Zaman sekarang ramai orang yang berkeinginan nak jadi kaya. Maklumlah sekarang ini semuanya perlukan duit. Kebanyakan perkhidmatan dan barangan sudah naik harga dan memerlukan pakai duit.
Namun, bukan senang nak jadi kaya. Kena ada disiplin, rajin berusaha sebab duit tidak jatuh dari langit.
Berikut 10 tanda yang menunjukkan anda tidak akan jadi kaya sampai bila-bila :
1. Menyimpan tapi tiada sumber pendapatan lain
Kenapa orang kaya semakin kaya? Jika anda menyimpan duit tetapi tak ada sumber pendapatan lain, sampai bila-bila pun anda tidak akan kaya. Gunakan duit simpanan itu dengan melabur modal untuk menjana pendapatan lain.
2. Belum mula melabur
Salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapatkan lebih banyak wang dari masa ke semasa adalah dengan melabur. Masa mula-mula kerja sudah kena melabur. Lagi cepat, lagi bagus.
3. Terlalu selesa dengan gaji sekarang
Ramai yang takut untuk bekerja sendiri dan lebih selesa dengan makan gaji. Bukan itu saja, ada yang masih selesa dengan pendapatan sekarang yang hanya cukup-cukup untuk menampung hidup sahaja.
4. Beli sesuatu yang anda tak mampu
Jika anda membeli sesuatu yang jauh dari kemampuan anda, memang anda tidak akan jadi kaya. Sebab apa? Orang kaya hanya mementingkan keuntungan, bukan membeli sesuatu hanya untuk menunjuk-nunjuk dan di luar kemampuan.
5. Mengejar impian orang lain
Jika anda ingin berjaya, lakukan apa yang anda suka dan bukan mengejar impian orang lain. Sebagai contoh, bila mak ayah suruh jadi doktor, anak kena ikut walaupun tidak suka. Akhirnya hidup entah ke mana.
6. Tidak berani keluar dari bawah tempurung
Jika anda inginkan kekayaan, berjaya dan maju dalam hidup, anda perlu keluar dari zon selesa. Orang kaya dan berjaya tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru dari kebiasaan dan tidak takut untuk gagal.
7. Tidak mempunyai matlamat dengan wang anda
Duit tidak akan datang dengan mudah dan anda perlu bekerja keras. Jadi anda perlu mempunyai matlamat dan pelan kewangan untuk mencapai apa yang anda inginkan menerusi perancangan jangka pendek, sederhana dan panjang.
8. Berbelanja dulu dan menyimpan kemudian
Jika anda belanja dan menyimpan kemudian, ada kemungkinan anda tidak akan menyimpan kerana ‘terbelanja’ duit tersebut. Jadi, simpan dulu kemudian barulah belanja. Baru tak menyesal!
9. Terlalu negatif dan anggap jadi kaya itu mustahil
Ramai yang menganggap menjadi kaya adalah satu keistimewaan yang diberikan kepada mereka yang bertuah sahaja. Sikap negatif yang melemahkan semangat dan cita-cita untuk maju, membuatkan seseorang itu tidak akan jadi kaya sampai bila-bila.
10. Anda tidak bersedekah
Bersedekah ketika susah atau senang sebenarnya satu kunci untuk kehidupan seseorang itu berubah dari susah kepada senang atau kaya. Ramai orang tidak tahu akan rahsia ini bahawa makin banyak anda keluar duit dengan bersedekah maka makin besar pula peluang rezeki anda terbuka yang anda tidak sangka-sangkakan.