Mungkin ramai antara kita yang terlepas pandang akan khasiat sarang angkut-angkut dan daun semalu. Selalunya disia-siakan begitu saja tanpa dimanfaatkan.
Sebenarnya dua benda ini boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit terutama kanser.
Petua Penawar Kanser
1. Cari sarang angkut-angkut. Sarang angkut-angkut adalah dipilih dari tanah yang terbaik oleh angkut-angkut. Buang semua telur dan anak angkut-angkut. Ambil tanahnya sahaja.
2. Seterusnya, ambil daun semalu. Daun semalu dapat mengecutkan sel kanser. Lurutkan dan ambil daunya dari 13 tangkai (biasanya dalam kiraan ganjil).
Tumbuk lumat di dalam satu lesung contoh lesung batu yang telah dibersihkan. Sewaktu menumbuk jangan bercakap tapi banyakkan selawat.
Kemudian gaulkan dengan tanah sarang angkut-angkut.
3. Masukkan 1 sudu air zam-zam dan gaul dengan campuran tersebut.
4. Baca al-Fatihah, ayat Kursi, dan
a. Surah Al-Baqarah ayat 22,
"Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui."b. Surah Al-Anbiya ayat 83 dan
"dan (ingatlah kisah) Ayub, ketika ia menyeru Tuhannya: "(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang."c. Surah Al-Hasyr ayat 21.
"Kalau sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan ketakutannya kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu Kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir."5. Sapukan pada tempat bengkak atau kanser tersebut. jika barah itu di dalam, ambik syarat sapukan di luar bahagian yang terkena kanser tadi.
Sakit beguk atau bengkak beruk dan sakit ghaot juga boleh guna kaedah yang sama.
Wallahu a'lam.