Resepi Nasi Goreng Kampung Lazat


Resepi Nasi Goreng Kampung, yang sedap dan mudah untuk dihidangkan tidak memakan masa yang lama. Kesedapannya memang menjilat jari, tak percaya? Silalah dicuba dulu.

Bahan-Bahan :

1 - 7 sendok nasi - anggaran 3 hingga 4 orang makan.
2 - 20 biji lada Kecil - ikut selera pedas.
3 - 3 biji telur.
4 - 2 biji bawang merah - saiz sedang.
5 - 8 ulas bawang putih.
6 - 4 sudu minyak masak.
7 - sedikit belacan - digoreng sekejap lagi sedap.
8 - sedikit ikan bilis - dikopek terlebih dulu.
9 - kobis atau sawi.
10 - isi ayam atau daging.
11 - sos tiram + garam.

Cara Penyediaan

1 - Masukkan nasi yang hendak digoreng dalam peti sejuk. Biarkan selama 10 - 15 minit sebelum dimasak.

2 - Tumbuk bahan-bahan asas. Mula-mula masukkan lada kecil, ikan bilis, bawang putih, belacan. Akhir sekali baru bawang merah sebab ia berair. Jangan dikisar kerana nanti hilang rasa sebenar.

3 - Panaskan minyak masak. Setelah panas masukkan isi ayam (atau daging) yang telah dihiris. Jangan letak garam atau kunyit, digoreng begitu saja.

Nampak sudah garing sedikit, toskan/angkat. Goreng juga sedikit ikan bilis sehingga ranggup dan sebiji telur mata kerbau (nak buat lebih pun ikut suka).

4 - Guna minyak yang sama tadi, tumis bahan-bahan asas (ingat, ceduk pakai tangan saja dari lesung tu barulah air tangan namanya). Tumis sampai kelihatan garing. Api jangan besar hanya sedang saja.

5 - Masukkan 2 biji telur (ada orang tidak suka dipecah telur - ikut selera). Biarkan sekejap, kemudian baru dikacau.

6 - Masukkan sos tiram 4 sudu makan dan garam 2 sudu teh (kecil). Dikacau-kacau selama seminit.

7 - Baru masukkan isi ayam dan kobis atau sawi (sayur lain pun boleh - ikut selera).

8 - Kacau-kacau selama seminit. Ingat, api jangan besar kerana nanti bawah hangus rasa tak sedap. Biar kelihatan macam kering sedikit.

9 - Akhir sekali, masukkan nasi yang telah disejukkan tadi. Kalau boleh nasi yang hendak digoreng itu jangan lembik. Masak biar peroi. Kacau selama 3 hingga 4 minit.

10 - Kalau suka halia, boleh juga dimasukkan dalam bahan-bahan asas di atas.

Siap untuk dihidang! Selamat mencuba.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: