Ramai lelaki yang mahukan perhatian wanita, hinggakan membuat wanita susah hendak buat pilihan calon mana yang sesuai. Pada sesetengah orang, lelaki bujang tidak matang dan kurang memahami wanita berbanding lelaki yang sudah berkahwin. Sejauh mana kebenarannya, hanya orang yang sudah mengalaminya saja yang tahu.
Berikut 8 tip mudah supaya para wanita di luar sana dapat membezakan karakter lelaki bujang dengan lelaki yang sudah berkahwin supaya anda tidak tertipu nanti :
1. Melihat pada wajah wanita
Lelaki bujang biasanya suka curi-curi pandang dan akan melihat pada wajah seseorang perempuan. Manakalah lelaki yang sudah berkahwin selalunya lebih tertarik dan gemar melihat pada bentuk tubuh seseorang perempuan.
2. Segera mengalih pandangan
Lelaki bujang biasanya akan segera alihkan padangannya apabila diperhatikan oleh seorang perempuan. Manakala lelaki sudah berkahwin selalunya tetap memandang wanita tersebut.
3. Tunduk pandangan ke bawah
Lelaki bujang akan tunduk ke bawah apabila diperhatikan oleh wanita. Suami orang pula akan tunjukkan reaksi bersahaja.
4. Malu makan depan wanita
Lelaki bujang agak malu bila makan di depan wanita dan badannya akan kaku bila bercakap. Manakala suami orang pula biasanya tunjukkan reaksi bersahaja dan makan seperti biasa.
5. Jantung berdegup kencang bila disukai wanita
Jantung lelaki bujang akan berdegup kencang bila dia tahu ada perempuan yang suka padanya dan memuji dia. Suami orang pula akan lebih bersemangat 'jual minyak' bila hal yang sama terjadi.
6. Asyik dengan kesukaan sendiri
Lelaki bujang agak degil bila bercinta, asyik dengan kesukaanya yang tersendiri dan suka berlagak untuk tarik perhatian pasangannya. Manakala suami orang biasanya lebih tahu bila dia perlu diam dan dengar saja kata-kata perempuan yang ingin 'dipancing'.
7. Rajin hubungi wanita bila terjadi sesuatu
Lelaki bujang selalunya sensitif. Mereka akan rajin hubungi pasangannya bila ada sesuatu terjadi atau untuk bercerita tentang aktiviti harian mereka. Suami orang pula hanya akan hubungi anda bila perlu atau bila dia ingin 'dimanja' kerana terpaksa berebut perhatian isteri dengan anak-anak.
8. Lebih teruja memuji pasangan
Lelaki bujang selalunya lebih teruja dengan pasangan mereka. Bila bercakap dengan orang lain, mereka rajin memuji-muji kebaikan dan kecantikan pasangan masing-masing. Tapi bagi suami orang, biasanya mereka cuma bersetuju bila orang lain memuji isterinya, tapi dia sendiri tidak turut keluarkan apa-apa pujian.
Apabila wanita perlu memilih antara dua sama ada lelaki bujang atau lelaki sudah beristeri, pastikan pilihan itu dibuat dengan mata yang terbuka. Jangan nanti berkahwin dengan lelaki yang disangkakan bujang tetapi sebenarnya suami orang!