Memelihara janggut adalah sunnah Rasulullah s.a.w. Diriwayatkan daripada Ibn Umar r.huma berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;
"Bezakanlah (jangan menyamai) perbuatan orang-orang musyrik, lepaskan (simpan) janggut kamu dan nipiskan misai kamu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)Daripada Abu Hurairah r.hu berkata, Rasulullah s.a.w bersabda;
"Sesungguhnya orang-orang yang menyekutukan Allah membiarkan misai mereka dan mencukur janggut mereka, maka lakukanlah perbezaan daripada mereka dengan memanjangkan janggut dan menipiskan misai." (Hadis riwayat al-Bazzar dengan sanad yang sahih)Petua Untuk Melebatkan Janggut
Berikut 4 petua mudah melebatkan janggut dan jambang anda :
Petua Pertama :
Ambil putih telur dan sapukan di kawasan yang anda inginkan mengikut bentuk citarasa anda tersendiri. Amalkan setiap malam sebelum tidur selama seminggu berturut-turut. Janggut atau jambang yang anda ingini akan tumbuh dengan lebatnya.
Petua Kedua :
Ambil ½ gelas santan pekat yang dicampurkan dengan ¼ gelas air kayu cendana. Telur udang yang telah dihaluskan juga dicampur. Sapu campuran tersebut rata-rata pada janggut anda.
Petua Ketiga :
Pakai minyak Bon. Mula-mula cukur sampai licin terlebih dahulu, kemudian sapu sikit air suam. Kemudian sapu dengan minyak Bon. Jangan makan benda berempah.
Petua Keempat :
Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan ditumbuk lalu dilumurkan pada janggut atau jambang anda.
Kesimpulan
Oleh itu, simpanlah janggut anda seperti mana Syaikh Zahid Sultani keturunan Sayyidina Abu Bakar as-Siddiq (dalam gambar di atas). Setiap saat setiap masa akan mendapat pahala kerana mengikut dan mengamalkan sunnah Rasulullah s.a.w. Wallahu 'alam.