Kalau pergi ke pasar malam atau ke bazar ramadhan, sering kali kita akan terjumpa penjaja yang menjual taufu fa. Taufu fa adalah tauhu lembut, macam puding. Terdapat pelbagai cara hidangan mengikut budaya sesebuah masyarakat, ada yang pedas, ada yang menghidangkannya dengan kicap soya, ada yang manis, bersantan dan sebagainya.
Di negara kita taufu fa dihidangkan bersama sirap air gula putih atau air gula perang (gula merah).
Bahan-Bahan :
1 - Air soya 1 liter atau 2 kotak.
2 - Agar-agar tali.
3 - Daun pandan.
4 - Air kosong secawan - untuk larutkan agar-agar tali.
Bahan untuk kuah gula merah :
1 - Gula merah secawan - ikut nak banyak mana.
2 - Gula pasir 2 sudu.
3 - Air secawan - untuk larut (sama ada suka cair dan manis seperti dijual dikedai).
4 - Daun pandan.
Cara Penyediaan
Setelah siap penyediaan bahan-bahan di atas, kini cara penyediaan pula.
1 - Masuk air secawan dalam periuk dan buka api.
2 - Basuh agar-agar tali dan masukkan ke dalam periuk berserta daun pandan.
3 - Bila sudah larut masukkan air soya 2 kotak dan biar mendidih .
4 - Tutup api.
5 - Sedia untuk dimasukkan ke dalam bekas. Biarkan sejuk dahulu sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Penyediaan kuah gula merah :
1 - Masukkan semua bahan dan masak atas api sehingga menggelegak.
2 - Tapis sekiranya perlu.
3 - Setelah 4 jam taufu fa dalam peti sejuk, bolehlah sedia untuk dimakan bersama kuah gula merah.
4 - Setelah disiram air gula merah, makan sejuk-sejuk memang sedap.
Siapa yang suka sangat makan menu ini, bolehlah cuba buat!
Senang saja tidak perlu susah-susah nak perah kacang soya. Apa yang penting rasanya sedap macam yang dijual.
Selamat mencuba