11 Cara Atasi Rasa Takut Dalam Public Speaking


Apakah sebab setiap kali mahu berucap di depan khalayak diri jadi gementar dan ada rasa takut?

Berikut dipaparkan 11 rasa takut itu.

1. Takutttttttttttttt

Takut boleh dipindahkan. Memindahkan rasa takut perlukan persediaan. Bersedia untuk menyampaikannya. Tahu apa yang kita mahu sampaikan. Tahu bagaimana menyampaikannya.

Lebih intensif persediaan kita, lebih banyak rasa takut itu dapat kita pindahkan.

2. Tengah berucap ada orang keluar

Ada lagi keluar. Ramai juga yang keluar masuk sesuka hati. Ini mendera jiwa kita sebagai speaker.

Usah ambil kisah. Mereka mungkin ada kerja. Mereka mungkin mahu menjawab panggilan. Mereka mungkin mahu ke bilik air. Amalkan satu kuasa emosi, "ada aku kesah". Sampaikan jua.

3. Ada audiens yang asyik bertanya atau ganggu kita

Usah layan dengan buat bual pula dengan dia. Audiens yang ramai akan rasa terabai. Fokus pada apa yang mahu disampaiakan. Lama-lama diam lah dia.

4. Kita dicemuh

Usah gelabah. Sentiasa ada cabaran serupa itu. Bertenang! Presiden Amerika Syarikat pun dicemu audiens semasa berucap. Apa yang utama, perbaiki cara pada masa depan.

5. Kita terlupa

Tidak ingat fakta. Mampussss! ops..Belum! Bertenang. Tarik nafas. Sampaikan jua dengan tukar topik atau sambil berjenaka tanya audiens apakah yang kita telah sampaikan tadi.

6. Power poin tidak boleh pancar

Komputer buat hal. Aahhaaa. Usah bergantung pada teknologi. Ia ada badinya. Sampai masa mereka buat hal.

Fokus pada poin-poin power. "Message Map" kita mesti jelas.

7. Audiens tidak mahu dengar topik yang disediakan

Mereka sudah dengar. Mereka mahu topik lain. Itu mudah. Usah gabra. Kita tahu tentang topik yang mahu disampaikan itu 20 kali lebih dari mereka.

Mulakan dengan bertanya. Minta audiens luah dan lontarkan. Kemudian baru kita struktur penyampaian berdasarkan apa yang kita mahu. Professional Speaker menyusun cerita dalam minda secepat beberapa minit sahaja.

8. Speaker sebelum kita telah ambil modal yang kita mahu sampaikan

Selalu saya beritahu protege Public Speaking Mastery, air cetek mudah keroh. Air laut kekal penuh misterinya. Jadi air laut. Baca dan berguru supaya kita kekal berpengaruh.

Datang awal. Dengar apa yang speaker sebelum mahu sampaikan. Ia memudahkan kita mengatur langkah dan plot cerita yang mahu disampaikan.

9. Kita kehabisan modal semasa sedang bercakap

Salah satu dari "33 mind hook" adalah pasangkan audiens. Siapa jadi A, siapa jadi B.

A beritahu B. B beritahu A. Lima minit masa itu boleh diguna untuk rujuk nota dan tambah modal bercakap.

10. Kita rasa letih bercakap perkara yang sama berulang-ulang

Jadikan setiap ucapan itu menarik dengan 3 P :

1 - Persediaan (Preparation).
2 - Praktis (Practice).
3 - Peribadikan untuk sesi itu (Personalize).

Sentiasa ingat 60% adalah konsep serupa pada banyak tempat. 40% adalah kesan kebaruan dan kekinian di tempat baru. Kita akan rasa segar dan ucapan kita sentiasa mekar.

11. Tamat tepat pada masanya

Bukan panjang ucapan yang memikat audiens. Kualiti ucapan yang bakal menambat hati audiens.

PUBLIC SPEAKING MASTERY. DELIVERY.

Dapatkan fakta. Anyam fakta. Itu inventio.

Susun atur abjad kata. Indahkan cerita. Itu Dispatio.

Kita telah sentuh rupa-wajah ucapan. Itu muka. Mesti menawan dan dapat tarik perhatian. Sekarang kita bincangkan tentang tubuh pula. Tubuh ucapan terdiri dari fakta, maklumat, contoh, huraian yang ditenun dalam kosa kata, ayat perenggan dan 12 kemahiran perlu pengucapan.

Tubuh perlukan wacana utuh. Tanda baca, perenggan dan gaya akan memudahkan penyampaian - delivery. Sifat manusia ialah tidak dapat menghadapi kenyataan yang terlalu banyak.

"Suap dengan bergaya". Demikian pesan orang tua. Biarkan audiens kunyah dan kunyah. Adun formula dan fakta dalam sedikit selakan pengalaman peribadi. Benar, pengalaman adalah guru yang kejam. Ia menguji terlebih dahulu kemudiannya barulah memberikan pelajaran.

Begitulah rupanya tarikan pengucapan. Penyampaian dalam Public Speaking memerlukan persediaan statistik, kuasa bukti, fakta, maklumat dan anekdot.

Perlu ada contoh, penjelasan, analogi, kecindan, puisi, testimoni, madah bestari, perbidalan kata, pantun pusaka, takrif dan perbandingan - beza dan campur.

Demikianlah sepintas pandang ilmu dalam penyampaian.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: