Serius perkara ini wajib buat atau orang kata, 'wajibat' Kalau kau tak buat maka percayalah kau akan rugi selama-lamanya. Kau pasti akan menyesal di hari tua kelak.
Tetapi masa itu sudah terlambat, masa yang telah berlalu sia-sia tidak mungkin dapat kau undur kembali. Lebih baik kalau dari sekarang kau beringat dan jangan takut-takut atau banyak fikir lagi. Hanya wajibat!
1. Tinggalkan rumah jangan duduk dengan mak ayah
Perkara pertama yang orang bujang mesti buat adalah tinggalkan rumah. Keluar daripada 'comfort zone'. Pergi merantau jauh daripada mak ayah, sama ada pergi merantau menuntut ilmu atau merantau pergi kerja. Sebab apa? Bila kita jauh daripada mak ayah, kita akan lebih berdikari.
Sifat berdikari ini akan memupuk sifat kematangan di dalam diri kita. Bila kita matang, insya Allah keputusan-keputusan yang kita buat dalam hidup adalah keputusan yang bukan semborono dan ikut emosi semata-mata.
Antara petanda kita matang adalah :
a. Tak minta duit daripada mak ayah lagi.
b. Bila ada masalah cuba selesaikan sendiri.
c. Tidak membuatkan mereka risau.
d. Pandai pilih kawan dan jaga diri.
e. Dan banyak lagi.
Tapi ini tidaklah bermaksud kita melupakan mereka. Tidak! Sebulan sekali atau setahun sekali (jika berada di oversea) baliklah ke kampung halaman. Seminggu paling kurang dua kali kita wajib call mereka atau mereka call kita vice versa.
2. Travel
Ini wajib, orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan. Kita bukan pergi travel suka-suka saja. Sambil travel itu kau boleh lihat betapa luas dan indahnya alam ciptaan Allah s.w.t sambil melihat ragam manusia yang bermacam-macam. Lepas sudah berkahwin susah sikit nak travel. Jadi, ambillah peluang dari sekarang. Daripada kau duduk meroyan bila jodoh nak sampai, baik pergi travel.
3. Cari ilmu banyak-banyak
Masa bujang inilah kita kena jadi orang yang dahagakan ilmu, jadi pencari ilmu yang tegar, bukan pencari jodoh yang tegar. Kalau sudah dapat satu degree, jangan puas hati lagi, sambung degree lain, ataupun master lain. Bosan? Jangan kata begitu. Menuntut ilmu ini sampai mati pun kita kena menuntut ilmu. Jangan pernah rasa ilmu di dada sudah cukup.
Kenapa time bujang? Sebab orang bujang tersangat-sangatlah punya banyak masa. Tiada tanggungjawab sangat, tiada komitmen sangat, duit pun guna untuk diri sendiri saja. Jadi, duit yang ada, apa salahnya kita spend sikit untuk ilmu. Sambung sijil atau diploma pun ok juga. Kau ambillah, diploma bahasa Arab ke syariah ke, ekonomi ke. Ikut apa yang kau tengah suka dan semangat.
4. Spend duit beli buku
Buku adalah jambatan ilmu. Dari kau habiskan duit beli gadjet, atau bertukar-tukar sport rim kereta, apa salahnya kau 'allocate' sekian jumlah duit untuk beli buku bulan-bulan. Belilah apa-apa buku yang kau suka. Sebulan sebuah pun jadilah. Buku motivasi, agama, kewangan, kekeluargaan? Semua boleh.
5. Belajar bawak kereta
Ini penting sekali. Kalau time bujang tak reti bawa kereta, sudah kahwin nanti susah. Jadi belajarlah dari sekarang. Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian.
6. Join Usrah
Aku sarankan kamu semua, join usrah ataupun Tabligh. Jujur, usrah ini tak skema, malahan medan untuk kita meluaskan lagi kenalan, sambil menambahkan fikrah Islamiyah kita. Usrah atau Tabligh ini banyak membantu diri jadi lebih baik.
7. Cuba benda baru
Cuba benda baru setiap hari. Jangan asyik melepak saja sampai pagi. Lepas itu tidur sampai ke tengah hari. Hari minggu tidur kalau tak tidur, melepak. Keluarlah dari lingkungan dan comfort zone kita.
Macam belajar menembak ke, memanah ke, pergi hiking ke, scuba diving ke, belajar buat kek ke, buat video ke, dokumentari ke, naik basikal keliling malaysia ke, berenang keliling lautan China Selatan ke. Dengan kata lain, cuba benda baru setiap hari. Jangan takut pada cabaran. Anak muda jiwa kena kental.
8. Berniaga kecil-kecilan
Gunakan peluang di usia muda ini untuk berniaga kecil-kecilan. Cari sumber pendapatan sendiri, jangan terlalu mengharapkan mak ayah. Dari situ, kita baru tahu erti susahnya mencari rezeki.
9. Simpan duit dan belajar perancangan kewangan
Ramai anak muda masa kini memang zero knowledge pasal perancangan kewangan. Panduan menyimpan, panduan melabur, panduan beli kereta, panduan membayar hutang dan lain-lain. Kesannya mereka tak tahu pun ke mana duit mereka dihabiskan. Boros macam itu saja. Jadi, penting semasa zaman bujang ini kita belajar tentang cara-cara merancang kewangan. Google saja, banyak website-website yang boleh ajar kita.
10. Jaga kesihatan, awasi berat badan dan banyakkan exercise
Ramai anak muda menghidap obesiti, cepat letih, kencing manis, tekanan darah tinggi dan macam-macam lagi. Puncanya ialah mereka mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Jaga pemakanan, jaga kesihatan dan banyakkan beriadah. Seminggu at least 3 kali.
11. Suka apa yang kau buat
Perkara ini nampak macam remeh tapi sebenarnya sangat penting. Bila kita suka dengan apa yang kita sedang buat, barulah semuanya berjalan dengan sempurna. Tiada rasa bosan atau jiwa rasa terpaksa.
12. Cari jodoh
Masa bujang ini jugalah masa untuk cari jodoh. Jodoh adalah anugerah Ilahi, jangan menidakkannya. Jika sudah sampai seru, kahwinlah. Jika belum lagi, jangan resah.
Baca : 8 Perkara Utama Yang Mesti Diajar Kepada Anak Lelaki
Tip-tip di atas boleh dilakukan sambil menghayati betapa indahnya zaman bujang atau zaman muda yang Allah s.w.t anugerahkan kepada kita. Dari meroyan update status setiap hari buat apakan? Lebih baik buat 'wajibat-wajibat' di atas.
- Daku Amat