

3. Ada audiens yang asyik bertanya atau ganggu kita

Usah layan dengan buat bual pula dengan dia. Audiens yang ramai akan rasa terabai. Fokus pada apa yang mahu disampaiakan. Lama-lama diam lah dia.

4. Kita dicemuh

Usah gelabah. Sentiasa ada cabaran serupa itu. Bertenang! Presiden Amerika Syarikat pun dicemu audiens semasa berucap. Apa yang utama, perbaiki cara pada masa depan.

5. Kita terlupa

Tidak ingat fakta. Mampussss! ops..Belum! Bertenang. Tarik nafas. Sampaikan jua dengan tukar topik atau sambil berjenaka tanya audiens apakah yang kita telah sampaikan tadi.

6. Power poin tidak boleh pancar

Komputer buat hal. Aahhaaa. Usah bergantung pada teknologi. Ia ada badinya. Sampai masa mereka buat hal.

Fokus pada poin-poin power. "Message Map" kita mesti jelas.

7. Audiens tidak mahu dengar topik yang disediakan

Mereka sudah dengar. Mereka mahu topik lain. Itu mudah. Usah gabra. Kita tahu tentang topik yang mahu disampaikan itu 20 kali lebih dari mereka.

Mulakan dengan bertanya. Minta audiens luah dan lontarkan. Kemudian baru kita struktur penyampaian berdasarkan apa yang kita mahu. Professional Speaker menyusun cerita dalam minda secepat beberapa minit sahaja.

8. Speaker sebelum kita telah ambil modal yang kita mahu sampaikan

Selalu saya beritahu protege Public Speaking Mastery, air cetek mudah keroh. Air laut kekal penuh misterinya. Jadi air laut. Baca dan berguru supaya kita kekal berpengaruh.

Datang awal. Dengar apa yang speaker sebelum mahu sampaikan. Ia memudahkan kita mengatur langkah dan plot cerita yang mahu disampaikan.

9. Kita kehabisan modal semasa sedang bercakap

Salah satu dari "33 mind hook" adalah pasangkan audiens. Siapa jadi A, siapa jadi B.

A beritahu B. B beritahu A. Lima minit masa itu boleh diguna untuk rujuk nota dan tambah modal bercakap.

10. Kita rasa letih bercakap perkara yang sama berulang-ulang

Jadikan setiap ucapan itu menarik dengan 3 P :

1 - Persediaan (Preparation).
2 - Praktis (Practice).
3 - Peribadikan untuk sesi itu (Personalize).

Sentiasa ingat 60% adalah konsep serupa pada banyak tempat. 40% adalah kesan kebaruan dan kekinian di tempat baru. Kita akan rasa segar dan ucapan kita sentiasa mekar.

11. Tamat tepat pada masanya

Bukan panjang ucapan yang memikat audiens. Kualiti ucapan yang bakal menambat hati audiens.

PUBLIC SPEAKING MASTERY. DELIVERY.

Dapatkan fakta. Anyam fakta. Itu inventio.

Susun atur abjad kata. Indahkan cerita. Itu Dispatio.

Kita telah sentuh rupa-wajah ucapan. Itu muka. Mesti menawan dan dapat tarik perhatian. Sekarang kita bincangkan tentang tubuh pula. Tubuh ucapan terdiri dari fakta, maklumat, contoh, huraian yang ditenun dalam kosa kata, ayat perenggan dan 12 kemahiran perlu pengucapan.

Tubuh perlukan wacana utuh. Tanda baca, perenggan dan gaya akan memudahkan penyampaian - delivery. Sifat manusia ialah tidak dapat menghadapi kenyataan yang terlalu banyak.

"Suap dengan bergaya". Demikian pesan orang tua. Biarkan audiens kunyah dan kunyah. Adun formula dan fakta dalam sedikit selakan pengalaman peribadi. Benar, pengalaman adalah guru yang kejam. Ia menguji terlebih dahulu kemudiannya barulah memberikan pelajaran.

Begitulah rupanya tarikan pengucapan. Penyampaian dalam Public Speaking memerlukan persediaan statistik, kuasa bukti, fakta, maklumat dan anekdot.

Perlu ada contoh, penjelasan, analogi, kecindan, puisi, testimoni, madah bestari, perbidalan kata, pantun pusaka, takrif dan perbandingan - beza dan campur.

Demikianlah sepintas pandang ilmu dalam penyampaian.

Kisah Motivasi Lalat Dan Semut


Beberapa ekor lalat nampak terbang berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan tidak menutup kembali pintu rumah. Kemudian nampak seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat langsung menuju sebuah meja makan yang penuh dengan makanan lazat.

“Bosan aku asyik makan sampah-sampah itu, sekali-sekala nak juga menikmati makanan segar,” katanya.

Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar sebelum keberadaannya diketahui oleh si pemilik rumah dan terbang menuju pintu di mana dia masuk. Namun ternyata pintu kaca itu telah tertutup rapat.

Si lalat hinggap seketika di kaca pintu memandangi kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangan seolah meminta agar dia bergabung kembali dengan mereka.

Si lalat pun terbang di sekitar kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu, dengan tak kenal menyerah si lalat terus berusaha sekuat tenaga untuk keluar dari pintu kaca.

Tanpa lelah si lalat merempuhkan dirinya pada pintu kaca agar dia dapat keluar secepatnya, tetapi tetap tidak berhasil.

Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan bolak-balik, demikian terus dan terus berulang-ulang. Hari makin petang, si lalat itu nampak keletihan dan kelaparan. Esok paginya, nampak lalat itu terkulai lemas terkapar di lantai.

Tak jauh dari tempat itu, nampak serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makan.

Dan ketika menjumpai lalat yang tak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni beramai-ramai dan tanpa ada sedikitpun perlawanan dari si lalat, gerombolan semut berhasil menaklukkannya dengan sangat mudah.

Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju sarang mereka.

Dalam perjalanan pulang ke sarang, semut-semut itu berbicara satu sama lain. Seekor semut muda bertanya pada seekor semut yang lebih senior;

“Kenapa nasib si lalat ini boleh jadi seperti ini ya?”

Semut yang lebih senior itu menjawab;

“Oh, itu memang telah selalu terjadi. Ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini."

Sebenarnya mereka ini telah berusaha, dia bersungguh-sungguh telah berjuang keras berusaha keluar dari pintu kaca itu. Namun ketika tak juga menemukan jalan keluar, dia berputus asa dan keletihan. Hinggalah akhirnya menjadi menu makan malam kita.”

Si semut muda termanggu-manggu lantas bertanya lagi;

“Tapi, bukannya dia sudah berusaha keras? Kenapa dia tidak berjaya keluar?”

Semut senior menjawabnya;

“Ya, memang sepatutnya seperti itu. Tetapi masalahnya dia hanya melakukan hal yang sama saja terus menerus. Dia merempuhkan dirinya ke pintu kaca itu berulang kali."

Cuba seandainya dia terbang sedikit ke atas. Di atas pintu kaca itu kan ada lubang udara, dia boleh keluar dari situ!”

Tiba-tiba semut senior itu memerintahkan rakan-rakannya berhenti sejenak seraya berucap dengan mimik muka dan nada lebih serius;

“Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tapi mengharapkan hasil yang berbeza, maka nasib kamu akan seperti lalat ini.”

Moral dari kisah ini, para pemenang tidak melakukan hal-hal yang berbeza dari orang lain, mereka cuma melakukannya dengan cara yang berbeza untuk sukses. Seperti yang pernah dikatakan oleh Albert Einstein; “Jangan mengharapkan hasil yang berbeza jika kita melakukannya dengan cara yang sama.” Memang benar bahawa adakalanya kita boleh berjaya dengan satu cara, contohnya batu boleh berlubang jika terus menerus dititis oleh air. Namun masalahnya berapa lama kita harus bertahan dan menunggu? Bagaimana jika sekiranya kita melakukannya dengan cara yang berbeza? Tidak dengan titisan air tapi menggantinya dengan pancuran air, tentunya batu itu akan lebih cepat berlubang.

Semoga kisah ini memberi inspirasi.

12 Perkara Wajib Buat Ketika Bujang


Serius perkara ini wajib buat atau orang kata, 'wajibat' Kalau kau tak buat maka percayalah kau akan rugi selama-lamanya. Kau pasti akan menyesal di hari tua kelak.

Tetapi masa itu sudah terlambat, masa yang telah berlalu sia-sia tidak mungkin dapat kau undur kembali. Lebih baik kalau dari sekarang kau beringat dan jangan takut-takut atau banyak fikir lagi. Hanya wajibat!

1. Tinggalkan rumah jangan duduk dengan mak ayah

Perkara pertama yang orang bujang mesti buat adalah tinggalkan rumah. Keluar daripada 'comfort zone'. Pergi merantau jauh daripada mak ayah, sama ada pergi merantau menuntut ilmu atau merantau pergi kerja. Sebab apa? Bila kita jauh daripada mak ayah, kita akan lebih berdikari.

Sifat berdikari ini akan memupuk sifat kematangan di dalam diri kita. Bila kita matang, insya Allah keputusan-keputusan yang kita buat dalam hidup adalah keputusan yang bukan semborono dan ikut emosi semata-mata.

Antara petanda kita matang adalah :

a. Tak minta duit daripada mak ayah lagi.
b. Bila ada masalah cuba selesaikan sendiri.
c. Tidak membuatkan mereka risau.
d. Pandai pilih kawan dan jaga diri.
e. Dan banyak lagi.

Tapi ini tidaklah bermaksud kita melupakan mereka. Tidak! Sebulan sekali atau setahun sekali (jika berada di oversea) baliklah ke kampung halaman. Seminggu paling kurang dua kali kita wajib call mereka atau mereka call kita vice versa.

2. Travel

Ini wajib, orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Kita bukan pergi travel suka-suka saja. Sambil travel itu kau boleh lihat betapa luas dan indahnya alam ciptaan Allah s.w.t sambil melihat ragam manusia yang bermacam-macam. Lepas sudah berkahwin susah sikit nak travel. Jadi, ambillah peluang dari sekarang. Daripada kau duduk meroyan bila jodoh nak sampai, baik pergi travel.

3. Cari ilmu banyak-banyak

Masa bujang inilah kita kena jadi orang yang dahagakan ilmu, jadi pencari ilmu yang tegar, bukan pencari jodoh yang tegar. Kalau sudah dapat satu degree, jangan puas hati lagi, sambung degree lain, ataupun master lain. Bosan? Jangan kata begitu. Menuntut ilmu ini sampai mati pun kita kena menuntut ilmu. Jangan pernah rasa ilmu di dada sudah cukup.

Kenapa time bujang? Sebab orang bujang tersangat-sangatlah punya banyak masa. Tiada tanggungjawab sangat, tiada komitmen sangat, duit pun guna untuk diri sendiri saja. Jadi, duit yang ada, apa salahnya kita spend sikit untuk ilmu. Sambung sijil atau diploma pun ok juga. Kau ambillah, diploma bahasa Arab ke syariah ke, ekonomi ke. Ikut apa yang kau tengah suka dan semangat.

4. Spend duit beli buku

Buku adalah jambatan ilmu. Dari kau habiskan duit beli gadjet, atau bertukar-tukar sport rim kereta, apa salahnya kau 'allocate' sekian jumlah duit untuk beli buku bulan-bulan. Belilah apa-apa buku yang kau suka. Sebulan sebuah pun jadilah. Buku motivasi, agama, kewangan, kekeluargaan? Semua boleh.

5. Belajar bawak kereta

Ini penting sekali. Kalau time bujang tak reti bawa kereta, sudah kahwin nanti susah. Jadi belajarlah dari sekarang. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.

6. Join Usrah

Aku sarankan kamu semua, join usrah ataupun Tabligh. Jujur, usrah ini tak skema, malahan medan untuk kita meluaskan lagi kenalan, sambil menambahkan fikrah Islamiyah kita. Usrah atau Tabligh ini banyak membantu diri jadi lebih baik.

7. Cuba benda baru

Cuba benda baru setiap hari. Jangan asyik melepak saja sampai pagi. Lepas itu tidur sampai ke tengah hari. Hari minggu tidur kalau tak tidur, melepak. Keluarlah dari lingkungan dan comfort zone kita.

Macam belajar menembak ke, memanah ke, pergi hiking ke, scuba diving ke, belajar buat kek ke, buat video ke, dokumentari ke, naik basikal keliling malaysia ke, berenang keliling lautan China Selatan ke. Dengan kata lain, cuba benda baru setiap hari. Jangan takut pada cabaran. Anak muda jiwa kena kental.

8. Berniaga kecil-kecilan

Gunakan peluang di usia muda ini untuk berniaga kecil-kecilan. Cari sumber pendapatan sendiri, jangan terlalu mengharapkan mak ayah. Dari situ, kita baru tahu erti susahnya mencari rezeki.

9. Simpan duit dan belajar perancangan kewangan

Ramai anak muda masa kini memang zero knowledge pasal perancangan kewangan. Panduan menyimpan, panduan melabur, panduan beli kereta, panduan membayar hutang dan lain-lain. Kesannya mereka tak tahu pun ke mana duit mereka dihabiskan. Boros macam itu saja. Jadi, penting semasa zaman bujang ini kita belajar tentang cara-cara merancang kewangan. Google saja, banyak website-website yang boleh ajar kita.

10. Jaga kesihatan, awasi berat badan dan banyakkan exercise

Ramai anak muda menghidap obesiti, cepat letih, kencing manis, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi. Puncanya ialah mereka mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Jaga pemakanan, jaga kesihatan dan banyakkan beriadah. Seminggu at least 3 kali.

11. Suka apa yang kau buat

Perkara ini nampak macam remeh tapi sebenarnya sangat penting. Bila kita suka dengan apa yang kita sedang buat, barulah semuanya berjalan dengan sempurna. Tiada rasa bosan atau jiwa rasa terpaksa.

12. Cari jodoh

Masa bujang ini jugalah masa untuk cari jodoh. Jodoh adalah anugerah Ilahi, jangan menidakkannya. Jika sudah sampai seru, kahwinlah. Jika belum lagi, jangan resah.

      Baca : 8 Perkara Utama Yang Mesti Diajar Kepada Anak Lelaki

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Tip-tip di atas boleh dilakukan sambil menghayati betapa indahnya zaman bujang atau zaman muda yang Allah s.w.t anugerahkan kepada kita. Dari meroyan update status setiap hari buat apakan? Lebih baik buat 'wajibat-wajibat' di atas.

- Daku Amat

11 Tips Untuk Jadi Pelajar Cemerlang


Setiap pelajar tentunya ingin menjadi pelajar yang cemerlang dan memiliki cita-cita tersendiri agar mampu bersaing dan menjadi yang terbaik. Apatah lagi pada zaman ini di mana semakin ramai pelajar yang bijak. Ini menyebabkan persaingan untuk mendapat tempat terbaik dalam pendidikan semakin sengit atau kompetitif.

Berikut 11 tips bagaimana agar menjadi pelajar yang cemerlang :

1. Mandi awal pagi

Mandi di awal-awal waktu pagi, antara pukul 1 pagi hingga 6 pagi. Pada waktu ini, sangat bagus untuk mandi ini kerana ia akan mengurangkan lemak dalam badan.

2. Jangan tidur setelah bangun

Setelah bangun awal pagi misalnya pukul 4 pagi atau ke atas, jangan lagi tidur selepas itu ini kerana jika tidur semula akan melemahkan badan.

3. Ambil sarapan pagi

Ambil sarapan antara pukul 7 pagi hingga 7:30 pagi. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan.

4. Datang sekolah 10 minit awal

Pastikan datang ke kelas sebaiknya 10 minit lebih awal atau lebih awal lagi lebih elok. Ini kerana ia adalah adab dan ada keberkatan di situ.

5. Makan tengahari dan qailullah

Ambil makan tengahari dengan kadar biasa. Selepas setengah jam, tidur seketika atau qailullah selama 10 hingga 15 minit. Kemudian basahkan kepala untuk kembali segar.

6. Lakukan aktiviti selepas waktu asar

lakukan sebarang aktiviti fizikal selepas asar. Ini kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar dan dilarang untuk tidur. Jadi, gunakannya untuk sebarang aktiviti fizikal.

7. Persiapan diri menjelang malam

Pastikan mandi malam lebih kurang antara pukul 6 petang sehingga 6:30 petang. Jangan beriadah terlalu lama ini kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

8. Manfaatkan waktu antara Maghrib dan Isyak

Manfaatkan masa antara maghrib dan isyak sepenuhnya kepada Allah s.w.t. Ini kerana waktu ini adalah waktu terbaik tenangkan minda dengan terapi.

9. Waktu untuk study

Mula 'study' lepas isyak. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2.30 jam untuk setiap malam.

10. Tidur awal malam

Pastikan tidur awal, lebih kurang pukul 11 atau 11:30 malam. Ini kerana pada waktu ini hormon dalam badan perlukan rehat untuk memproses badan dengan baik. Tidur dalam suasana gelap (matikan lampu).

11. Bangun malam untuk bertahajjud

Sekitar pukul 3 pagi bangunlah untuk bertahajud dan qiamullail. Ini kerana inilah ikatan yang kukuh antara seorang hamba dan Penciptanya yakni Allah s.w.t.

Semoga tips di atas bermanfaat dan semoga langkah anda untuk menuntut ilmu diberkati dan dapat memberi manfaat pada manusia lain.

8 Tips Elak Kembali Buat Dosa Dan Maksiat


Tentu anda sudah 'frust' dan tertekan dengan diri anda kerana beberapa kali kembali berbuat maksiat setelah insaf dan bertaubat. Kemudian anda tergelincir semula ke lembah maksiat itu.

Anda bukan keseorangan kerana ramai lagi orang yang mengalami perkara yang serupa kerana kita adalah manusia yang lemah dan pelupa. Jadi belum terlambat untuk anda mengubah diri agar maksiat ini dapat ditendang jauh-jauh dalam kehidupan.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah berkata :

"Sungguh! maksiat itu adalah sebab hilangnya keberkatan rezeki dan waktu."

Berikut tips yang dapat membantu untuk menjauhi maksiat dalam kehidupan anda.

1. Kuatkan hubungan dengan Allah

Ini merupakan asas bagi menjauhi segala perbuatan mungkar dan maksiat. Bila ada hubungan dengan Allah yang akrab maka hati akan sentiasa merasa Allah sentiasa disisi dan mengawasi setiap gerak geri anda.

Kuatkan hubungan dengan Allah dengan melaksanakan segala yang diperintahkan dan meninggalkan segala yang dilarang Allah. menunaikan yang fardhu/wajib, memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan berdoa bersungguh-sungguh kepada-Nya.

"Dan tidaklah hamba-Ku mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan yang lebih aku cintai daripada amalan yang Aku wajibkan atasnya, dan hamba-Ku senantiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan amalan-amalan sunnah hingga aku mencintainya." (Hadis Riwayat Bukhari)

2. Tanam cinta kepada perkara baik

Perasaan cinta ini tidak akan berputik kalau tidak dimulakan dengan sesuatu. Oleh itu untuk menanam minat dan cinta ini anda kena buat dulu, barulah rasa seronok itu akan hadir dalam diri anda.

Bila sudah biasa buat maka perasaan cinta pada amal itu akan lahir dalam diri anda sehingga kalau tak buat benda itu sehari anda rasa gundah-gulana.

3. Kawan dengan orang soleh

Kawan anda mungkin ramai, tetapi tidak semua kawan yang betul-betul soleh. Yang soleh adalah mereka yang sentiasa menasihati dan mengajak anda kepada kebaikkan. Bila anda berkawan dengan orang baik percayalah diri anda juga akan lebih mudah dalam berbuat amal-amal kebaikkan.

Orang soleh yang sanggup menasihati biasanya tidak ramai dalam kehidupan. Bila dah dapat itu janganlah disia-siakan. Bila dia menegur ambillah nasihatnya dan tolak jauh-jauh ego anda.

4. Keazaman yang kental

Ya! bila anda buat maksiat anda akan rasa 'down' yang teramat sangat (hati orang beriman sepatutnya begini). Merasakan seolah-olah sudah tidak ada harapan untuk memperbaiki hidup. Eh! cuba lempang dan cubit pipi tu sikit, cuba tengok sudah kiamat ke belum.

Sepatutnya kalau sudah terjatuh bangun balik, bila sudah sedar diri kita berbuat maksiat maka ganti balik maksiat yang kita buat itu dengan amal-amal kebaikkan. Jangan lembik sangat menyerah diri pada syaitan mempermainkan kehidupan anda.

"Bertakwalah kepada Allah dimanapun engkau berada, ikutilah perbuatan yang buruk dengan perbuatan yang baik niscaya ia akan menghapusnya, dan bergaullah dengan manusia dengan budi pekerti yang mulia." (Hadis Riwayat Ahmad, at-Tirmidzi)

5. Sibukkan diri dengan ilmu

Anda buat maksiat tersebut kadang-kadang tidak tahu pun benda itu memang salah sebab jahil. Dan kadang-kadang sebab kejahilan juga anda tidak tahu sebenarnya banyak lagi amalan kebaikkan yang mudah untuk dilakukan bukan sekadar yang wajib itu sahaja.

Ini juga salah satu cara untuk mengisi masa lapang daripada disia-siakan. Manusia ini macam vakum, kalau dia tak sedut benda baik memang dia akan sedut benda yang tak baik.

6. Berdakwah dan ajak orang buat baik

Kita tak 'strong' bila buat baik sorang-sorang. Kita akan rasa seronok dan kuat bila kita ajak orang lain buat kebaikkan. Selain itu cara ini akan push kita buat kebaikkan sebab tidak normallah kalau kita ajak orang buat baik tetapi kita tak buat.

Kita akan rasa puas dan seronok bila orang yang diajak itu buat sekali dengan kita. Kalau orang yang tak nak itu kita biarkan sahaja, kita dah buat kerja kita untuk ajak kepada kebaikkan sama ada dia terima atau tidak itu nombor dua.

7. Tetapkan denda pada diri sendiri

Tetapkan denda pada diri sendiri sekiranya anda terbuat maksiat tersebut. Dengan syarat denda tersebut mestilah benda yang paling allergic dan tak suka sekali anda buat.

Kalau anda ambil benda yang disukai nanti anda akan ambil mudah dengan maksiat. Contoh benda yang anda tak suka adalah potong rumput rumah, ganti emak anda masak hari itu. Benda ini subjektif dan setiap orang ada lain-lain benda yang dia tak suka.

Ingat! syaratnya, pastikan benda itu yang paling anda tak suka dan susah!

8. Doa dan terus berdoa

Ini yang mula-mula sebenarnya. Semua yang kita akan buat dan telah buat perlu dimulai dan diakhiri dengan doa pada Allah. Mohon supaya Allah berikan kekuatan pada kita untuk menempuh hari-hari mendatang untuk terus buat kebaikkan dan tendang kemungkaran jauh-jauh dalam kehidupan kita.

Jangan mudah berputus asa dan berharaplah dan bergantunglah kepada Allah dengan doa dan dituruti dengan usaha yang jiddiyyah (serius).

Di dalam hadis riwayat Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w menyebut tiga perkara yang jika ada pada seseorang maka ia akan merasai kemanisan iman. Tiga perkara itu ialah :

1. Allah dan Rasul-Nya lebih disayangi lebih dari perkara yang lain.
2. Menyayangi seseorang itu semata-mata kerana Allah taala.
3. Benci kembali kepada kekufuran seperti mana benci dicampakkan ke neraka.

Wallahu a’lam.

Kesedaran akan keterlibatan Allah


Kesedaran akan keterlibatan Allah s.w.t dalam setiap yang hal berlaku, bukan suatu alasan yang menyebabkan kita lemah atau malas. Tidak berusaha hanya berserah pada takdir, qada dan qadar Allah s.w.t semata-mata tanpa berusaha dan berikhtiar.

Justeru seharusnya ini menjadi suatu dorongan yang kuat bagi kita. Inilah yang akan menjadi motivasi kita kerana kita tahu dan sedar bahawa tidak hal yang berlaku secara semulajadi tetapi setiap apa yang terjadi adalah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t jua.

Berikut ini beberapa hikmah yang boleh kita ambil dari kesedaran kita akan keterlibatan Allah s.w.t iaitu :

1. Kekuatan

Siapa yang boleh melawan takdir Allah? Jika kita ditakdirkan berjaya atau berhasil siapa yang boleh mencegahnya? Begitu juga sebaliknya jika kita ditakdirkan untuk gagal, kecewa atau sedih walau macam mana kuat kita berusaha pun kekecewaan atau kesedihan pasti menghampiri kita.

Apa yang Allah kehendaki itulah yang akan terjadi. Kesedaran kita mengenai hakikat ini akan membuatkan kita terus berusaha, berikhtiar dan bertawakkal disamping terus menghampirkan diri pada Allah s.w.t dengan mentaati-Nya. Kita sedar bahawa segala kemampuan dan kekuatan bukan milik makhluk tetapi milik pencipta segala makhluk yakni Allah s.w.t.

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya yang datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
2. Sabar

Orang yang menyakini akan takdir Allah, dia akan selalu sabar setiap kali musibah menimpanya, kerana semuanya dari Allah. Dia akan menyambut musibah itu dengan tegar. Setegar gunung atau setegar batu karang diterjah ombak laut, tak terjejas sikit pun.

Sungguh indah apa yang dikatakan oleh Ali bin Abi Thalib r.hu :

"Wahai bapak fulan, sesungguhnya jika engkau bersabar, engkau telah melawan takdirmu dan engkau mendapatkan pahala. Tetapi sekiranya engkau bersedih hati, sesungguhnya takdir tetap saja berlaku dan engkau mendapatkan dosa."
3. Redha dan Qana'ah

Akan bersikap redha terhadap apa yang diberikan Allah dan qana'ah (berasa cukup) akan rezeki yang Dia berikan kepada kita. Sehingga kalau kita sudah berusaha tetapi takdir yang berlaku sebaliknya, kita akan redha dengan kegagalan yang dialami kerana kita tahu dan sedar bahawa semuanya dari Allah s.w.t.

Tidak ada alasan untuk tidak redha. Pengaruh dari sikap ini, kita akan bersungguh-sungguh mencari rezeki dengan cara yang halal dan menjauhi cara yang haram dan dilarang Allah.

4. Menerima seadanya

Orang yang yakin dengan takdir, dia akan menerima apa jua yang diberikan Allah kepadanya. Sikap ini akan melahirkan kekuatan jiwa, tidak akan kecewa, sedih, putus asa atau sikap negatif lainnya. Dia yakin apa yang terjadi pada dirinya adalah yang terbaik bagi dirinya.

5. Memiliki harga diri

Orang yang yakin akan takdir Allah, akan memiliki harga diri kerana yakin apa yang dia memiliki bukan berasal dari manusia tetapi dari Allah s.w.t semata. Jika pun ada peranan manusia, itu hanya sebagai perantara saja. Harga diri ini akan menjadi kekuatan luar biasa, sehingga dia mampu mencurahkan segenap potensinya.

6. Berjiwa tenang dan damai

Orang yang yakin akan takdir Allah, yakin pula bahawa segala musibah tidak akan membuatnya takut dan kecut. Dia tahu bahawa di dunia ini tiada apa yang berlaku secara semulajadi. Dia tenang terhadap apapun yang akan dan telah terjadi kerana semuanya adalah kehendak Allah.

Dia tidak akan ragu-ragu melakukan apapun kerana hasilnya adalah keputusan Allah s.w.t setelah dia berusaha. Tanggungjawab dan kemampuan dia hanya berusaha dan berikhtiar manakala yang menentukan usaha itu berlaku atau berhasil adalah hak Allah.

Dia tidak akan menyesali masa lalu, dia yakin dengan masa kini dan berani menghadapi hari esok.

7. Berorientasi ke depan dan 'doing the best'

Orang yang yakin akan kekuatan Allah akan bersikap sabar, redha, qana'ah, menerima apa adanya, memiliki harga diri, tenang dan damai terhindar dari penyesalan masa lalu, berani menghadapi realiti, bebas dari rasa pesimis.

Dia tidak mendapatkan jalan lain kecuali berorientasi ke depan menuju yang lebih baik, bersungguh-sungguh dan melakukan pekerjaan sebaik mungkin.

Wallahu a'lam .

Lakukan Perubahan Sekarang!


Jika mahu berubah dari sesuatu yang buruk kepada sesuatu yang lebih baik, yang lebih dekat dengan Allah s.w.t, kehidupan yang lebih suci murni...jangan tunggu esok, lusa atau hari-hari tertentu seperti 1 Muharram, Hari Raya atau sebagainya.

Tetapi lakukan NOW!

Sekarang! jangan bertangguh-tangguh lagi.

Betulkan niat kita berubah jadi lebih baik kerana Allah s.w.t semata-mata. Kerana kita tahu dari-Nya kita datang dan kepada-Nya jua kita akan kembali.

Jika niat kita betul kerana Allah s.w.t, apa jua dugaan, cubaan, kutukan, sindiran yang mungkin bakal kita hadapi bagaikan tiada apa-apa kesan langsung.

Allahu a'lam.

Apa Ukuran Anda Tentang Orang Berjaya


Rata-rata kebanyakkan orang mengukur kejayaan seseorang dari segi berapa banyak wang yang dia simpan, berapa banyak harta yang dia kumpul, apa jenis kereta yang dia pakai, apa pekerjaan yang dia buat, apa jenis rumah yang dia duduk dan seumpamanya.

Tidak dinafikan, duit dijadikan sebagai ukuran kejayaan seseorang.

Namun betapa stressnya hidup ini bila matlamat hidup hanya ditumpukan hendak capai ada banyak duit supaya nanti dinilaikan sebagai orang yang berjaya.

Kehidupan yang stress nak kumpul duit banyak-banyak, buat banyak kerja tetapi dalam keadaan tidak disedari, diri menjadi sibuk dan tidak mendapat ketenangan. Ini lebih kepada untuk diri sendiri sahaja.

Apa yang buat mula tersedar dan tersentak bila mengingat semula riwayat hidup Nabi Muhammad s.a.w.

Walaupun baginda sudah meninggalkan kita lebih 1400 tahun dahulu tetapi sampai ke hari ini baginda adalah manusia yang paling berjaya dalam sejarah manusia.

Baginda s.a.w menjadi manusia yang ranking nombor satu berjaya dan nombor satu pemimpin dunia dan lagenda. Ini diakui oleh orang bukan Islam sendiri.

Persoalannya, adakah kejayaan Nabi s.a.w, dinilaikan dari segi duit atau harta?

Tanpa kita sedari, Baginda sebenarnya memandang lebih jauh lagi bukan seperti kita yang misi dan cita cita nak jadi berjaya dengan mencari dan mengumpul banyak duit supaya orang melihat kita berjaya.

Apa yang Rasulullah s.a.w buat?

Baginda jadikan dirinya ibarat pelita yang menyinari semua manusia, jadikan dirinya ibarat roti yang memberi kenyang pada semua orang, jadikan dirinya ibarat buku yang memberi ilmu kepada semua orang.

Pandangan jauh Nabi Muhammad s.a.w membuatkan kita sehingga hari ini berterima kasih kepada Baginda dan sentiasa rindu kepadanya atas pengorbanannya. Jika tidak, masakan waktu baginda nazak dan menghampiri kewafatannya masih menyebut umatnya (yakni kita).

Kita hari ini tidak tahu, bahawa baginda s.a.w sentiasa berlapar. Mengadu kepada Allah, “Ya Allah, aku lapar..” sehingga rintihan Rasulullah s.a.w didengari malaikat lalu malaikat turun bertanya kepada Rasulullah beritahu sahaja dan malaikat boleh jadikan gunung menjadi emas.

Tetapi Rasulullah s.a.w bukan inginkan kekayaan emas dan harta. Apa yang baginda beritahu kepada malaikat ialah dia mohon Allah ampunkan semua umat-umatnya (yakni kita).

Begitulah betapa jauhnya baginda melihat masa depan sehingga hari ini kita mengenali dan merinduinya. Baginda tidak merintih seperti kita yang sentiasa kekenyangan di waktu malam. Merintih kerana diri ini tidak jadi kaya seperti orang lain.

Baginda merintih untuk kehidupan kita menjadi selamat. Baginda tahu dan takut betapa hebatnya seksaan Allah di akhirat kelak dan baginda amat risau terhadap nasib umatnya yakni kita.

Jadi, adakah kejayaan baginda diukur daripada emas, wang dan harta?

Jawapannya, TIDAK!

Apa yang perlu kita buat untuk mendapat kejayaan yang hakiki?

Setiap malam bermohon kepada Allah untuk membimbing diri kita menjadi orang yang sentiasa berguna kepada masyarakat. Tentu sekali kemampuan kita amatlah terbatas.

Banyak kegagalan yang kita lalui sebelum ini dan menjadikan diri akur bahawa tidak ada kuasa yang lebih hebat boleh membantu melainkan Allah. Dalam pencarian erti kehidupan dan mencari peranan kehidupan ini, banyak dugaan dan hinaan yang diberikan oleh orang yang sudah berjaya dan sempurna.

Sehinggalah suatu hari, Allah memberi ilham dan kita dapat rasakan kekuatan yang ada dalam diri tentang apa yang perlu dilakukan. Kita dapat rasakan bahawa diri ini sudah ada harapan untuk menjadi orang yang berguna.

Dengan izin Allah, kita ambil inspirasi daripada kisah para-para sahabat Rasullullah yang berjaya. Insya Allah, anda akan saksikan ada peningkatan dalam hidup anda.

Kesimpulannya, jangan mengukur kejayaan dengan berapa banyak wang ringgit yang ada. Jangan ukurkan kejayaan dengan kereta apa yang dipakai, rumah apa yang dimiliki. Kerana itu semua akan buat anda akan kerja lebih stress dan macam orang gila.
You might like these as well: