9 Cara Menghalau Cicak Di Rumah Anda


Perkara yang paling dibenci oleh orang ramai terhadap cicik adalah masalah berak. Jika anda tinggalkan rumah yang ada cicak kosong seminggu atau dua minggu, kepulangan anda nanti ke rumah bakal menyaksikan pesta tahi cicak di merata-rata tempat.

Ringkasnya cicak memang jenis binatang yang ramai manusia tak suka. Dalam industri pest control, masalah cicak sering menjadi antara pertanyaan pelanggan yang mahu hapuskan cicak dari premis mereka.

Berikut 9 cara menghalau cicak dari rumah anda :

1. Perangkap Cicak

Anda boleh tangkap cicak yang banyak di rumah dengan menggunakan perangkap cicak. Boleh beli sama ada di pasaraya atau di mana-mana hardware berkonsepkan DIY. Biasanya perangkap cicak diperbuat dari kertas tebal yang diletakkan gam di permukaannya.

Ada bahan yang boleh menarik minat cicak datang ke perangkap dan kemudiannya cicak akan melekat. Bila kena cicak, anda boleh buang saja perangkap sekali dengan cicak yang melekat. Cara ini mengambil masa beberapa hari dan banyak perangkap yang diperlukan untuk mencapai tahap zero cicak di rumah anda.

2. Penghalau Cicak

Ada bahan yang diberikan nama sebagai lizard repellent di pasaran. Kalau pergi cari di pasaraya, anda mungkin dapat jenis gel atau cecair pekat yang perlu disapukan pada tempat yang anda tak mahu cicak datang.

Ada juga jenis spray dan jenis elektronik. Pilihlah mana satu yang anda rasa nak cuba. Bawa balik dan buat percubaan di rumah.

3. Perangkap Buatan Sendiri

Anda juga boleh buat perangkap sendiri untuk tangkap cicak. Cara paling mudah adalah dengan pergi hardware, dapatkan gam tikus atau yang kurang kuat dari itu. Ambil sekeping kertas tebal dan sapukan gam di permukaan kertas tersebut.

Selepas itu letakkan di tempat di mana terdapat banyak cicak di rumah anda. Letakkan sikit makanan atau bahan putih seperti serangga kecil di tengah kertas bergam itu. Anda akan dapat lihat banyak cicak terperangkap pada gam keesokkan harinya.

4. Jadikan Rumah Tidak Mesra Cicak

Cicak tak suka rumah yang bersih tak ada sampah dan tak ada langsung bahan makanan. Oleh itu bersihkan rumah anda sentiasa. Jangan biarkan rumah bersepah dan tidak tersusun. Buang semua sampah dari rumah terutamanya di bahagian sinki.

5. Jauhkan Makanan Cicak

Salah satu sebab cicak suka duduk menumpang dan beranak-pinak di rumah anda adalah disebabkan ada punca makanan yang banyak untuk mereka di situ. Oleh itu, jika anda berjaya hapuskan segala punca makanan cicak, mereka akan berhijrah pergi ke tempat lain yang ada makanan.

Makanan yang cicak amat suka adalah serangga terbang seperti nyamuk, rama-rama kecil atau ungas terbang kecil yang lain. Pasangkan jaring supaya semua serangga kecil ini tidak ada dalam rumah anda. Tiada makanan, maka tiada cicak di rumah anda.

6. Hapuskan Ruang Tinggal Cicak

Buat pemeriksaan di segenap sudut rumah anda. Mana saja terdapat rekahan atau celahan, anda perlu tutup samada dengan Silikon atau Urethane. Jangan biarkan ada ruang langsung untuk cicak jadikan tempat tinggal.

7. Gunakan Bawang Putih

Anda boleh gantung bawang putih di bahagian-bahagian yang biasanya banyak cicak di rumah anda. Gantung bawang putih di tingkap dan pintu serta berdekatan dinding yang ada cicak. Cicak tak suka bau bawang putih.

Atau boleh juga anda buat bancuhan bawang putih yang dicampur dengan air. Masukan dalam penyembur dan mula semburkan campuran air bawang putih tersebut ke dinding, tingkap dan lain-lain. Rumah anda akan semerbak berbau bawang putih.

8. Gunakan Bulu Merak dan Kulit Telur

Anda boleh juga cuba gantungkan atau lekatkan bulu burung merak pada dinding dan tempat-tempat lainya. kalau tak ada bulu burng merak, boleh juga gunakan kulit telur.

Lekatkan atau gantung di tempat yang ada cicak. Cicak tak suka kulit atau bulu burung besar sebegitu sebab jenis burung sebegitu akan patuk dan makan cicak.

9. Gunakan Air Ais Sejuk

Jika anda nampak cicak di rumah, cuba semburkan air ais yang sejuk supaya terkena pada cicak itu. Sebaik saja cicak terkena air yang amat sejuk, suhu badan cicak akan turun jadi sejuk dan akan kejang tak boleh bergerak. Bila jadi macam itu, ambil saja cicak yang tengah kaku tersebut dan buang dari dalam rumah anda.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: