Lingkaran hitam di bawah mata tidak hanya dialami oleh golongan wanita tetapi juga dialami oleh golongan lelaki. Lingkaran hitam muncul akibat dari gaya hidup tidak sihat.
Beberapa sebab lain munculnya lingkaran hitam adalah faktor keturunan, mmenggosok mata secara berlebihan, pigmentasi berlebihan akibat terdedahnya kepada sinar matahari, kurangnya waktu tidur dan kurangnya penghidratan.
Jadi, bagaimana cara mudah untuk mengatasinya? Ya, memang terdapat pelbagai produk kosmetik yang boleh menghapuskan lingkaran hitam mata. Namun, alangkah baiknya jika menggunakan bahan-bahan yang bersifat semula jadi bukan?
Ada beberapa tip yang boleh dilakukan untuk menghapuskan lingkaran hitam bawah mata atau "mata panda". Ucapkan selamat tinggal kepada lingkaran hitam mata!
Berikut 6 petua hilangkan lingkaran hitam di bawah mata :
1. Timun
Salah satu cara yang berkesan dalam menghilangkan lingkaran hitam pada mata. Timun mengandung astringent dan toner kulit, letakkan potongan timun atau hirisan timun pada mata selama 10 minit. Lakukan secara rutin setiap hari. Ini tidak hanya berkhasiat untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata tetapi juga merehatkan mata anda.
2. Air
Cara mudah untuk menghilangkan lingkaran hitam pada mata adalah dengan minum banyak air putih. Selain menghilangkan lingkaran hitam, kulit anda juga akan lebih terhidrat
3. Tidur
Kurang tidur selama jangka waktu yang panjang boleh memberikan kesan yang serius. Salah satu tanda kekurangan dalam istirehat adalah lingkaran hitam di sekitar mata. Ini disebabkan otot-otot dan jaringan di sekitar mata yang menegang.
Anda perlu menenangkan dan meremajakan kedua mata untuk kembali mendapatkan mata yang sihat. Oleh itu, cara terbaik untuk mengurangkan kemunculan lingkaran hitam adalah dengan tidur yang mencukupi.
4. Beg Teh
Cara lain yang berkesan dalam mengurangkan lingkaran hitam pada mata adalah dengan menggunakan uncang atau beg teh. Bila telah selesai minum teh, simpan beg teh tersebut dalam peti ais untuk digunakan kembali. Ketika mempunyai waktu lapang, ambil beg teh tersebut, biarkan terlebih dulu, kemudian letakkan di atas mata.
5. Tomato
Tomato sangat baik untuk mencerahkan warna kulit. Campurkan satu sudu teh air tomato dan lemon ke dalam sebuah gelas. Aplikasikan campuran tersebut pada lingkaran hitam mata secara perlahan, kemudian biarkan selama 10 minit. Bilaskan dengan air bersih kemudian.
6. Minyak Almond
Usapkan minyak almond secara rutin untuk mencerahkan kulit di sekitar mata. Sapukan secara perlahan dan lakukan perkara tersebut setiap hari sebelum tidur. Biarkan semalaman dan bilas keesokan paginya dengan air sejuk.
Boleh juga menggunakan minyak zaitun atau campuran dari minyak badam dan minyak zaitun untuk hasil yang maksimum. Minyak badam adalah bahan semulajadi yang bermanfaat untuk melicinkan kulit di sekitar mata.
Tidak sukar untuk mengamalkan 6 petua menghilangkan lingkaran di bawah mata atau eye bags di atas, ini kerana untuk memperolehi bahan-bahannya adalah sangat mudah. Boleh didapati di kedai-kedai runcit yang berhampiran dengan rumah anda.
- Daku Amat