6 Petua Berkesan Untuk Masalah Rabun Mata


Mata adalah pancaindera yang dikurniakan Allah kepada kita semua. Ada yang memiliki mata normal dan ada yang bercermin mata disebabkan masalah rabun mata. Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jadi tidak perlu mengeluh saat nikmat dari sudut fizikal mula 'hilang'. Beberapa petua di bawah ini insya Allah akan membantu bagi mereka yang ada masalah rabun mata.

Sebelum itu, kita ketahui dahulu secara ringkas apa itu rabun mata.

1. Rabun Jauh
Dikenali juga dengan Myopia. Mata dapat melihat objek dekat dengan terang tetapi kabur untuk objek jauh. Biasanya mata akan dikecilkan untuk fokus bagi melihat objek yang tidak nampak.

2. Rabun Dekat
Dikenali juga dengan Hyperopia. Objek dekat dengan mata menjadi kabur dan sebaliknya pandangan menjadi jelas untuk objek jauh. Biasanya mereka yang alami rabun dekat, mata akan lebih penat dan cepat sakit kepala bila membaca buku.

3. Rabun Silau
Juga dikenali Astigmatism. Rabun silau ini biasanya akan mempengaruhi pandangan waktu malam. Sebab cahaya yang memantulkan menyebabkan pandangan menjadi kabur baik pada objek dekat mahupun objek jauh.

Berikut 6 petua berkesan untuk masalah rabun mata :

1. Lakukan senaman mata

Mata juga perlukan senaman yang konsisten untuk membantu menganjalkan kembali otot-otot mata dan memastikan peredaran darah optimum ke mata.

Tampalkan setem pada tingkap rumah ataupun pejabat. Berdiri depan setem dengan jarak mata dengan setem hanya 30 sentimeter. Lihat setem itu dengan fokus atau setajam yang boleh. Kemudian lihat benda jauh di luar tingkap dan kemudian tengok setem kembali.

Ulang langkah ini sebanyak 41 kali. Apabila anda berasa otot mata sudah mula kuat anda boleh tambah bilangan. Ini adalah senaman hebat untuk melatih kekuatan otot mata dan meningkatkan proses penyembuhan mata.

2. Sunning dan Palming

Sunning atau berjemur membantu mengaktifkan semula flex dan juga otot mata kita. Berjemur mata dengan membiarkan mata terbuka dan mengadap matahari. Seolah mata akan menyerap "tenaga" yang dipancarkan oleh matahari dengan tarik nafas dalam-dalam. Lakukan dalam beberapa minit setiap hari. Lebih baik lakukan di waktu pagi kerana cahaya matahari lebih sihat.

Palming iaitu dengan menggosokkan kedua-dua belah telapak tangan hingga terasa haba panas. Kemudian tekup pada mata tanpa sebarang tekanan. Lakukan dalam keadaan santai. Pastikan mata ditutup rapat hingga tiada cahaya masuk.

3. Wap nasi

Apabila menanak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

4. Melihat benda dengan fokus

Cuba melihat hanya pada benda-benda fokus sama ada benda jauh mahupun dekat. Elak tengok semua benda sambil mata melilau ke kiri kanan. Ini akan menyebabkan mata cepat letih dan menurunkan kecepatan proses menyembuhkan mata. Tetapi jangan dipaksa sehingga menyebabkan berlaku ketegangan mata yang tinggi.

5. Setiap 10 minit pandang objek lain

Sekiranya menggunakan komputer, pada setiap 10 minit cuba lihat ke arah objek lain yang jaraknya 3 meter lebih kurang. Lihatlah apa sahaja yang berjarak 3 meter, misalnya tengok alam semulajadi seperti pokok-pokok hijau. Pandang selama 3 minit sebelum mata kembali tengok skrin komputer. Jika anda membaca buku, juga boleh ikut cara ini.

Jangan melihat skrin komputer terlalu lama. Setiap 30 minit, rehatkan mata anda dengan pejam dan celik berulangkali untuk meregangkan otot mata. Elakkan untuk membaca buku atau melihat skrin telefon dalam suasana cahaya yang samar.

6. Ambil makanan tinggi Vitamin A dan Beta Karotena

Vitamin A - Banyakkan memakan makanan yang mengandungi sumber Vitamin A seperti minum jus lobak merah, tetapi jangan menggunakan gula dan ais. Lobak merah, boleh dimakan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu Insya Allah semakin baik nanti. Berikut 3 menu yang tinggi vitamin A :

Lobak merah
kaya dengan Betacaotene iaitu pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan, Lycopene iaitu nutrien perlindungan sinaran UV pada mata dan Lutein iaitu nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata. Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Karot
Karot mengandungi tinggi Vitamin A untuk bantu mengekalkan kesihatan kornea mata dan bantu melindungi sel mata dan keseluruhan sel.

Bayam
Bayam sangat bagus jika dijadikan jus dan minum setiap pagi semasa perut kosong. Bayam mengandungi vitamin A, lutein and zeaxanthin yang diperlukan untuk mata sihat.

Beta Karotena - Biasanya sayuran yang berwarna selain hijau mengandungi Beta Karotena yang tinggi. Berikut 3 menu makanan harian yang baik untuk mata :

Minyak ikan
sangat bagus untuk mata yang selalu kekeringan. Kandungan asid lemak Omega membantu untuk menganjalkan otot-otot di sekitar mata. Antara sumber utama minyak ikan adalah daripada ikan Salmon.

Bawang putih dan bawang merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

Katarak - adalah sejenis selaput yang di mata yang menganggu penglihatan mata. Berikut 3 menu yang dapat melindungi mata daripada katarak :

Tomato
Tomato antara yang bagus untuk sumber dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein untuk mengelakkan terjadinya katarak mata. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

Telur
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Teh
Minum teh juga dapat mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ini akan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Untuk kesan yang lebih baik, memang kena amalkan ambil sayuran dan minyak ikan secara konsisten. Untuk anak-anak lebih bagus diamalkan semenjak dari kecil lagi.

      Baca : 9 Sebab Kenapa Wanita Sekarang Kahwin Lambat

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Golongan yang mengalami masalah rabun meningkat setiap hari. Dahulu susah hendak jumpa kanak-kanak seusia 7 tahun pakai cermin mata, tetapi sekarang sudah ramai. Makin maju dan padat sesebuah negara itu dengan teknologi, makin meningkat statistik mereka yang mnegalami masalah rabun kerana kurangnya kesedaraan tentang penjagaan mata. Semoga petua di atas dapat membantu masalah rabun mata.

- Daku Amat
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: