Temuduga Pengambilan Pelajar Baru Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling


Melalui pengetahuan ilmu yang mantap dan tarbiah serta bimbingan dalam mengamalkan kehidupan yang berasaskan al-Quran dan Sunnah, insya Allah akan melahirkan generasi Muslim yang berkemampuan untuk menyumbangkan tenaga dalam pembangunan rohani dan jasmani umat seluruh dunia.

Semoga penyertaan anak-anak tuan/puan sebagai pelajar madrasah akan melahirkan para Dai’ dan Ulama yang berwibawa dan bertakwa.

Temuduga Pengambilan Pelajar Baru Sesi Syawal 1437H - Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling

Tarikh: 5 & 6 Februari 2016.
Tempat: Madrasah Miftahul Ulum Sri Petaling.
Masa: 8:30 pagi - 10:00 pagi/2:30 petang - 3:00 petang.

Dokumen yang perlu dibawa :

1. Salinan kad pengenalan pemohon.
2. 2 keping gambar terkini (ukuran pasport).
3. Surat sokongan/pengesahan/surat berhenti sekolah.

Syarat kelayakan adalah seperti berikut :

1. Pemohon hendaklah berumur 13 tahun ke atas dan telah tamat pengajian di sekolah rendah atau setaraf dan tidak melebihi 18 tahun.
2. Mempunyai daya ingatan yang kuat, berminat dan mempunyai kesungguhan.
3. Boleh membaca al Quran dengan baik dan lancar.
4. Boleh membaca dan menulis jawi.
5. Berakhlak mulia dan bersifat taat.
6. Mendapat keputusan yang baik atau sekurang-kurangnya 2A dalam peperiksaan UPSR.
7. Pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan (fakir/miskin) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan juga diterima.
8. Lulus temuduga oleh pihak Madrasah Miftahul Ulum Seri Petaling.
9. Pihak ibubapa dan pemohon bersedia untuk patuh kepada tatatertib dan hukuman yang dikenakan oleh pihak madrasah.

Anda dikehendaki membawa bersama :

1 - SALINAN KAD PENGENALAN ATAU SURAT BERANAK.
2 - SURAT SOKONGAN SEKOLAH ATAU MADRASAH TERDAHULU.
3 - KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEKOLAH TERDAHULU.
4 - KEPUTUSAN PEMERIKSAAN KESIHATAN (MEDICAL CHECK UP).
5 - 2 KEPING GAMBAR TERBARU (BERUKURAN PASSPORT).

Keterangan kepada yang berminat :

1. Tuan/puan hendaklah mengisi borang permohonan kemasukan pelajar (boleh diperolehi pada hari temuduga) dan membawa bersama pemohon dan dokumen yang berkenaan untuk hadir pada sesi temuduga.

2. Asrama dan semua kemudahan asas disediakan oleh pihak madrasah.

3. Keperluan dan kelengkapan lain akan dimaklumkan kepada tuan/puan sekiranya permohonan anak tuan diterima.

4. Makan/minum harian akan disediakan oleh pihak madrasah.

Semoga penyertaan anak tuan/puan akan tersebarnya hidayah ke seluruh alam.
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: