5 Keajaiban Asam Jawa Untuk Kecantikan


Selain dijadikan sebagai bahan atau rencah dalam sesuatu masakan dan juga jus. Ternyata asam jawa mempunyai banyak khasiat dari segi kesihatan dan juga kecantikan. Herba yang mempunyai isi buah yang masam ini juga mendapat permintaan yang tinggi.

Berikut 5 keajaiban asam jawa untuk kecantikan :

1. Menanggalkan sel kulit mati

Buah asam jawa mengandungi Alpha Hydroxy Acids (AHA) yang berfungsi untuk menanggalkan sel-sel kulit mati yang menyebabkan kulit wajah menjadi kusam. Caranya campurkan isi asam jawa (buang biji) bersama dengan garam dan yogurt sehingga sebati.

Sapukan pada wajah dan biarkan selama 20 minit. Sementara itu, boleh juga mengurut kulit wajah supaya sel-sel kulit mati turut tertanggal. Akhir sekali bilas dengan air bersih dan lihat hasilnya untuk pertama kali.

2. Menghilangkan jerawat

Bagi wanita, jika kulit wajah ditumbuhi sebiji jerawat sudah cukup merunsingkan. Adakalanya kehadiran jerawat meninggalkan bekas hitam yang hodoh pada kulit wajah.

Cara untuk menangani masalah ini dengan mudah adalah dengan cara mengambil 3 biji atau 3 sudu besar asam jawa yang dibancuh dengan air panas. Biarkan sejuk. Kemudian tapis air asam jawa tersebut dan jadikan sebagai pencuci wajah pada setiap pagi.

3. Mencerahkan kulit

Asam jawa mengandungi vitamin C yang berupaya untuk mencerahkan wajah. Oleh yang demikian, terdapat lambakan produk yang berasaskan asam jawa seperti sabun di pasaran untuk tujuan kecantikan. Cara mudah untuk memiliki kulit yang cerah tanpa berbelanja yang banyak adalah dengan melakukan scrub menggunakan asam jawa.

Caranya, bancuh asam jawa dengan air panas. Kemudian gaulkan dengan serbuk kunyit. Sapukan dikeseluruhan wajah dan tubuh. Biarkan selama 15 minit kemudian bilas.

4. Menghilangkan selulit

Selulit sememangnya mencacatkan penampilan. Cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencampurkan asam jawa bersama dengan lemon, baking soda dan gula. Gaulkan rata kemudian sapukan pada bahagian kulit tubuh yang bermasalah. Urut mengikut arah jam kemudian biarkan selama 10 minit dan bilaskan dengan air suam.

5. Merawat Eczema

Buat penderita eczema iaitu sejenis penyakit kulit yang turut dikenali sebagai dermatitis yang menyerang jariangan kulit sehingga melepuh dan bernanah.

Cara mengatasinya adalah dengan mendapatkan segenggam daun asam jawa dan kunyit hidup sebesar ibu jari. Tumbuk atau kisar kedua-dua bahan tersebut. Kemudian sapukan pada bahagian kulit yang bermasalah.

ADVERTISEMENT
Kesimpulan

Tidak sukar untuk kita mengamalkan 5 keajaiban asam jawa untuk kecantikan di atas kerana untuk memperolehi asam jawa sangat mudah. Boleh dibeli di kedai-kedai runcit.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: