Bilamana kamu melihat ada orang menganggap Sunnah Nabi s.a.w itu 'Nothing' iaitu menganggap tinggal Sunnah Nabi s.a.w itu tidak ada apa-apa, maka berazamlah untuk mengamalkan dan mempertahankan Sunnah Nabi s.a.w sekuat dan sekeras hatimu kerana Sunnah Habibuna s.a.w itu bukanlah 'Nothing' tetapi Sunnah ialah 'everything'.
walaupun ia seringan-ringan Sunnah namun ia tetap besar di sisi Allah kerana mencontohi Kekasih-Nya. Dalam Sunnah ada kejayaan dunia dan akhirat!
Jangan sesekali memandang remeh terhadap Sunnah Nabi s.a.w. Kerana ada perintah Allah s.w.t untuk kita ikut Sunnah Baginda s.a.w.
Firman Allah s.w.t dalam Surah Ali 'Imran ayat 31 :
"Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Ali 'Imran : 31)Baginda Nabi s.a.w juga memperingatkan kita tentang betapa pentingnya mempertahankan Sunnah biarpun kalau perlu gigit dengan gigi geraham atau pun menggenggam bara api.
Seharusnya kita ikutilah alim Ulama kita yang mewarisi cara hidup Baginda s.a.w dan berpegang teguh dengan Sunnah Baginda dari segi Surah (iaitu luaran Nabi s.a.w dari hujung rambut sampai hujung kaki), Sirah (amalan Nabi s.a.w dari bangun tidur sampai tidur semula) dan Sarirah (fikir risau Nabi s.a.w terhadap Umat dalam dakwah).
Dari Ibnu Abbas r.hu bahawa Nabi s.a.w bersabda :
"Barangsiapa yang berpegang dengan Sunnahku, ketika merata kerosakan pada ummatku, maka baginya pahala seratus orang yang syahid." (Riwayat Baihaqi)Imam Tabarani dan Imam Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah hadis marfu' yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.hu bahawa Nabi s.a.w telah bersabda :
"Orang yang berpegang kepada Sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang syahid." (Targhib)Imam Hakim pula meriwayatkan dari Abu Hurairah r.hu bahawa Nabi s.a.w telah bersabda :
"Orang yang berpegang kepada Sunnahku dalam masa perselisihan diantara ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api." (Kanzul Ummal)Maka marilah kita sama-sama mengamalkan Sunnah Baginda s.a.w dalam erti kata kita sedang mengejar cinta Allah s.w.t. Mengejar Cinta Nabi s.a.w dan syafaat Nabi s.a.w di akhirat kelak.
Jangan sesekali dengan mudah kita mengatakan, misalnya; "tak simpan janggut tak mengapa, itu cuma sunnah je tak ade apa-apa pun..." Astagfirullah...semoga Allah mengampuni dosa kita semua.
Imam Muslim pula meriwayatkan dari Anas r.hu dari Rasulullah s.a.w :
"Orang yang tidak suka kepada Sunnahku, bukanlah dia dari golonganku!". Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu Umar r.hu cuma ada tambahan dipermulaannya berbunyi: "Barangsiapa yang berpegang kepada Sunnahku, maka dia dari golonganku."Imam Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.ha dari Nabi s.a.w katanya :
"Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki syurga..."Di keluarkan oleh Imam As-Sajzi meriwayatkan dari Saidina Anas r.hu dari Nabi s.a.w :
"Barangsiapa yang menghidupkan Sunnahku, maka dia telah mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga bersama-sama aku!"Semoga Allah memberi taufiq dan Hidayah-Nya kepada kita untuk terus istiqomah beramal dan berpegang dengan Sunnah Nabi s.a.w. Belajarlah adab dan sunnah Nabi s.a.w dari alim Ulama kita dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Semoga kita dapat mengamalkan Sunnah Baginda s.a.w seterusnya mendapat cinta Allah s.w.t dan cinta Rasulullah s.a.w. Dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan Nabi s.a.w dan diakui sebagai ummatnya.
Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wa sohbihi wa sallim.