10 Jenis Makan Yang Anti Kolestrol


1. Kismis

Kismis mengandungi sebatian yang mampu menurunkan kolestrol. Jika anda mengamalkan diet dengan 400 kalori kismis setiap hari ia boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah sebanyak 8%.

2. Mangga

Vitamin C banyak terdapat buah mangga. Sumber lain yang banyak vitamn C adalah buah-buah seperti; belimbing, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL (Low-density lipoprotein) atau kolesterol 'jahat' dalam tubuh.

3. Ikan Tuna

Tuna sumber asid lemak Omega-3 yang popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kolestrol LDL.

4. Kacang Tanah

Kacang tanah yang dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolestrol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

5. Oat

Kajian saintifik yang dijalankan menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kadar kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak dan kolestrol anda.

6. Epal

Memakan sebiji epal atau minum jus epal setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yang memakan makanan segera dan kemudian memakan epal atau jusnya, sebenarnya berupaya menyeimbangkan kandungan zat dan mencegah berlakunya kerosakkan dalam tubuh.

7. Kuaci

Kuaci mempunyai kandungan zat besi. Pola pemakanan yang rendah dengan zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekaligus menghadkan kolestrol HDL (kolesterol high-density lipopretein) atau 'kolestrol baik' dalam tubuh kita. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

8. Buah Kering

Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yang paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta buah delima.

9. Soya

Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin dan zat galian. Ia juga dapat menghindarkan penyakit jantung dan kencing manis. Soya juga kaya dengan kalsium dan mineral yang membantu memecah lemak. Ia membantu mengurangkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

10. Jambu Batu

Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8% jika diambil setiap hari dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yang disyorkan ialah 400gm sehari iaitu sebiji setengah selama 4 minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, buah jambu batu adalah pilihan yang sesuai.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: