14 Petua Supaya Dihindari Sakit Tua


Di antara banyak jenis sakit tua ialah seperti; nyanyuk, dementia, parkinsonism, alzheimer dan lain-lain. Hilang ingatan dan nyanyuk sering mengancam warga emas. Otak mengecut dengan meningkatnya umur dan jika tidak diaktifkan dengan berbagai cara rangsangan.

Dalam penyakit alzheimer, Beta amyloid plaque melekat pada dinding saluran darah ke otak, mengurangkan bekalan darah dan oksigen, kesannya sel-sel otak musnah. Kimia-kimia pemancar signal letrik dalam otak, acetyl choline (Ach) juga bekurangan dalam penyakit-penyakit ketuaan.

Penyakit angin ahmar atau stroke juga boleh merosakkan bahagian-bahagian terpenting dalam otak, mengakibatkan gangguan fungsi-fungsi terpenting seperti pertuturan, ingatan dan hemiplegia (mati sebelah badan).

Dalam umur 72 tahun Dr. Hamid Arshat sentiasa berdoa sambil mengamalkan langkah-langkah tertentu untuk menjauhi sakit tua. Beberapa petua menghindari sakit tua di bawah ini adalah hasil perkongsiaan daripada beliau. Semoga bermanfaat.

Berikut 14 petua supaya dihindari sakit tua :

1. Baca dan hafal al-Quran tingkatan fungsi otak

Saya amalkan baca al-Quran walaupun beberapa ayat setiap hari. Walaupun sudah hafal beberapa surah penting, dalam bacaan kali ini saya cuba fahami makna agar dapat menghayati ajaran al-Quran dan mengamalkannya.

Bacaan quran bertajweed dan bertaranum adalah satu kaedah mengaktifkan otak. Ia merangsang pertumbuhan sel-sel otak dan meningkatkan transmissi letrik menerusi synapses. Bacaan berulang-ulang meningkatkan ingatan dan hafalan dan disyorkan baca 40 kali bagi setiap ayat. Amalan ini, Insya Allah boleh mencegah penyakit nyanyuk.

2. Tenangkan fikiran dan atasi stress

Tekanan mental, fizikal dan emosi yang berpanjangan mencetuskan hormon steroid, cortisol yang boleh merosakkan sel-sel neuron dan stesyen pemancar letrik, synapses khususnya di kawasan hippocampus dan prefrontal lobe yang penting bagi menyimpan ingatan dan dan memproses pemikiran.

Saya cuba mengawal stress dengan sentiasa berzikir, bertasbih dan berselawat dimana-mana dan pada bila-bila masa bila ada peluang. Juga menyedut nafas panjang melalui hidung dan menghembus nafas keluar perlahan-perlahan melalui mulut, ulang selama 5 minit, tidak kira dimana saya duduk.

Saya juga amalkan berkebun di sekitar kawasan rumah selama 30 hingga 60 minit, setakat tanam sayur dan herba. Sambil berpeluh ia juga dapat beri ketenangan kepada saya. Ketawa dan senyum selalu untuk kurangkan stress. Jenaka cetuskan pengeluaran dopamine yang menimbulkan rasa keriangan dan ceria.

3. Terus belajar bidang baru

Proses pembelajaran mencambahkan pertumbuhan sel-sel serta meningkatkan fungsi otak, tidak kira umur dan tidak kira bidang ilmu apa pun. Untuk saya ilmu-ilmu agama, perubatan dan pengurusan, penting saya tingkatkan setiap masa dengan membaca kitab-kitab, buku-buku dan internet.

Untuk lebih berkesan lagi pelajari bidang-bidang baru yang boleh mencabar otak kita saperti bertukang atau carpentering, buat lukisan atau belajar bermain alat muzik. Jadikan ia sebagai satu hobi untuk memenuhi waktu lapang khususnya bagi mereka yang telah bersara. Malangnya saya tidak punya banyak masa lapang.

4. Terus berkerja dan berkhidmat tanpa bersara

Kekosongan tanpa aktiviti fizikal dan mental boleh menyebabkan otak kita cepat mengecut atau atrophy. Alhamdulillah bagi saya yang self employed dan punya ilmu dan kemahiran dalam pembedahan gynecology, jadual masa saya sentiasa dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang merangsang minda saya. Semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan tubuh badan untuk terus beri khidmat kepakaran saya kepada kaum wanita khususnya.

5. Excercise fizikal meningkatkan fungsi otak

Amalan exercise fizikal selama 30 minit atau lebih memberi banyak kesan positif kepada fungsi otak seperti; meningkatkan bekalan oksigen kepada otak yang penting bagi sel-sel otak untuk cegah serangan angin ahmar, mencetuskan pengeluaran BDNF - brain derived neurotrophic factor untuk meningkatkan fungsi otak – kognitif dan pembelajaran. Selain itu ia juga tingkatkan mitochondria dan organelles iaitu pembekal tenaga untuk sel-sel otak.

Bagi warga emas terbaik jalan kaki selama 30 minit di sekitar kawasan perumahan selepas solat subuh. Saya cuba amalkan yoga untuk merawat sakit tengkuk dan pinggang. Alangkah baiknya jika kita popularkan silat sebagai satu exercise kesihatan dan pentenang minda. Yoga adalah amalan bangsa India dan taichi amalan bangsa Cina.

6. Tidur yang cukup antara 5 hingga 8 jam

Memang telah jadi amalan saya tidur awal, 10 malam dan bangkit awal jam 5 pagi. Dan sebelum zohor saya tidur sebentar atau power nap. Waktu tidur aktiviti-aktiviti otak pun berehat, segala fungsi diselaras semula (reset), sel-sel neuron baru tumbuh dan sambungan-sambungan synapses diperkukuh.

Bila bangun kita dapat berfikir dengan terang kerana otak kita lebih aktif. Jika ada masa, amalan exercise fizikal 30 minit sebaiknya dilakukan selepas bangun tidur untuk menghasilkan kesan rangsangan otak terbaik.

7. Omega 3 dan DHA

Otak mengandungi 60% lemak dan darinya 25% adalah Omega 3 dan DHA yang penting bagi fungsi otak dan retina mata untuk penglihatan. Kekurangan omega 3 dan DHA terdapat pada pesakit-pesakit ketuaan termasuk alzheimer, menjadikan sel-sel otak tegang dan mudah inflamasi serta rosak, juga kimia pemancar neuro berkurangan.

Sumber-sumber omega 3 terbaik adalah dari ikan berminyak saperti salmon, tuna, mackerel, hati, otak dan minyak krill. Sumber-sumber omega 3 dari walnut, badam, avacardo, flexseeds, peanuts juga baik.

Sekarang ini pil-pil minyak ikan dan krill banyak terdapat dalam pasaran. Setiap biji pil mengandungi 1000 mg minyak ikan atau krill. Makan satu atau dua biji setiap hari. Minyak krill lebih mudah diserap dan juga mengandungi antioxidant dan astaxanthine.

8. Minyak kelapa dara (VCO)

Otak mendapatkan sumber tenaga dari glucose yang memerlukan insulin. Otak menghasilkan sumber insulin sendiri. Pesakit alzheimer kekurangan insulin dalam otak, kesannya kurang sumber tenaga. VCO mengandungi 60% medium chain triglycerides (MCT), sumber ketones yang menghasilkan tenaga. Minum 2 sudu besar VCO setiap hari dikatakan dapat bantu pesakit alzheimer.

9. Vitamin D3

Vitamin D memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sel-sel serta fungsi otak. Pesakit-pesakit ketuaan, alzhmeir, mengalami kekurangan vitamin D. Wanita-wanita hamil disarankan mengambil vitamin D3 yang biasanya diadunkan bersama pil kalsium. Munkin orang malaysia jarang mengalami kekurangan vitamin D kerana bila terdedah kepada cahaya matahari tubuh kita boleh bina vitamin D.

10. Vitamin B12

Memainkan peranan penting dalam kesihatan dan fungsi otak serta meningkatkan ketajaman berfikir. Kekurangan vitamin B12 menyebabkan otak mengecil dan diserang penyakit alzhmeir. Sumber-sumber utama B12 ialah daging, ayam, susu dan telur. Makanan tersebut juga mengandungi choline yang penting bagi fungsi otak.

11. Kesihatan perut dan usus

Dianggap sebagai otak kedua kerana terdapat hubungan saraf terus ke otak melalui saraf-saraf vagus dan cranial nerve ke10. Untuk menentukan kesihatan usus tentukan pemakanan yang berkhasiat dan berzat. Jauhkan junk dan processed foods, gula dan karbohaidret. Makan lebih fermented food dan probiotics.

12. Buah-buahan dan herba

Terdapat banyak jenis buah-buahan dan herba yang merangsang pertumbuhan sel-sel otak, meningkatkan sambungan dan hubungan antara sel-sel otak. Buah-buahan seperti; berries, kismis dan kurma kaya dengan kandungan flavonoids, anthocyanins dan flavanol mampu bertindak demikian.

Kimia pemancar letrik otak Ach (acetyl choline) boleh berkurangan akibat tindakan enzim-enzim tertentu, akibatnya penurunan fungsi otak. Terdapat beberapa herba yang mengandungi inhibitors untuk menghalang tindakan enzim-enzim tersebut dan berkesan merangsang fungsi otak, seperti; barcopa, ginko baloba, rosemary, sage, mint, holy basil dan lain-lain.

13. Rangsang otak

Di samping pemakanan berkhasiat dan berzat, amalan exercise fizikal, kawal penyakit dan stress, makan vitamin, supplement dan herba, kita juga perlu merangsang dan mengaktifkan otak setiap masa dan waktu. Ada pelbagai cara untuk merangsang otak kita, seperti:

● Muzik dan lagu khususnya muzik klasik memang telah diiktiraf sebagai satu cara meningkatkan fungsi otak di samping memberi ketenangan minda. Lebih baik kalau dapat belajar bermain alat muzik walau setakat untuk kegunaan sendiri.

● Interaksi sosial seraya menguatkan silaturrahim melalui perbualan telefon dengan ahli keluarga, rakan-rakan sebaya, anjurkan makan bersama dengan classmates.

● Pelajari satu kemahiran baru, jadikan ia satu hobi. Kita perlu membaca buku atau cari maklumat dari internet untuk tujuan begini. Ini satu kaedah rangsangan otak yang baik. Adakala hasil dari hobi menjadi satu bisnes yang lumayan.

● Ada beberapa permainan yang perlu kegunaan minda seperti; crossword puzzle, sudoko, catur dan lain, kesannya merangsang fungsi otak.

● Pergi melancong dan melawat negara-negara luar dan pelajari sejarah, adat resam dan cara hidup bangsa-bangsa asing. Al-Quran juga menggalakkan kita berjalan untuk pelajari kesan kaum-kaum yang ingkar.

● Bagi saya menulis makalah dalam blog, website dan facebook sangat berkesan untuk merangsang minda saya. Saya perlu buat research, cari maklumat dan baca serta buat catitan dalam buku nota saya sebelum saya hasilkan satu makalah saperti ini.

Memang telah menjadi tabiat saya untuk buat catitan dalam buku-buku nota, dairi dan jurnal tentang ilmu pengetahuan baru, peristiwa dan pengalaman. Begitu juga dalam hal-hal pengurusan kewangan dan pentabiran niaga, saya catitkan segala-galanya dengan terperinci dalam buku nota. Ini memudahkan perancangan sesuatu projek atau program di masa hadapan.

14. Kawal penyakit yang memudahkan serangan angin ahmar

Penyakit-penyakit seperti; darah tinggi, kencing manis, kegemukkan dan kolesterol tinggi perlu dikawal dengan rawatan doktor pakar.

      Baca : 4 Langkah Dan Teknik Asas Mempertahankan Diri Yang Wanita Patut Tahu

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Pesanan saya kepada warga emas, harta yang tidak boleh dinilai yang anda punyai ialah ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran serta hikmah atau wisdom. Jangan bazirkan, gunakan sepenuhnya. Lantik diri anda sebagai penasihat atau perunding kepada mana-mana pertubuhan sosial atau perniagaan. Jangan terlalu mengira ganjaran kewangan, lebih penting ganjaran dari Allah s.w.t. Minda anda akan terus akif dan berfungsi dengan baik.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: