Otak Cantik Cerdik


Perkataan negatif seperti "TIDAK" bukan sekadar perkataan. Bukan juga sekadar ucapan. Ianya resapan. Meninggalkan kesan buruk kepada psikologi dan keperibadian insan.

Ia menyebabkan otak mengeluarkan lebih dari 12 hormon stres. Hormon-hormon ini tugasnya mengganggu. Otak terbantut fungsinya. Logik akal jadi kendur.

Komunikasi juga tergugat. Kurang lancar. Kata-kata terputus-putus. Memproses bahasa juga menjadi kacau.

Ada kajian mendapati bahawa dengan hanya melihat perkataan negatif sahaja, memori menjadi lemah. Walau tanpa ucapan, emosi tetap terganggu. Tidur kurang nyenyak. Hilang selera makan.

Andai perkataan negatif disebut, lebih banyak lagi 'hormone stress' dirembes. Bukan sahaja kepada si penutur tetapi juga kepada pendengar. Ya, yang mendengar juga mendapat petaka.

Pernah dengar orang sebut kalau mahu positif mesti berteman orang positif? Inilah sebabnya. Kesan perkataan negatif seperti kata nista dan caci cerca memberi impak juga pada pendengar.

Pada setiap perkataan negatif yang didengar atau disebut perlu disulami dengan sekurang-kurangnya LIMA pemikiran atau perasaan positif. Kaedah ini bukan sembarangan. Ia adalah hasil dari kajian dan amalan klinikal.

Apakah kesannya kalau kurang dari LIMA? Kajian pakar menunjukkan kurang dari 5 akan kurang impak maksima pemulihan. Ia mengundang kegagalan.

Walaupun pemikiran positif itu tidak rasional, ianya tetap membenih rasa bahagia. Melakar jalan kehidupan yang optimistik.

Kita mesti cermat dalam memilih kata. Mesti perlahan dan seketul-ketul sebutannya.

Anda mungkin akan berkata, “Bestnya belajar psikologi”. Balasnya, “lagi best belajar pasal otak dan psikologi. Selari dan serasi.”

Hasilnya? Otak Cantik Cerdik.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: