Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tazkirah. Papar semua catatan

10 Bekal Dakwah Menerusi Ibadah Puasa Ramadhan


Ibadah puasa merupakan satu ibadah yang penting dan ia menjadi bekal kepada para daie dalam meneruskan perjuangan dakwah.

Sheikh Mustafa Masyur di dalam bukunya Fiqh Dakwah, menyatakan;

“Muslim yang benar dalam keislamannya akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan dengan gembira dan bahagia, sebagaimana kegembiraan kaum mukmin dengan karunia dan rahmat Allah. Ia beristirahat sejenak dari kepenatan hidup, berbekal dan memperbaharui semangatnya untuk meneruskan perjalanan dakwah. Namun tiada yang dapat menikmati kebaikan tersebut dan memperoleh bekal tersebut kecuali orang hidup bersama Ramadhan dan menunaikan puasa seperti yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w."

Berikut 10 bekal dakwah yang dapat diperolehi melalui ibadah puasa :

1. Bekal Al-quran

Pada bulan Ramadhan, kita lebih bersemangat untuk membaca, mengkaji, menghafal dan mengamalkan Alquran. Di samping itu kita dapat meneguk hikmah, hidayah, ibrah dan sebagainya untuk menghidupkan hati kita yang kering.

Ini adalah sebenar-benar bekal untuk seorang daie. Al-quran sebagai bekalnya dalam menghadapi mehnah dan tribulasi dalam dakwah. Al-quran menjadi tempat rujukannya untuk melalui jalan dakwah.

2. Bekal solat malam

Orang yang berpuasa melakukan solat malam selama sebulan penuh, ini adalah bekalan yang tidak terhingga, ia dapat mendidik jiwa, merasai kenikmatan berhubung secara langsung dengan Allah disepertiga malam, mengadu dan merintih kepada-Nya.

3. Bekal Iktikaf

Bulan Ramadhan adalah bulan yang Rasulullah s.a.w melazimi iktikaf. Iktikaf memiliki pengaruh dan kesan yang amat mendalam pada jiwa.

Orang yang beriktikaf menjadi tetamu Allah di rumah-Nya, meninggalkan seketika kesibukan dunia semata-mata untuk fokus beribadat kepada Allah, mendekatkan diri kepada-Nya, berzikir, bermunajat dan menangis kerana takut pada Allah. Allah memuliakan para tetamu-Nya, sehingga mereka keluar dari Ramadhan dengan membawa bekal taqwa, keimanan dan petunjuk.

4. Bekal Ikhlas

Puasa membimbing pelakunya untuk sentiasa mengikhlaskan niat kepada Allah. Dan keikhlasan menjadi bekal yang signifikan oleh setiap individu yang menapaki jalan dakwah kerana amal akan menjadi sia-sia tanpa keikhlasan.

5. Bekal mujahadah

Dalam puasa kita akan menghadapi saat mujahadah terhadap keinginan nafsu kita. Mujahadah adalah bekal penting bagi seorang daie yang berjuang di jalan Allah. Orang yang berpuasa mengekang nafsu liar dalam jiwa mereka dan hal itu dapat membantunya untuk menghindari yang diharamkan pada bulan-bulan berikutnya.

6. Bekal sifat sabar

Ibadah puasa akan membangunkan sifat sabar dalam diri muslim. Kesabaran merupakan sifat yang paling penting oleh para daie kerana dengan sifat itulah mereka dapat mengatasi rintangan dan meneruskan perjalanan dalam jalan dakwah tanpa kelemahan dan kelesuan.

7. Bekal sifat santun

Puasa dapat membentuk sifat santun (tidak mudah marah) dalam diri muslim. Apabila ada yang menentangnya, mencelanya, maka dia menahan amarahnya dan mengatakan “sesungguhnya aku sedang berpuasa”.

Alangkah pentingnya sifat ini kepada para aktivis dakwah, pengendalian jiwa yang baik, berlapang dada dan tidak mudah marah kerana inilah menjadi penyebab keberhasilan dakwah.

8. Bekal mengasihi yang lain

Puasa akan mendidik hati untuk mengasihi orang lain terutamanya golongan fakir miskin. Kewajipan zakat fitrah di akhir Ramadhan menegaskan makna ini.

Saat berpuasa kita akan merasai betapa peritnya apa yang dihadapi oleh orang miskin dan kita akan lebih mengasihi mereka dengan sedekah yang kita hulurkan kepada mereka yang memerlukan. Ini bekalan penting dalam dakwah.

9. Bekal ketahanan fizikal

Puasa, terutamanya pada musim panas menyebabkan muslim perlu bersabar dan tahan ujian di medan jihad atau peperangan dan melawan musuh. Kita kembali menyelak lembaran sejarah bahawa Perang Badar juga berlaku dalam bulan Ramadhan dan bekal puasa menyebabkan mereka kuat dan thabat dalam menentang kaum musyrikin.

10. Bekal disiplin dengan masa

Puasa membiasakan muslim untuk disiplin waktu, kerana setiap orang yang berpuasa akan memerhatikan waktu berbuka dan waktu imsak.

Para dai sangat memerlukan bekalan ini untuk menjadikan mereka berdisplin dengan masa kerana kehidupan para daie penuh dengan pertemuan, mesyuarat, dan sebagainya yang memerlukan para dai untuk sentiasa menepati waktu dan menguruskan masa dengan sebaiknya.

Melalui ibadah puasa, ia secara automatik membentuk peribadi muslim yang bijak menguruskan masa.

Kesimpulan

Semoga dengan bekalan yang perolehi daripada ibadah puasa ini, memudahan untuk para daie menempuhi perjuangan dakwah ini. Jalan dakwah masih panjang dan semoga syurga menjadi pengakhirannya.

Malam pertama Ramadhan dinamakan oleh Baginda Rasulullah s.a.w; “Malam Allah memandang hamba-Nya”. Maka sesiapa yang dipandang oleh Allah s.w.t, maka tiadalah dia akan celaka.

Dan perkara ini berulang setiap kali datang Ramadhan. Oleh itu, kita perlu bersedia sebelum datang malam pertama bulan Ramadhan. Bagaimana nak bersedia untuk mendapatkan pandangan Allah s.w.t?

Dengan zahir dan batin. Secara zahir adalah dengan mandi dan memakai pakaian yang bersih dan baik. Secara batin pula ialah dengan hati yang bersih, tanpa rasa marah, atau penyakit hati yang lain. Kita akan menyambut Ramadhan dengan pakaian yang baik dan hati yang bersih demi mendapatkan pandangan Allah s.w.t.

Selamat Menyambut Ramadhan 1437H.

21 Pesanan Dari Rasulullah S.A.W


Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w, keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Syurga adalah tempat tinggal yang abadi di hari akhirat disediakan oleh Allah s.w.t untuk orang-orang mukmin.

Anas bin Malik r.a berkata; "Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya :

"Siapa yang minta kepada Allah syurga sampai tiga kali, maka syurga berdoa; "Ya Allah, masukkan ia kesyurga" dan siapa berlindung kepada Allah dari neraka tiga kali maka neraka berdoa; "Ya Allah, hindarkan ia dari neraka."
Seorang ahli hikmah berkata;

"Condong kepada dunia setelah mengetahui pahala bererti satu kebodohan. Dan tidak bersungguh-sungguh beramal setelah mengetahui besarnya pahala bererti lemah malas dan di syurga ada masa istirehat tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang tidak pernah istirehat di dunia dan ada kepuasan yang tidak dapat dirasakan kecuali oleh orang yang meninggalkan berlebihan di dunia dan cukup dengan kesederhanaan yang ada di dunia."
Terdapat 21 soalan dan jawapannya telah diberikan oleh Rasulullah s.a.w, untuk kalian mendekatkan diri kepada Allah, mendapat balasan pahala dan jalan menuju ke syurga Allah s.w.t. Perhatikan berikut ini :

1. Adakah kalian ingin mendekatkan diri kepada Allah?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Seorang hamba itu paling hampir dengan Allah adalah ketika dia sujud, hendaklah kamu banyak berdoa sewaktu sujud." (Hadis Riwayat Muslim).

2. Adakah kalian inginkan pahala seperti mengerjakan haji?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Mengerjakan umrah pada bulan Ramadan adalah seperti mengerjakan haji bersama-samaku." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

3. Adakah kalian inginkan sebuah istana didalam syurga?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang membina masjid, Allah akan membina sebuah istana didalam syurga untuknya." (Hadis Riwayat Muslim).

4. Adakah kalian inginkan keredhaan Allah setiap masa?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesungguhnya Allah reda kepada hambanya yang mengucapkan syukur di waktu makan dan minum." (Hadis Riwayat Muslim).

5. Adakah kalian mahu doa dimakbulkan oleh Allah?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Allah tidak menolak doa hamba-Nya di antara waktu azan dan waktu qamat." (Hadis Riwayat Abu Daud).

6. Adakah anda inginkan pahala seperti orang yang berpuasa setahun?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Puasa tiga hari pada setiap bulan adalah sama pahalanya seperti puasa setahun." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Adakah kalian inginkan pahala sebesar gunung?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang menziarahi dan solat jenazah, pahalanya seperti sebuah gunung dan sekiranya dia juga menghantar jenazah ke kubur maka dia akan mendapat pahala seperti dua gunung." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Adakah kalian ingin bersama-sama Nabi dalam syurga?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Aku akan bersama-sama dengan orang yang telah menjaga anak yatim di dalam syurga." (Hadis Riwayat Bukhari).

9. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau orang yang berpuasa atau orang yang mendirikan solat?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Orang-orang yang berusaha dan menolong ibu tunggal dan orang miskin pahalanya seperti orang yang berjihad di jalan Allah atau seperti pahala orang yang mendirikan solat atau seperti pahala orang yang berpuasa." (Hadis Riwayat Muslim).

10. Adakah kalian ingin mendapat jaminan Nabi untuk masuk ke syurga?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang dapat memelihara mulutnya dan di antara dua pehanya maka aku akan memberi jaminan kepadanya untuk masuk syurga." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

11. Adakah kalian inginkan pahala amalan walaupun selepas mati?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Tiga perkara yang akan berterusan mendapat pahala walaupun seseorang itu meninggal dunia adalah sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diberikan kepada orang lain dan anak yang soleh yang berdoa kepadanya." (Hadis Riwayat Muslim).

12. Adakah kalian ingin mendapat satu daripada khazanah syurga?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang membaca; LAHAULAWALA QUWATA ILLABILLAH dia akan mendapat satu daripada khazanah syurga." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

13. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang mendirikan solat sepanjang malam?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang solat isyak dan subuh berjemaah dia akan mendapat pahala seperti mereka yang mendirikan solat sepanjang malam." ( Hadis Riwayat Muslim).

14. Adakah kalian inginkan pahala seperti orang yang membaca 1/3 Al-Quran?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang membaca "QUL HUWA ALLAHU AHAD.." dia akan mendapat pahala seperti membaca 1/3 al-Quran." (Hadis Riwayat Muslim).

15. Adakah kalian ingin menambah pahala dalam timbangan untuk masuk ke syurga?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Dua kalimah yang Allah sangat suka kita membacanya dan sangat banyak pahala untuk memberatkan timbangan kebajikan di akhirat adalah 'SUBHANALLAH WABIHAM BIHI' dan 'SUBHANALLAH HAL A'ZIIM." (Hadis Riwayat Bukhari).

16. Adakah kalian mahu supaya dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang selalu menghubungkan silaturrahim dia akan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki." (Hadis Riwayat Bukhari).

17. Adakah kalian mahu dipelihara oleh Allah sepanjang masa?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang sentiasa solat subuh dia akan sentiasa dilindungi oleh Allah." (Hadis Riwayat Muslim).

18. Adakah kalian ingin Allah mengampunkan semua dosa kalian?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang membaca Subhanallah wa bihamdihi sebanyak 100 kali sehari, Allah akan mengampunkan dosanya walaupun sebanyak buih dilaut." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

19. Adakah kalian mahu dijauhkan daripada azab api neraka?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang berpuasa satu hari ikhlas kerana Allah dia akan dijauhkan daripada azab api neraka." (Hadis Riwayat Bukhari).

20. Adakah kalian ingin dirahmati oleh Allah?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang membaca satu kali selawat kepada Nabi Muhammad Allah akan memberi sepuluh kali rahmat kepadanya." (Hadis Riwayat Bukhari).

21. Adakah kalian ingin Allah mengangkat darjat kalian?

Nabi s.a.w bersabda maksudnya; "Sesiapa yang merendah diri kepada Allah, Allah akan menangkat darjatnya dan memuliakannya." (Hadis Riwayat Muslim).

Sahabat yang dimuliakan. Marilah kita beramal dengan amal soleh, beribadah dengan ikhlas dan khusyuk kepada Allah s.w.t, melaksanakan jihad dan kerja-kerja kebajikan di dunia ini semata-mata mencari keredaan Allah s.w.t.

Balasan untuk mukmin yang istiqamah dengan Islam adalah kebaikan di dunia dan kebaikan di Akhirat dan dijauhi daripada seksaan api neraka.

Wallahu 'alam.

5 Tips Mudah Bangun Tahajud Setiap Hari


Ramai orang sudah sedia maklum akan kelebihan yang begitu besar dalam Islam atas amalan bertahajud di waktu sahur di mana orang lain tengah nyenyak tidur. Ramai antara kita yang memasang niat untuk mengerjakan Tahajud sebagai amal ibadat tambahan setelah mengerjakan amal-amal yang fardhu.

Berikut 5 tips untuk mudah bangun Tahajud setiap hari :

1. Betulkan Yakin

Perkara utama, mula-mula sekali kena betulkan yakin bahawa kita telah bangun malam untuk bertahajud bukan kerana kekuatan kita, ilmu yang kita ada atau sebagainya tetapi semata-mata kerana keizinan, rahmat dan kasih sayang Allah.

Dengan adanya yakin yang betul ini barulah akan terbit di dalam hati kita rasa syukur dan berazam mahu beribadah bersungguh-sungguh kerana Allah semata-mata.

2. Doa

Doa mohon Allah beri kekuatan untuk bangun awal pagi setiap hari, selepas solat fardhu atau pada bila-bila masa teringat. Mintalah pada Allah agar diberi kekuatan sepanjang masa sama ada iman tengah menaik atau menurun. Minta juga Allah beri kekuatan untuk istiqamah mengerjakan Tahajud.

3. Qailullah

Ambil kesempatan 15-25 minit untuk tidur siang atau qailullah dengan berniat untuk bangun malam kerana Allah. Contoh niat adalah seperti; "Ya Allah, aku niat nak qailullah sebab aku nak bangun awal pagi. Bangunkan aku Ya Allah. Hilangkan kelesuan, kepenatan supaya aku kuat untuk beribadah pada Mu Ya Allah."

4. Makanan

Seelok-eloknya, makan malam awal sebelum pukul 7 malam (sebelum Maghrib). Elakkan makan berlebihan pada waktu malam. Nanti terasa penat nak bangun.

5. Amalan Sebelum Tidur

Selepas Isyak, baca surah As-Sajdah, Al-Mulk and beberapa surah lain, sekitar 30 minit. Ketika hendak baring atas tempat tidur itu, bacalah istighfar, al-Fatihah, ayat kursi, 2 ayat terakhir surah al-Baqarah (Ar manarrasul), 3 Qul, zikir fatimah, selawat dan ambik masa kejap untuk bersyukur pada Allah.

Maafkan semua orang dan sila mengucap dua kalimah syahadah. Pasang niat nak bangun Tahajud dan baca doa sebelum tidur. Kalau tak dapat bangun pun, insya Allah ada pahala sebab kita ada niat nak bangun bertahajud.


Kesimpulan

Sejujurnya, mula-mula memang susah. Kadang-kadang ada tertinggal dan rasa menyesal sangat sebab sudah terbiasa tetiba tertinggal. Namun, buatlah secara bertahap-tahap. Misalnya pada peringkat awal mulakan bertahajud dengan 2 rakaat dan ayat-ayat al-Quran yang pendek (sama ada potongan ayat ataupun surah-surah yang pendek). Dan diakhiri dengan solat sunat Witir 1 atau 3 rakaat.

Setelah menjadi rutin bolehlah diteruskan bertahajud dengan istiqamah sebanyak 8 rakaat dengan surah yang lebih panjang dan qiam (berdiri) yang lebih lama. Setelah itu ditutup dengan 3 rakaat solat Witir. Lakukan secara tetap lagi dan lagi sampai tiada lagi.

Lakukan 10 Amalan Ini Maka Rezeki Akan Terus Mengalir


Amalan yang jika rutin dilaksanakan selama terus menerus, Insya Allah akan mendapatkan rezeki berlimpah. Untuk tahap pembelajaran dimulai selama 40 hari terlebih dahulu. Diharapkan setelah 40 hari masih tetap terus melaksanakan amalan tersebut bahkan lebih ditingkatkan lagi.

Seperti halnya Allah melatih kita melakukan ibadah di bulan Ramadhan selama 30 hari dengan harapan kita tetap terus melanjutkan di hari-hari seterusnya. Matlamat sebenarnya merutinkan mengerjakan amal ibadah sehingga menjadi kebiasaan.

Berikut 10 amalan yang harus dilakukan selama 40 hari supaya rezeki melimpah :

1. Rutinkan solat tepat waktu dan berjamaah di masjid

Sedapat mungkin lakukan solat fardhu di masjid berjamaah disertai dengan solat sunat qabliyah dan ba'diyahnya.

Qabliyah - adalah solat sunat sebelum solat fardhu. Iaitu 2 atau 4 rakaat sebelum solat Zohor, sebelum asar (tidak muakkad), sebelum Maghrib (tidak muakkad), 2 rakaat sebelum Isyak (tidak muakkad) dan sebelum Subuh (sunat Fajar).

Ba'diyah - adalah solat sunat sesudah solat fardhu. Iaitu 2 rakaat setelah Zohor, setelah Maghrib dan setelah Isyak.

Jangan lupa solat Tahiyatul Masjid sebagai penghormatan kepada masjid. Jangan pernah menunda melakukan solat. Begitu azan berbunyi segeralah ke masjid terdekat.

2. Rutinkan solat Tahajud 8 rakaat dan solat Witir 3 rakaat

Solat Tahajud adalah salah satu solat sunat yang paling utama, dikerjakan pada sepertiga malam. Minima 2 rakaat, tapi sangat dianjurkan 8 rakaat ditambah solat Witir 3 rakaat. Sepertiga malam itu juga adalah waktu mustajab terkabulnya doa.

3. Baca Surah Al Waqiah

Inilah surah yang memperlancarkan rezeki. "Barangsiapa membaca Surah Al Waqiah setiap malam, maka ia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya (H.R Ibn Sunni).

Jangan lupa membaca surah Al-Waqiah sesudah solat Subuh atau sesudah solat Isyak.

4. Rutinkan solat Dhuha

Solat sunat Dhuha adalah solat sunat 2 rakaat yang dilaksanakan ketika matahari beranjak naik sampai sebelum Zohor. Rutinlah melaksanakan Dhuha 6 rakaat, bagi yang mahu boleh kerjakan sampai 12 rakaat, kerana itu lebih baik. Cara mengerjakannya, 2 rakaat salam, begitu seterusnya.

5. Baca zikir sesudah solat

Setelah solat jangan langsung berdiri tapi bacalah zikir yang biasa anda baca ditambah dengan membaca asmaul husnah Ya Fattah ya Razaak 11 kali, dilanjutkan dengan membaca ayat kursi 1 kali dan surah Al Ikhlas 3 kali.

Rutinkan berzikir setiap selesai solat. Khusus selesai solat Subuh dan Asar ditambah dengan membaca 4 ayat terakhir surah Al Hasyr.

6. Rutin membaca zikir ini

Rutinkan membaca; Laa hawla wala quwwata illaa billah sebanyak 300 kali. Boleh juga 100 kali setiap hari dan boleh dibagi membacanya setelah solat fardhu (100/5 = 20 kali di setiap selesai solat fardhu).

7. Rutin mohon ampun

Bacalah istighfar sebanyak 100 kali setiap hari. Kerana setiap hari kita berbuat dosa sama ada dosa yang kita sedari ataupun tidak.

8. Rutin membaca zikir pagi dan petang

Jangan lupa setiap hari membaca; subhanallahi wabihamdihii subhanallahil adzhiim 100 kali di waktu pagi dan 100 kali di waktu petang. Boleh dilakukan habis solat Dhuha dan petangnya setelah melakukan ibadah solat Asar atau menjelang Maghrib.

9. Rutinkan baca Yasiin

Rutinkan membaca surah ke 36 dari Al Quran ini. Waktunya bebas, lakukan pada bila-bila masa saja dan baca sebanyak 1 kali setiap hari.

10. Tutup malam dengan solat sunat 2 rakaat

Walau sangat mengantuk, jangan terus tidur tapi lakukan solat sunat 2 rakaat sebelum tidur. Baca surah Al Kafiruun di rakaat pertama dan Al Ikhlas di rakaat kedua. Setelah itu jangan lupa membaca surah As Sajdah, Al Mulk atau Ar Rahman (pilih salah satu atau baca kesemua surah tersebut).

Lakukan 10 amalan di atas secara rutin (istiqamah) selama 40 hari. Usahakan jangan ada 1 hari pun yang tertinggal. Bagi wanita yang tengah haid boleh berhenti sejenak dan melanjutkan setelah suci.

Niatkan beramal semata-mata kerana Allah dan mohonkan rezeki yang banyak dan bermanfaat untuk diri dan orang lain. Jika setelah 40 hari masih ingin diteruskan, silakan. Jika sudah menjadi kebiasaan, amalan ini boleh menjadi lubuk pahala buat kita.

Wallahu 'alam.

Sifat Yang Perlu Ada Pada Setiap Muslim


Jika hadir ke majlis ilmu perlu ada sekurang-kurangnya 1 dari 5 jenis niat ini :

1. Mencari redha Allah.
2. Mendapat ganjaran akhirat.
3. Membuang kejahilan dalam diri.
4. Mendapatkan ilmu dan sebarkan.
5. Untuk Islam tegak diatas muka bumi ini.

Kenapa perlunya niat ini?

Hadis Rasulullah s.a.w :

Ø¥ِÙ†َّÙ…َا اْلأَعْÙ…َالُ بِالنِّÙŠَّاتِ

"Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya."

Daripada Abdullah bin Umar (anak Saidina Umar Al Khattab). Orang yang paling banyak meniru Sunnah Rasulullah s.a.w ketika musafir, diakui oleh Saidatina Aishah r.ha)

Meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

عَÙ†ْ أبْÙ†ِ عُÙ…َرَ رَضِÙ‰ الله عَÙ†ْÙ‡ Ù‚َالَ: Ù‚َالَ رَسُÙˆْÙ„َ اللهِ صَÙ„ّÙ‰ الله عَÙ„َÙŠْÙ‡ِ ÙˆَسَÙ„ّÙ…َ: الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ُ Ø£َØ®ُÙˆْ الْÙ…ُسْÙ„ِÙ…ِ Ù„

"Seorang muslim itu adalah saudara muslim yang lain."

Ukhwah di dalam Islam ada 3 Jenis :

1. Adik beradik ada hubungan darah.
2. Persaudaraan di dalam agama.
3. Perhubungan persaudaraan sesama manusia.

Jika terlihat orang di dalam kesusahan perlu buat 3 perkara :

1. Berhenti untuk menolong.
2. Doakan agar dia ditolong.
3. Jangan doakan kecelakaan buatnya.

Sifat yang perlu ada dalam diri terhadap orang Islam :

1. Jangan zalim pada saudara kita.
2. Tidak boleh biarkan saudara kita dizalimi.
3. Sempurnakan hajat dia.
4. Menolong melepaskan kedukaan saudara kita. Sesiapa yang melepaskan kedukaan orang Islam maka Allah akan melepaskan kedukaannya di akhirat.
5. Jangan mengumpat. Sesiapa yang menutup aib orang Islam yang lain maka Allah akan menutup aibnya di akhirat.

Antara perkara yang menyebabkan kemiskinan (rezeki seperti dijerut) :

1. Pinggan tidak dibasuh selepas makan dan hanya dibiarkan untuk dibasuh esok (contoh selepas makan malam).

2. Mengelap air di muka dengan pakaian yang dipakai.

3. Membiarkan sawang (sarang labah labah dalam rumah).

4. Suka bertelanjang dalam rumah.

5. Tidak menjaga solat atau solat dengan tidak betul.

6. Keluar dari masjid selepas solat Subuh dengan tergesa-gesa.

7. Isteri suka marah-marah suami.

8. Suka duduk di muka pintu.

9. Terlalu banyak tidur.

10. Tidur dalam keadaan belum menunaikan solat fardhu.

11. Suka membuat dosa.

12. Menggunakan sikat yang rosak.

Petikan kitab Riwayatul Solihin (karya Imam Nawawi) :

1. Mengumpat Hukumnya HARAM.
2. Mengumpat ada tujuan tertentu (diharuskan).

Syarat-syarat mengumpat jadi harus :

1. Mengumpat supaya diambil tindakan. Contohnya : memberitahu pihak masjid ada pasangan berduaan dalam rumah.

2. Mengumpat supaya diberikan nasihat. Contohnya : Mengadu perangai isteri kepada mertua agar dinasihati.

3. Mengumpat untuk mengetahui hukum. Contohnya : mengadu kepada ustaz yang bapa saudaranya membolot semua tanah peninggalan keluarga.

4. Mengumpat apabila zahir kejahatannya.

5. Mengumpat untuk diambil iktibar.

6. Mengumpat untuk dikenali individu tersebut (sebut kekurangan seseorang seperti sengau, pekak dan sebagainya)

Pesanan Rasulullah s.a.w : Sesiapa yang suka tolong janda ganjarannya ibarat orang yang sedang berjihad pada siangnya dan sepanjang malamnya berqiamulail. Jika mampu bagi duit jika diminta, bagilah. Jika diminta nasihat, berilah nasihat.

Ganjaran baca surah ini sama dengan khatam Quran :

1. Baca al Zalzalah 2 kali. Sekali bacaan, ganjaran umpama menyamai baca separuh Quran.

2. Baca al Kafirun 4 kali. Sekali bacaan ganjaran umpama menyamai baca suku Quran.

3. Baca al Ikhlas 3 kali. Sekali bacaan ganjaran umpama menyamai baca 10 juzuk (1/3) Quran.

Wallahu 'alam.

Sudah Bertaubat Tapi Masih Ulangi Berbuat Dosa


Taubat! Pintu yang tidak pernah tutup, sejak manusia pertama diciptakan di syurga.

Ramai insan bertaubat, tetapi mengulangi dosa yang dia bertaubat daripadanya. Hingga akhirnya insan berasa lelah untuk bertaubat, kerana merasakan taubatnya itu sia-sia.

Boleh jadi hadis di bawah akan menjawab persoalan yang sering menghantui diri yang bertaubat.

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda :


Sesungguhnya seorang hamba melakukan dosa lalu dia berkata: Ya tuhan, aku telah berdosa. Ampuni diri ku. Lalu Allah menjawab: Adakah hamba-Ku tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampuni dan menghukum dosanya? Aku telah mengampuni hamba-Ku.

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-Ku.

Kemudian berlalulah masa sehingga orang itu melakukan dosa lagi. Lalu dia berdoa: Tuhan ku, aku telah berdosa. Ampunilah dosa ini. Lalu Allah berkata: Adakah hamba-Ku mengetahui bahawa dia memiliki Tuhan yang mengampuni dosa dan menghukum dosa itu? Aku telah mengampuni hamba-ku. sebanyak tiga kali. Maka biarlah dia lakukan apa yang dia kehendaki. (Sahih al-Bukhari, kitab at-Tauhid, hadis no: 6976)
Al-Imam An-Nawawi di dalam Syarah Sahih Muslim berkata :

Seandainya seseorang mengulangi dosanya sebanyak 100 kali, atau 1000 kali atau lebih daripada itu, lalu dia bertaubat untuk setiap kali dosa itu dilakukan, maka taubatnya diterima, diampuni dosa-dosanya.

Seandainya dia bertaubat daripada semua dosanya dengan satu taubat. Maka sahlah taubatnya.

Firman Allah kepada orang yang mengulangi dosa : (Lakukanlah apa yang engkau kehendaki, sesungguhnya aku telah mengampuni engkau), bermaksud : Selagi mana engkau berdosa dan bertaubat, Aku akan mengampuni engkau.

Namun timbul persoalan, bukankah Al-Imam An-Nawawi sendiri menyenaraikan dalam kitab Riadussolihin dalam bab taubat, ada 3 syarat untuk taubat diterima iaitu :

1. Meninggalkan maksiat itu.
2. Menyesal kerana melakukan maksiat itu.
3. Berazam untuk tidak mengulanginya.

Nota : Jika berbuat dosa sesama manusia kena minta maaf, minta halal, kembalikan barang yang diambil tanpa hak, berbuat baik kepada orang tersebut, membayar hutang jika berkaitan hutang dan sebagainya.
Perlu kita bezakan manusia pertama yang betul-betul berazam meninggalkan maksiat, tetapi selepas bertaubat, dia terjerumus kembali ke dalam maksiat dengan manusia kedua yang ketika melafazkan taubat, sudah terniat dihatinya selepas ini aku akan ulangi maksiat ini.

Manusia yang pertama Insya Allah, taubatnya diterima, sedangkan manusia yang kedua hakikatnya belum lagi bertaubat kerana bertaubat itu mesti disertai azam meninggalkan maksiat dan tidak mahu mengulanginya.

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani di dalam Fathul Bari menukilkan kalam Al-Imam Al-Qurthubi berkaitan hal ini :

"Hadis ini menunjukkan betapa besarnya faedah istighfar, betapa agungnya kurniaan Allah, betapa luasnya rahmat, kelembutan dan kemurahan Allah. Akan tetapi istigfar ini ialah istighfar yang mana hatinya mempunyai niat yang sama dengan apa yang lidah lafazkan untuk meninggalkan maksiat dan ia disertai dengan rasa penyesalan. Inilah maksud taubat."

Kata beliau lagi :

"Ia bermaksud sesiapa yang mengulangi dosa dan taubat. Setiap kali terjebak ke dalam dosa dia akan kembali bertaubat. Ia bukan bermaksud sesiapa yang lisannya memohon keampunan Allah, sedangkan hatinya berterusan mahu melakukan maksiat itu."

Masih belum terlambat. Bertaubatlah!

Allah tahu usaha taubat kita. Allah tahu isi hati kita. Allah tahu tangisan hati kita yang sedih kerana mengulangi dosa yang sudah diusahakan untuk ditinggalkan.

Jangan berputus asa dari rahmat Allah!

Ketahui 4 Hukum Melintas Depan Orang Bersolat


Pengajian kitab Umdatul Ahkam di Masjid Nabawi malam tadi memasuki bab melintasi depan orang solat. Kata Syeikh Firanda, ramai orang yang masih tidak faham hukum melintas depan orang solat. Bahkan ada Ulama mengatakan Dosa Besar.

Pernah berlaku di Masjid Universiti Madinah, waktu itu hari kemasukkan pelajar-pelajar baru. Pelajar-pelajar dari seluruh dunia ada di universiti Madinah dengan bermacam-macam ragam.

Seorang pelajar Perancis solat berdekatan dengan pintu. Tiba-tiba pelajar baru dari china nak masuk Masjid. Pelajar Perancis itu tahan dengan tangan. Pelajar china itu kehairanan. Ada ke patut dia nak masuk masjid tapi kena tahan (halang).

Dia pun cuba nak masuk lagi tapi ditahan lagi dengan tangan. Pelajar china itu pun naik angin terus pukul pelajar Perancis itu sebab ingat pelajar itu saja nak tunjuk 'otai'. Mentang-mentanglah dia pelajar baru ingatkan orang nak buli.

Habis kecoh satu masjid meleraikan. Itu di Masjid universiti, tempat orang yang majoritinya belajar agama. Pun masih ada yang kurang faham, kata Syeikh.

Dalam kitab Imam ibnu Daqiq menyatakan hukum melintas depan orang solat ada 4 :

1. Orang yang sedang solat, TIDAK SENGAJA solat di tempat laluan orang dan orang yang lalu itu sudah tidak ada laluan lain - Keduanya tidak berdosa.

2. Orang yang sedang solat, SENGAJA solat di tempat laluan orang dan orang yang lalu itu pula masih ada tempat lain boleh lalu tapi SENGAJA nak lalu depan orang solat - Keduanya berdosa.

3. Orang yang solat SUDAH BERUSAHA mencari tempat yang orang tidak lintas tapi masih ada orang sengaja lintas depan orang solat itu padahal ada laluan lain - Orang yang lintas itu sahaja berdosa.

4. Orang yang solat itu solat di tempat orang lalu padahal ada ruang atau kawasan lain yang orang tidak lalu tapi dia TIDAK BERUSAHA mencari tempat orang tak lalu. Dan orang yang lalu pulak memang terpaksa lalu di situ - Orang yang bersolat itu sahaja berdosa.

Maka sangat penting kita letak sutrah (penghadang) di depan kita ketika kita bersolat. Ianya Sunnah Baginda s.a.w dan sunat muakkadah (sunat yang sangat dituntut).

Masya Allah pentingnya belajar agama. Harta pusaka Baginda s.a.w iaitu ilmu agama sedang dibahagi-bahagikan di Masjid Nabawi. Semoga Allah memberikan kita faham agama. Beri kekuatan pada kita untuk amalkan agama dan beri hidayat kepada kita untuk menyebar menyampai memdakwahkan agama ini ke seluruh alam.

Semoga menjadi asbab hidayat dan kebaikan untuk seluruh umat.

Istighfar Itu Cahaya


Seorang ulama didatangi seorang lelaki yang mengeluhkan permasalahan hidupnya,

Ulama itu menjawab singkat;

"Beristighfarlah kepada Allah...",

Kemudian didatangi orang lain yang mengeluhkan kesempitan rezekinya,

Maka ulama itu pun menjawab singkat;

"Beristighfarlah kepada Allah...",

Kemudian didatangi seorang wanita yang mengeluh kerana belum dikurnia anak,

Jawab ulama itupun tetap sama;

"Beristighfarlah kepada Allah...",

Selanjutnya ia didatangi pula seorang petani yang tanamannya gagal dituai,

Jawapannya pun tak jauh berbeza;

"Beristighfar sajalah kepada Allah...",

bahkan ketika didatangi orang yang rajin beribadah yang ingin minta nasihatnya pun jawapannya sama;

"Perbanyakanlah istighfar kepada Allah..."

Salah seorang murid ulama itu kehairanan dan bertanya kepada ulama itu, kenapa hanya istighfar?

Maka ulama itupun menjawab;

"Itu semua bukan aku yang jawab, tetapi itulah jawapan Allah di dalam surah Nuh.."


maka aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun,

nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,

dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai. (Al-Quran : Surah Nuh, ayat 10-12)
Ulama itu menambah;

"Dan istighfar itu cahaya, dan cahaya itu adalah hidayah. Nabi kita menurut riwayat Bukhari dan Muslim, minima 70 sampai 100 kali dalam sehari beristighfar, sama ada punya masalah ataupun tidak punya masalah."

Subhanallah!

Istighfar itu cahaya!

Semakin banyak beristighfar semakin banyak cahaya.

Astaghfirullaahal 'azhiim alladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumu wa atuubu ilaih, (taubat nasuha), taubata 'abdin zhoolimin laa yamliku linafsihi dhorron wa laa naf'aa wa laa mautan wa laa hayaatan wa laa nusyuuro.

"Aku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung, aku mengaku bahawa tiada Tuhan selain Allah, Tuhan yang hidup terus selalu terjaga. Aku memohon taubat kepada-Nya, (taubat yang sesungguhnya), taubat seorang hamba yang banyak berdosa, yang tidak mempunyai daya untuk berbuat mudhorat atau manfaat, untuk mati atau hidup mahupun bangkit nanti."

Tanda Allah Mencintai Dan Membenci Seorang Hamba


Dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Nabi Musa a.s berkata kepada Allah;

“Wahai Tuhanku, bagaimana saya dapat membezakan antara orang yang Engkau cintai dengan orang yang Engkau benci?"

Allah s.w.t menjawab; "Hai Musa, sesungguhnya jika Aku mencintai seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya."

Musa a.s bertanya; "Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?"

Allah s.w.t menjawab; "Aku akan mengilhamkan kepadanya agar ia berzikir kepada-Ku agar Aku dapat menyebutnya di kerajaan langit dan Aku akan menahannya dari lautan murka-Ku agar ia tidak terjerumus ke dalam azab dan siksa–Ku."

"Hai Musa, jika Aku membenci seorang hamba, maka Aku akan menjadikan dua tanda kepadanya."

Musa a.s bertanya; "Wahai Tuhanku, apa kedua tanda itu?"

Allah s.w.t menjawab; "Aku akan melupakannya berzikir kepada-Ku dan Aku akan melepaskan ikatan antara dirinya dan jiwanya, agar ia terjerumus ke dalam lautan murka-Ku sehingga ia merasakan siksa-Ku."

Dipetik dari kitab Al-Mahabbah oleh Imam Al-Ghazali.


Maulana Muhammad Saad as-Siddiqi al-Kandahlawi berkata :

"Orang yang ingat Allah, bukan orang yang berzikir pagi petang sahaja. Tetapi orang yang ada peluang buat dosa, tapi dia tinggalkan dosa tersebut kerana takutkan Allah. Maka dialah orang yang ingat Allah." (Tausiah Maghrib, Ijtimak Tongi, 8.1.2016)

Wasiat Imam Hassan Al-Banna


Imam Hasan Al-Banna merupakan seorang pejuang Islam Mesir yang gigih dan berani. Beliau berjaya menyedarkan masyarakat dalam gerakan dakwah dan manhaj tarbiahnya yang syumul.

Walaupun beliau telah pergi menemui Ilahi 66 tahun silam (12.2.1949), namun fikiran dan wasiatnya masih menjadi rujukan dan pegangan oleh pejuang-pejuang dan harakah Islamiah pada hari ini.

Mari kita hayati pesanan-pesanan beliau yang sangat bermanfaat dan relevan dalam menyusuri kehidupan seharian untuk ke akhirat kelak.

1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah.

3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam.

4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara, sekalipun kerana pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.

5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.

6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.

8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

5 Sebab Penghalang Doa Dari Diterima Allah


Doa adalah talian hayat dalam kehidupan seorang insan muslim dengan Allah s.w.t, Rabbnya yang Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Di antara sifat seorang Mukmin sejati ialah sentiasa memohon, meminta dan berharap hanya kepada Allah s.w.t dengan penuh pengharapan dan bersungguh-sungguh.

Apabila seseorang hamba itu berdoa, dia akan merasakan Allah sentiasa dekat dengannya, mengawal dan memerhatikan segala tindakannya tanpa henti. Apabila seseorang hamba itu berdoa, dia perlu yakin dan percaya bahawa doanya itu akan diperkenankan oleh Allah s.w.t.

Keyakinan ini berasaskan kepada firman Allah s.w.t :


"Dan Tuhanmu berfirman: "Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina." (Surah Al-Mukmin ayat 60)
Namun begitu, kita perlu berwaspada agar doa yang kita panjatkan kepada Allah tidak terhalang daripada dimakbulkan. Ini adalah kerana, terdapat daripada kalangan orang Islam yang bukan sahaja doanya tidak dimakbulkan, bahkan langsung tidak dipedulikan oleh Allah s.w.t.

5 sebab doa tidak makbul ialah kerana :

1. Menggunakan harta haram

Seseorang yang memperoleh pendapatan yang haram. Lalu menggunakannya untuk makan dan minum, membeli pakaian, rumah, kenderaan dan sebagainya. Ia akan menyebabkan doa yang dipanjatkan kepada Allah s.w.t terhijab dan tidak diterima.

Ini berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w :


Menyebut tentang seorang pemuda yang bermusafir dalam perjalanan yang jauh, hal rambutnya kusut masai, mukanya berdebu di mana dia mengangkat tangan ke langit; Wahai Tuhanku...wahai Tuhanku...sedangkan makanannya haram, minumannya haram dan pakaiannya haram. Dan dia dibesarkan dengan memakan makanan haram maka bagaimana Kami mahu mengabulkan doanya. (Riwayat Muslim)
Dalam hadis tersebut Rasulullah s.a.w telah menggambarkan bagaimana doa seseorang itu boleh ditolak disebabkan harta yang haram. Walaupun dia telah menepati ciri-ciri doa yang makbul seperti bermusafir, tawaduk dan bersungguh-sungguh. Namun doanya tetap juga ditolak kerana tidak mempedulikan persoalan hartanya, sama ada daripada sumber yang halal atau haram.

Oleh itu, kita perlu berhati-hati dalam menentukan sumber pendapatan yang kita perolehi, sama ada haram secara zat (haram lizatihi) atau haram kerana sebab-sebab yang lain (haram lighairihi).

Haram lizatihi boleh terjadi apabila kita terlibat dalam kegiatan haram yang telah terkandung dalam al-Quran dan hadis secara langsung seperti; perniagaan minuman keras, riba, perjudian dan maksiat. Manakala haram lighairihi pula yang melibatkan keharaman secara tidak langsung seperti gharar (samar-samar) dan sebagainya.

2. Gelojoh dan terburu-buru

Antara golongan yang ditolak doanya ialah mereka yang gelojoh dan terburu-buru mahu segera dikabulkan ketika berdoa.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

Dikabulkan doa seseorang daripada kalian selama ia tidak buru-buru, (di mana) ia berkata: Aku sudah berdoa namun belum dikabulkan doaku. (Riwayat Al-Bukhari)
Yang dimaksudkan dengan demikian ialah mereka yang apabila berdoa, dia seolah-olah mendesak dan memaksa Allah s.w.t supaya memakbulkan doanya secepat mungkin. Justeru, dalam kita berdoa, kena banyakkan bersabar dan bersangka baik kepada Allah.

Mungkin doa kita sudah dimakbulkan, tetapi menunggu masa untuk dijadikan sebagai realiti. Semuanya mengikut keputusan dan perancangan Allah dan ia adalah yang terbaik.

Lihatlah bagaimana Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s berdoa tentang kekejaman Firaun. Doa mereka berdua dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Namun, kerajaan Firaun tidak tumbang dalam masa sehari dua, bahkan memakan masa puluhan tahun selepas itu.

Demikian juga Nabi Yaakub a.s yang tidak putus-putus berdoa kepada Allah s.w.t supaya dikembalikan anak Baginda iaitu Nabi Yusuf a.s. Doanya dimakbulkan, namun selepas puluhan tahun barulah Baginda bertemu semula dengan Nabi Yusuf a.s.

3. Tidak bersungguh-sungguh dalam berdoa

Sebagaimana kita meminta daripada manusia, kita juga perlu bersungguh-sungguh ketika berdoa dan memohon daripada Allah s.w.t. Tidak boleh berdoa secara sambil lewa atau acuh tak acuh seperti melepaskan batuk di tangga.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

Apabila seseorang daripada kamu berdoa dan memohon kepada Allah s.w.t, janganlah dia mengucapkan: “Ya Allah, ampunilah dosaku jika Engkau kehendaki, sayangilah aku jika Engkau kehendaki dan berilah rezeki jika engkau kehendaki”. Akan tetapi, dia harus bersungguh-sungguh dalam berdoa. Sesungguhnya Allah berbuat menurut apa yang Dia kehendaki dan tidak ada yang memaksa-Nya. (Riwayat Al-Bukhari)
4. Lalai dan tidak khusyuk

Kita perlu fokus ketika memohon sesuatu daripada Allah dan betul-betul memberikan perhatian dengan penuh pengharapan. Setiap lafaz perkataan yang diungkapkan daripada mulut perlu keluar daripada hati yang tulus ikhlas. Ini menuntut supaya kita memahami isi kandungan doa yang dikemukakan.

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :

“Berdoalah kepada Allah s.w.t dan kamu yakin akan dikabulkan. Ketahuilah bahawa Allah tidak akan mengkabulkan doa orang yang hatinya lalai dan tidak khusyuk.” (Hadis diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Hakim).
5. Meninggalkan amar makruf dan nahi mungkar

Allah s.w.t telah menjadikan amar makruf dan nahi mungkar sebagai satu syarat untuk umat Muhammad s.a.w menjadi umat yang terbaik berbanding umat terdahulu.

Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran :


"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik." (Surah Ali-Imran ayat 110)
Apabila kita meninggalkan kewajipan ini, maka akan berleluasalah maksiat dan penderhakaan di atas muka bumi. Apabila kita hanya melihat sahaja maksiat yang berlaku tanpa mengambil tindakan untuk membanterasnya, maka pada ketika itulah Allah s.w.t akan menurunkan bala dan tidak akan memakbulkan doa kita.

Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :

“Demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, hendaklah kalian menyuruh yang makruf dan mencegah kemungkaran atau (kalau tidak kalian lakukan) maka pasti Allah akan menurunkan seksaan kepada kalian, hingga kalian berdoa kepada-Nya, tetapi tidak dikabulkan.” (Hadis diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Ahmad)
Wallahu a'lam.

16 Sebab Jangan Tidur Selepas Solat Subuh


Sebagai umat Islam, kita disuruh untuk berpagi-pagi selepas menunaikan solat fardhu Subuh (juga setelah berdoa, berwirid dan berzikir) dalam hal mencari rezeki. Ini kerana berpagi-pagi (bersegera di awal pagi) itu ada keberkatan dan kejayaan kepada insan.

16 sebab mengapa dilarang tidur selepas solat Subuh

1. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya; “Barang siapa yang mengerjakan solat bardain (subuh dan asar) maka dia akan masuk syurga.”(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

2. “...Barangsiapa yang solat subuh berjamaah maka seolah-olah ia telah solat seluruh malamnya.” (Hadis Riwayat Muslim)

3. Menurut sebuah hadis riwayat Muslim, setelah solat subuh biasanya Rasulullah s.a.w memperpanjang wirid dan zikir sampai terbit matahari.

4. Kebiasaan Rasulullah s.a.w juga mendoakan keberkahan bagi umatnya di waktu pagi. Sebagaimana terdapat dalam Sunan Tirmidzi dan Sunan Abu Daud dan lainnya dari hadis Sakhr bin Wada’ah al Ghamidi radliyallahu ‘anhu, bahawasannya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda : “Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi hari mereka”. Ini adalah doa yang Rasulullah s.a.w panjatkan agar umatnya memberi perhatian yang besar kepada waktu pagi.

5. Di dalam riwayat lain pula, sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)
6. Diberitakan bahawa para sahabat juga membenci tidur setelah subuh dan melarang anak-anak mereka melakukan itu.

Abdullah Ibnu Abbas r.a telah melihat anaknya tidur di waktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya; “Bangun! Apakah kamu tidur di waktu rezeki dibahagi-bahagikan?"

Dari ‘Urwahin bin Zubair, beliau mengatakan, “Dulu Zubair r.a. melarang anak-anaknya untuk tidur di waktu pagi.” Urwah mengatakan, “Sungguh jika aku mendengar bahawa seorang itu tidur di waktu pagi maka aku pun merasa tidak suka dengan dirinya.” (Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih).

7. Aktiviti yang lebih bermanfaat bagi dunia dan akhirat lebih baik dikerjakan daripada tidur setelah subuh.

8. Para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

‘Dimakruhkan tidurmu, wahai mukallaf selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang berakal.’(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

9. Namun begitu, hukum tidur setelah subuh harus, jika ada keperluan mendesak seperti bekerja semalaman di waktu malam demi kesegaran tubuh.

10. Secara ilmiah dari berbagai rujukan, tidur setelah subuh dapat menyebabkan nyanyuk.

11. Amalan sihat Rasulullah s.a.w, salah satunya adalah bangun sebelum subuh (untuk solat malam) dan beraktiviti setelah subuh.

12. Yahudi sangat takut jika jamaah solat Subuh sama banyaknya dengan jamaah solat Jumaat.

13. 2 rakaat solat sunat sebelum subuh (sunat fajar) lebih baik daripada dunia dan isinya (Hadis Riwayat Muslim). Setelah dapat pahala besar, sebaiknya dilanjutkan dengan kebaikan lainnya seperti mencari rezeki di awal pagi.

14. Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran;


"Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian, dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan.” (Surah An-Naba ayat 10-11)
15. Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran;


"Apabila telah ditunaikan solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi; dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung." (Surah Al-Jumu’ah ayat 10)
16. Nabi s.a.w bersabda, maksudnya; “Bersegeralah dalam mencari rezeki dan keperluan kerana di dalamnya terdapat keberkahan dan kejayaan." (Hadis Riwayat At-Tirmidzi)

Wallahu 'alam.

Cuci Hati Barulah Mendapat Cinta Allah


Hukum yang dijalankan manusia di dunia ini adalah berdasarkan pada sesuatu yang zahir, berdasarkan apa yang didengar dan disaksikan oleh mata. Akan tetapi di akhirat kelak, yang akan dinilai adalah apa yang terbetik di dalam hati.

Kita memohon kepada Allah agar Dia membersihkan hati kita semua.

Jika hati kita baik, maka kita optimis akan mendapatkan kebaikan walaupun anggota badan yang lain tidak baik pada pandangan zahirnya.

Jadi, yang akan dinilai di akhirat kelak adalah apa yang ada di dalam hati. Jika Allah s.w.t di dalam Kitab-Nya dan Rasulullah s.a.w di dalam sunahnya menegaskan agar memperbaiki niat (dalam hati), maka yang harus dilakukan manusia adalah agar dia memperbaiki niatnya, menghias hatinya dan melihat keraguan yang ada di dalamnya, lalu menghilangkannya menuju keyakinan.

Sabda Rasulullah s.a.w :

"Sesungguhnya Allah s.w.t tidak memandang pada rupa paras dan hartamu, melainkan yang dipandang-Nya ialah hati dan amal perbuatanmu." (Hadis Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)
Ramai manusia sekarang dalam ghaflah (lalai). Mereka bersusah payah dan berhabis-habisan untuk menghias rupa paras dan tubuh badan tetapi tidak berusaha hias hati.

Padahal sakit rohani yang paling bahaya ialah penyakit hati, contohnya takabur.

Antara penyakit lain hati adalah memandang kepada wanita yang bukan muhrim dengan pandangan berahi, nafsu dan syahwat.

Kesan terbesar penyakit hati ialah tangan menjadi berat untuk menadah memohon doa kepada Allah.

Zikrullah (dengan mengingati Allah) merupakan 'syifak lilqulub' - penawar bagi hati.

Allah s.w.t tidak letak dua hati dalam satu jasad manusia.

Sebaliknya satu hati ini hanyalah untuk Ar-Rahmaan yakni Allah bukan syaitan atau makhluk selain Allah yang hakikatnya mereka sendiri memerlukan Allah taala.

Hati mukmin tempat 'tajalliyat' - mengenal Allah taala.

Sebagaimana malaikat rahmat tidak masuk dalam rumah yang ada gambar maka begitu juga rahmat Allah tidak masuk dalam hati orang yang ada 'gambaran' lain selain Allah seperti gambaran wanita-wanita yang bukan muhrim dan sebagainya.

Rasulullah s.a.w berjaya mentarbiyah hati-hati para sahabat sehingga Allah s.w.t mengiktiraf mereka menerusi firman-Nya dalam Surah Al-Bayyinah ayat 8 :

"Allah redha terhadap mereka dan merekapun redha kepada-Nya."
Jika ada kotoran dalam bekas yang kita nak masukkan susu mesti kita cuci dulu, begitu juga Allah yang mahu kita cuci hati kita daripada selain-Nya, maka barulah Dia akan masukkan mahabbah-Nya (cinta-Nya) bila sudah dicuci.

Bila hati sudah dipenuhi cinta Allah maka dia akan sentiasa mencari-cari ruang untuk beribadah kepada Allah. Bila hati sudah cinta, maka masa bermunajat kepada Allah dirasa sekejap seperti yang berlaku kepada Nabi s.a.w, sehingga bengkak-bengkak tumit kaki baginda yang mulia itu kerana lamanya berdiri beribadah mengerjakan solat malam.

Suatu manifestasi hamba yang bersyukur kepada Rabbnya.

Allahu a'lam.

Mencari Rahmat Dengan Bangun Di Awal Subuh


Solat fardhu subuh secara berjamaah banyak fadhilat dan kelebihannya. Khususnya buat seorang lelaki.

Lelaki yang sering gagal untuk bangun subuh dan menghadirkan diri untuk solat fardhu subuh berjamaah di masjid merupakan insan yang sering gagal mencari RAHMAT dan keberkatan daripada Allah s.w.t dalam kehidupannya.

Jika dia memimpin keluarga, dia gagal menjadi suami dan bapa yang berusaha mencari rahmat dan SAKINAH di awal pagi kehidupan.

Jika dia pemimpin masyarakat, dia gagal memulakan kehidupannya dengan mempersembahkan diri di hadapan seruan KEBERKATAN di awal-awal lagi.

Bagaimanakah mungkin dia menjadi pemimpin yang diberkati?

Selepas solat subuh, insan hendaklah berusaha berzikir, berselawat, beristighfar dan memohon kurniaan Allah s.w.t untuk hari tersebut.

Dalam keadaan ibadah, di masjid sebagai rumah ibadah, di awal hari yang dimulakan dengan ibadah dan dalam hening pagi yang mengkhusyukkan diri untuk menumpukan ketaatan kepada Allah s.w.t, maka di sinilah turunnya keberkatan, rahmat dan KEMUSTAJABAN doa.

Pohonlah segala kebaikan untuk kehidupan ini.

Allahu a'lam.

Cara Yang Betul Mengangkat Tangan Ketika Berdoa


Ketika imam membaca doa setelah selesai solat berjemaah dan berwirid, kita akan dapat perhatikan bermacam-macam cara makmum mengangkat tangan ketika berdoa.

Timbul persoalan di dalam hati dan fikiran, bagaimanakah cara angkat tangan yang betul semasa berdoa?

Berikut ini adalah kaedah atau cara menadah tangan dan berdoa dengan betul :

1. Angkat tangan ke paras dada.

2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan mengenai satu sama lain.

3. Apabila tapak tangan dirapatkan, urat atau garisan tengah di tapak tangan akan bertemu dan menjadi melengkung berbentuk seperti huruf ‘ba’.

4. Titik bagi huruf ‘ba’ tu letakkan di hati. Kedudukan titik itu lebih rendah dari tangan yang kita tadah.

5. Duduklah dalam keadaan yang penuh sopan. Cara duduk yang terbaik ialah duduk iftirash (seperti dalam tahiyyat awal) atau duduk tawarruk (seperti dalam tahiyyat akhir). Jika berdiri, tegakkan badan betul-betul. Jangan bersandar seperti orang malas!

6. Doa dimulai dengan 'basmallah', kemudian dengan puji-pujian pada Allah dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w (juga salam kepada sekalian Nabi). Begitu juga doa ditutup dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w dan puji-pujian pada Allah s.w.t.

7. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut Asmaul Husna (nama-nama Allah) yang mulia, bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa mohon dipermurahkan rezeki, sebutlah nama Allah, Ar-Rozzaq.

8. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dari hati kita. Gunalah bahasa yang mudah difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus dari hamba-Nya. Walau dalam bahasa apa kita cakap, Allah memahaminya. Namun, kalau dapat berdoa dengan doa-doa yang terdapat di dalam Al-Quran ataupun yang diajarkan oleh Nabi s.a.w menerusi hadis (dalam bahasa Arab), itulah yang terbaik.

9. Ajarkanlah adab berdoa ini kepada seluruh ahli keluarga semenjak mereka dari usia kecil. Insya Allah ini akan dapat membentuk keperibadian baik dalam jiwa anak-anak.

Allahu a'lam.

Mengamalkan Dan Mempertahankan Sunnah Nabi


Bilamana kamu melihat ada orang menganggap Sunnah Nabi s.a.w itu 'Nothing' iaitu menganggap tinggal Sunnah Nabi s.a.w itu tidak ada apa-apa, maka berazamlah untuk mengamalkan dan mempertahankan Sunnah Nabi s.a.w sekuat dan sekeras hatimu kerana Sunnah Habibuna s.a.w itu bukanlah 'Nothing' tetapi Sunnah ialah 'everything'.

walaupun ia seringan-ringan Sunnah namun ia tetap besar di sisi Allah kerana mencontohi Kekasih-Nya. Dalam Sunnah ada kejayaan dunia dan akhirat!

Jangan sesekali memandang remeh terhadap Sunnah Nabi s.a.w. Kerana ada perintah Allah s.w.t untuk kita ikut Sunnah Baginda s.a.w.

Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali 'Imran ayat 31 :


"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali 'Imran : 31)
Baginda Nabi s.a.w juga memperingatkan kita tentang betapa pentingnya mempertahankan Sunnah biarpun kalau perlu gigit dengan gigi geraham atau pun menggenggam bara api.

Seharusnya kita ikutilah alim Ulama kita yang mewarisi cara hidup Baginda s.a.w dan berpegang teguh dengan Sunnah Baginda dari segi Surah (iaitu luaran Nabi s.a.w dari hujung rambut sampai hujung kaki), Sirah (amalan Nabi s.a.w dari bangun tidur sampai tidur semula) dan Sarirah (fikir risau Nabi s.a.w terhadap Umat dalam dakwah).

Dari Ibnu Abbas r.hu bahawa Nabi s.a.w bersabda :

"Barangsiapa yang berpegang dengan Sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang syahid." (Riwayat Baihaqi)
Imam Tabarani dan Imam Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah hadis marfu' yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.hu bahawa Nabi s.a.w telah bersabda :

"Orang yang berpegang kepada Sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang syahid." (Targhib)
Imam Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah r.hu bahawa Nabi s.a.w telah bersabda :

"Orang yang berpegang kepada Sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api." (Kanzul Ummal)
Maka marilah kita sama-sama mengamalkan Sunnah Baginda s.a.w dalam erti kata kita sedang mengejar cinta Allah s.w.t. Mengejar Cinta Nabi s.a.w dan syafaat Nabi s.a.w di akhirat kelak.

Jangan sesekali dengan mudah kita mengatakan, misalnya; "tak simpan janggut tak mengapa, itu cuma sunnah je tak ade apa-apa pun..." Astagfirullah...semoga Allah mengampuni dosa kita semua.

Imam Muslim pula meriwayatkan dari Anas r.hu dari Rasulullah s.a.w :

"Orang yang tidak suka kepada Sunnahku, bukanlah dia dari golonganku!". Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar r.hu cuma ada tambahan dipermulaannya berbunyi: "Barangsiapa yang berpegang kepada Sunnahku, maka dia dari golonganku."
Imam Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.ha dari Nabi s.a.w katanya :

"Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga..."
Di keluarkan oleh Imam As-Sajzi meriwayatkan dari Saidina Anas r.hu dari Nabi s.a.w :

"Barangsiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!"
Semoga Allah memberi taufiq dan Hidayah-Nya kepada kita untuk terus istiqomah beramal dan berpegang dengan Sunnah Nabi s.a.w. Belajarlah adab dan sunnah Nabi s.a.w dari alim Ulama kita dalam menjalani kehidupan sehari-hari.

Semoga kita dapat mengamalkan Sunnah Baginda s.a.w seterusnya mendapat cinta Allah s.w.t dan cinta Rasulullah s.a.w. Dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan Nabi s.a.w dan diakui sebagai ummatnya.

Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa sallim.

Bala Besar Yang Tidak Disedari


Bala yang disedari dan bala yang tidak disedari

Seorang pelajar bertanya kepada gurunya; "mengapakah apabila kita banyak melakukan maksiat terhadap Allah, namun Allah tidak menimpakan bala-Nya ke atas kita dengan segera?"

Gurunya menjawab; "Allah telah menimpakan bala-Nya, tetapi engkau yang tidak menyedarinya!".

"Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat dengan-Nya dari hatimu?

Tiada bala yang lebih berat ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit hati yang keras (sehingga tertolak dari iman, amal dan kebenaran Islam).

Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan.

Bukankah telah berlaku ke atas dirimu engkau tidak membaca Quran selama beberapa hari?

Bahkan mungkin engkau mendengar firman-Nya yang berbunyi :


"Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir." (Al-Hasyar : 21)
Engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa...!!!

Bukankah berlalu beberapa malam tetapi engkau terhalang daripada bangun (qiyamullail)?

Bukankah berlalu peluang-peluang kebaikan seperti; Ramadhan, Enam Syawwal, Sepuluh Zulhijjah...Sedangkan engkau tidak dipermudahkan untuk mengambil peluang-peluang tersebut dengan sewajarnya?

Adakah BALA yang lebih berat dan segera dari semua ini?

Bukankah engkau merasa berat apabila mahu melakukan ketaatan?

Bukankah lidahmu ditahan daripada mengingati-Nya?

Bukankah engkau merasa lemah apabila berhadapan dengan bisikan hawa nafsu dan syahwat?

Bukankah engkau telah ditimpakan dengan cintakan harta, pangkat dan perasaan ingin popular?

Adakah bala yang lebih berat dan segera daripada ini semua?

Bukankah dipermudahkan bagimu untuk mengumpat, mengadu domba dan berkata dusta?!

Bukankah engkau disibukkan dengan perkara-perkara yang sia-sia tiada kaitan dengan dirimu?!

Bukankah engkau telah dilupakan tentang akhirat dan segala tumpuanmu dihalakan kepada hal keduniaan?

Semua kehinaan ini tidak lain dan tidak bukan adalah bentuk-bentuk bala yang Allah timpakan ke atas dirimu.

Berhati-hatilah wahai anakku, kerana BALA yang paling ringan yang Allah timpakan adalah bala yang boleh disedari seperti bala yang ditimpakan ke atas harta, anak pinak dan kesihatan.

Dan sesungguhnya sebesar-besar bala yang ditimpakan ke atas seseorang hamba adalah bala yang tidak disedari iaitu 'bala di dalam hati'.

Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosamu.

Bimbang Makan, Pakai Bukan Bimbang Orang Islam


Bimbang makan, bimbang pakai, bimbang tempat tinggal...ini bukan bimbang orang Islam. Ini bimbang orang kafir.

Orang Islam bimbang takut-takut anaknya masuk dalam neraka, bimbang isterinya masuk dalam neraka, hidup dalam maksiat, masuk neraka Allah.

Ini yang dia bimbang sangat ni.

Iman tak ada siapa boleh beri, keyakinan (pada Allah) tak ada siapa boleh tanam melainkan hanya Allah s.w.t.

Bila iman umat Islam pada Allah s.w.t betul maka masalah umat Islam akan selesai. Tetapi selagi iman umat Islam tidak betul, maka selagi itulah masalah umat Islam tidak akan habis (tak akan selesai).

Berilah pada siapa yang bijak pandai sekalipun untuk selesai masalah tapi masalah tetap tak akan selesai.

Allahu a'lam,

Sekarang Firaun Telah Beriman Kepada Allah


Sekarang ini Firaun serta tokoh-tokoh lain yang jadi ikon kepada orang yang menentang Allah s.w.t semasa hayat mereka di alam dunia ini, sehingga dilaknat oleh Allah seperti Namrud, Qarun, Abu Lahab, Abu Jahal dan orang-orang yang sewaktu dengan mereka, kesemua mereka kini telah pun beriman kepada Allah s.w.t.

Mereka telah beriman kerana mereka sudah melihat akan azab yang dijanjikan Allah s.w.t di alam selepas kematian.

Tetapi sayangnya, iman mereka sudah tidak ada nilainya lagi.

Sudah tidak bermakna keimanan mereka kerana iman hanya bernilai dan berharga semasa di alam dunia ini. Ketika belum melihat azab Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t di dalam surah As-Sajadah ayat 29 :


"Katakanlah: "Pada hari kemenangan itu tidak berguna bagi orang-orang kafir iman mereka dan tidak (pula) mereka diberi tangguh."
Allahu a'lam.
You might like these as well: