12 Petua Memikat Hati Isteri


Seorang suami berasa sedih kerana hubungan dengan isterinya sudah tawar, hambar dan membawa diri masing-masing. Sebumbung dan sebantal tapi mimpi lain-lain. Lebih malang jadi macam musuh.

Setelah bertahun-tahun bersama, isterinya masih malas, tak solat dan isterinya asyik mengamuk saja. Suami sudah buat pelbagai usaha. Suami rajin pergi kuliah agama dan ajak isteri tapi isteri tak nak pergi.

Hati ini segalanya. Hati manusia dalam genggaman Allah. Bila-bila masa Allah boleh tukar hatinya dan jadi jauh lebih baik dari kita. Hati ini raja. Bila dapat hati kita dapat semuanya. Cubalah praktikkan dan ramai yang ada masalah begini Allah mudahkan buat mereka. Itulah harga hidup ini Redha Allah.

Boleh usahakan langkah-langkah berikut ini untuk memikat hati isteri anda :

1. Selalu belikan hadiah atau bunga buat isteri

Buat kejutan! Beli bunga bagi ketika di pejabatnya di depan orang ramai. Bagi di luar dugaan isteri. Dia ingat ulang tahun perkahwinan mesti dapat 1 bunga besar, tiba-tiba bagi 2. Satu beri di rumah mertua dan satu lagi beri di tempat kerjanya.

Sekali-sekala masuk rumah suruh dia pejam mata dan pakaikan gelang untuknya. Kadang-kadang masa tiada duit beli sekuntum saja bunga sudah memadai.

2. Bagi isteri duit bulan-bulan ikut kemampuan

Mereka juga ada keperluan untuk diri sendiri. Bukan belanja rumah tapi belanja untuk keperluan dirinya sendiri. Bagi secara mengejut jika dapat bonus.

3. Buat kejutan sambut tarikh penting

Buat-buat macam lupa tarikh penting tarikh lahir dan anniversary. Buat-buat tak tahu rupanya kita telah siap sedia buatnya. Wanita teruja begitu.

4. Hargai ibu bapanya dan adik beradiknya

Ambil cuti hantar ibu bapanya jika sakit. Beri khidmat, buat seperti mak ayah kita.

5. Picit kaki dan tangannya

Ucapkan; "terima kasih sayang jaga anak-anak dan uruskan rumah buat abang.."

6. Beri paling kurang 7 pujian dan 7 pelukan sehari

Wanita terutamanya amat dahagakan kasih sayang dan belaian terutama dari lelaki yang menjadi suaminya.

7. Hidupkan Taalim rumah bersama isteri

Baca kitab hadis seperti Fadhail Amal dan Muntakhab Hadith pada waktu yang tetap misalnya jam 9.30 malam selepas isyak. Buat selama 30 minit penuh dengan adab tertib ketika membaca hadis seperti berwuduk, pakaian bersih dan sopan (sebaiknya pakaian solat), mengadap kiblat dan di ruang solat di dalam rumah.

8. Banyak menangis waktu malam doakannya

Sekali sekala doa kuat sikit dengan bersungguh-sungguh dan menangis supaya dia tahu bahawa kita serius hendak dia berubah.

9. Masuk rumah dengan senyuman

Beri salam, terus peluk dukung isteri dan anak-anak. Tunjukkan kemesraan dan kasih sayang anda sebagai suami dan bapa kepada ahli rumah.

10. Tolong kerja berat

Seperti buang sampah yang berat atau pindahkan barang-barang berat.

11. Sediakan telinga dengar apa isteri cakap

Hanya dengar tanpa menjawab atau menambah. Wanita selalu jatuh hati pada orang suka mendengar apa yang dia cakapkan.

12. Ajak makan berdua di bawah bulan purnama

hehe...candle light Dinner, suap-suaplah sikit. Lagi elok masa tengah rindu sangat, nanti bahasa lagi manis yang keluar masa itu.

Selepas itu insya Allah, ajaklah isteri belajar agama, berada di jalan Allah, menangis dalam tahajud semuanya mudah. Mulakan dalam masa 1 bulan dan insya Allah isterinya berubah. Wanita pun sama jika suami kurang kesedaran, isteri pula buat seperti di atas.

Orang berjaya ialah mereka yang bermuhasabah diri. Hidup ini bertolak ansur satu sama lain. Pegang tangan mereka dan bawa masuk syurga.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: