Sesiapa sahaja terutama wanita memang mengimpikan wajah dan kulit yang cantik untuk orang yang tersayang. Kulit yang cantik lagi berseri sangat menaikkan keyakinan diri seseorang untuk berhadapan dengan sesiapa sahaja tanpa sebarang keraguan.
Berikut 7 petua untuk dapatkan kulit yang flawless secara tradisional :
1. Skrub Tomato
Belahkan tomato kepada dua bahagian, kemudian sapukan tomato yang telah dibelah itu ke muka dan biarkan ia meresap selama 15 minit di muka anda. Kena praktikkan selalu, barulah ada perubahan yang memberansangkan.
2. Minum Air Putih Secukupnya
Badan kita sangat memerlukan air yang bersih untuk menghindarkan diri dari mengalami dehidrasi dan menggantikan air yang telah keluar dari badan melalui proses perkumuhan. Makanan yang menutupi saluran pemakanan kita juga dapat dibersihkan dengan air.
Minima air yang badan kita perlukan ialah 2 litre sehari. Dan kulit juga akan menjadi lebih anjal, segar dan kelihatan lebih cerah dengan pengamalan minuman air putih atau air mineral yang konsisten.
3. Air Beras
Ketika mencuci beras, air bilasan jangan di buang. Ambil air bilasan tadi dan asingkan di dalam baldi, kalau nak tahu air bilasan beras ini mempunyai pelbagai khasiat untuk kecantikan.
Air bilasan beras dikatakan mampu halus dan putihkan kulit. Caranya mudah sahaja ambil air bilasan beras tadi dan amalkan berendam dalam air bilasan beras selama 15-20 minit setiap hari, barulah boleh nampak kulit beransur cerah.
4. Air Rendaman Limau Nipis
Cara cerahkan kulit dengan limau nipis ini mudah sahaja, hiriskan beberapa biji limau nipis dan rendamkan selama 40 minit di dalam baldi, kemudian mandilah dengan air rendaman ini. Selain untuk putihkan kulit ia juga membantu mengharumkan badan.
5. Beras Pulut Masker
Caranya, gorengkan beras pulut sehingga kekuningan tanpa minyak. Selepas goreng tumbuk atau pun kisarkan menjadi macam serbuk bedak. Selepas di kisar dan jadi serbuk bancuh dengan air putih dan sapukan pada wajah dan tubuh. Biarkan kering dan bilas dengan air bersih.
6. Yogurt Asli
Yogurt ini bukan sahaja sedap di makan dan dijadikan menu untuk kuruskan badan, tetapi boleh juga digunakan untuk cerahkan kulit. Caranya ambil yogurt asli dan lumurkan di wajah dan di leher dan dibiarkan kering sebelum dibilas dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu anda pasti akan terkejut dengan kesannya nanti.
7. Betik Haluskan Kulit
Caranya ambil buah betik dan kisarkan ataupun lumatkan supaya menjadi halus. Ambil kisaran betik tadi kemudian disapukan pada wajah dan biarkan kering selama 15 minit. Setelah kering bilas dengan air bersih. Pasti takkan percaya dengan kesan yang akan dirasai.