3 Kesilapan Lazim Ketika Membaca Surah An-Nas


Surah An-Nas adalah salah satu daripada surah pendek yang sering dibaca dalam solat.

Maklumat Surah

1. Surah ini merupakan surah Makkiyah (turun sebelum hijrah Nabi s.a.w ke Madinah).

2. Surah ini adalah surah yang terakhir dalam urutan surah-surah di dalam Al-Quran iaitu yang ke 114 selepas surah Al-Falaq.

3. An-Nas bermaksud manusia, diambil daripada perkataan ‘An-Nas’ yang disebutkan pada akhir surah.

4. Surah ini mempunyai 6 ayat.

5. Surah ini pendek dan ringkas namun membawa erti yang mendalam iaitu mengenai perlunya manusia kepada Allah s.w.t, sebagai perlindungan daripada syaitan.

Kesilapan Lazim Ketika Membaca Surah An-Nas

Walaupun surah ini sering dibaca, namun ada beberapa kesilapan yang paling banyak dibuat pembaca tanpa sengaja.


Terjemahan Ayat

1. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia.
2. Raja manusia.
3. Sembahan manusia. 4. Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,
5. yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia,
6. dari (golongan) jin dan manusia. (Surah An-Nas, ayat 1-6)
Di sini, disenaraikan 3 kesilapan yang paling banyak dilakukan :

Kesilapan Pertama

1. Membaca panjang pada huruf Mim pada ayat kedua.

Ramai yang membuat kesilapan ini. Ini disebabkan kita sering terkeliru dan menyamakan dengan bacaan ayat ke-3 Surah Al-Fatihah. Pada ayat ke-3 Surah Al-Fatihah ianya memang panjang, tapi tidak panjang bagi ayat ini.

Jika kita perhatikan, langsung tiada tanda mad pun pada huruf Mim ayat ke-2 Surah An-Nas.

Kesilapan Kedua

2. Membunyikan bunyi Ikhfa pada ayat keempat dengan bunyi yang kurang kemas.

Ciri-ciri ikhfa yang baik adalah :

1. Membunyikan dengan bunyi samar-samar.
2. Bersedia untuk menyebut huruf selepasnya.
3. Kadar dengung (samar-samar) adalah 2 harkat.

Kesilapan yang kerap dilakukan adalah tidak melakukan ciri no 3, Kerana ianya dibaca dengan laju tanpa 2 harkat.

Kesilapan Ketiga

3. Membaca panjang bagi kalimah yang pendek dan begitu juga sebaliknya.

Ini adalah kesilapan yang paling banyak dilakukan. Ada beberapa kalimah yang panjang dan ada beberapa kalimah yang tak perlu dibaca panjang pada ayat ini.

Sayangnya, ramai pembaca yang kurang cermat membacanya. Yang panjang, dibaca pendek. Manakala yang pendek pula dibaca panjang.

Kesannya, bacaan menjadi kurang kemas dan kesalahan tajwid berlaku. Itu sebabnya perlu kepada belajar membezakan bacaan panjang dan pendek dengan betul.

Penerangan Video

Di bawah ini, video contoh bacaan Surah An-Nas beserta dengan penerangan setiap kalimah.



Dalam video ini, diterangkan sekali bahagian mana yang perlu dibaca panjang. Penerangan mengenai bahagian mana yang perlu didengungkan juga turut dinyatakan.

Selamat menonton!
Author image
About the Author :

Terima kasih atas kunjungan serta kesediaan anda membaca artikel ini. Kritikan dan saranan dapat anda sampaikan melalui ruangan komentar.

Share This Article:

You might like these as well: